Tuesday, June 29, 2010

The stethoscope and I

"Aku tak puas hati betul lah tima. Dia ni nak nasihat aku tutup aurat, tapi diri sendiri pakai ketat-ketat."

Nasihat? Itu sudah bagus. Tandanya kita tahu yang mana betul, yang mana salah.
Penampilan? Jangan lupa, itu pun penting juga. Agar nasihat yang nak diberi itu berkesan di hati orang yang nak dinasihati. Barulah tujuan benar-benar tercapai.

Ingat senang nak ikut nasihat "Kebersihan itu sebahagian dari Iman" dari seorang yang pengotor?
Ingat senang nak ikut nasihat "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan" dari seorang yang pemakaiannya serabai?

Penampilan itu penting!

*****

The human heart has 4 major valves. The mitral valve, tricuspid valve, pulmonory valve, and aortic valve. The intercostal spaces are the spaces between a person's ribs. Basically, the sound of a specific valve can be heard at specific intersoctal space. For example, the sound of aortic valve can be heard at the fifth left intercostal space. For the sound to be heard, you have to place the stethoscope on the right spot.

Yes, the stethoscope

THE stethoscope.



Saya sangat tak suka apabila jururawat meminta saya untuk mengambil bacaan tekanan darah pesakit. Saya ada masalah besar dengan stethoscope. Bunyi denyutan yang sepatutnya boleh didengar itu sangatlah perlahan. Kebanyakan masanya, saya tak boleh dengar apa-apa! Macam mana nak ambil bacaan tekanan darah secara tepat kalau macam ni?? Waaa!!!!

Ok, kali ini pesakit bilik 721. Pesakit merupakan seorang lelaki dalam lingkugan 30-an. Pesakit mempunyai satu luka pembedahan di belakang telinga, satu luka pembedahan di perut, dan 2 luka kesan lumbar puncture.

Saya gementar. Takut pada pandangan pesakit-pesakit mengenai penampilan saya. Sudahlah secara fizikalnya saya memang kecil. Pakai tudung pula tu. Awal-awal pagi saya diarahkan untuk menukar tiub pada jarum intravenous seorang pesakit. Wajahnya sedikit terkejut apabila saya yang bertugas pagi ini. Kalau seorang pesakit tak yakin dengan penampilan jururawat yang bertugas menguruskannya, susahlah!

Penampilan saya buat dia tak yakin dengan kebolehan saya? Takut kalau pesakit kali ini nampak saya, terus naik tekanan darahnya. Nak buat macam mana nanti??Alahai....

Baiklah. Tekanan darah pesakit bilik 721 harus diambil juga. Stethoscope dikalung pada leher lagak doktor-doktor dalam TV (kesan tengok TV terlalu banyak mungkin....). Ucapan selamat pagi diberikan. Pesakit kelihatan tenang melihat saya. Strap disarungkan keliling lengannya, lalu di-pam. Saya cuba sedaya upaya mendengar bunyi 'dup' yang sangat lemah melalui stethoscope.

Dup!

Eh, macam tu kot bunyinya. Systole.

Dup.....

Hah, bunyi kedua yang lemah. Tu kot diastole.

Ok, tekanan darah pesakit normal! Phew....! Alhamdulillah....! :D

Itu baru seorang pesakit. Ramai lagi menunggu. Lepas tu saya tak dengar dah bunyi dari stethoscope itu.

Oh, tolong jangan suruh saya ambil bacaan tekanan darah lagi T_T

*****

"Aku tak puas hati betul lah tima. Dia ni nak nasihat aku tutup aurat, tapi diri sendiri pakai ketat-ketat."

Nasihat? Itu sudah bagus. Tandanya kita tahu yang mana betul, yang mana salah.
Penampilan? Jangan lupa, itu pun penting juga. Agar nasihat yang nak diberi itu berkesan di hati orang yang nak dinasihati. Barulah tujuan benar-benar tercapai.

Ingat senang nak ikut nasihat "Kebersihan itu sebahagian dari Iman" dari seorang yang pengotor?
Ingat senang nak ikut nasihat "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan" dari seorang yang pemakaiannya serabai?

Penampilan itu penting!

Jadi Islam selaku agama yang syumul(menyeluruh) ada nasihat untuk kedua-dua pihak; yang menasihati dan yang dinasihati.

