Sunday, December 26, 2010

Thoughts: I lost count

Huhu....Alhamdulillah 'ala kulli hal :)

Journey from Brussels to Warsaw worn me up. I can't believe we actually fought with the Germans/Frenchs/Belgians/Polish to get a seat in the trains and travelled across Germany in one night in the middle of a blizzard! Subhanallah!

Jadi apa yang saya dapat di Brussels?

Banyak!

Mari saya cerita satu kisah di Royal Museum of Fine Arts Brussels.
Disini terdapat banyak karya seni pelukis-pelukis terkemuka dari zaman lampau sehingga hari ini.

Saya teringat semasa zaman sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Subjek pendidikan seni adalah wajib keatas semua pelajar.

Setiap kali mendapat tugasan, saya sedaya upaya menyiapkan tugasan itu dengan seratus peratus kreativiti. Malangnya, cikgu selalu beri C- untuk karya-karya saya.

Kenapa cikgu???

Kenapa??

Tak cukup cantik ke??

Saya dah separuh nyawa buat karya tu tahu!! X(


Macam ni lebih kurang karya saya semasa sekolah rendah dulu.

Tengok! Karya sebegini pun boleh masuk galeri TERKEMUKA.
Jadi kenapa lukisan saya dapat C-?????????

Sampai tingkatan 4, saya betul-betul sudah mengalah dengan subjek itu. Tapi masih diwajibkan kepada pejalar jurusan Sains. Hendak dijadikan cerita lagi, subjek itu selalu merendahkan pointer saya. GERAMM

Lukisan saya lebih cantik dari ini. Kenapa hampir-hampir dapat D????



Kolaj saya lebih menarik dan berwarna-warni. Kenapa tak pernah dipamerkan pun??

Tak mengapa.....

Read between the lines: Buat yang terbaik mengikut garis panduan Allah. Penilaian manusia selalu salah. Penilaian Allah itu yang terbaik :D

Monday, December 13, 2010

Teruskan saja

I watched this video on YouTube.




It's kinda amazing,isn't it? I mean, advertising about Islam like that in a country full of people who disgusts Islam so much, is very very bold.

Yeah I like the video a lot. But read the comments about it. Let me pick a couple of it.

By 1Waddup: A MUSLIM IS NOTHING BUT A WILD MAN, READ Gen16:12. it will tell u why
everybody hates muslims

By shabotages: that barbar religion is bullshit.

(sorry for the foul language...)

Now, when you read those comments, how do they make you feel?
Angry? No?
Or feeling sad out of no where?
Suddenly de-motivated?

Now, what do you expect?
You are doing da'wah. And you expect people to love you? Or you expect compliment from people around you?
You want everything to be B-E-A-U-T-I-F-U-L??
And you got really really really depressed when what you expected didn't actually come true?

Even the prophets and companions went through a bumpy road. It's just back then, it was more to physical abuse (plus emotional). Ours is more to emotional ones.

Da'wah is to make you resilient. That's why it's difficult. If you can bear the emotional torture, go on with it. If you can't, well, keep on trying. That's what the prophets and companions did. They keep on walking.

"Kalaulah apa yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tak seberapa jauh, Pastilah mereka akan mengikutimu......"(at-Taubah 9:42)

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami beriman." dan mereka tidak dijuji?"(al-Ankabut 29:2)

P/s: Stick with your mad'u. They need you more than you know....(click)

Saturday, November 27, 2010

Dilahirkan untuk ______(sila isi tempat kosong)

Minggu lepas.....

Saya: Ha, ape korang rase nak buat lepas dengar ISK?
Junior 1: Nak jadi 3%!
Junior 2: Nak berdakwah!!
Junior 3: NAK LAHIRKAN PEJUANG ISLAM!!!!
Saya: 0_o

Hehehe....bagus! Berfikiran jauh!
Huhu ^_^

Sabda Nabi s.a.w.; “Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام), dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

M U H A M M A D

Bertambah seorang mujahid dalam keluarga :D


Subhanallah...Alhamdulillah....Allahuakbar...!!

Sunday, November 14, 2010

RESIPIAYAMPEDASSSSSSSS

Tak. Saya tak bermaksud pun untuk kongsi resipi disini. Tajuk post ini dibuat hanya untuk menarik perhatian pembaca. Dan sebenarnya saya agak hairan lagi pelik, kenapa ayam pedassss menjadi sebutan semasa daurah semalam-_-''. Pelik betul, tak tipu. Pedas sangat ke? Sampai terpahat kukuh di memori sesetengah orang?? -_-"""""

Minta maaf kepada mereka yang google Resipi Ayam Pedas, tapi akhirnya terjumpa blog ini. Maaf ye.

Baiklah.

Wasiat ke-3 Hassan al-Banna: Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab Fusha kerana Bahasa Arab Fusha merupakan salah satu syiar Islam.

Saya rasa orang Jepun bercakap dalam bahasa Arab, dengan slang Jepun, itu sangat...entahlah. Tengoklah sendiri.

Sumber (Maaf tiada terjemahan. Sila rujuk mereka yang faham bahasa Arab)

Telah beberapa minggu belajar teks bahasa Arab, namun saya masih belum boleh bertutur dengan fasih. Nak membaca teks Arab, lagilah.....(sebab teks Arab tak ada baris macam al-Quran) Faham sedikit-sedikit, boleh lah. Haha....

Dulu saya pelik melihat sebahagian sanak saudara saya di Sarawak, mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi mereka menonton siaran Buletin Utama dengan penuh khusyu'. Terdetik dalam hati saya, fahamkah mereka apa yang dikatakan oleh pemberita itu?? Sedangkan saya bercakap pun, mereka teragak-agak untuk membalas!

Sekarang saya mengerti, faham akan sesuatu bahasa itu tak bermakna kita boleh menuturkannya. Bagi mendapat kebolehan bercakap, haruslah kita selalu bergaul dengan orang yang boleh bercakap dalam bahasa itu, agar kita boleh mempraktikkan apa yang kita tahu :)

Bahasa itu sesuatu yang bernyawa, kalau kita tak hidupkannya, ia akan mati.

Uridu an atakallam fil lughatul 'Arabiyyah!
Ja chce mowic po Polsku!

InsyaAllah :D

Thursday, November 11, 2010

Thoughts: Selamat Hari Merdeka

Saya pergi ke perarakan hari kemerdekaan Poland tahun lepas. Tahun ni saya tak pergi. Sibuk...

Poland merupakan satu negara yang mempunyai sejarah yang panjang. Barangkali mendahului saat dimana Parameswara terlihat pelanduk menendang anjingnya....

Namun, bak kata guru bahasa saya, kebanyakan masanya, sejarah itu berbentuk luka yang pedih. Dipecah, dijajah, dan dijajah sehingga tahun 1989. (Malaysia pun merdeka lagi awal, tahun 1957)

Tomb of the Unknown Soldiers

Tercatat dalam lipatan sejarah, tentera salib yang didatangkan dari sini.
Juga penglibatan Jan Sobieski menentang tentera Turki Uthmaniyah di Krakow.
Itu kisah lama.

Tentera Poland yang berpakaian klasik.

Apabila melihat tentera mereka yang berpakaian ala-ala tentera perang dunia ke-2 ini, terbayang betapa kesungguhan mereka bermati-matian mempertahankan negara mereka dari penjajahan German dan Russia, kuasa-kuasa besar dunia.

Tentera Moden Poland

Tapi apabila terlihat tentera mereka yang berseragam moden, tiba-tiba saya terbayang pasukan tentera Poland yang menganbil bahagian membunuh orang Islam di Iraq dan Afghanistan moden. Boleh tak kalau saya nak menganggap mereka golongan harbi??

Kita, Muslim sanggup mati demi Allah. Muslim ada janji Allah untuk dipegang. Muslim yakin apabila kita mati demi mempertahankan agama Allah, balasannya syurga disisi Allah.

Tapi untuk mereka ini, mereka berjuang untuk apa?
Janji siapa yang mereka pegang?
Apakah kebaikan yang mereka dapat dengan membahayakan nyawa sendiri di Iraq dan Afghanistan??

"Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Karena Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah" [ an-Nisa’ 4: 76 ].

Do you really know what you are fighting for??

Friday, November 5, 2010

Who's with me?

Sering sahaja terjadi di negara kita kecemasan-kecemasan seperti seorang pakcik yang tiba-tiba diserang sakit jantung, atau seorang kanak-kanak dalam lingkungan 10 tahun terkena sawan, atau kes yang paling biasa di negara kita, kemalangan jalan raya. Kalau kes kecemasan, pihak pusat perubatan akan menghantar ambulan. Dapat mengurangkan mortality rate katanya.

Dalam sebuah ambulan, ada 3 atau 4 watak.

1. Seorang MD (Medical Doctor)
2. Seorang PM (Paramedic)
3. Seorang EN (Emergency nurse)
4. Seorang Driver

Ini Siapakah yang paling penting dalam ambulan?

Adakah doktor yang paling penting? Kerana doktorlah yang paling tinggi pelajarannya, dan dialah yang sepatutnya tahu apa nak dibuat dengan pesakit?

Adakah Emergency nurse yang paling penting? Kerana kalau nurse tiada, siapa yang boleh bantu doktor? Takkanlah doktor nak buat kerja seorang kan?

Adakah Paramedic yang paling penting? Kerana Paramedic sudah betul-betul terlatih untuk menangani situasi kecemasan dan paling pakar dalam hal ini?

Takkanlah pemandu ambulan yang paling penting.....Sijil pun tak setinggi doktor...Tak pula dilatih seperti Nurse dan Paramedic....

SALAH

PEMANDU AMBULAN LAH YANG PALING PENTING.

Kerana tanpa pemandu yang cekap, tidak ada sesiapa yang boleh memandu jururawat, paramedik, mahupun doktor kepada pesakit.
Tanpa pemandu, kepakaran jururawat, paramedik, dan doktor yang belajar 6 tahun tu tidak berguna.
Doktor termenung dalam ambulan, pesakit pun mati di tempat kejadian. Naudzubillah....

Cekap pemandu tu, insyaAllah cepatlah sampai ke lokasi kecemasan.
Malas pemandu tu, pudarlah harapan pesakit itu....

Nampak kecil kan peranan pemandu? Hakikatnya, itulah yang paling penting.

Sama juga macam satu syakikat surat khabar. Kejayaan pekerja-pekerja yang bekerja keras dan dibayar gaji tinggi dalam syarikat berkenaan bergantung kepada penghantar surat khabar yang berumur 10 tahun.

Rajin budak tu, banyaklah surat khabar boleh diedarkan.
Malas budak tu, sikit sajalah yang dapat diedar dan disebarkan.

Nampak kecil dan tak penting, tapi sebenarnya itulah nadi kepada perkara yang lebih besar!

