Wednesday, May 5, 2010

Pushed to the edge

La ilaha illallah... Muhammad Rasul Allah...

Perasan tak, saya selalu menulis post berdasarkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian saya? Macam tulis diari lah pula.... Bukan apa, most of the time saya berfikir. Saya suka ambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Seorang Muslim disarankan agar menjauhi segala jenis dosa, walaupun dosa itu kecil. Dosa-dosa kecil, kalau dikumpul-kumpul akan menjadi dosa besar. Seringkali dosa kecil membawa kepada dosa besar. Dan selalunya dosa besar itu datang dari dosa kecil.

“Jauhilah dosa-dosa kecil, karena sesungguhnya dosa-dosa kecil yang berkumpul pada diri seseorang akan dapat menghancurkannya.” Dan sesungguhnya Rasulullah saw mengambil satu perumpamaan dosa kecil ini bagaikan suatu kaum yang tinggal di suatu lembah, lalu datang seorang pembuat roti, kemudian dia menyuruh orang untuk pergi mencari batang kayu; kemudian orang-orang datang membawa batang kayu itu sampai jumlahnya sangat banyak. Lalu mereka menyalakan api dan memasak apa yang mereka berikan kepada tukang roti itu.” [HR Ahmad]

Lihat perumpamaan itu. Seorang penduduk membawa satu batang kayu. Apa sangatlah yang boleh dibuat dengan satu batang kayu itu. Tapi apabila ramai orang datang, dan setiap seorang bawa sebatang kayu. Bukan sahaja boleh nyalakan api, siap boleh buat masak lagi. Naudzubillah...

Semakin hujung tahun, semakin penuh jadual dengan exams. Pusing kepala saya. Minggu depan saya ada 3 credits. Bukan ketiga-tiga itu semuanya subjek-subjek yang besar, tapi subjek-subjek kecil kalau dikumpul, akan jadi besar juga..... Semoga Allah permudahkan...

Setiap perkara yang terjadi ada hikmah tersembunyi. Cuma kita kena cari hikmah itu. Hari ini satu lagi perkara cikgu sosiologi ajarkan. Katanya, "Men don't take seriously what women say because in their minds, women are just like that. They like to complaint!" Betul ke??

Saya terasa terbeban apabila hampir semua rakan se-Malaysia saya berjaya dikecualikan daripada menduduki peperiksaan Medical Chemistry. Memang saya ditakdirkan untuk mendapat pensyarah yang tegas.

Ya, dia sangat baik. Pensyarah saya ini muda. Petang-petang Isnin datang mengajar kami, pakai baju gambar-gambar menarik. Kadang-kadang gambar tengkorak, pistol, etc. Haha... Friendly pula.


Daripada penampilannya itu, jangan sangka dia tidak serius. Dia sangat tegas. Jangan harap nak dapat markah senang-senang daripadanya. Habis seluruh kelas saya tak dapat exemtion daripada peperiksaan itu. Maka bertambahlah satu lagi peperiksaan yang saya kena hadapi.

Saya cuba tidak mengeluh atas kesusahan yang saya hadapi. Mengeluh tak dapat selesaikan masalah. Apa yang saya dapat kalau mengeluh? Dapat penat sahaja. Buang masa. Allah pun tak suka. Daripada buang masa mengeluh, baik gerakkan usaha untuk selesaikan masalah tersebut!

Maha Suci Allah yang telah menjadikan manusia itu pelbagai jenis. Ada jenis yang sekali baca buku, bukan setakat faham, malah ingat semuanya. Ada pula jenis macam saya, baca berkali-kali sampai lunyai buku tu, barulah faham. Nak kasi ingat, masalah lain pula.

Alhamdulillah, itu adalah ujian dan nikmat dari Allah. Ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran saya melihat kawan lain geliga semacam walaupun study sedikit sahaja. Nikmat dari Allah supaya saya selalu ingat bahawa hati belum bersih. Ilmu itu cahaya, ia tak masuk dalam hati yang gelap.

Saya lahir dan membesar dalam kalangan orang Melayu. Apa yang bagusnya orang Melayu ialah mereka berbudi bahasa, lemah-lembut, suka mengalah, menjaga hati orang lain. Mungkin juga saya dah terbiasa dengan sikap orang melayu, saya tak biasa pula dengan sikap bangsa lain.

Apa yang saya lihat di sini, orang putih sama sekali berbeza dengan orang Melayu. Sesetengahnya sangat outspoken. Apa sahaja rasa tidak puas hati mereka akan suarakan. Dan sesetengahnya juga tak menjaga perasaan orang lain.

Pernah sekali rakan saya lambat masuk kelas.
"Dzein dobry. Sorry I'm late," lalu dia masuk kelas
Tanpa saya duga, seorang rakan sekelas ketika itu tiba-tiba menyindir dengan berkata, "AS USUAL....."

Aduh....kan kalau senyap itu lebih baik...

"Bhaa!! This is funny. I told you not to waste your time studying that subject. It's eeeaaaasyyy. Look, I didn't study like you did, and I get the same mark as you. This is so funny!"

Sabar itu indah. Huuhh~~

Huhuu.....Saya tak putus-putus berdoa agar rakan-rakan saya menerima hidayah untuk Islam. Kalaulah seorang itu beriman dengan firman Allah, sudah tentu dia tidak akan bangga diri dengan kecemerlangannya. Semua itu Allah yang beri kita pinjam. Tidak ada hak sedikit pun untuk kita bangga-banggakannya.


Kesusahan yang saya hadapi sekarang tidak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan kesusahan orang lain. Bukannya saya perlu menyusun strategi serang hendap macam pejuang Palestin pun. Saya hanya perlu menghadapi 3 kertas ujian sahaja. Haah! Nothing big.

Kita perlu kesusahan itu untuk menjadikan kita kuat. Kita perlu kepada kesusahan itu supaya kita sentiasa ingat Allah sahaja tempat kita bergantung harap.

Semoga Allah permudahkan....

p/s: Don't Forget 15 Mei: Nakbah Palestin

No comments:

Post a Comment