Thursday, December 31, 2009

Selamat tahun baru :>

Setiap kali tahun baru mesti orang cakap pasal azam baru. Bagus2. Ada niat untuk berubah kepada lebih baik tu bagus! Sy azam tiap2 hari. Jadi secara tak langsung, tahun baru pun sy azam. Azam sy untuk jadi lebih baik dari semalam ^_^

Saidina Ali ra pernah berkata. "Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

Elakkan menyambut tahun baru dengan perkara-perkara bertentangan dengan syara'. Sinonimlah kalau kat Malaysia tahun baru je, mesti ada konsert hiburan. Kalau nak join, pastikan artis tu tutup aurat, pengisian konsert membesarkan Allah (yang memberi kita rezeki untuk hidup bertemu tahun baru), dan tiada percampuran tak terkawal antara lelaki dan perempuan tau. Kalau syarat-syarat tu tak mampu dipenuhi, tak payah datang laaa.....

Good luck kepada anggota-anggota TASK FORCE 2009. Syukran sebab jemput ana sama, tapi ana ni ha kat Poland :P. Obstacles awaits! La takhaf, Innallaha ma'akum!

Mungkin ade sahaja suara-suara mad'u yang akan kata cara antum da'wah tak kena cara, entah hape2, gelabah, tertalu 'poyo' blablabla.....
Tapi antum tetap di jalan ini, because we all know doing something is better than doing nothing. =) Jangan cakap tentang perjuangan kalau takut dibenci!

This is a short post, for I still have a lot of histology to read -_-"

Tuesday, December 29, 2009

Bila ia datang....

Aaaaa....takot......kesibukan datang lagi!!!!! *serabut*

Lepas cuti ni, ada credit histologi dan anatomy dan Polish. Sy nak sangat kongsi pengalaman jaulah di Czech Republic. Nampaknya terpaksa tangguh. Tapi tak sedap nak biarkan blog ini sepi. Ahah...

Jadi, ini satu hadiah dari Mesir (sebab kawan dari mesir yg bagi link). Klik jangan tak klik! Dah klik, bacalah. Hehe...

Semoga kita semua mendapat manfaat darinya :)

Saturday, December 26, 2009

Whats happenin'

Assalamu alaykum!

Wa'alaykum salam warahmatullah

Apa khabar iman?

Alhamdulillah. masih dalam Islam.

Alhamdulillah...

Rindu.....

Rindu? Niatkan lillahi ta'ala

Lillahi ta'ala. InsyaAllah....

Malaysia?

Kakak baru balik Shah Alam. Jalan dgn zauj kat Langkawi. Adik dah jadi bekas pelajar KISAS. Tunggu SPM. Doakan dia dapat lanjutkan dalam bidang Syariah.

Syariah? I remember you used to dream to be a lawyer!

Hahaha.......rezeki ana bukan kat situ. Tak dapat sambung aliran agama masa tingkatan 4 dulu kan. She'll continue my dream.

Mak ayah?

Mak ayah Alhamdulillah. Ayah sibuk. Wan makin sakit. Brain heammorrhage, multiple organ shut down. Doakan dia....

Cucu yg soleh, doakan kesejahteraannya

InsyaAllah!

Lega enti bukan salah sorang mangsa mati kesejukan kat Warsaw yg masuk berita tu. Huhu...

Hehe....apparently I was diagnosed with 'sindrom malas belajar'

Ahhh!!! Get busy! Allah is Watching!

AHHHH!!!!!!!

**Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)**


Friday, December 18, 2009

Saya: Dah ke mak?
message sent....

1 new message...
Mak: Dalam proses. Tengah khutbah

1 new message....
Mak: Tengah nikah!

1 new message...
Mak: Sah!!!

Alhamdulillah....! Tersenyum kambing sy sorang2 tengah lecture Histologi. Ma'al hijrah tahun ini kakak sulung sy akhirnya berhijrah dari alam bujang ke alam rumahtangga pada usia 24 tahun. Mabruk!

Dengan bangganya dia berkata, "Tima, you still have a lo0o0o0ooo0o0ng way to go!". Desertai dengan gelak yang kejam -_-'

Sewaktu ibubapa sy belajar di Amerika Syarikat, mereka bernikah melalui badan yang dikenali sebagai 'Bait al-Muslim'. Begitu juga kakak sy yang seorang ini. Mungkin masih pelik bagi masyarakat sesebuah perkahwinan jika pasangan tersebut tak bercinta dahulu, keluar makan bersama-sama, ber'abang-sayang', bergayut telefon lama-lama dsbg. Nak kenal hati budi katanya....

