Thursday, December 31, 2009

Selamat tahun baru :>

Setiap kali tahun baru mesti orang cakap pasal azam baru. Bagus2. Ada niat untuk berubah kepada lebih baik tu bagus! Sy azam tiap2 hari. Jadi secara tak langsung, tahun baru pun sy azam. Azam sy untuk jadi lebih baik dari semalam ^_^

Saidina Ali ra pernah berkata. "Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

Elakkan menyambut tahun baru dengan perkara-perkara bertentangan dengan syara'. Sinonimlah kalau kat Malaysia tahun baru je, mesti ada konsert hiburan. Kalau nak join, pastikan artis tu tutup aurat, pengisian konsert membesarkan Allah (yang memberi kita rezeki untuk hidup bertemu tahun baru), dan tiada percampuran tak terkawal antara lelaki dan perempuan tau. Kalau syarat-syarat tu tak mampu dipenuhi, tak payah datang laaa.....

Good luck kepada anggota-anggota TASK FORCE 2009. Syukran sebab jemput ana sama, tapi ana ni ha kat Poland :P. Obstacles awaits! La takhaf, Innallaha ma'akum!

Mungkin ade sahaja suara-suara mad'u yang akan kata cara antum da'wah tak kena cara, entah hape2, gelabah, tertalu 'poyo' blablabla.....
Tapi antum tetap di jalan ini, because we all know doing something is better than doing nothing. =) Jangan cakap tentang perjuangan kalau takut dibenci!

This is a short post, for I still have a lot of histology to read -_-"

Tuesday, December 29, 2009

Bila ia datang....

Aaaaa....takot......kesibukan datang lagi!!!!! *serabut*

Lepas cuti ni, ada credit histologi dan anatomy dan Polish. Sy nak sangat kongsi pengalaman jaulah di Czech Republic. Nampaknya terpaksa tangguh. Tapi tak sedap nak biarkan blog ini sepi. Ahah...

Jadi, ini satu hadiah dari Mesir (sebab kawan dari mesir yg bagi link). Klik jangan tak klik! Dah klik, bacalah. Hehe...

Semoga kita semua mendapat manfaat darinya :)

Saturday, December 26, 2009

Whats happenin'

Assalamu alaykum!

Wa'alaykum salam warahmatullah

Apa khabar iman?

Alhamdulillah. masih dalam Islam.

Alhamdulillah...

Rindu.....

Rindu? Niatkan lillahi ta'ala

Lillahi ta'ala. InsyaAllah....

Malaysia?

Kakak baru balik Shah Alam. Jalan dgn zauj kat Langkawi. Adik dah jadi bekas pelajar KISAS. Tunggu SPM. Doakan dia dapat lanjutkan dalam bidang Syariah.

Syariah? I remember you used to dream to be a lawyer!

Hahaha.......rezeki ana bukan kat situ. Tak dapat sambung aliran agama masa tingkatan 4 dulu kan. She'll continue my dream.

Mak ayah?

Mak ayah Alhamdulillah. Ayah sibuk. Wan makin sakit. Brain heammorrhage, multiple organ shut down. Doakan dia....

Cucu yg soleh, doakan kesejahteraannya

InsyaAllah!

Lega enti bukan salah sorang mangsa mati kesejukan kat Warsaw yg masuk berita tu. Huhu...

Hehe....apparently I was diagnosed with 'sindrom malas belajar'

Ahhh!!! Get busy! Allah is Watching!

AHHHH!!!!!!!

**Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)**


Friday, December 18, 2009

Saya: Dah ke mak?
message sent....

1 new message...
Mak: Dalam proses. Tengah khutbah

1 new message....
Mak: Tengah nikah!

1 new message...
Mak: Sah!!!

Alhamdulillah....! Tersenyum kambing sy sorang2 tengah lecture Histologi. Ma'al hijrah tahun ini kakak sulung sy akhirnya berhijrah dari alam bujang ke alam rumahtangga pada usia 24 tahun. Mabruk!

Dengan bangganya dia berkata, "Tima, you still have a lo0o0o0ooo0o0ng way to go!". Desertai dengan gelak yang kejam -_-'

Sewaktu ibubapa sy belajar di Amerika Syarikat, mereka bernikah melalui badan yang dikenali sebagai 'Bait al-Muslim'. Begitu juga kakak sy yang seorang ini. Mungkin masih pelik bagi masyarakat sesebuah perkahwinan jika pasangan tersebut tak bercinta dahulu, keluar makan bersama-sama, ber'abang-sayang', bergayut telefon lama-lama dsbg. Nak kenal hati budi katanya....

Tapi ibubapa sy dan kakak sy memilih untuk menyimpan kemanisan itu untuk kehidupan selepas berkahwin. Agar kemanisan brcinta itu menjadi esuatu yang diredhai Allah, bukan dimurkai-Nya seterusnya dikekalkan ikatan itu sampai ke syurga insyaAllah. Bak kata mak sy, kalau sebelum kahwin kita pelihara hak Allah, Allah akan pelihara kebahagiaan rumahtangga kita. Kalau tak jaga hak Allah, less likely Allah nak jaga kita.

Bab nak kenal hati budi, kakak sy tanya pada Allah. Solat Istikharah berulang-ulang kali memohon diberi petunjuk adakah pilihannya tepat. Allahlah yang paling mengenali hati budi abang ipar sy tu. Dialah yang telah menciptakannya. Jadi kenapa tidak tak tanya Allah? Penilaian manusia selalu salah. Penilaian Allah tak pernah salah!

Semua kerana perintah Allah: Jangan kamu hampiri zina!

"Janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk" (al-Isra': 32)



Dan zina ini banyak jenis.


"Sesungguhnya Allah telah menetapkn nasib anak-anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua matanya, zina memandang. Dua telinganya, zina mendengar. Zina lidah ialah berkata. Tangan, zinanya memukul. Hati, zinanya ingin dan rindu. Sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti. (HR Bukhari, Muslim, Ahmad)



Agak mustahil (sebenarnya mustahil...) bagi pasangan yang bercinta sebelum berkahwin dapat menghindari zina-zina itu, terutamanya zina hati.


Banyak cara lain boleh kita guna. Kalau kita bersungguh-sungguh menjauhi zina dalam mencari pasangan hidup, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan yang lain yang lebih baik.

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan dijadikannya jalan keluar, serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa berserah dri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. (at-Talaq:2-3)

Sebenarnya sy x berapa suka berbicara tentang ini. Sbb sy pun pernah terperangkap dalam cintan-cintun ni (tapi sy tak pernah couple ok..). Alhamdulillah telah sy tinggalkan. Sy tak suka bercakap tentangnya kerana tipu sungguh kalau sy kata sy dah tak mempunyai apa-apa perasaan lagi. Sy memilih untuk meletakkan harga yang mahal untuk cinta. Hanya kepada Allah, dan orang yang layak menerimanya. Bukan sebarang lelaki yang entah ya entak tidak akan menjadi suami sy.

Jodoh pertemuan Allah tetapkan.

Kepada kakak sy dan suami:

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi kher! Alfun mabruk!

Thursday, December 17, 2009

Mari berhijrah =)

Pagi-pagi sy bangun, jenguk luar tingkap, segala-galanya putih. Subhanallah! Sungguh tenang dan damai melihat suasana begitu. Kerana rasanya salji ni serap bunyi agaknya, jadi keadaan macam sunyi dari biasa. Kesimpulannya, hari ni putih dan tenang =). Salji sangat2 tebal. 9 tahun lalu sy pernah merasai salji setebal 3 inci di Korea. Tapi kali ini bukan sekadar 3 inci. Jaaaaaaauhhhh lagi tebal dari itu!
12 tengahari, sy bergerak ke kelas. Meredah salji. Terkedek2. Berjalan atas salji macam berjalan atas tepung. Satu langkah, kaki tenggelam. Tapi kena teruskan melangkah. Sekali sekala terpijak 'salji-ais', rasa nak tergelincir. Alhamdulillah, nasib baik bersiap sedia dengan snow boot yg mempunyai tapak yang mantOp, menyelamatkan sy dari terjatuh. Snow flakes dan angin yang sangat2 sejuk menyerbu muka. Sampai kabur mata, tak boleh nak buka. Jalan 100 meter, dah mengah. Nanti bila dikenang-kenang kembali, ia akan jadi satu pengalaman yang manis untuk diceritakan!
Jalan dakwah bukan jalan yang mudah. Satu langkah kita dalam dakwah, sudah ada cabarannya. Tapi kena terus menyeru. Sekali-sekala terkena hasutan syaitan, sampai lalai dan hampir tergelincir dari jalan yang benar, sebab itu perlukan bekalan ilmu, iman, dan doa kepada Alah agar selalu tetapkan hati dalam keimanan untuk menyelamatkan kita dari terus terjatuh. Pelbagai ujian berupa kepahitan mahupun kesenangan datang menyerbu, sehinggakan rasa tak mampu lagi nak tanggung. Mengah dengan dakwah. Tapi du'at sekalian, jangan berputus asa, kerana dalam kesengsaraan itu ada kemanisan, yang tak mungkin dapat dirasai tanpa melalui semua kesusahan terlebih dahulu. Itukan janji Allah!
Bekalan jalan ini hanyalah TAQWA. Merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan janji Allah yang pasti benar.


jalan yang penuh cabaran.......



  • Agama hanya dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam dirinya
  • Bahagia hanya dapat dirasakan oleh orang yang membela keimanan, kebenaran dan keadilan
  • Kemenangan hakiki hanya diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban dan kuat menahan penderitaan
  • Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah
  • Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keduanya
  • Belajarlah memfanakan diri demi kepentingan cit-cita dan agama

(Usrah dan Dakwah- asy-Syahid Imam Hassanal-Banna)





Salji yang menginsafkan~

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: apakah penggilapnya wahai Rasulallah? Rasulallah menjawab: membaca al-Quran dan mengingati mati." (HR Baihaqi)

Sy berdoa agar Allah membersihkan hati seluruh umat Islam sebersih-bersihnya pada permulaan tahun ini dan seterusnya agar kita semua dapat menjadi hamba yang dikasihinya.

"Baharukanlah iman kalian. Rasulallah ditanya, bagaimanakah kami mahu memperbaharui iman kami? Baginda menjawab: banyakkanlah menyebut 'La ilaha illAllah'" (HR Ahmad)


Sy berdoa agar iman sy diperbaharui, agar tetap dalam jalan yang diredhai-Nya.

Sy berdoa agar orang-orang rumah sy dapat menjadi Muslimah-muslimah yang dapat meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Huhu....

Mari kita berhijrah kearah yang lebih baik!

Selamat Tahun Baru Hijrah =)

Wednesday, December 16, 2009

Ia mengejar!

Sepertimana 'anak-anak' Dr. Maciej kelam-kabut tak tentu arah setiap kali sebelum kelas anatomi, seperti itulah saya setiap kali sebelum kelas histologi. Pensyarah histologi dan anatomi sy mempunyai nama yang sama, tapi kedua-duanya mempunyai personaliti berbeza. Pensyarah histologi sy ni, kalau tak kena mood dia pada hari itu, habislah kami semua. Dia suka tanya soalan-soalan yang jawapannya tak terdapat dalam buku. Kadang-kala kalau soalannya tak dapat dijawab, dia akan berkata, "Oh, i'm surprised you dont know this. SHAME ON YOU. YOU SHOULD KNOW THIS BEFORE YOU ENTER THE MEDICAL SCHOOL."



Tembakan yang pedas lagi tajam mengena ke hati.......



Jadi beberap hari sebelum kelas histologi, sy akan mengurung diri alam bilik. Berusaha untuk bersedia untuk kelas. Supaya jika ada apa-apa soalan ditanya, sy akan dapat jawab insyaAllah.



Pensyarah anatomi sy pula seorang doktor muda yang sangat baik hati. Oleh kerana baiknya doktor itu, kami tak suka menghampakannya. Kalau kami tak dapat jawab soalannya, dia tak marah, tapi dari riak wajahnya, sy dapat lihat dia tak berpus hati pelajarnya tak bersedia ke kelas, seperti tak menghargainya. Jadi kami sentiasa berusaha untuk bersedia untuk kelas anatomi.



Alangkah baiknya kalau sy dapat mengaplikasikan semua ini untuk bersedia menemui Allah. Alangkah baiknya kalau kita berusaha sentiasa berada dalam keaadaan bersedia untuk menghadapi mati. Supaya nanti dalam kubur, dapat kita menjawab soalan Munkar dan Nakir. Menjadi hamba yang selalu bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah telah berikan.



"Tiap-tiap yang berjiwa, akan merasai mati..."(29:57)



Bezanya, kelas anatomi dan kelas histlogi sy tahu bila. Tapi mati bila??

Mahu tak mahu, kenalah bersedia 24 jam!



Ramai orang kata mencintai kehidupan yang sihat, tapi banyak makan makanan yang membahyakn kesihatan, malah berani menghisap rokok. Begitu juga ramai orang yang kata takut mati, tapi tak pernah bersedia untuk menghadapinya. Masih liat nak tinggalkan maksiat. Masih berat nak sujud kepada Allah. Masih banyak perkara lagha alam hidupnya daripada perkara yang mengingatkannya kepada Allah. Masih susah untuk berenggang dengan dunia hiburan yang semakin menjadi nafas seharian.



Persediaan menghadapi mati perlu dilakukan dengan cinta. Hanya apabila wujud rasa cinta kepada Allah, kita akan bersedia untuk mati. Orang yang mencintai Allah, tak sabar untuk bertemu-Nya. Orang yang mencinta dunia, benci kematian kerana kematian akan memisahkannya dari dunia yang dicintainya, dan takut dengan pertemuan dengan Allah kerana tahu bagaimana kesudahannya.



"Barangiapa yang menyukai pertemuan dengan Allah, nescaya Allah menyukai pertemuan dengannya. Dan baransiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, nescaya Allah membenci pertemuan dengannya" (HR BUKHARI)



Tetapi tak bermakna kita harus berkurung dalam bilik, solat dan baca quran 24jam untuk mempersiapkan diri menghadapi mati. Jangan sempitkan skop ibadah hanya trhadap solat dan baca al-Quran. Belajar juga ibadah. Sidai kain pun ibadah. Masak pun ibadah, kalau semuanya niat kerana Allah dan dilakukan dngan cara yang tak bertentangan dengan syara'.



Seperti kata Sidina Umar Al-Khttab: "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Bekerjalah kamu seola-olah kamu akan hidup selama-lamanya."



Beberapa hari lepas sy dikejutkan dengan kematian suami ukhti Teh dari seorang ukhti dari German. Kemalangan beberapa jam selepas pernikahannya. Sy tak pernah bersua muka dengan ukhti Teh. Sekadar tahu beliau bersama dalam perjuangan dan dakwah ini. Akhawat di Malaysia memberitakan ukhti tenang dan masih boleh berbicara walaupun dalam keadaan yang sangat sedih. Sy kagum dengan ketabahan dan kekuatan ukhti Teh dalam menerima musibah ini. Begitulah, hati yang sentiasa mengingati Allah akan sentiasa tenang dan redha menerima ujian-Nya.



Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah untuk akh Mohd Ariff, kedua-dua ibubapanya, dan sahabatnya yang terkorban dalam kemalangan itu....

Sy pun tak pasti sy bersedia atau tidak untuk mati. Cukuplah kematian menjadi pengajaran buat kita....

".....Ya Allah timbulkanlah rasa cinta kami kepada iman serta hiasilah ia dalam hati kami, dan timbulkanlah rasa benci kami terhadap kekufuran, kefasikan dan penderhakaan serta jadikanlah ami dari kalangan yang mendapat bimbingan. Ya Allah, matikanlah kami sebagai orang Islam an hidupkan kami sebagai orang Islam serta temukanlah kami dengan orang-orang yang soleh tanpa merasa hina dan terfitnah....."

Saturday, December 12, 2009

hati berulam jantung.....(?)

are they being to0 liberal?
or i'm being to0 close-minded??

whatever

"Janganlah kamu sibuk mencari keburukan orang lain, justeru kamu lalai (meneliti) keburukan pada dirimu, sesungguhnya itu dua keburukan" (al-Qahthani)

wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu...

Wednesday, December 2, 2009

nikmat~

Lima hari sy hidup tanpa nikmat pendengaran yang baik pada telinga kanan sy. Entah apa puncanya, sy pun tak tahu. Ada kawan berpendapat ia disebabkan tekanan yang agak rendah musim sejuk ini. Ada pula yang berkata telinga sy terkena radiation akibat mendengar mp3 dari handphone setap hari. Entahlah. Tapi Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat telinga. Syukur. Macam manalah agaknya rupa sy tanpa sebelah telinga. Kelakar.

Dengan menggunakan nikmat kaki yang boleh berjalan, sy keluar pergi ke hospital. Nikmat mata untuk melihat arah mana sy jalan. Nikmat sarapan pagi yang membekalkan tenaga kepada sy untuk berjalan. Nikmat jari yang boleh menaip sms meminta Kak Yana temankan. Dan macam-macam nikmat lagi yang sy tak larat nak senaraikan. Alhamdulillah!

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.s. an-Nahl: 18)

Kebelakangan ni peglihatan sy agak terganggu. Sy perhatikan bertambah banyak papan-papan iklan di sekitar pusat bandar Warsaw ini mempamerkan perempuan-perempuan yang tak cukup baju. Bukan tak cukup baju macam biasa. Tapi terlalu tak cukup baju. Bukan kecil papan iklan itu. Besar! BESAR SANGAT. Sebagai seorang perempuan, sy sangat malu. Sakit mata tau.

Sy rasa simpati terhadap kaum lelaki sebenarnya. Dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Nafsu yang satu itu, adalah terhadap golongan hawa. Dan disebabkan nafsu itu satu, jadi ia agak concentrated.

“Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari Muslim)

Jadi sy kasihan dan tak tahu bagaimana hebat cabaran bagi mereka untuk mengawal nafsu apabila papan-papan iklan yang besar gajah itu diletakkan depan mata mereka. Kalau tengok, dah kira salahguna nikmat mata tau.

"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." (Q.s. Ibrahim: 7)

Kalau tak tengok, kira mensyukuri nikmat Allah dengan tidak menggunakan nikmat mata itu untuk melihat benda-benda macam tu. Dapat pahala! Sy berdoa agar Muslimin di Poland dikuatkan iman..

Dan kalau wanita-wanita itu beriman, pasti mereka tidak akan mempamerkan bahagian-bahagian tubuh mereka yang tak patut di khayalak ramai. Wanita bukan barang pameran, yang boleh dipamerkan sebegitu setelah dibayar dengan harga yang rendah. Harga wanita itu tinggi, tak terbayar. Begitu juga martabat wanita. Jadi mengapa rendahkan martabat sendiri lalu menjadi barang dagangan? Marilah wahai Muslimah, kita syukuri nikmat Allah dengan menutup aurat, tanda kepatuhan kepada perintah Allah.

Alhamdulillah selepas berjumpa doktor, telinga kanan sy kembali boleh mendengar. Terkejut sy, doktor itu tak pandai berbahasa Inggeris. Nasib baik ada Kak Yana. Bolehlah faham sikit-sikit. Kalau tak, ayam dan itiklah kami :D

Oh, nikmat pass credit anatomy. Semuanya bukan kerana kerja keras kami siang malam, tapi kerana sifat Maha Pemurah Allah, untuk mengurniakan nikmat itu kepada hamba-hambaNya yang hina ini walaupun hamba-Nya ini selalu lupa untuk bersyukur. ALHAMDULILLAH~

Friday, November 27, 2009

cinta dan pengorbanan

Malam raya. Lepas kelas anatomi, terus pasang takbir raya. Bergema diseluruh pelusuk rumah. Kerja masak memasak pun bermula. Sy ni bukanlah seorang yang rajin nak masak. Lagi-lagi mengenangkan ade credit anatomi Selasa depan.

Tapi dah orang rumah nak sangat makan rendang, sy pun masuk dapur. Ikhlaskan niat! Itu yang penting. Kalau tak, apa pun yang kita buat tak ada ganjarannya.

Rasulullah SAW sendiri menasihatkan kepada kita, “Bahwa sesungguhnya amal itu tergantung kepada niatnya dan bagi seseorang adalah apa yang ia niatkan. ” HR Bukhari.

Mula-mula rendang. Sementara nak tunggu masak, buat nasi himpit. Himpit nasi panas dengan Netter's Atlas of Human Anatomy. Hua3~
Ada yang terlebih rajin, buat trifle.

Pagi-pagi lepas subuh, terus bertolak ke meczet (masjid). Jauh masjid tu. Setiap langkah ke rumah Allah, kita akan diganjarkan dengan pahala. Kira setiap pusingan roda bas dan trem tu, kami dapat pahala. Hehehehe....

Khutbah dalam Bahasa Arab dan Polski. Bahasa Arab sy masih boleh faham sedikit. Khutbah Polski, sepatang arang sy tak faham. Khatib mengingatkan kita agar prihatin dengan umat Islam di Palestin, agar berkongsi kepahitan bersama.

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, menyayangi dan bertolong-tolongan di kalangan mereka, umpama satu tubuh, apabila sakit satu anggota tubuhnya akan terasa pula anggota yang lain sehingga tidak dapat tidur malam dan demam” HR. Bukhari dan Muslim

Di negara yang tak ramai umat Islam ini, cukup manis apabila bertemu dengan saudara saudari seagama. Hari ini, terjumpa sahaja muslimah bertudung, semua menghulurkan tangan, bersalaman dan memberi ucapan 'Eid Mubarak'. Kemanisan Ukhwah!



Dalam seronok menyambut hari raya, sy terlupa. Cerita Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Dengar berulang kali cerita ini pun, sy tak bosan.

Baru sahaja mendapat anak, Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan isterinya dan anaknya yang masih bayi di tengah-tengah padang pasir tiada penghuni.

Tidak pula isterinya, Hajar, menganggap Ibrahim AS suami yang kejam dan tidak bertanggungjawab. Dia tahu, semuanya perintah Allah. Perlu dilaksanakan.

Setelah bertahun lamanya, baru Nabi Ibrahim dapat berjumpa dengan anaknya, Ismail, yang telah besar. Datang pula perintah Allah supaya anaknya itu disembelih.

Tidak pula Ismail AS menganggap ayahnya gila, kejam dan tidak berhati perut. Sudahlah ditinggalkan anak di tengah-tengah padang pasir, apabila bertemu, hendak disembelih pula. Tak masuk akal! Namun dia tahu, semuanya perintah Allah. Perlu dilaksanakan.

Perintah Allah wajib dipatuhi. Peristiwa itu menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Kita adalah hamba. Tak berhak untuk mempersoalkan perintah Allah. Walaupun hikmah di sebalik perintah itu tak difahami, tetap wajib dilaksanakan.

Tak keterlaluan jika sy katakan, majoriti umat Islam hari ini menyambut hari ini tanpa menghayati kisah di sebaliknya. Akhirnya sambutan tinggal sambutan. Tiada kesan di hati.

Kenapa nak pakai tudung? Kalau sy tak cantik, tiada apa sy nak sembunyikan disebalik tudung itu. Lagipun orang yang pakai tudung tak semestinya baik.

Tapi itu perintah Allah.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...."(An-Nur:31)

Logik atau tidak, wajib dilaksanakan. Kalau tak, berdosa

Sealam sahabat non-muslim sy tanya, kenapa nak puasa? Kan kalau puasa badan letih. Satu kerja pun tak jalan nanti.

Tapi Allah sunatkan umat Islam berpuasa hari itu. Kami nak cari keredhaan Allah.

Mampukah kita untuk tunduk pada setiap perintah Allah tanpa mempersoalkannya?
Kuatkah kita sekuat Ibrahim AS, Ismail AS dan Hajar?
Sanggupkah kita korbankan masa, harta, malah nyawa kerana Allah?
Perlukan kekuatan hati, kekuaan iman.

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."

Cintakan Allah? Bersedialah untuk berkorban kerana-Nya!

Thursday, November 12, 2009

closer than veins

credits to Ukht Mima for this video

Sy sangat100x suka kelas anatomi. Kelas anatomi hari ini sy belajar salur darah dalam otak. Agak terkeliru dengan Cerebral artery dan Cerebellar artery. haha....

Balik kelas, Kak Mima bagi video ni.

Sebenarnya Allah tu dekat kan

Cuma kita shj yang tak sedar.

Cuma kita sahaja yang selalu lupa.

We just have to open our eyes.

Oh. Apa kaitan Cerebral artery dan Cerebellar artery dengan video ni?

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya" (50:16)

Tuesday, November 10, 2009

cerita hari selasa

Hari selasa. Hari yg sy rasa paling padat. Kelas dari pagi sampai malam. Semua kelas penting.
pagi-pagi kelas bahasa Polish. Sy kira kelas yang sangat penting. Kalau fasih, senang nak buat praktikal di hospital.

Agak mencabar bahasa ini. Macam bahasa Arab. Cuma bahasa Arab ada 14 wadzan. Polish ada 6 wadzan shj. Kurang sikit benda nak dihafal. Hehehe....
Tersembur-sembur air lir nak menyebut perkataan Polish. Antara perkataan paling mencabar;

trzydzieści trzy
chrząszcz
sześćdziesiąt sześć

Sebab itu setiap hujung minggu orang rumah sy akan keluar jalan-jalan. Nak praktikkan bahasa alasannya. Lokasi utama; wasyntona. Tawar-menawar dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik peniaga. Sangat membantu kami aplikasikan bahasa. tak tipu! Belajar sambil membeli-belah. hahaha....

Dan hari ini sy demam. Guru Polish sy pun kata, "If you're ill, stay in bed. Dont spread it."

hmmm...betul juga. Tapi macam malas nak ponteng.

Baru kelmarin sy dan orang rumah pergi Stare Miasto (OldTown). Banyak betul gereja. Besar mengalahkan masjid depan rumah sy di Shah Alam. Kami pun masuk gereja tu. Nak tinjau keadaan. Tak pula orang yang keluar masuk gereja itu hambat kami keluar. nice!

Tapi masuk bukan sekadar masuk. Masuk untuk ambil ikhtibar. Poland adalah negara yang kuat pegangan Katolik. Tak hairanlah mereka akui mereka lebih devoted berbanding penganut Katolik yang lain kerana walaupun bukan hari Ahad, mereka tetap rajin beribadah di gereja.
Kami tengok kesungguhan mereka mencari Tuhan. Melutut berdoa. Menangis-nangis. Tapi sayang, 'tuhan' yang mereka sembah bukan Allah yang Esa. Sy bersyukur sangat-sangat dilahirkan dalam Islam. Tak semua orang dimasukkan hidayah dalam hatinya. Tapi Allah pilih sy juga untuk berada di jalan yang benar. Alhamdulillah. Pujian bagi Allah. Sy akan cuba untuk menjadi Muslimah yang Mu'minah. Sy berdoa supaya Allah tetapkan hati sy dalam agama-Nya.
Oh ye, demam. Sy demam. uhuk~ srettt....!!!(sedut hingus....-_-')
Berbezanya Muslim dan non-Muslim, kita Muslim (sepatutnya) melihat demam sebagai kafarah(pengahpus) dosa-dosa.
“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kerumetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Dan kita tak boleh mencela penyakit.
“Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)
Biasanya manusia ni bila susah baru ingat Allah. (Kalaulah sy tak demam, rasanya takkan sy terfikir nak buat post kali ni...) Mungkin ada anggota badan yang Allah bagi pinjam ni sy tersalah guna. Tersakitkan hati orang, atau terngumpat anjing bulldog pakcik Polish tu..... Mungkin juga sebab sy banyak bersungut dari besyukur dengan nikmat yang ada. Mungkin.
Demam tak demam, hari ni sy dah janji nak pergi Masjid dgn 5 org rakan lain memandangkan hari ini kelas anatomi dibaalkan. Lepas kelas Latin kami terus cari bas. Pukul 3.30 petang. Bak kata Akh Adi, sekarang waktu solat macam dah tak logik. Pukul 3.52pm dah masuk waktu Maghrib. Hari pun dah gelap. Tambah pula dengan hujan halus-halus. Aaaaahhh~ demam kot~~
Tapi puas! Sampai masjid akhirnya. Setelah satu bulan setengah duduk Warsaw, akhirnya kami sampai Masjid. ALHAMDULILLAH. Memang touching habis dapat dengar azan setelah sekian lama. Jumpa pula dengan beberapa Muslimah Poland. Malangnye mereka tak tahu bahasa Inggeris. Nasib baik baru kelas Polish pagi tadi. Bolehlah cakap sikit-sikit....
Balik rumah, badan dah panas semacam. Ingat nak tidur awal. Dah hibernate dah pukul 9. Tapi terima satu panggilan telefon yang agak penting. Jawab dalam mamai. Maaf. Seringkali lidah lagi laju dari otak.
And now its 1.54am. I'm wide awake. Couldnt sleep back. Better study. Anatomi! :D

Monday, November 9, 2009

saat dan ketika itu....

bukan sekali sy diajak untuk ke majlis yang melibatkan arak. dan setiap kali itulah sy terangkan kepada rakan yang mengajak itu, sy Muslim. sy tak boleh minum arak. sy tak pergi club. sy tak pergi parti.. blablabla...... sampai sy di'cop' anti-sosial. dont be too hard on yourself, katanya.

ya. bukan sekali sy diajak. berkali-kali. tapi sy tak salahkan rakan yang mengajak itu. dia tak tahu. dalam hati sy doakan semoga Allah bukakan pintu hatinya utk menerima Islam yg indah ini. mereka pun hormati pendirian sy. Alhamdulillah tak pernah sy dipaksa :P

sebenarnya agak payah utk menolak ajakan rakan-rakan. tertamanya yang baik dengan kita. jadi pada satu hari sy terima jemputan lagi. kali ini bukan friday night party atau pub crawl macam biasa. kali ini sekadar house warming parti. yang mengajak pun bukan rakan se-Malaysia.

sy tak teragak-agak menerima jemputan itu kerana katanya dia menjemput senior sy juga. makanan pun dia beli dari kedai halal. jd kenapa sy nak menolak kan?

dengan hati yg gembira lagi riang, sy pun bertolak ke rumahnya petang itu. dalam kepala terbayang-bayang ayam, udang, daging etc yang akan dibaham sebentar. maklumlah, tak sempat nak makan tengahari. siang pendek sangat.

sampai saja di lokasi jamuan, sy terkejut besar. TERKEJUT BESAR. tin-tin beer tersusun atas meja. dalam hati........APEKAH??????

ya Allah, tak tentu arah sy dibuatnya!
nak terus keluar?
sy rasa macam biadap pula!

nak pulang seorang diri?
gila! malam Jumaat ramai orang mabuk!

waaaaaa~~!!!!

sy terus duduk di meja makan. satu-satunya lokasi tanpa arak. makan-makan. borak-borak. makan lagi. entah berapa kali gelas berisi arak diletak depan sy. dah la warnanya lebih kurang sama dengan air sy. kalau tak kerana buihnya, sy dah terminum dah.

sy tak salahkan tuan rumah. mungkin dia tak tahu. cukup baik dan perihatin tuan rumah cari alternatif masakkan makanan halal untuk tetamu Muslim-nya.

yang sy tak boleh terima, gelagat senior sy bila menghadap botol vodka. dah tahu benda tu haram, tak perlulah nak dipegang-pegang botol tu. tak perlu rasanya dia nak hidu vodka tu. dan sangat tak patut dia ambil gambar, posing seolah-olah sedang minum kencing syaitan itu. bukan sy tak tegur. tapi mungkin dia tak dengar. atau kerana gelak tawanya terhibur bermain dgn arak itu meneggelamkan suara sy. sy sangat berharap agar dia tak buat-buat tak dengar. itu saja.

hampir saja sy hilang hormat pada senior yang seorang itu. tapi ada suara halus dalam hati berkata, dia tak tahu.....
sy harap dia betul-betul tak tahu.

bukan apa, sebagai seorang Muslim, perlulah sesitif terhadap larangan-larangan Allah tu. sensitif terhadap benda-benda haram tu. cuba fikir, kalau rakan yang bukan Muslim itu lihat kita gembira sakan dengan arak, sampai keakhirnya dia takkan tahu Muslim tak boleh hadir majlis yang dihidangkan arak. salah siapa?? salah Muslim itu sendiri! JANGAN JADI FITNAH PADA ISLAM

lagi satu, kalau tak boleh nak cegah kemungkaran itu dengan tangan atau lisan, cegahlah dengan hati. sekurang-kurangnya bencilah kepada perbuatan meminum arak. bencilah arak yang merosak akal fikiran manusia itu. bukannya terhibur hati meliha botol champange depan mata lalu posing sakan. itulah selemah-lemah iman. kalau tidak ada perasaan benci itu, manalah agaknya iman kita ketika itu....

sy rasa sgt 'kotor'. sepatutnya apabila sy nampak tin-tin beer itu, sy terus keluar. ini pengajaran bagi sy. sy akan lebih berhati-hati lain kali, insyaAllah. perjalanan masih jauh. ya Allah, berikanlah aku kekuatan!

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Friday, October 30, 2009

fatimah kena study

amboi fatimah, rajin study.
kenalah rajin. MARA bayar tau. kalau result teruk, silap-silap kena tarik biasiswa.

fatimah, kenapa study teruk sangat ni?
ish, lecturer aku paling bagus tau kat sini. tak patut tau fail kredit pertama!

gila lah kau study. semua kau tahu. hebat
ish, kan senior kite hebat-hebat. malulah kalau tak boleh jadi macam mereka!

kau ni stuuuuuudyyyyyyyy je kan. cubalah bersosial sikit.
kau pun tahu pelajar Malaysia reputasi baik kat sini. mana boleh kalah dengan budak negara lain....

tak pernah pun sy cakap, "sy menuntut ilmu kerana Allah". Astaghfirullah....

“Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah : Sesiapa yang menuntut ilmu yang mana sepatutnya kerana mencari keredaan Allah tetapi tidaklah ia menpelajarinya kecuali kerana untuk mendapat kejayaan (kepentingan) dunia. Pasti ia tidak akan dapat mengharapkan (apa pun) dari syurga di Hari Kiamat, maksudnya tidak akan dapat baunya”
[Riwayat Abu Dawud di dalam al-Ilm dan Ibn Majah di dalam al-Muqaddimmah]

betul. menuntut ilmu itu satu ibadah. dan setiap ibadah itu bermula dengan niat yang betul, niat yang ikhlas. mesti ramai dah pernah dengar hadith ini.

“sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat”
[riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi]

keredhaan Allah itulah yang kita harapkan. bukan keredhaan manusia. bukan untuk dipuji. bukan untuk disanjung. bersihkan amalan itu dari kecacatan yang bersifat diri sendiri atau bersifat dunia

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum jika kami lupa atau tersalah...."(2:286)
maafkan Aku ya Allah yang sering melupakan-Mu....

minggu depan sy diberi peluang ke-2.
halus betul cara Allah tegur(~_~)
tandanya Allah sayang(^_^)
doakan sy bejaya kali ni. betulkan balik niat menuntut ilmu kerana Allah, insyaallah

Sunday, October 18, 2009

a non-controvertial post

show me right from wrong.
tell me to be strong.
need You more than ever....(1:6)

Sunday, October 11, 2009

kepada yang berkenaan

oho. kalau nak copy paste pun tak salah minta izin dulu kan. ahahaha.....

apa pun, terima kasih banyak-banyak atas respon yang sangat menusuk kalbu jiwa hati nurani jantung paru-paru dan segala organ yang berkaitan itu. sy faham sekarang. maklumlah, sy budak yg masih hijau. banyak meragam sikit... jazakillah. really appreciate it

".....mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".[103:3]

Saturday, October 10, 2009

are you happy now?

sy mungkin nampak gembira, tapi dalam hati Allah saja yang tahu....

ramai pelajar tafsirkan kegembiraan apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. tapi pernah saja sy dengar luahan hati pelajar terbaik sekolah yang terlintas untuk membunuh diri. gembirakah tu?


orang biasa pula kata gembira itu apabila kita kaya, banyak harta. tapi kenapa ada saja orang kaya yang serabut hidupnya kerana tekanan kerja? gembirakah itu?

perempuan pula kata gembira kalau jadi kurus. tapi kenapa sentiasa ada dalam hati rasa takut kalau gemuk semula? cukup gembira macam tu?

juga ramai remaja sebaya sy nak sangat melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti sy. lagi-lagi negara empat musim seperti Poland. boleh pakai baju sejuk cantik-cantik. boleh main salji. tapi gembirakah sebenarnya sy dengan semua tu?

sy cemburu melihat sahabat-sahabat yang makin dekat dengan Allah apabila belajar di luar negara. kalau dulu tak pakai tudung, sekarang dah pakai. kalau dulu pakai tudung jarang, sekarang legap dah. bidang 60 lagi tu. kalau dulu selalu tinggal solat, sekarang qiamul lail tak pernah tinggal.

sy sangat cemburu apabila senang sahaja mereka jumpa kumpulan yang selalu mengajak mereka mengingati Allah. sedangkan sy disini masih mencari-cari. dalam pencarian, sy main jauh pula dengan Allah. sy ibarat budak yang terperangkap dalam tangki air. kalau sy x cepat-cepat cari jalan keluar, sy akan lemas dan mati. sy tak mahu iman sy terus mati. kalau dah mati, susah nak hidupkan balik!

sy cari alternatif dengan membaca blog-blog Islamiah. tapi perasaan itu tak sama dengan menerima secara terus dari naqibah. sy menyesal menolak ajakan naqibah sy untuk membuat usrah online sebelum sy ke sini duhulu.

sy rindu masa zaman sekolah waktu jadi lembaga disiplin kerohanian yang agak poyo. walaupun ada pelajar yang benci dengan sy kerana selalu menegur, tapi sy rasa dekat dengan Allah. sy gembira.

sy rindu pada waktu buat foundation di MSU. walaupun penat terkejar-kejar untuk menghadiri usrah JIM, sy gembira kerana tenang setelah peroleh ilmu dan peringatan dari naqibah.

tak bermakna kepahitan dan kesusahan itu mendatangkan kesediahan kan. tak bermakna apabila kita dapat apa yang kita nak, kita akan gembira. memang sy gembira apabila dapat keputusan cemerlang, dapat ke Poland, dapat jalan-jalan, dapat pakai baju cantik. tapi sy tahu bezakan kegembiraan sementara dan kegembiraan hakiki.

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".(ar-Ra'd : 28)

Wednesday, September 30, 2009

amar ma'ruf nahi munkar

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata :
"Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya,Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu."
( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib ).

Tuesday, September 29, 2009

siren bahaya!

apabila sy dah lama tak update, tandanya sy dah lama tak pergi majlis ilmu/usrah/tazkirah atau membaca sesuatu yang dapat memberi peringatan dan refresh iman. manusia memang perlukan zikir (mengingati Allah) sepertimana ikan perklukan air. iman manusia ni biasalah, ada turun naiknya. bukan macam malaikat, naik sentiasa. jadi kena cari jalan cepat-cepat sebelum kritikal!

tentu saja ada usrah di Poland ni. tapi masih belum buat. rasanya sy perlu berhanti mencari, tapi memulakan. ya Allah.....tak kuat rasanya.

hari pertama kelas histologi. sy seorang saja pelajar melayu. huh! gementar juga mula-mula. tapi buat muka tenang saja....hahahaha. ada dari Greek, Norway, Taiwan, Austria, Arab Saudi dan pensyarah sy orag Poland(mestilah....). memang menarik. pelbagai saiz, bahasa, warna kulit. semuanya kebesaran ciptaan Allah!

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat: 13)

dan dalam ayat inilah Allah mengajak kita berfikir apakah hikmah dijadikan pelbagai bangsa. jangan berasa rendah diri. walaupun orang Melayu ni sangat kecik berbanding orang Eropah, tak bermakna mereka lagi mulia. kemuliaan disisi Allah adalah ketaqwaan. kalau kita yan kecil ni tiada ketaqwaan, apakah agaknya nilai kita disisi Allah. hidung tak mancung, kulit tak putih, pendek pulak tu, tambah lagi sombong dengan Allah. tak ingin Allh nak pandang. naudzubillah...!

p/s: its not autumn yet, but its 9 degree celcius out there!

Tuesday, September 22, 2009

kuala lumpur-paris-warsaw

malam ni sy akan bertolak. entah macam mana kami 20 orang boleh terpisah penerbangan. 10 orang akan transit di Stockholm, Sweden, dan 10 orang lagi termasuk sy transit di Paris. penerbangan selama 13 jam untuk ke Paris. berlepas pada jam 11.35 malam. transit 6 jam di Paris (6 jam??? nak buat ape??). berangkat ke warsaw dengan Air France dan tiba kira-kira jam 2 petang waktu warsaw.

tiada siapa yang boleh bantu kami melainkan Allah.

dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaMu,aku tidak berupaya dan berkuasa kecualilah MU.

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.

Aku berlindung pada Allah dari kejahatan manusia.

Ya Allah, lindungilah keluargaku. tiada yang berkuasa melainkan Engkau.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian diperjalanan nanti, dan setelah tiba nanti.

Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, bersyukur kepadaMu, dan kebaikan dalam ibadahku.

Ameen~

Friday, September 18, 2009

ahlan baby Hafsah! ^_^

sempat sy ziarah naqibah sy, ukhti aishah. baru melahirkan puteri sulungnya isnin lepas. mabruk!
Hafsah namanya. sempena nama isteri junjungan mulia, Nabi Muhammad (saw). alhamdulillah baby hafsah sihat. sangat comel! ^_^


akhi zafry mandikan baby hafsah

semoga hafsah membesar menjadi anak yang solehah, mempunyai keteguhan sehebat Saidatina Hafsah, mempunyai peribadi seindah ummul mukminin itu. semoga Hafsah membesar menjadi muslimah serikandi Islam yang akan menyambung tugas mulia da'wah seperti abi dan umminya. ameen!!

Wednesday, September 16, 2009

kenapa nak puasa??

sy tak ingat bila pertama kali sy puasa. tapi masa darjah 1, sy masih belum puasa penuh. kecil-kecil dulu, kalau bulan puasa sy selalu curi-curi makan. ambil sekeping dua biskut, masuk dalam almari, makan puas-puas. tertinggal pula serdak biskut dalam almari. kantoi....huhu

naik darjah satu, mak suruh puasa juga. balik sekolah, minum air puas-puas bila mak tak nampak. hahaha..... malu juga sy nak mengaku, sy mula puasa penuh waktu darjah 4. waktu itu kami sekeluarga ikut ayah outstation di Korea. siang di sana pendek. 12 jam sahaja. maklumlah, waktu tu musim sejuk. jadi puasa pun tak penat. tak ada alasan untuk curi-curi makan!

Alhamdulillah sy sudah belajar puasa penuh sebelum sampai usia baligh. puasa, puasa juga. tapi boleh tak kita jamin puasa kita selama ini diterima Allah?

kalau tengah berpuasa, kenalah jaga hati, fikiran, anggotabadan seperti lidah, mata, telinga, kaki, tangan, dsbg. Kalau tak, puasa kita takkan beri apa-apa manfaat kecuali lapar dan haus.

"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.?" (HR Ibn Majah)

kadang-kadang tengah puasa lidah ter-mengumpat, ter-mengutuk orang, ter-mencarut dan macam-macam 'ter' lagi. telinga pula rasa macam nak dengar lagu linkin park (patutnya lebih baik dengar benda-benda lain yang tak lagha). mata rasa nak tengok movie, tangan pula malas nak kawal remote control walaupun diri tahu cerita orang putih ni ade saja scene tak elok dia. kaki rasa macam nak pergi main game di arcade (sepatutnya lebih baik melangkah ke masjid. tak pun pergi kubur. ingat sikit pada kematian...).

kalau semua kehendak nafsu ni kita tunaikan, apa kesan puasa kepada kita? jauh-jauhkan lah...

sebenarnya puasa ni nak lemahkan nafsu. nafsu itu terhasil dari darah. darah pula terhasil dari makanan. kalau tak bagi makan, dia pun lemah. penat nak buat benda maksiat. sebab tu waktu puasa gunakan sebaik mungkin untuk melemahkan nafsu. permintaan-permintaan dia yang bukan-bukan tu jangan layan!

waktu buka tu paling kritikal. waktu tu lah nafsu kita nak balas dendam. jangan biarkan!jangan biar nafsu tu kuat balik lepas kita dah lemahkan dia. makan sekadarnya saja. ikut sunnah orang kata...

kalau bulan-bulan lain pun boleh puasa sunat. tapi ingat, niat puasa kerana Allah. bukan kerana nak jimat duit atau diet atau nak sihatkan badan atau supaya nampak macam orang beriman. memang kalau puasa kita dapat semua fadhilat tu, tapi jangan niat puasa kerana nak dapat fadhilat tu. niat puasa HANYA KERANA ALLAH. Allah cemburu kalau hamba-Nya puasa bukan kerana Dia!

p/s: cabaran betul nak hidupkan 10 malam terakhir ni dalam keadaan 'cuti-cuti malaysia'....

Wednesday, September 9, 2009

jaga lisan!

melatah cara pertama: "Allahuakbar!"
ini cara melatah orang yang lidahnya selalu menyebut nama Allah, sampai kalau terkejut pun dia akan sebut nama Allah.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka ucapkanlah (perkataan) yang baik atau diam!” (HR. Al-Bukhariy )

melatah cara kedua: "OPOCOT MAK KAU!!"
ini pula cara melatah orang yang lazim menyebut nama Allah, tapi belum cukup untuk menjadikan nama Allah itu sebati dalam darahnya.


melatah cara kedua: "OW SHIT!!"

ini cara melatah orang yang lidahnya telah terlalu biasa menyebut perkataan-perkataan kesat sehingga menyebabkan hati menjadi kotor dan jauh dari Allah. hati-hati! nauzubillah....!

“Sesungguhnya seorang hamba, benar-benar mengucapkan suatu perkataan yang diridhai oleh Allah, yang dia tidak menganggapnya penting, (maka) Allah mengangkatnya dengan perkataan tersebut beberapa derajat dan sesungguhnya seorang hamba, benar-benar mengucapkan suatu perkataan yang dibenci Allah, yang dia tidak memikirkannya terlebih dahulu, yang dengan perkataan tersebut dia terjerumus ke dalam jahannam.” (HR. Al-Bukhariy)

jadi macam mana anda melatah??

p/s: 10 malam terakhir. pasang gear 5! :)

Tuesday, September 8, 2009

satu janji

pagi ini terpaksa sy ponteng tadarus. pelajar-pelajar poland dijemput untuk menghadiri taklimat di HQ MARA. seawal 7.30 sy pergi menaiki KTM dengan beg besar gila-gila berisi pakaian winter untuk diserahkan kpd diela. sy dah janji nak beri padanya. tak kira susah atau tak, sy kena beri juga. mujur hari ini cuti nuzul Quran di Selangor. jadi KTM tak lah sesak seperti biasa.

taklimat bermula pukul 9. dikendalikan oleh senior-senior dari warsaw, pegawai mara, dan pensyarah MSU. terangkan mengenai penerbangan, penempatan, bank, sistem pembelajaran dan lain-lain. waktu itu juga surat rasmi dari warsaw sampai ke tangan sy. secara rasmi penempatan sy di warsaw dijamin. Alhamdulillah. tidak ada yang perlu dirisaukan lagi. memandangkan semuanya telah secure, kenalah sy tunaikan janji sy pada Allah. mahu tak mahu, malam ini juga sy akan laksanakan insyaAllah.

taklimat tamat kira-kira pukul 11. sy telah janji dengan diela untuk menemaninya pergi beli barang keperluan. keluar sahaja dari medan MARA, ramai orang di Jalan Tunku Abdul Rahman. ramai! memang ramai! kami menggunakan skil menyelit dengan maksima. hentian pertama, Kedai Buku Mukmin. malangnya buku yang dicari sudah habis stok. tiga kedai buku kami pergi. semuanya habis. penat kami menyelit celah-celah orang ramai, hampir dilanggar motor ketika melintas, tapi pergi dengan tangan kosong. aihhhh.... jangan mengeluh...setiap sesuatu ada hikmahnya.

hentian seterusnya Midvalley. dari Jalan Tunku Abdul Rahman, kami menuju ke stesen KTM. terasa perjalanan saaaaaangat jauh. maklumlah, sedang berpuasa. sampai di midvalley, pergi ke kedai Universal Traveller untuk beli thermal wear. mahal betul. sepasang RM 188. nak buat macam mana, kami orang Malaysia tak mungkin dapat hidup dalam suhu -20c tanpa benda ini.

pergi cari jeans pula. diela ni jenis pakai baju kurung selalu. jarang sy lihat dia pakai selain baju kurung. dan tak pernah sy nampaknya pakai jeans. jadi untuk memilih jeans bagi nya adalah satu MASALAH YANG BESAR. sy pun jadi perunding pemakaian sebentar. sy akui, memang susah nak cari. maklumlah, jeans perempuan ni sempit sana sempit sini....tak biasa lah....

habis duit di situ. terpaksa batalkan hasrat untuk membeli sneaker dan beg. kami patah balik ke KL central. solat zohor. sy rasa macam nak pengsan dah. kakai lenguh tak terkata. diela tekad untuk ke chow kit untuk beli buku pula. dalam keadaan separuh mati, kami berjalan ke stesen monorail. naik dari central, ke chow kit. berjalan 15 minit dari stesen chow kit ke kedai buku.

diela beli buku. kami dinasihatkan beli buku di sini kerana buku di poland 2 kali ganda lebih mahal. satu buku 2kg. 3 buku dibeli, maka semuanya 6kg. penat nak mati. kaki dah sengal. bahu nak patah. kembali ke kl central dalam pukul 6ptg.

selesai solat asar, kami berpisah. diela menuju ampang. sy nak pulang shah alam. waktu itu jugalah manusia-manusia yang sebentar tadi shopping di midvalley dan Jalan Tunku Abdul Rahman nak pulang. tren pertama sampai, tapi penuh. tiba-tiba sy dihimpit oleh lelaki-lelaki berbadan besar dari segenap penjuru. SY DIHIMPIT. tapi tren itu terlalu penuh, kami terpaksa tunggu tren ke-2. sementara menuggu, sy terus dihimpit, tak dapat bergerak langsung. aihhh....kalau pengsan di sini, jadi drama nanti...

tren ke-2 sampai. sy tak payah bergerak kerana manusia yang menghimpit sy tolong tolak sy masuk tren. fuhhh!!!! tak bernafas!!!! setelah melalui beberapa stesen, tren sudah kurang sesak.

tiba waktu berbuka. tak percaya betuk sy terpaksa berbuka dalam keadaan ini. Alhamdulillah seorang pemuda menghulur kismis kepada sy. dapatlah dia pahala puasa sy.

sampai rumah, sy sangat penat. apa-apa pun tarawikh tak boleh tinggal. solat ini pengukuh hubungan cinta kasih hamba dan pencipta. dijanjikan pahala yang banyak. sy takkan lepaskan tawaran dari Allah ini. bulan ini saja boleh tarawikh. kalau terasa rajin sangat-sangat sekalipun di bulan lain, tetap tak boleh solat tarawikh. cukup lah 8 rakaat. tak larat sy nak sambung sampai 20 rakaat hari ini.

pulang saja, sy terus 'pengsan'. mahu tak mahu, terpaksa bangun pukul 11. janji telah dibuat, tak boleh mungkiri. Alhamdulillah janji sy pada Allah ditunaikan. jangan tanya apakah janji tu. yang penting semuanya telah selesai. Alhamdulillah

Friday, August 21, 2009

Rememberance of Al-Quds

hari ni 21 Ogos. mungkin ramai tak tahu, hari ini hari memperingati al-Aqsa.



dipendekkan cerita, pada 21 Ogos 1969, seorang pelampau yahudi berbangsa Australia, Dennis Micheal, telah membakar Masjid Al-Aqsa. habis terbakar khazanah-khazanah berharga termasuk mimbar yang digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun lalu.

sewaktu kebakaran, pihak berkuasa Israel tidak langsung menghantar bantuan untuk memadamkan api, padahal balai bomba sangat dekat dengan Masjid al-Aqsa. penduduk arab berhampiran masjid bertungkus-lumus memadamkan api dengan timba-timba, serta bantuan dari bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus. berkat kesungguhan dan kerjasama, api berjaya dipadamkan.

perbicaraan pun diadakan. tapi perbicaraan itu bukan untuk menegakkan kebenaran, tetapi untuk menutup kebenaran dari mata umat Islam. apabila dibicarakan di mahkamah, pihak mahkamah memutuskan bahawa Dennis tidak siuman. jadi dia tidak bersalah. tiada siapa yang dianggap bersalah dalam kejadian itu.

umat Islam bangkit membela Masjid suci itu. inisiatif dimulakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam sidang kemuncak di Rabat. seterusnya isu itu dibawa pula ke persidangan Agung PBB. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB.

jadi mari kita perbaharui komitmen kita terhadap al-Quds.

teruskan memboikot Israel. jangan hangat-hangat taik ayam je :)
http://21-8.blogspot.com/2009/08/21st-august-is-al-aqsa-day.html

bertukar lagi..!

Alhamdulillah, terima berita baru lagi. syukur rezeki dimurahkan Allah. tak mampu sy mengagungkan-Nya sesuai dengan kebesaran-Nya.

tapi sy kena selalu beringat. jangan terlalu gembira dengan kejayaan ini sampai terlupa pada perjuangan yang masih jauh lagi. Allah telah merezekikan kejayaan ini agar sy terus mengingati-Nya.

seperti firman Allah dalam surah al-Nasr ketika Nabi Muhammad diberi kejayaan Membuka Kota Makkah;

"apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan(semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkalah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

Allah memberi peringatan agar kemenangan itu terus dikekalkan. Allah mengingatkan agar jangan leka dengan kemenangan itu sampai menjadi umat yang lemah.

begitu jugalah sy. InsyaAllah sy akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi doktor Muslimah yang dapat memberi sumbangan kepada agama. InsyaAllah...!

berita yang diterima, Medical University of Warsaw (warsaw/warszawa. sebut varshava tau) meluluskan permohonan sy. Alhamdulillah. ikutkan hati sy nak terima tawaran ke Medical University of Łódź (sebut woodge. ye sy tahu. bahasa ni agak pelik). tapi sebagai anak MARA yang baik dan mendengar kata, sy tolak tawaran Łódź dan terima Warszawa.


melepas impian sy nak jadi pioneer batch di Łódź. melepas peluang nak belajar di military medical academy. tapi Allah tahu yang terbaik untuk sy :)

Thursday, August 13, 2009

pergi tak kembali...

suatu hari....




"tima tengok budak ponteng sekolah tu. naik motor tak pakai helmet, tapi pakai mask. takut mati kena H1N1 tapi tak takut mati pecah kepala kalau accident, "mak ana bagi komen hariannya.



hari lain pula...



"macam mana sy nak beri awak bahagian awak fatimah, awak dah mati. awak tak ingat ke?"
"haaahhh????"
ZZZZUUUUPPPPPP!!!!! sy terjaga dari tidur. nasib baik mimpi sahaja!





hari lain lagi.....


"nak turun KL waktu pre-departure briefing nanti, jangan lupa beli mask tau," ana pesan kepada rakan-rakan.
"kenapa tima? serius sangat ke H1N1 kat KL tu?"
"memang lah serius. korang semua tak nak mati sebelum fly kan?"
ish tiba-tiba cakap pasal mati pula. buang tebiat ke ana ni....


hari yang sama, waktu perpisahan pula...



"tima sorry kalau ada buat salah. jumpa lagi 6 tahun."
"aku pun minta maaf banyak-banyak sekarang. manalah tahu aku mati kat sana."

cakap pasal mati lagi! sah. buang tebiat.







kenapa kebelakangan ni ana kerap dibayangi perkataan 'mati'?? tanda-tanda awal kematian mungkin?? jangan! ana memang tak bersedia lagi untuk mati!!

banyak lagi dosa yang belum ana minta ampun lagi. banyak lagi perkara yang Allah tidak redha ana belum mampu tinggalkan. banyak lagi kesalahan ana terhadap manusia yang belum ana minta tuannya maafkan. ana memang tak bersedia untuk mati!

macam mana kalau tiba-tiba ana mati? tiba-tiba bangun keadaan gelap. datang pula malaikat nak sebat ana sebab banyak lagi dosa. jadi pula bahan bakar neraka selama beribu-ribu tahun. Ya Allah.....tak mampu ana nak tanggung semua tu...... panas matahari Shah Alam ni pun ana tak tahan!

kebelakangan ini ana tak dapat lagi bangun di sepertiga malam. walaupun lebih dari satu alarm clock ana set. mungkin sebab hati kotor sangat sampai Allah tak mahu gerakkan ana. mungkin sebab banyak lagi maksiat yang ana tak nak tinggalkan, Allah tak mahu date lagi dengan ana. set lah berapa banyak alarm. kalau Allah tak sudi nak gerakkan, apa pun tak jadi.

kebelakangan ni Allah tak mahu lagi ana jadi tetamu di rumah-Nya (walaupun masjid betul-betul di depan pintu rumah ana). mungkin sebab ana bertambah-tambah sombong, riak, takbur, bangga diri, poyo dengan rezeki yang Allah beri pada ana.

ana tak mahu mati dalam keadaan ini. tak mahu. Ya Allah, matikanlah aku dengan mati syahid....

al-Fatihah untuk Ust Asri Ibrahim yang baru meninggal dunia pagi tadi. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh...

Thursday, August 6, 2009

my future university

sy x pernah terfikir akan pergi ke negara ini.





lagi-lagi ke university ini (its a military medical academy!)
insyaAllah kami akan menjadi kumpulan pelajar pertama dari Malaysia ke bumi Allah Lodz ini. insyaAllah akan berusaha mengembangkan Islam seiring menuntut ilmu di sana nanti....
Allahuakbar!!