Semuanya telah tertulis dalam Quran mahupun Sunnah. Islam telah pun disebarkan kepada kita. Terpulang sekarang kepada kita untuk terus menyebarkan. Kalau tidak, semuanya akan terhenti pada kita kerana kita memilih untuk tidak menyebarkan. Kalau dakwah ini mati, kalau Islam terus menerus dipandang lemah, salahkanlah diri sendiri, kerana diri sendiri yang membuat keputusan untuk baik sendiri-sendiri dan tak mahu sebarkannya.

Walaupun peranan kita dalam membangunkan kembali Islam nampak sangat kecil, hakikatnya kitalah nadinya, kitalah penggeraknya.
Kejayaan di hujung jalan ini sebenarnya bergantung kepada kesungguhan kita.

Kalau setiap insan yang menggelar diri mereka individu Muslim dan mencintai agama ini memilih untuk duduk dan lihat sahaja, susahlah.
Cita-cita dah tinggi, baguslah. Tapi usaha? Anyone? Who's with me?

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah padanya? Dan (ingatlah), Allah tidak akan sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan." (2: 140)

Thursday, November 4, 2010

It gets too much

Maaf. Saya masih tergamam. Semuanya berlaku tanpa disangka. Langsung jari jadi kaku untuk menulis<<<(alasan)




Sabar sabar. Sibuk ni. Physiology doesn't look too good. Have to try harder. Saya sambung menulis hujung minggu nanti insyaAllah=)

P/s: Ahad ni Maher Zain buat konsert di Germany. Tapi Isnin tu ade kelas Biochemistry.... T____T

Friday, October 15, 2010

Sanggar Kreatif

Sudah lama saya telah tinggalkan dunia sastera. Skill saya dalam lapangan itu sudah berkarat kerana tak digilap dan digunakan.

Teringat suatu ketika dahulu minat mendalam pada Bahasa Melayu mendorong saya untuk menyertai pasukan Bahas 18. Dan alhamdulillah nama SMKS 18 dalam bidang bahas waktu itu dipertahankan harum selama sedekat lebih. Wah pada waktu itu memang bahasa kami berbunga-bunga. Otak kami tak henti berfikir isu-isu semasa. Kalau bertemu, pasti 'bertikam lidah'. Kami dengan dunia kami!


My Juniors; The Apprentice

Kemudian apabila pindah ke MRSM Langkawi, saya teruskan dengan perbahasan, sehinggalah saya sedar saya gagal meninggalkan watak pembahas yang agresif di arena perbahasan. Saya menjiwai perwatakan tersebut setiap waktu menjadikan saya seorang yang kurang senang didampingi mereka yang tidak rapat dengan saya.

Jadi saya berfikir saya perlu berubah! :)

Melihat rakan-rakan sepasukan, saya menjadi kagum kepada mereka. Minat mereka pada sastera kini semakin maju. Ada terus bergiat aktif dalam dunia sastera. Ada yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan Islam. Tidak seperti saya, mereka pandai gunakan kelebihan yang ada ke arah yang baik. Alhamdulillah.

Malam ini saya terbaca hasil penulisan seorang salah seorang daripada meraka. Saya rasa ianya bagus dan bermanfaat! Saya nak kongsi dengan orang lain. Baca! Jangan tak baca!

Sanggar Kreatif: Soya Ais Peneram Madu

Oleh Shahkang 2010/10/10


PENUBUHAN Industri Makanan Manis oleh komuniti makanan manis pasar malam Medan Sepakat disabitkan dengan kegemaran dan tabiat manusia di daerah ulu tersebut yang menggilai manisan secara melampau. Khalayak makanan manis yang menghuni pasar malam ini telah bersepakat menubuhkan satu industri bertujuan memperkasa usaha murni makanan ciptaan manusia dalam menyampaikan maksud kemanisan kepada masyarakat makhluk yang mencipta. Dalam puluhan jenis manisan yang mendiami pasar malam itu terdapat dua gergasi besar yang menerajui industri yang tidak berketua ini. Masing-masing meligatkan usaha untuk memonopoli perniagaan dan berseteru sesama sendiri untuk memastikan lidah penduduk Medan Sepakat akan puas dielus kemanisan cara tersendiri yang disemboyankan kumpulan masing-masing.

Soya Ais Pak Ismail

DUDUKNYA cecair yang berasal dari kacang soya atau Glycine Max ini dalam sebuah bekas sambil bertemankan ais ketul besar yang lama-lama terhakis demi mendinginkan kumpulan ini. Di atas meja yang serupa tinggal bersama gula putih dan gula merah yang berwarna kehitam-hitaman dalam bekas tersendiri.

“Peneram celaka sudah melampau. Habis pelanggan kita dibolotnya!” Di sebalik hiruk-pikuk dan bingar pasar malam, muncul dialog itu dari meja jualan tersebut. Salah sebungkus air soya asli yang sudah berpadu dengan gula putih memperikan rasa kurang gembira.

Bungkusan lain sudah mengambil posisi dan beratur mengiring di hadapan sebuah tong setinggi satu setengah kaki. Air suling yang terkondensasi di luar bungkusan sebesar telapak tangan itu menambahkan rasa ingin cuba para pengunjung yang kontang tekak dek dibakar mentari yang galak lewat petang itu.