Kepada yang menasihati, teruskan menasihati. Tiada istilah 'aku tak cukup baik untuk menasihati orang'. Kerana setiap nasihat yang ditujukan kepada orang lain itu, sebenarnya untuk kita sendiri juga. Cuba berpegang pada prinsip 'Islah nafsak, wad'u grairak' yang bermaksud perbaiki diri sendiri, dan seru yang lain. Dalam menasihati, cubalah ubah penampilan diri, supaya orang yang nak dinasihati lebih yakin untuk mengikuti nasihat itu.

Kepada yang dinasihati, cuba jangan lihat pada orang yang berkata, tetapi lihatlah pada apa yang diperkatakan. Jika apa yang dikatakannya itu adalah syariat, tiada ruginya kita ikuti. Malah dapat pahala lagi tu. Kan seronok. Hehhee

Allahu a'lam!

Friday, June 25, 2010

Saya kaya!

In case you are wondering what I've been doing after the exams.....


I'm counting the shillings.
A LOT OF THEM....

*Sambil memikirkan, siapalah yang pemurah sangat ni yang sanggup menginfakkan seluruh koleksi shilingnya untuk didermakan kepada Palestin....*

Dan di antara orang-orang Arab Badui itu, ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah) itu, sebagai jalan mendekatkannya kepada Allah dan sebagai jalan untuk memperoleh doa Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya nafkah itu adalah suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri (kepada Allah). Kelak Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat (surga) Nya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (9:99)

Mahasuci Allah yang telah membuka hati kami untuk membantu saudara kami yang kesusahan di Palestin. Semoga kami tidak jemu untuk berbuat kebaikan....



Oh, they are not my shillings. They're the Palestinians' =)


P/s: Terlalu banyak perkara yang melalaikan membuatkan kita semakin jauh dari Allah. Kehidupan seharian dibiarkan berlalu tanpa dikaitkan dengan ayat Allah. Itu sebabnya blog ini beku....

Tuesday, June 15, 2010

Satu petang yang indah. Yeah...

Oh hari ini cuaca nyaman. Tak terlalu sejuk, tak terlalu panas. 18 degree celcius. Ajaib bukan? Kelmarin 32 c. Kini turun sampai 18 c. Kuasa Allah, subhanallah...!

Sudah berapa hari ya saya tak keluar rumah?
Entahlah.

That's it. I cannot go on like this. I have to get out. Or else, I'm gonna get HUGE in no time.

Saya pun keluar jalan-jalan...

Cantiknya bunga....

Birunya langit....

Riangnya burung berkicauan....

Angin bertiup sepoi-sepoi (ewah!)

Eh. Bau apa tu?? Menyucuk hidung sungguh!

Pandang kiri kanan.

Ceh....

NAJIS ANJING.

Tolonglah wahai anjing Poland.....Janganlah berak merata-rata....Anda merosakkan suasana spring yang indah ini....-_-"

Tolonglah jaga kebersihan (click) di negara awak yang indah ini, ok....

p/s: Masih ingat peristiwa pembunuhan Mahmoud al-mabhouh?? Ini satu benda menarik

Friday, June 11, 2010

Panas yang membahang

Hari ni blogger suruh saya tukar layout blog saya. Seakan-akan perli saya, sudah lebih setahun guna layout yang sama. Jadi saya tukar.

Saya tambah background yang ada gambar buku. Tandanya saya sibuk 'membedah' buku sekarang ni.

Panas. PAnas.PANASSSS. Mak oi PANASSSSSS!!!!
Saya tak pasti, adakah kerana suhu 30 degree celcius itu sememangnya panas jadi kami rasa panas

Atau kerana sudah 8 bulan kami terbiasa duduk dalam 'peti ais' yang sejuk, jadi suhu 30 pun kami rasa panas. Kalau nak dikira, Shah Alam kampung saya itu lagi lah panas. 43 degree celcius. Sewaktu mula tiba di sini, kami tak biasa dengan hawa yang sejuk. Lama-lama kami biasa. Sekarang ni tak biasa pula dengan bahang kepanasan.

Keadaan ini sama juga dengan corak hidup masyarakat Melayu kita. Kalau dulu zaman ibubapa kita, perempuan Melayu Islam, keluar berdua-duaan dengan lelaki itu pemandangan yang pelik. Namun kita dibiasakan sedikit demi sedikit dengan trend itu. Sekarang wanita yang memilih untuk tidak dating pula dipandang pelik.

Itulah, bila masyarakat dah dibiasakan dengan budaya yang bukan budaya Islam....

Kembali kepada isu 'panas', kita wajib bersyukur atas apa jua keadaan. Kalau dulu sejuk, kita mengadu sejuk, sekarang Allah dah bagi panas, mengeluh panas pula. Haish, memang benarlah; kepuasan hati manusia itu sesuatu yang sukar untuk dipenuhi!

Jadi saya cabar diri saya untuk tidak mengeluh kepanasan selama sekurang-kurangnya 15 minit.

Panas. Memang panas. Tapi hidup perlu diteruskan, ok :)

Histology belum sudah lagi. Sejujurnya, histologi semacam tidak berkenan dengan saya sejak awal perkenalan kami lagi. Namun saya masih belum putus asa untuk menyayanginya setulus hati di saat-saat akhir kami bersama ini. Dengan rekod fail yang agak serius, mampukah saya buat kali ini??
InsyaAllah, yakin dengan pertolongan Allah.

Hari ini 2 team dihantar dari rumah kami untuk mencari tempat untuk praktikal di mana-mana hospital di sekitar Warszawa. Team semalam pulang dengan hampa. Alhamdulillah hari ini pula kami pulang dengan sedikit harapan. Mahukah pihak hospital terima kami?
InsyaAllah, yakin dengan pertolongan Allah.

Oh! Hari ni Opening Ceremony untuk FIFA 2010!

Enjoy the theme song!


Wednesday, June 2, 2010

Beri erti kepadanya

Masa: 2 tahun lepas
Lokasi: Kem Raudhatus Sakinah, Gombak, Kuala Lumpur

Saya memang sudah menjangka, setiap kali ada kem begini, mesti peserta akan dikejutkan pukul 4 pagi untuk bertahajjud. Maklumlah, kalau di rumah agak susah untuk bangun malam (qiamullail). Jadi dalam kem sebegini, peluang itu digunakan sepenuhnya.

Sekitar pukul 8-9 pagi, kami bergerak ke kawasan hutan. Sarapan pagi belum disediakan. Perut sedikit berbunyi. Setiap kumpulan diberikan satu bendera Palestin. Saya ditugaskan memegang panji-panji untuk kumpulan saya. Panji-panji ini hendaklah sentiasa dinaikkan sepanjang ekspedisi nanti.

Ekspidisi bermula. Sarapan masih belum disediakan. Hutan diredah. Melihat bagaimana semangat tolong-menolong para sahabat yang telah kami pelajari diaplikasi dalam medan ini. Meredah sungai, memanjat bukit, melangkah batu, berlari laju, secara automatik kelaparan itu terus hilang.

"Tentera Israel di hadapan! Tunduk!" komander memberi arahan.

Tercelup tudung bidang 60 mereka dalam air sungai separas pinggang itu.

"Maju ke depan! Pantas!!" seru komander.

Dengan panji-panji yang berkibar, kami lari mengikut komander. Pasukan lain di belakang menjadikan panji-panji itu sebagai panduan, dan ikut bergerak pantas.

Sampai di satu lokasi, kami menunaikan solat dhuha di atas tanah yang beralaskan dedaunan yang telah gugur. Memohon kepada Allah agar memberi bantuan kepada umat Islam yang sedang diancam musuh.

Sungguh saya kagum, walaupun tanpa sarapan pagi, dengan perut yang kosong, muslimah-muslimah yang bersama saya waktu itu sangat bersemangat. Kerana mereka merasakan mereka sedang berhadapan musuh Allah yang sedang cuba mengoyakkan dunia Islam ini. Agama ini mesti dipertahankan, walaupun kami hanya sekadar wanita.

Untuk menjadi da'ie, perlulah menjadi seorang yang tahan lasak supaya kita bersedia dalam apa jua keadaan dan kesusahan perjuangan masa depan. Tiggalkan bilik tidur yang selesa, masuk tidur dalam hutan. Tinggalkan makanan yang sedap-sedap itu, dan berkongsi makanan yang sedikit bersama saudara yang lain. Kesatuan, kerjasama, semuanya diuji di sini.

Sampai tengahari, kami tiba di tanah tinggi. Curam . Hampir 90 darjah mungkin. Kami daki juga. Sampai di puncaknya, rupa-rupanya ada sebuah lebuhraya di sebalik cerun itu.

"Hah, kibarkan panji-panji. Allahuakbar!"

Angin kuat waktu itu. Kami menyusuri lebuh raya itu dengan panji-panji kami. Bendera Palestin itu berkibar megah. Pemandu-pemandu yang melaui lebuhraya itu membunyikan hon. Betapa semangat juang terasa naik ke tahap maksima. Allahuakbar!!




"Jangan jadikan isu Palestin sekadar isu hangat-hangat tahi ayam. Sekejap panas, lepas itu sejuk balik," pesan Dr. Hafidzi Md Noor kepada kami.

Semua tunduk muhasabah diri. Terdengar laungan 'insyaAllah!' dari belakang. Maka termeterai satu janji dengan kalimah 'insyaAllah' itu. Ya, InsyaAllah kami tak akan jadikan isu ini sekejap panas, kemudian sejuk di hati kami. Isu Palestin akan tetap panas sehingga tanah itu bebas dari cengkaman zionis, insyaAllah!!

****

Masa: 31 Mei 2010 (Isnin)
Lokasi: Warszawa, Polska

Bangun pagi dengan debaran. Retake....Allah bantulah aku! T_T

Laptop dibuka. Fuh! Penuh inbox!

"Ikhwah akhawat sekalian, 2 syahid! 30 cedera parah!"

Syahid?? Subhanallah! Cemburunya saya!! >_<

Intai di facebook, tiada sebarang komen pun. Bermakna ini baru terjadi.

Ya Allah, 6 buah kapal BESAR penuh dengan segala macam bentuk bantuan untuk penduduk Gaza yang mendiami penjara terbuka mereka. Semuanya di rampas. Saya ragu bantuan itu akan sampai kepada mereka apabila ianya telah dirampas.

Teringat saya apabila isu Gaza mulai panas dulu. Hampir semua rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk memberi bantuan. Konsert-konsert amal pun diadakan. Banyak wang dapat dikumpulkan. Malangnya, di akhir cerita, wang itu diserahkan kepada Fatah, bukannya Hamas.....

"Perjuangan suci itu bantuannya juga dari sumber yang suci," sekali lagi bapa saya beri ulasannya.

"Bukannya dari nyanyian artis perempuan Islam yang melalaikan. Dia sendiri masih enggan menutup aurat atas perintah Allah. Macam mana Allah nak beri pertolongan?," sambung ayah.

"Perkara suci itu dibiayai dengan duit yang bersih. Sedangkan zaman jahiliyah dulu, pembinaan ka'bah pun mereka pilih dari harta yang suci. Sebab mereka tahu yang suci itu tak boleh dicampur dengan yang kotor."

Astaghfirullah.....Peristiwa ini mengajak kita muhasabah kembali. Mungkinkah ada sumbangan dalam 6 buah kapal itu dari sumber yang tidak menepati syara'? Mungkinkah ada antara kita yang menyumbang untuk menunjuk-nunjuk? Lalu disebabkan kelalaikan kita, kebongkakan kita, dan dosa kita, bantuan itu Allah takdirkan untuk tidak sampai.

Kita punyai Allah. Israel tidak. Namun seandainya kita melakukan perkara yang menjauhkan kita dari Allah, Allah pun tidak sudi bersama kita. Kita tak punyai apa-apa tanpa Allah. Tidak hairanlah doa kita supaya umat ini diselamatkan, masih tidak terkabul. Ada hijab yang besar antara doa kita dengan Allah. Dosa itu penghalang pertolongan-Nya.

Jangan disebabkan kita yang penuh dengan dosa dan keingkaran kepada Allah, pertolongan itu ditangguhkan. Jangan sebab kita bermasam muka tak bertegur sapa dan berpecah-belah sesama Muslim, doa kita tak terangkat.

Mereka berjuang disana, kita berjuang disini. Berjuang membaiki diri dan orang lain. Bersatu membina satu umat yang kuat, yang betul-betul mengamalkan Islam sepenuhnya. Tiada erti al-Aqsa dibebaskan jika statistik pembuangan bayi terus meningkat. Tiada erti al-Aqsa dibebaskan jika perjudian dihalalkan di sebuah negara yang mengaku negara Islam. Tiada erti al-Aqsa dibebaskan jika masjid-masjid terus kosong tanpa diimarahkan.

Apa erti pembebasan al-Aqsa kalau keadaan umat masih kronik seperti hari ini?

p/s: Ketepikan sifat ego dalam diri kita. Bersangka baiklah seperti yang selalu disebut-sebut oleh bibir kita sendiri. Maafkanlah kesilapan orang lain. Bercakap mengenai kesatuan ummah, jangan lupa kesatuan ummah itu bermula dari RUMAH (ulica Lucka.....hehe)=)