Ulangkaji last minute, saya kurang suka. Ulangkaji last minute tak berapa berkualiti. Juga menunjukkan kita tak pandai mengurus masa. Atau menunjukkan masa lapang yang ada sebelum musim peperiksaan tak digunakan sebaiknya. Astaghfirullah....
Semalam saya hadapi credit paling mencabar minda di abad ini (oh yes, I am exaggerating ). Maklumlah, pensyarah saya yang muda tu buat soalan. Memang benar kata Sukarno;
"Beri aku sepuluh pemuda, maka akan kugoncangkan dunia"
Orang muda bersemangat. Orang muda banyak idea segar. Orang muda adalah tunggak kegemilangan. Kalau lihat kembali dalam lembaran sirah, para sahabat yang berstatus pemuda lah yang berjaya menyebarkan Islam ke 2/3 dunia. Subhanallah...
Agak sedih tengok orang muda sekarang ni. Masih leka berhibur. Masih gembira dalam dunia sendiri. Masih fikir masalah agama dan ummah itu bukan masalahnya. Tidak hairanlah usaha untuk membangkitkan Islam kembali menjadi agak sukar dengan kekurangan semangat muda ini.
Pensyarah muda saya ni, sangat berdedikasi. Kalau buat kertas soalan, semua soalannya baru. Tidak ada soalan recycle. Soalan pun bukan jenis soalan direct. Semua memerlukan para pelajar memerah otak sampai kering. Saya ingat lagi, saya pernah fail credit anatomi sekali. Itu disebabkan pensyarah yang sama membuat soalan.
Sempat saya berbincang dengan rakan sekelas sebelum masuk dewan peperiksaan;
"Hey do you think we are going to be in the same group next year?"
"Yea. But most probably the number of group will be less," jawabnya.
"Eeehh?? Why?"
"Of course. Because those who have to repeat the year won't be with us anymore," balasnya.
"Hmm...Right. How can we be sure we are not among those people??"
"Hmm....We can't," jawabnya ringkas.
Benar. Saya tak boleh dengan pastinya mengatakan saya akan lulus tahun satu dan layak ke tahun dua. Saya dan rakan selalu membincangkan tentang 'pelajar-pelajar yang akan repeat year'. Hakikatnya kami semua pun tak pasti adakah kami akan termauk dalam kalangan 'pelajar-pelajar yang repeat year'. Kita semua tak pasti.
Keluar sahaja dissecting room, saya sudah redha kalau saya fail kali ini. Sekurang-kurangnya saya tahu saya telah manfaatkan masa saya sebaiknya. Taklah rasa bersalah sangat kalau fail pun. Saya tak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk ulangkaji Kimia yang peperiksaannya esok hari.
Memandangkan saya lebih senang buat kerja awal waktu, saya dah mula rangka satu post menceritakan perihal saya gagal credit anatomi buat kali kedua (am I being pessimistic or proactive??).
Manusia selalu lupa, Allah itu Maha Kuasa. Tiada yang mustahil bagi Allah. Walaupun semua harapan untuk lulus kali ini bagaikan tiada, namun Allah jugalah yang berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Alhamdulillah saya lulus. ALHAMDULILLAH 100x
Hampir saya putus asa. Kenapa putus asa? Tak yakin pada kekuasaan Allah? Tak beriman pada janji Allah?
Allah tidak suka orang yang putus asa.
"Sahut mereka: Janganlah kamu termasuk orang- orang yang berputus asa." (Al- Hijr 15: 55)
"Ibrahim berkata: tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat tuhannya, kecuali orang- orang yang sesat. (Al- Hijr 15: 56)
"Katakanlah: Hai hamba- hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. (Az- Zumar 39: 53)
Tengok. Kan banyak kali Allah sarankan kepada kita; JANGAN PUTUS ASA. Putus asa itu sifat munafik. Kita orang Islam, kalau jatuh tersungkur, bangunlah kembali. Banyakkan bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah. Allah bersama orang yang sabar. Dan Allah takkan persia-siakan usaha hambanya. Bukankah ujian itu untuk meningkatkan tahap keimanan kita yang selalu naik turun itu?
Kita sering bercakap mengenai orang munafik. Kalau disuruh senaraikan senarai sifat munafik, memang kita cekap.
"Kau tahu tidak suka solat berjemaah tu salah satu sifat munafik."
"Betul. Berbohong pun sifat mereka."
"Hmm....How you can be sure we are not one of them??"
"Hhmmm....We can't."
Sebab itu selalulah bercerita perihal sifat munafik, agar kita mengambil pengajaran dan cuba sedaya upaya untuk menjahui sifat itu.
Saya gembira lulus kali ini. Syukur Alhamdulillah. Kalaulah ditakdirkan saya gagal credit semalam, adakah saya akan berkeluh-kesah dan berputus asa? Atau saya terus bangkit dan bersedia untuk retake?
"Dan apabila kami merasakan suatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu dan apabila mereka di timpa sesuatu musibah (bahaya) di sebabkan kesalahan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba- tiba mereka berputus asa." (Ar- Rum 30: 36)
Jadi mari muhasabah; Adakah kita berdakwah selama ini semata-mata nak jadi popular? Adakah kita hafaz segala dalil kerana nak orang kagum kepada kita? Adakah kita bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama kerana nak orang kenal kita sebagai misss-all-knowing??
Ya Allah, hindarkanlah kami dari sifat munafik.
Ya Allah, janganlah Kau masukkan kami dalam kalangan orang munafik.
takutnye tima.. is it that difficult? aih..
ReplyDeletetime skolah:
"nk dpt A.. nk score A.." kalau xdpt A,frust menonggeng.
skang ni:
"nk lulus.. nk pass..!" oh, sungguh lain level target kita =.=!
bc blog senior, out of 130++ students, 60++ lulus dan itu adlh pncapaian yg mmbanggakn.. less than half? aduh T.T doakn kte tima..
betul2. makin tinggi kite naik, makin susah tahapnye. InsyaAllah ini semua to produce good doctors n dentist. InsyaAllah dgn pertolongan Allah, we'll make tru it =)
ReplyDelete