Hari ini ada acara 'tembak-menembak' yang hebat. Pertandingan Golden Scapula!!Hahaha....Memang tembak habis.... Itulah, tak pandai bahagikan masa. Kalau tak sudah tentu boleh cover semua topic. Saya ingat lagi pesan pensyarah anatomi saya. Katanya, kena selalu ulangkaji topic lepas agar kita tak lupa. Ilmu itu sesuatu yang hidup, kalau tak dihidupkan ia akan mati!
Allah....dengan langkah lemah, saya keluar pagi-pagi Sabtu ke Anatomicvm. Bukan wajib pun pertandingan ini. Boleh sahaja kalau saya nak duduk sahaja di rumah ulangkaji untuk credits yang saya akan hadapi minggu depan. Saya gagahkan juga demi Allah.
Sampai di di Centralny, tiba-tiba ada seorang pak cik datang dari belakang. Pelik kelakuan pak cik ni. Dia bercakap sendirian. Dalam nada marah-marah. Biarkan sahajalah.
"Blablabla....," kata pakcik.
"Potpetpotpet....,"sambungnya dalam bahasa yang saya tak cam.
"Blablabla LAILAHAILLAH!! Potpetpotpet MUHAMMAD!"
Huh?? Pakcik ini baru sebut nama Allah dan Muhammad??
Dia cuba katakan sesuatu pada kami??
Aish. Dah la saya malas nak jalan laju-laju hari ni. Kawan-kawan lain semua jalan laju-laju menjahui pakcik. Saya tertinggal di belakang! Sudahnya, pak cik tu jalan beriringan pula dengan saya.
"Why chasing paradise in the afterlife?? I can grant you paradise here!!" Oh, boleh berbahasa Inggeris rupanya pak cik ini.
"I can grant you paradise here!! Here while you are still living!!"
"Party, money, #@%$#@*(pak cik cakap benda tak senonoh)"
Ok kawan-kawan. Di sini salahnya pak cik dalam menyampaikan dakyahnya. Kalau tidak kerana dia mula mengeluarkan perkataan tak elok, mungkin sahaja saya akan tertarik dengan dakyahnya. Kalau nak orang tertarik, kenalah guna perkataan yang baik. Bukankah begitu?
"Why you are wearing like that?? All women are beautiful!! &@*#^#$^#*@," sambungnya.
Saya masuk bangunan Anatomicvm. Berjaya lepaskan diri dari pak cik.
Kelakar rasanya. Mana mungkin saya akan tertarik dengan paradise yang pak cik itu tawarkan.Paradise yang Allah tawarkan lebih menarik, malah kekal selamanya.
Saya berdoa supaya saya thabat di jalan ini. Mana mungkin saya akan tinggalkan agama saya, atau tinggalkan tugas dakwah itu apabila ditawarkan dengan kesenangan dunia. Bukan begitu murah syahadah saya. Syahadah saya tak ternilai!
Kasihan pak cik. Tenggelam dalam surganya sendiri. Maaf saya tak berminat. Pakcik enjoy lah dulu syurga pak cik. Saya tunggu syurga Allah.
You got yours, I got mine ok (109:6)
Keluar sahaja dari bilik peperiksaan, pak cik sudah terpacak di luar. Ok, ini menakutkan. Rupanya dia ikut kami sampai situ.
Apa terjadi lepas tu??
Malas nak tulis lah. Banyak nak kena study ni. Keehhehe...
Yang penting kami selamat. Alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment