Friday, May 21, 2010

Warszawskie tramwaja

Melihat kepada ujian yang terpaksa ditempuhi oleh mereka, membuatkan saya terfikir, bagaimana saya kalau berada di tempat mereka??

Kuatkah saya untuk menghadapi cabaran itu??

Cukup matangkah saya untuk menangani semua itu??

Tak, saya rasa saya masih tak matang.Immature.

Seminggu nak exam ini, sibuk kalut tak menentu. Mencuba untuk focus 100% kepada pelajaran. Ya, 100%. Yang lain tu semua tolak tepi.

Lupa saya punyai tanggungjawab lain selain belajar. Tanggungjawab kepada Allah untuk sentiasa mengingatinya, untuk menunaikan hak sebagai seorang hamba kepadanya. Tanggungjawab sebagai housemate kepada 6 orang rakan, untuk masak sebaiknya apabila sampai giliran memasak, untuk solat berjemaah, untuk ambil berat keadaan mereka. Tanggungjawab kepada sahabat-sahabat lain, untuk menjaga perasaan mereka, bukannya ambil tahu hal sendiri sahaja. Tanggungjawab sebagai seorang anak, untuk sentiasa menggembirakan hati ibubapa yang rindukan anaknya, untuk mendoakan mereka, untuk berbual-bual dengan mereka.

Itu belum kira tanggungjawab sebagai muslim yang mencakupi ruang dakwah. Banyak tanggungjawab! Tak termampu saya senaraikan.

Semuanya bisa membuatkan kita menjadi seorang yang pentingkan diri, lantas melupakan saudara se-Islam lain yang menanggung masalah yang jauh lebih berat.

Semakin usia bertambah, tanggungjawab itu semakin berat. Itu pesanan dan peringatan yang mak berikan.

Kata mak, “Kau jangan lah berangan nak berehat. Semakin lama, semakin besar tanggungjawab kau. Jadi hamba soleh, kematian kau akan jadi suatu istirehat. Kalau tak, dalam kubur pun tak rehat. Asik kena sekasa.”

Saya cuba memahami. Mungkinkah kerana saya belum sampai tahap itu diuji, jadi saya tak mampu rasa lagi pentingnya nasihat mak.

“Baguslah kau dapat Mara. alhamdulillah. Sekarang kerja kau belajar elok-elok. Kita tak mampu nak bayar balik duit Mara kalau kau main-main.”

Oh, bertambah lagi satu tanggungjawab

“Kau ingat lepas dah dapat kerja bagus, gaji bagus, kau dah boleh berehat? Lagi tinggi gaji kau, lagi berat beban kau. Lagi besar pressure. Sebab orang gaji tinggi, kerja dia melibatkan semua orang. Kena fakir masak-masak sebelum buat keputusan.”

“Kau jangan ingat kahwin ni benda suka-suka. Kau tahu tak, lepas kahwin tanggungjawab kau bertambah. Kepada suami, kepada keluarga suami, kepada anak. Jangan ingat kahwin tu semua benda sweet sahaja. Kau kena bersedia!”

“Kau tak boleh biar sahaja Islam dipandang hina. Kau kena lakukan sesuatu. Jangan cakap sahaja berkobar-kobar. Usrah berjam-jam. Muzakarah sana-sini. Tapi praktikalnya kena ada!

Ya Allah, banyaknya tanggungjawab. Saya rasa saya masih belum matang………………………….!!!

Tak boleh fikir masalah sendiri sahaja. Tak boleh pentingkan diri.


Muslim dengan muslim lain ibarat sistem trem. Rosak satu trem, seluruh sistem akan terhenti.



Melihat kepada ujian yang terpaksa ditempuhi oleh mereka, membuatkan saya terfikir, bagaimana saya kalau berada di tempat mereka?

Kuatkah saya untuk menghadapi cabaran itu??

Cukup matangkah saya untuk menangani semua itu??

Saya rasa saya masih tak matang.

Hey. GROW UP PLEASE

The world isn't my house and everything in it. So don’t worry about me don’t complex, I will win it!



Macam lagu maher zain tak? :P

2 comments:

  1. Assalamualaikum,..
    Hai, awk ni tgah buat medik di warsaw kan?
    sy bminat utk smbung medik di sana. tp sy kurang info lah. sy dfhmkan yg xde representative warsaw kat msia mcm u lain dr UK dan Aussie.:((
    jd tpaksalah sy mencari2 student2 warsaw utk btanya apa yg patut.. stakat ni, xda lg yg balas komen or email sy.. sy harap, awk boleh tlg..

    sy ni lepasan ijzah.. jd kalau boleh sy nk btanya lah pd mereka yg jugak lpsan ijazah segala prosedur yg patut sy buat n requirement yg patut sy penuhi.. sy harap sgt awk dpt tlg sy..

    trima ksh ye :))

    ReplyDelete
  2. kpd saudara mir, silalah email sy di timah_4@yahoo.com. Mungkin sy dan senior2 boleh membantu :)

    ReplyDelete