Keif hal? Harap-harap semua masih mentally stable di musim peperiksaan ini :)
Sedikit panduan untuk baca post kali ini bagi mereka yang sibuk, kalau malas nak tengok video pertama tu, sekurang-kurangnya tengoklah video ke-2 ye. Ahha...
Kita study macam nak mati, tapi pada masa yang sama, kita lupa kepada kematian
Sejak kecil, ayah dan mak tak benarkan saya dengar lagu 'lagha'. Termasuklah lagu-lagu nyanyian artis-artis Melayu, lebih-lebih lagi artis Inggeris. Ayah kata, kejatuhan Andalusia sedikit disebabkan oleh umat Islam pada masa itu telah leka dengan muzik-muzik mereka. Lagi pun, bukankah songs itu salah satu '6S' yang sering diulang-ulang dalam ISK, Spring Camp etc etc?? Jangan hanya cakap, tapi tunjukkan contoh.
Lagu yang dibenarkan mak dan ayah hanya nasyeed; semua jenis lagu yang berunsur ketuhanan, tak kira lah bahasa Melayu atau Inggeris atau Indonesia atau Arab.
Tapi biasalah remaja, makin dihalang, makin nak buat. Senyap-senyap curi dengar juga. Hmm...best juga! Hehhe....
Awas! Larangan mak dan ayah itu untuk kebaikan saya sendiri! Cara kematian kita adalah mengikut kebiasaan kita. Saya bimbang kalau saya dah terbiasa dengar lagu-lagu lagha begitu, di akhir hayat saya, bukan syahadah yang saya ucapkan, sebaliknya lagu Linkin Park yang saya nyanyikan.
Saya bimbang di hari kebangkitan nanti, orang lain semua bangkit dengan mengulang-ulang bacaan ayat Qur'an di bibir, saya pula meriah nyanyi lagu Taylor Swift. Tak mahu!!
Sejak sibuk study ni, penyakit dengar lagu lagha ini datang balik. Allah.....Macam mana kalau saya sedang dengar Sum 41, malaikat datang cabut nyawa saya?? Tak mahu!! Naudzubillah!! >_<
Fuh! Kena mujahadah sehabisnya!
Begitu juga dengan melatah. Ayah saya pantang betul melihat anak-anak perempuannya melatah menyebut perkataan bukan-bukan. Percaya atau tak, setiap kali kami melatah benda bukan-bukan, dia akan betulkan. Terima kasih apak ku~~
Hati-hati dengan cara kita melatah. Takut-takut nanti kalau kena langgar kereta, perkataan terakhir kita bukanlah "Allah!!" sebaliknya "OPOCOT MAK KAU MELETUP!!"
Ngaha...ubah cara kita melatah. Anda mampu mengubahnya ;)
"Oh, there she goes again. Fatimah being close-minded again. Nak dengar music pun tak boleh!"
"Kalau nak dengar, dengarlah. Saya tak halang pun. Saya raikan perbezaan pandangan =). Cuma,
Hasanatul Abrar Sayyiatul Muqarrabin.
Kebaikan pada orang kebiasaan, kesalahan bagi orang yang hendak mendekatkan diri dengan Allah."
ok..post kali ni aku terase..+.+"
ReplyDeletengaha. peringatan buat DIRIKU yg sering lupe. kamon puteri. kite mampu mengubahnye insyaAllah! ;)
ReplyDelete