Pelawat yang sedia menapak dan berbanjar-banjar sudah pun dua depa panjangnya. Hasrat soya untuk mengukir kebahagiaan pada hamparan sukma manusia daripada rasa manis gula putih atau merah dan kacang soya menempa kejayaan. Tidak rela khalayak yang sarat dengan protein ini dibuang begitu sahaja oleh Pak Ismail. Sering kali berlaku kepada nenek moyang kaum soya yang dilahirkan saban hari sebelum ini - dicampakkan ke longkang setelah pasar malam mengatup tirai operasi. Betapa hancur hati akibat tidak kesampaian untuk menyampaikan makna kemanisan kepada manusia. Sebaliknya diri yang serba putih atau putih kecoklatan bergelumang dengan air acar di longkang utama pasar malam tersebut. Longkang maut, itulah nama yang diberi khalayak soya kepada tanah perkuburan mereka.

“Peneram harus kita hapuskan. Dia ingat kuih berminyak dan tidak menyihatkan dapat memberi nikmat kemanisan kepada manusia?” Gula putih yang dicelupkan pengacau besi melemparkan pandangan. Jika dahulu tidak akan berbaki soya di dalam tong lut sinar itu, kini berbeza sama sekali. Lebih banyak khalayak soya yang dikuburkan di longkang maut. Peneram disalahkan kerana menjadi persaingan utama. Sering kali pengunjung yang menjenguk ke gerai peneram Mak Limah terus berlalu tanpa mengerling langsung pada gerai Pak Ismail.

“Pernah aku terdengar, ramai enggan ke sini setelah membeli peneram laknat itu kerana mereka perlu menjaga pengambilan gula. Entah penyakit apa disebut. Diabetes? Yang pasti mereka tidak boleh menghadam kedua-duanya kerana khuatir kadar gula dalam badan akan melambung.” Satu suara menambah amarah khalayak soya .... Pastinya soya yang hanya layak menjamu nafsu manis di lidah manusia. Dengan kandungan lesitin yang tinggi dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, tidak wajar ada makanan manis lain yang berangan-angan untuk melawan komuniti yang digelar latte di soia dalam bahasa Itali itu.

Masing-masing bahan di gerai berbumbung merah-kuning itu mengungkapkan gusar. Setiap bahan – dari soya mentah sampai ke gula merah mahu terus di landasan perjuangan Industri Makanan Manis untuk menceriakan manusia di meja makan malam. Azam untuk dicerna dan berbakti kepada sekalian manusia membumbung melepasi payung yang meneduhi jualan minuman yang melarut di dalamnya isoflavones yang penuh khasiat itu.

Peneram Madu Kak Limah

KOLAM minyak yang berdasar hitam bukat itu terus dipenuhi anak-anak yang baru lahir. Lahirnya anak-anak ini hasil paduan tepung beras dan tepung gandum yang bertindak sebagai bahan jasad yang dominan di samping tambahan gula kabung dan gula pasir sebagai pemanis. Kemudian proses kelahiran diteruskan dengan mencanai sebelum ditekan mengikut acuan serupa cincin dan dilemparkan ke dalam kolam minyak panas itu. Kelahiran anak-anak baru peneram madu disambut dengan penapis besi yang menyingkirkan minyak.

“Kalian harus mempersembahkan rupa yang menarik perhatian. Jika tidak pastinya ke jualan paket!” Peneram yang lebih dahulu dimasak memberi amaran kepada yang baru siap digoreng. Kelihatan minyak masih bersalut di sekeliling tubuh anak-anak yang baru lahir. Berkilat dan menambah merlit jasad anak-anak itu dengan bantuan cahaya petang yang kian bersembunyi.

Dalam kumpulan 10 biji, peneram ini terus sakan dijual Mak Limah bersama pembantunya. Setiap peneram mahu memastikan tidak ke jualan paket kerana kualiti kerangupan akan terjejas teruk. Malah, peneram berbentuk seperti telinga ini lebih afdal dinikmati ketika masih panas, rangup dan sedikit rapuh. Maka setiap peneram akan cuba berhias diri dalam usaha menggamit pengunjung dan membuktikan siapakah selayaknya menjadi penunjang Industri Makanan Manis.

“Soya mengatakan kita mengganggu perusahaan mereka? Ah, pedulikan! Mereka tidak pernah tahu akan asal-usulnya pasar malam ini. Mak Limah telah berniaga di sini sejak 10 tahun lalu, ketika pasar malam ini cuma mempunyai dua, tiga buah gerai. Dakwaan itu palsu seluruhnya!” Sebiji peneram memperikan kisah sejarah penjualan yang dinasabkan entah kali yang ke berapa. Ugutan pihak soya ais yang diterima menerusi khabar angin daripada sumber yang tidak diketahui benar-benar membakar khalayak peneram yang sedia panas.

Kelihatan segenggam dua peneram diangkat keluar. Sudah tidak garing, kata Mak Limah. Nasib mereka bakal ditentukan pada waktu penghujung pasar malam – sama ada dijual setelah stok garing habis atau dipaketkan dan dihantar ke kedai runcit berhampiran. Semestinya peneram madu hasil resepi nenek moyang Kak Limah ini mahu menyajikan manusia dengan kegaringan yang penuh maksima di samping hangat-hangat kuku yang menambah lazatnya. Dengan cara itu sahaja pengunjung yang melabur pada Industri Makanan Manis di pasar malam kecil selorong ini akan mempercayai kehandalan peneram madu memenuhi kehendak manusia itu.

“Tok Alang, macam mana? Kalau terus soya menjamu rasa manis manusia, kita akan dipaket dan prestasi kita akan merudum, menyembah bumi!” Seorang veteran peneram madu yang sudah berkedut dan menanti masa untuk dipaket menerima soalan. Berpuluh-puluh peneram madu yang tidak laku turut mengiyakan tanda bersetuju.

Pertempuran Dua Saudara

MASYARAKAT minuman yang sarat dengan rencaman vitamin bermanfaat itu terkejut. Berpuluh-puluh peneram madu yang masih basah dengan minyak panas berkejaran ke arah meja jualan berpayung merah kuning itu kala Pak Ismail berpergian menunaikan solat Asar. Semua terjadi dengan kuasa dan kehendak Allah walau logiknya sukar dihadam akal.

Serangan secara hendap dan licik itu berlangsung pantas sekali. Penutup tong yang celangak ternganga menjadi sasaran segerombolan peneram itu. Kecoh bertaru (JANGAN TUKAR - MAKSUD RIUH-RENDAH) warga gerai Pak Ismail dibuatnya. Selepas beberapa detik maka terapunglah sekalian peneram tersebut dalam kesejukan larutan putih yang mendiami tong minuman tersebut. Peneram terus menempik sorakan menandakan kejayaan menembusi kubu soya ais.

Sebarang tindakan pun tidak berguna lagi. Peneram yang berlenjan bersama minyak yang sedikit panas menodai keputihan soya yang suci itu. Lama-kelamaan peneram yang berasal dari tepung menjadi lembut dan pengakhirannya adalah jasad merengkah serta bercerai-berai dan terus menodai keseluruhan isi tong tersebut dengan lebih dahsyat lagi. Soya yang ditukar hak miliknya nanti bakal disertakan serpihan peneram dan sedikit lapisan minyak yang tipis!

“Kita tak boleh melengung seperti si dungu!” Sekumpulan soya yang sudah selamat dipindahkan ke dalam plastik lut sinar mengemukakan hasrat untuk membalas dendam. Pasar malam terus ditelan suasana hening disebabkan kebanyakan penjual sedang khusyuk mengerjakan solat jemaah di masjid berdekatan. Di sebalik kebisuan suara manusia itu sebenarnya sedang berlangsung percaturan yang tidak terjangkau akan kewarasan akal manusia.

Tindakan balas dari pihak soya menyaksikan sebungkus dua soya menghempap perkampungan kuih peneram yang damai di dalam sebuah dulang. Hentakan yang kuat itu mengoyakkan plastik jernih yang nipis itu maka berhamburanlah isinya dan menebar ke seluruh kawasan dulang tersebut. Peneram yang hanya mampu terkesima terus lembap dihujani soya ais.

Tatkala peneram sudah mulai hilang rangup dek basah disimbah dan soya yang bercampur-baur dengan tubuh peneram, Pak Ismail dan Mak Limah kembali meneruskan jualan. Tidak menang tangan warga emas yang mencumbui usia lanjut itu melayani pengunjung yang sakan bertolak-tolak sesama sendiri. Begitulah fiil penduduk Medan Sepakat yang begitu taksub dengan nafsu manis dan sudah tercatat sebagai satu kemestian untuk ia dilunaskan setiap hari.

Nasi Sudah Menjadi Bubur

PASAR malam Medan Sepakat umpama medan rusuhan. Segenap penduduk melaksanakan protes terhadap Mak Limah dan Pak Ismail atas kualiti jualan yang benar-benar mengecewakan. Api amarah telah memijar kesabaran khalayak ini. Apa tidaknya, soya ais yang berminyak dan ditambah dengan kehadiran cebisan peneram membuatkan si peminum tersedak. Begitu juga peneram yang kerangupannya lesap disertakan dengan kelembapan yang mendera keinginan peminat-peminat fanatik ini.

Dalam rangka masa yang serupa, warga Medan Sepakat sudah kecapi cinta yang baharu. Kehadiran gula-gula sebesar limau kasturi yang gebu sedikit itu sebagai anggota Industri Makanan Manis yang baru meredakan gelodak jiwa penduduk.
Marshmallow, kehadirannya ke daerah terpencil dari benua Eropah mengirim gejolak kesukaan ke setiap pintu hati penduduk. Dari tua bangka yang bertongkat hinggalah kepada si kecil yang baru kenal erti kemanisan, semua merasai keenakan konfeksi bergelatin dari Barat ini dengan sepenuh kepuasan. Belum pernah daerah yang dahulunya rimba tebal ini didatangi nikmat Tuhan sedemikian rupa.

Ibarat pesta, kenduri setiap kali pasar malam diadakan di balai raya. Penduduk bersama-sama berpesta marshmallow. Walaupun dikatakan majlis umum untuk meraikan sebarang makanan manis, namun rata-ratanya dipenuhi marshmallow.
Anak-anak kecil mengadakan unggun api untuk menyempurnakan resepi marshmallow bakar yang terkenal dalam kalangan remaja di barat sewaktu perkhemahan.
Marshmallow yang beraneka warna dan perisa itu dilidikan serta dibakar mengikut tahap suhu dan cita rasa sebelum dikunyah dan dinikmati.

Adapun pada suatu hari, pulang seorang anak belia Medan Sepakat dari perantauannya di benua Barat. Terkejut ia akan perkembangan penduduk yang ditinggalkannya beberapa tahun itu. Di negara pengajiannya, marshmallow tidak pernah disentuh kerana kebanyakkannya bercampur dengan gelatin haiwan yang tidak disembelih untuk mengentalkan gula-gula tersebut. Dibeleknya bungkusan marshmallow yang dipasarkan Jonathan, seorang rakyat asing yang bermastautin di Medan Sepakat. Dia menggeleng, beristighfar. Perkataan pork gelatin dicetak jelas pada paket yang mengandungi berpuluh-puluh manisan itu.

“Mengarut! Mustahil sekali manisan sebegitu berpadu dengan khinzir. Jika tidak sudah pasti dikesan akan rasa-rasa daging sewaktu mengunyahnya!” Penduduk memulau anak muda tersebut yang cuba menegakkan panji kebenaran. Hujahnya terus berlangsung agar masyarakat melupakan gula-gula barat yang tidak halal itu dan beralih kepada makanan tradisional lain yang mempunyai tahap kemanisan yang lebih cemerlang. Semuanya terlambat. Peristiwa yang terhasil dari gerai Pak Ismail dan Mak Limah menjadi duri dalam hati para penduduk.

Soya terus hanyut di longkang maut bersama bening yang tidak zahir. Peneram hanya mampu berduka di dalam paket dan menunggu tarikh luput tiba sebelum dibakul-sampahkan. Kedua-duanya menyesal atas apa yang berlaku. Khalayak marshmallow terus tertawa berdekah-dekah tanda kepuasan. Medan Sepakat dan Industri Makanan Manis pasti akan ditunjanginya sampai bila-bila.

INFO

SHAHKANG, nama pena bagi Norshah Aizat Shuaib yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah, pada 29 Mac 1989, pendatang baru dalam dunia sastera tanah air dan ahli Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) di United Kingdom. Karya pelajar Tahun Pertama, Kejuruteraan Mekanikal di University of Manchester, United Kingdom (UK) ini pernah mendapat tempat dalam media arus perdana dan memenangi beberapa hadiah sastera dalam genre cerpen dan puisi.

Sumber: BeritaHarian

Thursday, October 14, 2010

I'm not single

Bismillahirrahmanirrahim....

I'M IN A RELATIONSHIP.

Em, sudah agak lama saya tidak menulis. Saya harap pengakuan diatas tidak mengejutkan pembaca. Ehem.

Bercakap mengenai dakwah (lagi), nampaknya tahun ini tempat saya belajar ini sedang mengalami masalah kekurangan muwajjih. Kekurangan mad'u. Mad'u dalam post kali ini memfokuskan pelajar Malaysia yang beragama Islam. Ya saya tak nafikan wujudnya orang Polish yang belum Islam yang juga menjadi mad'u kita. Tapi seperti yang al-Maududi katakan, prioriti dakwah kita sekarang ialah mereka yang sudah sedia Muslim. Keutamaan sekarang adalah untuk menarik kembali umat Islam yang berjuta-juta bilangannya itu kembali mengamalkan Islam.

Mungkin ada yang memandang kekurangan mad'u itu sebagai satu kelebihan. Ya, benar. Kalau ikut logik, apabila du'at lebih ramai daripada mad'u, maka lebih mudah untuk para du'at untuk tarik mad'u. Tapi entahlah, bagi saya, kekurangan mad'u itu satu kerugian.

Saya berpegang pada satu ayat; 'Mad'u itu rahmat bagi da'ie'. Kerana apabila sesorang itu hendak mengajak mad'u-nya keluar dari jahiliyah dan kembali mengamalkan Islam, mestilah dia berusaha menunjukkan contoh tauladan terbaik kepada mereka. Secara tidak langsung, da'ie
tersebut akan cuba memperbaiki akhlaqnya, bersungguh-sungguh menambah ilmunya, berhati-hati dalam pergaulan, dan sebagainya sekaligus menjadi individu Muslim yang lebih baik, kerana dia tahu, mad'u sedang menjadikan dia sebagai tamsilan golongan yang mengamalkan Islam, dan sudah tentu da'ie tersebut tidak mahu Islam dan dakwah terfitnah dek kerana dirinya yang tidak melakukan yang terbaik.

Tembok Islamiah yang sempurna dan tembok jahiliyah yang sempurna tidak boleh wujud bersama(coexist). Apabila tembok jahiliyah berada dalam keadaan sempurna, bermakna tembok Islam berada dalam keadaan cacat dan berlubang-lubang. Begitu juga sebaliknya. Tatkala kita berjaya menarik seorang mad'u keluar dari jahiliyyah dan kembali kepada mengamalkan Islam, seakan-akan kita menarik satu ketul bata dari tembok jahiliyyah, dan meletak bata itu pada binaan tembok Islamiah. Kalau dakwah itu dilakukan berterusan, maka dengan izin Allah satu hari nanti lenyaplah tembok jahiliyah dan sempurnalah tembok Islamiah.

InsyaAllah....

Let jahilyyah falls like leaves in the autumn....

Oh, mengenai pengakuan saya diawal post tadi.

Yes.

I'm in a relationship.

WITH GOD...

Tuesday, September 28, 2010

Semak lapangan pengasalan

Kenapa sebenarnya kamu hadiri usrah?

A. Untuk jadi baik?
B. Untuk isi masa lapang?
C. Untuk berdakwah?
D. Entah. Dah mereka ajak. saya join lah...

Jawapannya C. Usrah perlu untuk berdakwah.

Usrah perlu untuk berdakwah?

Kenapa?

Sebab nak bentuk individu Muslim.

Nak bentuk individu Muslim?

Kenapa?

Sebab nak jadikan Islam itu sebagai ustaziatul alam, individu Muslimlah penggeraknya.

Kenapa jawapan A (saya ikut usrah untuk jadi baik) kurang tepat?

Sebab tak logiklah kalau cita-cita kita untuk jadi ustaziatul alam, tapi kita hanya nak jadi baik dan tak mahu berdakwah.

Kenapa perlu berdakwah? Kenapa nak jadikan Islam sebagai ustaziatul alam?

Sebab Islam tu kan the best. Kita yang telah merasai manisnya itu, takkanlah tak mahu kongsi dengan orang lain....

Usrah
-Untuk mentarbiah orang lain untuk mengamalkan Islam (bukan sekadar mengetahui, tapi tak mengamalkan)
-Supaya individu tersebut boleh ajak individu lain untuk amalkan Islam
-Kerana untuk ajak seeeeemuaaaaaaa orang untuk amalkan Islam

Dakwah>>>amal jam'ie!!! :D

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik...." (16:125)

We'll conquer the world, insyaAllah!!


“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku “ (24: 55 )

Thursday, September 23, 2010

Minyak dan kertas tisu

Ingat tak isu tumpahan minyak BP di Gulf of Mexico?
Ingat?
Peka tak isu itu?




Menurut abang ipar saya yang bekerja di Pelan minyak, masalah tumpahan minyak BP ini bermula apabila satu injap pada salah satu paip minyak mereka dikenalpasti mengalami sedikit kerosakan.

Kerosakan itu kecil sahaja. Memandangkan untuk membaiki kerosakan kecil ini akan menelan kos yang bukannya kecil, maka kerosakan kecil ini diabaikan. Lebih banyak perkara besar yang mereka fikir mereka harus lebih fokus.

Tanpa mereka sangka, injap yang mengalami kerosakan kecil itu tiba-tiba meletup dan tumpahan minyak yang serius pun berlaku. Masalah yang tadi kecil, kini menjadi AMAT BESAR. 11 orang pekerja mati, beberapa yang lain cedera. Habis musnah hidupan laut dek kerana pencemaran yang dahsyat itu.

Kerugian yang mereka tanggung menggunung tinggi. Kalaulah mereka sanggup keluarkan sedikit perbelanjaan untuk memperbaiki kerosakan kecil itu, sudah tentu mereka tak kerugian yang begitu besar kini.

Pengajaran: Masalah yang kecil, cepat-cepat selesaikan. Kalau dibiar-biarkan, takut nanti dia jadi besar sampai tak boleh kamu nak tanggung!

Ya Allah masalah semakin serius. Saya sungguh tertekan! T_________T

"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar orang yang beriman....."(Al-Maidah 5: 23)

Tuesday, September 21, 2010

Thoughts: Balik Miri

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."(al-Hujarat 49:13)

-Saya balik kampung Miri minggu lepas

-Bapa saya orang Melanau.

-Saya tak pandai berbahasa Melanau mahupun berbahasa Melayu Sarawak.....

-Bahasa Melanau berbeza dengan Bahasa Melayu. Kalau saya duduk dikalangan makcik-makcik yang berbual dalam Bahasa Melanau, rasa macam duduk dengan makcik Polish. Tak faham apa mereka katakan...

-Contoh perkataan melanau
Jalan-jalan: Sibal
Minum: Tutang
Minuman: Anum
Udang: Payak
Dia: Idun
Saya: Ka-u
Berbezakan dengan Bahasa Melayu? Kan? Kan?

-Mak saya, seorang anak jati Kuala Lumpur, menguasai Bahasa Melanau dalam masa kurang dari 3 bulan. (Zain Bin Tsabit r.a menguasai bahasa Yahudi dalam masa 15 hari sahaja! [ada riwayat mengatakan 7 hari])

-Bapa saya generasi ke-3 dalam keluarganya yang lahir dalam Islam

-Dr. Juanda Jaya sepupu bapa saya.

-Muslim di Miri adalah golongan minoriti.

-Masih perlu berhati-hati dalam memilih makanan (seperti di Poland)


Ular sawa dipotong dadu: Ini adalah salah satu sebab mengapa perlu berhati-hati memilih makanan...


-Oleh kerana sukar untuk mendapat produk halal, nenek saya buat sendiri makanan seperti mee dan kuey teow.

-Terdapat non-muslim di Miri tak tahu walaupun perkara asas tentang Islam seperti amalan puasa di bulan Ramadhan dan solat sunat Tarawikh.

-Tanah airku! Masih banyak yang perlu dilakukan!

Tak sabar nak balik Warsaw:D

Friday, September 10, 2010

Eid saeed, eid mubarak!

Mengapa kita laungkan kalimah takbir di eidul fitri?
Kenapa laungkan 'ALLAHUAKBAR'?
Kenapa bukan 'SUBHANALLAH' atau 'ALHAMDULILLAH'?

'Allahuakbar' membawa makna 'Allah Maha Besar'.
Bererti kita membesarkan Allah dari segala sesuatu.
Bermaksud kita mengagungkan Allah dari setiap yang ada dalam kehidupan dunia ini.

Maka laungan 'ALLAHUAKBAR' di hari kemenangan ini mengisytiharkan kejayaan umat Islam membesarkan Allah dari nafsu mereka. Jadi apabila tuntutan nafsu bertentangan dengan kehendak Allah, kehendak Allah lah yang kita utamakan, kerana kita telah nyatakan bahawa Allah itu lebih besar dari nafsu kita.

