Friday, May 18, 2012

Murabbi kencing berdiri, mutarabbi kencing berlari


Maaf tajuk kurang sopan. Tak ada kaitan pun dengan post ni. Sekadar tajuk. huhuhu


Minggu lepas......


Berkali-kali saya ulang perkara itu dalam kepala saya, supaya nanti apabila saya kehadapan memberi taujih, saya tak akan lupa untuk menyebut perkara itu.


Ulang dalam kepala sahaja. Malas nak tulis dalam senarai point penting untuk dicakap. Namun demikian, kuasa Allah, akibat kemalasan saya untuk mencatat perkara itu akhirnya saya lupa nak cakap kepada hadirin pada hari itu. 


Perkara itu:
Senario hari ini, semakin ramai orang ikut usrah. Kalau ikut cerita ibubapa saya, nak usrah susah. Pihak penaja sanggup datang dari Malaysia ke Amerika Syarikat untuk memberi amaran kepada pelajar supaya jangan ikuti usrah. Satu per satu pintu rumah mereka ketuk. Kalau ada 'budak usrah' dalam rumah tu, siap kamu. Tapi kalau dalam rumah tu ada lelaki perempuan bersekedudukan, jangan risau anda selamat.


Sekarang tak macam tu lagi di luar negara. Kalau ada pun sedikit sahaja mungkin. Walaubagaimanapun, sesetengah Universiti tempatan masih ada lagi kawalan ketat macam tu. Tapi overall, bilangan mereka yang nakkan usrah dah bertambah.


Seiring dengan penambahan tu, jahiliyyah juga semakin rancak menyebarkan agenda mereka. Sebut apa sahaja, semua ada. Murtad? Lesbian? Gay? Zina? Buang anak? Remaja kurang ajar? Derhaka kpd ibu bapa? Semua ada! Malah semua jenis gejala negatif itu lebih parah dari sebelumnya.


Memang Jahiliyyah takkan duduk berdiam diri melihat dakwah semakin berkembang. Perang antara Islam dan Jahilyyah semakin sengit. Tidak boleh tidak, kita kena bekerja lebih keras. Tiada masa utk mengada-ngada. Kalau kita tak serius bekerja, dan jadikan dakwah sekadar aktiviti masa lapang, selamat tinggal sajalah.


Berapa ramai orang Islam di luar sana yang masih belum kenal Islam? 
Kalau mereka tak didakwahkan, nanti jahiliyyah akan mempergunakan mereka untuk agenda mereka. Semua du'at dari semua lapisan harus cuba reach semua orang. Api semakin marak membakar rumah. Kita mesti selamatkan mereka. (oleh itu saya perlu terus menulis untuk reach mereka yang saya tak tercapai. ehe)


Dakwah all out. Guna segala tenaga dan kebolehan. Manipulasi segala kemudahan dan kebebasan. Allahu akbar!