Saturday, May 1, 2010

Of contact lens

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menjadikan saya rabun. Ya, rabun jauh itu satu nikmat. Cuba fikir sejenak, kalau tengah tengok cerita hantu, lepas itu takut pula nak tengok muka hantu yang ngeri itu, mudah sahaja bagi saya; tanggalkan cermin mata. Muka hantu pun tak nampak. Tak lah takut. Senang kan? Hahaha....

Mungkin ramai yang tak tahu saya rabun jauh sebab saya tak pakai cermin mata kalau keluar rumah, padahal kuasa cermin mata saya lebih tinggi dari rakan yang memakai cermin mata. Sebenarnya saya menggunakan contact lens =)




Sepasang contact lens yang harganya berpatutan selalunya hanya boleh digunakan selama sebulan sahaja. Kemudian mestilah ditukar untuk mengelakkan jangkitan bakteria atau kekeringan mata. Contact lens yang tidak diperbaharui akan membahayakan penggunanya.

Apa khabar iman? Sudah perbaharui?? Sudah recharge?? Kalau belum, bahaya tu!

“Perbaharuilah iman kamu, beliau ditanya: “bagaimana kami memperbaharui iman kami, beliau menjawab: “perbanyaklah mengucapkan kalimat laa Ilaha Illallah. “[HR. Ahmad]

p/s: Janji untuk update seminggu sekali hampir dimungkiri sekali lagi. Asif lah, test tiap minggu. Sesuatu untuk dikongsi :D


No comments:

Post a Comment