Saturday, August 1, 2009

seterusnya

baru habis kursus BTN. waaahhhh....puas sy dengar ceramah politik 5 hari berturut-turut. tak pernah sy dengar ulama' dihina sebagai yahudi sebelum ini. tak pernah juga sy diapi-apikan dengan semangat perkauman yang melampau sebelum ini. sy rasa otak sy dah korup habis. nak kena BERSIHkan balik ni. hehe...

apa-apa pun, sy seronok. dapat jumpa kawan setelah 2 bulan cuti. sy akan rindukan mereka semua. placement universiti masih belum disahkan. tolong lah doakan sy dapat ke Poland. biar ramai orang Islam di negara yang kuat anti-Islam itu. haha...


kumpulan sy

hajat hendak ke konsert nasyid GAMIS hari ini. tapi tak kesampaian. rombongan dari Kedah datang. tapi bukan rombongan untuk sy. hahaha.... untuk kakak sy. kakak sulung sy secara rasmi bertunang hari ini. mabruk ilaikuma!! akan bernikah pada 18hb 12 tahun ini. besar kemungkinan sy tak dapat hadir majlis perkahwinan itu nanti. sy akan rindukan keluarga sy.......juga makanan-makanan sedap di Malaysia....

cincin belah rotan disarung. ewah!!

Sunday, July 26, 2009

suka, rela, redha

Bismillahirrahmanirrahim...


Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang akan dibunuh oleh masa lapangnya itu- pepatah arab.

memang betul. air yang bertakung banyak mudharat. jadi tempat biak jentik-jentik, nyamuk aedes, sumber penyakit dan sebagainya. remaja yang banyak masa lapang pula mulalah terfikir nak jalan sana, jalan sini, cuba buat itu cuba buat ini, jadi terperangkap pula dengan hobi yang tak menyumbang langsung saham dunia akhirat (seperti tengok tv berlebihan. huhu...)
itu yang ana takut pasal cuti. banyak masa lapang. jadi ana sentiasa berhubung dengan ahli jemaah kalau-kalau ada program yang ana boleh sertai.
minggu ni ana kira 2 kali ana ulang alik msu (walaupun ana bukan pelajar di situ lagi....). nak dijadikan cerita, ana terserempak dengan ukth As khamis lepas di surau MSU. terus dia ajak ana join kem. ana pun tak lepas peluang lah. lebih baik duduk berprogram dalam hutan tu dari duduk tengok tv kan. hehe...

nama programnya, Program Sukarelawan Belia JAIS. seronok. belajar selok belok, cabaran, tasawur Islam dan macam-macam lagi.

kumpulan ana

bukan senang jadi muslimah 'tudung besar' kat ptpl/msu ni. cerita pengalaman, pernah ukht ni diperkecilkan oleh pensyarah sendiri.

"awak tahu, perempuan tudung labuh ni susah nak dapat kerja dari kerajaan. lagi-lagi yang pakai niqab. tak pernah sy tengok dapat kerja!"

bayangkan pensyarah cakap macam tu kat dewan besar. terbakar rasanya. tapi tak mengapa. ukht ni kuat. terus mujahadah. kami kena buktikan kami hebat dalam pelbagai bidang seperti orang lain, malah lebih hebat. kami kena buktikan usrah, dakwah, program bukan penggangu pelajaran. kami akan buktikan dengan pergantungan kuat dan keyakinan teguh kepada Allah, kami boleh berjaya, insyaAllah!

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” [Muhammad: 7]

"apa khabar ansarullah!"

"Alhamdulillah! nikmat iman, islam, Allahuakbar!!"

kemudian kami buat lawatan ke pusat pengajian Pondok Bustanul Arifin. menarik kisah pondok ini. pengasasnya Ust Ansori. kuat semangatnya untuk membawa Islam ke dalam jiwa anak muda. katanya, ramai pelajar di situ dihantar oleh ibu bapa setelah tak tahu nak buat macam mana nak selesaikan masalah akhlaq anak mereka. katanya lagi, ada 120 orang pelajar di pondok ini; tetapi hanya 40 orang sahaja yang bayar yuran pengajian. tapi ust tak kisah. asalkan pelajar-pelajar ini dapat dididik sampai jadi manusia. sebenarnya maahad tahfiz memang tak ada sumber kewangan yang cukup. jadi kalau ada yang mintak sumbangan kat kat shopping complex, janganlah kedekut nak hulur duit tu. tak rugi punya...

apa yang mengecewakan ust Ansori, ramai ibu bapa tak ambil berat pendidikan agama anak. tapi bila anak dah rosak, mulalah mencari guru agama. tenaga pengajar di sini semuanya mengambil tugas memulihkan anak-anak muda di sini secara sukarela. gaji tak lebih dari RM400. tapi atas semangat yang tinggi, semua dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

pelajar pondok Bustanul Arifin

Ust Ansori dengan ahli PMIMSU

menarik. memang menarik. hehe...

esok nak pergi BTN.....adeh

Thursday, July 23, 2009

apa-apa saja

sy ikut mak dan kakak sy pergi beli-belah barang pengantin. tauke-tauke kedai mesti pandang sy dan kakak sy;
"yang mana satu pengantin?"
ohoh. mungkin sy nmpk matang. hahahaha..... :)

sy ikut mak sy pergi kedai baju. makcik kedai baju tanya mak sy;
"ini adik awak ke anak awak?"
mak sy nmpk muda ke, atau sy yang nampak matang/tua?

sy pergi tengok adik sy di kisas. pak guard tu tanya;
"nak tengok adik ke anak?"

aih. pak guard ni memang nak kena......
sy bagi jelingan maut.
"pakcik, sy ni nampak macam mak orang beranak lima ke?"
"eh..takde lah. mana lah tahu. ehehe....," takut-takut pakcik tu cakap. mungkin perasan sy tengah berasap.
"pakcik, kalau sy ada anak pun, budak tu baru setahu dua. takkan lah dah tingkatan 5!"
"eheh. mak orang sekarang nmpak muda...."

ceh. nak cover....

gonna be busy...
jumaat-ahad: camping PMI
isnin-jumaat: BTN
sabtu: konsert nasyid gamis
selasa-khamis: balik langkawi
jumaat-ahad: tautan 09

Friday, July 10, 2009

macam ni akhirnya

Alhamdulillah. akhirnya PPSMI dimansuhkan!

mungkin ada dikalangan kita yang setuju dengan pelaksanaan PPSMI, tapi secara peribadi sy tak setuju. ramai rakan-rakan sy setuju dengan PPSMI. sebab kawan-kawan dari MRSM langkawi rata-ratanya dari keluarga yang berpendapatan tinggi, tinggal di bandar, dan memang biasa menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian. sama lah di MSU. rakan-rakan sy terdiri dari pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. memanglah mereka tidak ada masalah meguasai bahasa itu.

macam mana pula pelajar yang tidak berapa faham dengan bahasa ini? bukankah golongan ini lebih ramai sebenarnya?

jadi kerajaan telah jalankan satu kajian.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan
kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang
tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata
pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

sudah tentulah (kebanyakan) pelajar MRSM langkawi dan MARA MSU tak terasa kesulitan yang dihadapi ini, sebab kebanyakan mereka ini bukan dari kalangan 75 peratus murid itu.

bukan apa, kita tak mahu pelajar yang berbakat dalam sains dan matematik, hilang minat dengan subjek itu kerana tak faham apa yang diajar. tengok saja hasil pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003; hanya empat peratus peningkatan penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya lebih banyak mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

apa salahnya Malaysia teruskan sahaja dasar mengajar dalam bahasa ibunda. tak rugi apa pun. senang faham. bila dah faham, tukar bahasa apa pun, tak jadi masalah. tapi kalau memang tak faham sejak awal, ditukar bahasa pula, haru biru ladinya.

cuba kaji pula prinsip pendidikan seawal turunya wahyu kepada nabi Muhammad SAW;

Kami tidak menghantar seorang wakil pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat menyampaikan penerangan dengan jelas kepada mereka.(Ibrahim: 4)

Berdasarkan prinsip itulah semua 4 buah kitab suci Islam – Quran, Injil, Taurat dan Zabur – setiap satunya diturunkan menggunakan 4 bahasa ibunda yang berlainan. hanya kitab Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa ibunda Nabi Muhammad SAW. kenapa tidak diturunkan dalam bahasa yunani kuno atau mana-mana bahasa yang digunakan oleh ahli falsafah dulu? bukankan itu 'bahasa ilmu' pada masa itu?

mudah. sebab nanti kalau tak faham, macam mana nak sebarkan Islam....

prinsip yang sama digunakan apabila baginda hendak menghantar surat kepada kaum-kaum lain, surat-surat baginda dituliskan dalam bahasa-bahasa kaum itu. Sebagai contoh apabila baginda hendak menghantar surat kepada orang Yahudi, surat baginda ditulis dalam bahasa Yahudi oleh jurutulis yang pandai bahasa itu.

kalau Malaysia nak maju, contohilah negara maju. sepuluh negara termaju dunia, semuanya menggunakan bahasa ibunda sendiri. kenapa malaysia nak contohi negara miskin seperti India (sorry to say this...) yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar untuk memandaikan rakyatnya. tapi selepas 400 tahun, hanya 3% rakyat negara itu yang dapat menguasai bahasa inggeris. sekarang 41.01% penduduk miskin dunia adalah rakyat India!

itu belum kira kos 4 billion yang dilaburkan. segar lagi kes elaun laptop yang hilang. al-kisahnya, elaun yang diperuntukkan kepada para guru untuk membeli laptop sebagai sebahagian dari pelaksanaan PPSMI, lesap tanpa khabar. dalam kes yang lain pula, peruntukan yang diberi adalah RM3000, tapi yang sampai ke tangan para guru hanya RM1000. mana pergi yang lain tu? sendiri pandai-pandai fikirlah. hehe....

sekarang sudah dimansuhkan (setelah desakan, demonstrasi, perdebatan dan sebagainya....), tapi pemansuhan dilengahkan pula. tak nyatakan pun kenapa perlu dilengahkan. ish3....

itu saja. itu pendapat sy

p/s: pelajar IPT sekalian, jomlah fikir masalah negara pula...!