Mari kita terus besarkan dan agungkan Allah dalam kehidupan kita.
Kita agungkan Allah dari peperiksaan, pangkat, atau harta.
Kita utamakan Allah dari sifat ego kita dan kehendak kita.
Kita BESARkan Allah melebihi SEGALA-GALANYA insyaAllah!

Eid saeed, eid mubarak!
Kullu 'am wentum bikheyr =)


Family picture for this year :D


My Sisters!! (Dari kiri: Budak STAM, Saya, Ibu mengandung, Budak 22 tahun perasan 17 tahun, Budak nak UPSR) Hahaha....

Wednesday, September 8, 2010

Altrenatif lagu raya saya

Asalkan sahaja tiba hari raya, mesti orang nak dengar lagu sedih-sedih, layan lagi touching. Entahlah. Mungkin saya yang pelik sebab saya tak ikut trend bersedih ketika raya.

Baiklah, kalau nak dengar lagu sedih, dengarlah. Apa salahnya (kalau ada salahnya, sila beritahu ya). Saya pun ada lagu sedih saya juga. Dengar-dengarkan~


MusicPlaylistRingtones
Create a
playlist at MixPod.com


p/s: Hari raya itu hari kemenangan. Usahlah dicemari dengan baju ketat atau jarang. Tak perlu kiranya dihiasi dengan lagu-lagu lagha. Kembalilah ingat kepada Allah, banyakkan bertakbir, bertahmid memuji kebesarannya.

p/p/s: Sebenarnya saya agak allergic lagu raya Melayu. Maaf....

Wednesday, September 1, 2010

Bantulah saya dengan dirimu sendiri

Rabi'ah bin Ka'ab bercerita:

Suatu hari Rasulallah memanggilku seraya berkata, "Hai Rabi'ah bin Ka'ab!!"

"Saya, ya Rasulallah!" jawabku.

"Katakanlah permintaanmu kepadaku, nanti kupenuhi," kata baginda.

Aku diam seketika sambil berfikir. Sesudah itu aku berkata, "Ya Rasulallah! Berilah aku sedikit waktu untuk memikirkan apa sebaiknya yang akan kuminta. Setelah itu akan kuberitahukan kepada anda."

"Baiklah kalau begitu," jawab Rasulallah.

Nafsuku mendorong supaya aku meminta kekayaan dunia kepada baginda, agar aku terbebas dari kefakiran seperti orang lain yang menjadi kaya, punya harta, punya isteri, dan punya anak. Tetapi hati kecilku berkata, "Celaka engkau hai Rabi'ah bin Ka'ab! Dunia akan hilang lenyap. Dan rezkimu di dunia sudah dijamin Allah, pasti ada. Padahal Rasulallah s.a.w yang berada dekat dengan Tuhannya, permintaannya tak pernah ditolak. Mintalah supaya beliau mendoakan kepada Allah kebajikan akhirat untukmu."

Hatiku mantap dan merasa lega dengan permintaan seperti itu. Kemudian aku datang kepada Rasulallah, lalu beliau bertanya, "Apa permintaanmu hai Rabi'ah?"

Jawabku, "Ya Rasulallah! Aku memohon semoga anda sudi mendoakan kepada Allah agar aku menjadi temanmu di syurga."

Agak lama juga Rasulallah terdiam. Sesudah itu barulah berliau berkata, "Apakah tidak ada permintaanmu yang lain?"

Jawabku, "Tidak ya Rasulallah! Rasanya tidak ada lagi permintaan yang melebihi permintaan tersebut bagiku."

"Kalau begitu, bantulah saya dengan dirimu sendiri. Banyak-banyaklah kamu sujud!" kata Rasulallah.

Dipetik dari buku Kepahlawanan Generasi Sahabat Rasulallah 2 oleh 'Aburrahman Ra'fat Basya (diolah sedikit bahasa agar mudah difahami :))


Dari hospital ke Monorel Titiwangsa ke KL Sentral ke KTM Shah Alam - perjalanan 2 jam. Kalau tak dimanfaatkan dengan membaca, alangkah ruginya!


Doa Rasulallah s.a.w itu mustajab. Walaupun begitu, selepas mendoakan Rabi'ah, baginda menyuruh Rabi'ah sendiri berusaha agar impiannya tercapai. Tak bermakna apabila Rasulallah sudah mendoakan tempatnya di syurga, Rabiah boleh duduk-duduk lepak sahaja dan menuggu impiannya menjadi kenyataan!

Itu doa Rasulallah, apatah lagi kita ini sebagai Muslim yang tak sampai pun tahap wali Allah. Doa, doa juga. Tapi tindakan itu perlu ada.

Kita berdoa untuk mendapatkan syurga Allah, maka hendaklah kita jalani hidup kita seperti calon ahli syurga.

Kita berdoa supaya dijauhi dari api neraka, maka hendaklah kita jangan berperangai seperti ahli neraka.

Kita berdoa agar dipermudahkan urusan kita menjawab soalan peperiksaan, jadi hendaklah kita study betul-betul.

Kita berdoa agar dijidohkan dengan pasangan hidup soleh/ah, maka hendaklah kita ubah diri dahulu supaya jadi soleh/ah.

Kita berdoa agar diteguhkan keimanan, maka hendaklah kita mencari kekuatan iman dengan solat malam.

Kita berdoa agar persahabatan kita kekal berpanjangan, tapi hendaklah kita rajin menghubungi sahabat-sahabat lama.

Semuanya tidak akan datang bergolek. Semuanya kena usaha. Tunjukkan kesungguhan kita kepada Allah!