Wednesday, June 24, 2009

manga oh manga

MANGA tau. bukan MANGGA. hehe....
mungkin ada yang dah biasa dengan manga. tapi ramai yang tak tahu lagi.
manga biasanya orang panggil komik. tapi dalam bahasa jepun orang panggil manga. besh. betul. tak tipu.

sesuai dengan perintah Allah; "Bacalah" (surah al-Qalam:1), sy memang suka membaca. kalau manga ni, selalunya ada anime sekali. tapi sy lebih suka baca manga. Allah juga suruh kita sentiasa berfikir. sebab itulah sentiasa diulang-ulang ungkapan "afala tatafakkarun" dalam al-quran yang bermaksud, "tidakkah kamu berfikir".

seperti dalam manga Fullmetal Alchemist, Edward Elric kata;

its ironic that as scientists that dont believe in god, were the ones who are closest to god.


memang pelik kan.sepatutnya kalau kita ada ilmu, semakin kita nampak kebesaran Allah. semakin kita rase kerdil terhadap-Nya. contohnya dalam surah an-Naba Allah berfirman;

"dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan"

siapa yang belajar genetics mesti cukup tahu (yang tak belajar pun tahu kot)
setiap manusia lelaki pasangannya perempuam.
setiap sel manusia ada 23 pasang kromosom.
setiap kromosom adalah sepasang DNA.
setiap pasang DNA ada pasangan base.
base guanine pasang dengan cytosine.
base adenine pasang dengan thymine. (ouh penat lidah sebut perkataan 'pasang')
semua Allah jadikan berpasangan! hebat kan. kalau orang yang tak ada ilmu mana tahu benda ni. sebab tu lah dikatakan, makin banyak kita menuntu ilmu, makin dekat dengan Allah!

manga jepun ni banyak sentuh tentang persoalan god. sy sendiri pun tak tahu apa itu god bagi mereka. sebenarnya mereka sendiri ramai tak ber-god. jadi persoalan god ni mereka bawa main-main.

ni manga terbaru; Tears to Tiara.


dalam manga ni, heroinnya cerita;

there was once a god. he gives the secret of fire to man. the mistake was unforgivable. he was punished. the punishment was very painful. the sunset is the tear of the god.

betapa lemahnya tuhan yang digambarkan. siap boleh kena hukum lagi tu. sedangkan tuhan itu Maha Kuasa. bukan sekali Allah tekankan, banyak kali!

Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu[Al 'Ankabuut:20]
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu[Al Maa'idah:40]
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu[Ali 'Imran:29]
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu[Al Kahfi:45]
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu[Al Baqarah:284]

kan. kan. banyak kali!

saiyuki ni lagi satu (ni pun besss). ni pula god dia kata;

You have been dispatched by the Sanbutsushin (the Three Aspects of Buddha, who relay the orders of heaven) to travel to the west to stop the possible resurrection of the Bull-Demon-King, Gyumaoh.


ahaha.... kalau lah tuhan tu lemah, macam mana nak atur alam semesta ni.....
banyak manga yang sy baca, selau mengeluh;

if there is really god, then we would not suffer like this...

sebenarnya Allah jadikan sesuatu itu ada tujuannya.

"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main."(44:38 )

contohnya peperangan. kalau diikutkan, dunia tanpa peperangan itu lebih baik. tapi Allah takdirkan berlakunya peperangan itu ada sesabnya. hikmahnya tersembunyi. hanya orang yang beriman sahaja yang dapat fikirkan.

ni pula Rurouni Kenshin. Te best manga ever~ (best sangat-sangat)


jadi, kalau nak baca manga, bacalah.(sy tak kata tak boleh yeh)
but when you read, dont just read; think.
and when you are thinking, dont do it with the brain; do it with the heart.
not the heart, but the 'heart'.

Friday, June 12, 2009

macam tak dapat...

ana pandang mak.

"ha, tima. macam mane?"

ana geleng.

"takde ape-ape pun mak...."

"dah la tima. kalau bukan rezeki nak buat macam mane...."

"tapi orang lain 12 orang dapat."

"tima, kalau bukan rezeki kau, kau masuk jugak dalam mulut, nanti termuntah balik tau!"

ana diam.

"kau ni tak baik macam ni. kite kene redha sume ketentuan Allah."

ana pandang mak.

"dalam banyak-banyak bende yang Allah bagi kat kau, bende yang kau tak dapat ni jugak kau dok kenang."

sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yang dia tidak sangka....(At-Talaq: 2-3)

"siape lagi pandai, kau ke Allah?"

"mesti lah Allah....,"sayu pulak suare ana.

"dah tu? buat ape nak sedih-sedih? Dia tahu lah ape yang paling baik untuk kau. Allah ade planning lain lah untuk kau tu."

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)

"dah le.....karang jadi buruk sangke pulak kat Allah."

"ye lah mak," ana senyum. i hope this thing wont haunt me for the next 6 years.

Suhaib reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Strange are the ways of a believer for there is good in every affair of his and this is not the case with anyone else except in the case of a believer for if he has an occasion to feel delight, he thanks (God), thus there is a good for him in it, and if he gets into trouble and shows resignation (and endures it patiently), there is a good for him in it. Sahih Muslim, Bk 42, Number 7138

translation:

Rasulullah SAW melalui sabdanya:Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – (HR Muslim)

semoga Allah beri kekuatan untuk ana bersabar. kalau tak, maksudnye ana tak tergolong dalam kalangan orang beriman. ish ngerinye....

Tuesday, June 9, 2009

it happens again

the first time, i felt really sad.
this time, devastated.
i didnt cry the first time.
this time too

“Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya juga jika kamu kufur ingkar, adalah azabKu itu amat keras.” [Ibrahim:7]

Allah knows best

Sunday, June 7, 2009

tunggu masa ^_^

Alhamdulillah! akhirnya foundation programme sy habis....!!! >kursus memasak intensif cuti ni. haha....

hampir setahun duduk sini. macam-macam pengalaman. di sini sy nak ucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah sy yang telah mengajar. banyak yang sy dapat dari mereka.
maaflah, sempat ambil gambar pensyarah sem 3 saja. masa sem 1 dan 2 permohonan untuk pinjam kamera tak diluluskan. hehe....



miss lela - lab chemistry





mr ihsan - lab genetics



miss fathiah - genetics



miss nina - english

mr farhan - chemistry

mr vijaaya - computer science


ust herzali - islamic studies

guru ibarat pelita, bukan lilin. lilin boleh guna sekali sahaja. memang betul, lilin menerangi rumah kita terutamanya kalau black out. lepas tu, habis lah. tak bermanfaat lagi.

pelita pun menerangi juga. waktu raya budak-budak guna main bunga api. kalau tepadam, minyak pelita boleh refill. boleh guna banyak kali.

macam tu lah juga pendidik. ilmu yang dia beri, tak merugikan diri. semakin diberi, semakin bertambah. hargailah guru....

jadi selamat manfaatkan cuti ye. penat betul ana kemaskan barang nak bawa balik... tunggu masa saja nak fly....

i woke up the next morning, im in kedah. wohoo~


no im not visiting my grandad or grandma. i was attending a kind-of-important wedding. its been a while since the last time i visit kedah...

Monday, June 1, 2009

salam imtihan!

its the FINAL exam.
FINAL exam of the FINAL semester.
FINAL chance to get 4 flat.
FINAL opportunity to prove yourself.
so if you feel like giving up, think again

dr.fatimah (bukan wajah sebenar) sedang study....


"Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalannya menuju Syurga. Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan......" [HR AHMAD]

dr.fatimah semakin lupa tujuannya menuntut ilmu.....
syfakallahu binnajah friends...!

Monday, May 25, 2009

3 days wonder

May 23 2009, Friday
interview session with the representative from Charles University Hradec Kralove


the interview was in PJ. we took LRT


prof alex rishna (thats how he pronunced his name) and me

prof alex: why do you want to further in O&G?? (for those whose doesnt have any idea what O&G is, please make an effort to google yourself)
me: honestly, because i cannot stand watching women being examined by men....





prof alex (he was sso0o0ooo friendly)


May 24 2009, Saturday
Jaggelonian University entrance test


miss manda (thats how she pronunced her name too)

miss manda: cross your anser wit a baoll pen, blak or Bbluu
(actually she was trying to say, "cross your answer with a ball pen, black or blue)

seriously, that was the first time i heard polish accent


miss manda and her friends from Jaggelonian University



kak annie and me

kak annie: last year, out of 20 students sat for this test, none of us pass
me: ............(speechless)


May 25 2009, Sunday

Charles University Entrance Test in UM




UM really is pretty


the question paper
question paper: sorry for being difficult. its not my fault anyway

both of the test were not easy. they're difficult im telling you. tapi sy tetap berpegang pada janji Allah, man jadda wa jada, man zaro'a hasoda

Tuesday, May 19, 2009

4 days to go

its getting nearer.....hua3~

makin teruk sy digossip. salah sy. tak pandai jaga diri.

Ya Allah, wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan dalam keta'atan kepadaMu....

Thursday, May 14, 2009

pray for me


so last week i was admitted to the hospital. dengue. hoh0ho..... i wasted 4 days there.
the entrance exams are just about 1 week from now. poland entrance test on 23rd, czech's on the next day. i know, im being greedy for submitting my name for both exams. i dont know why i started to feel extremely nervous. yeah i kinda freaked out which i shouldnt be.

last year, out of 20++ students who sat for this exams, only 5 passed (if im not mistaken). got the picture?

doesnt matter whether i pass or not, i have nothing to lose. if i pass, i get to learn medicine in europe (which sounds exciting). if i dont pass, i still get to study in med school in india (which is a better place to study medicine). so please someone, tell me to be calm.

naah....whatever it is, im going to give my best shot. please pray for me....!

poor fastrack students had to leave last Monday. so suddenly MARA's policy changed. atie, i guess thats the end of our story together. you popped in my life, and made the drama of my life a little more 'dramatic'. there are some stuffs i had to hide from you. sorry eh. hehe...(i really hope you wont read this). good luck in Egypt.

the shorter one is me. of course.....


got to go. entrance exam. InsyaAllah...