Tapi ibubapa sy dan kakak sy memilih untuk menyimpan kemanisan itu untuk kehidupan selepas berkahwin. Agar kemanisan brcinta itu menjadi esuatu yang diredhai Allah, bukan dimurkai-Nya seterusnya dikekalkan ikatan itu sampai ke syurga insyaAllah. Bak kata mak sy, kalau sebelum kahwin kita pelihara hak Allah, Allah akan pelihara kebahagiaan rumahtangga kita. Kalau tak jaga hak Allah, less likely Allah nak jaga kita.

Bab nak kenal hati budi, kakak sy tanya pada Allah. Solat Istikharah berulang-ulang kali memohon diberi petunjuk adakah pilihannya tepat. Allahlah yang paling mengenali hati budi abang ipar sy tu. Dialah yang telah menciptakannya. Jadi kenapa tidak tak tanya Allah? Penilaian manusia selalu salah. Penilaian Allah tak pernah salah!

Semua kerana perintah Allah: Jangan kamu hampiri zina!

"Janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk" (al-Isra': 32)



Dan zina ini banyak jenis.


"Sesungguhnya Allah telah menetapkn nasib anak-anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua matanya, zina memandang. Dua telinganya, zina mendengar. Zina lidah ialah berkata. Tangan, zinanya memukul. Hati, zinanya ingin dan rindu. Sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti. (HR Bukhari, Muslim, Ahmad)



Agak mustahil (sebenarnya mustahil...) bagi pasangan yang bercinta sebelum berkahwin dapat menghindari zina-zina itu, terutamanya zina hati.


Banyak cara lain boleh kita guna. Kalau kita bersungguh-sungguh menjauhi zina dalam mencari pasangan hidup, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan yang lain yang lebih baik.

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan dijadikannya jalan keluar, serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa berserah dri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. (at-Talaq:2-3)

Sebenarnya sy x berapa suka berbicara tentang ini. Sbb sy pun pernah terperangkap dalam cintan-cintun ni (tapi sy tak pernah couple ok..). Alhamdulillah telah sy tinggalkan. Sy tak suka bercakap tentangnya kerana tipu sungguh kalau sy kata sy dah tak mempunyai apa-apa perasaan lagi. Sy memilih untuk meletakkan harga yang mahal untuk cinta. Hanya kepada Allah, dan orang yang layak menerimanya. Bukan sebarang lelaki yang entah ya entak tidak akan menjadi suami sy.

Jodoh pertemuan Allah tetapkan.

Kepada kakak sy dan suami:

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi kher! Alfun mabruk!

Thursday, December 17, 2009

Mari berhijrah =)

Pagi-pagi sy bangun, jenguk luar tingkap, segala-galanya putih. Subhanallah! Sungguh tenang dan damai melihat suasana begitu. Kerana rasanya salji ni serap bunyi agaknya, jadi keadaan macam sunyi dari biasa. Kesimpulannya, hari ni putih dan tenang =). Salji sangat2 tebal. 9 tahun lalu sy pernah merasai salji setebal 3 inci di Korea. Tapi kali ini bukan sekadar 3 inci. Jaaaaaaauhhhh lagi tebal dari itu!
12 tengahari, sy bergerak ke kelas. Meredah salji. Terkedek2. Berjalan atas salji macam berjalan atas tepung. Satu langkah, kaki tenggelam. Tapi kena teruskan melangkah. Sekali sekala terpijak 'salji-ais', rasa nak tergelincir. Alhamdulillah, nasib baik bersiap sedia dengan snow boot yg mempunyai tapak yang mantOp, menyelamatkan sy dari terjatuh. Snow flakes dan angin yang sangat2 sejuk menyerbu muka. Sampai kabur mata, tak boleh nak buka. Jalan 100 meter, dah mengah. Nanti bila dikenang-kenang kembali, ia akan jadi satu pengalaman yang manis untuk diceritakan!
Jalan dakwah bukan jalan yang mudah. Satu langkah kita dalam dakwah, sudah ada cabarannya. Tapi kena terus menyeru. Sekali-sekala terkena hasutan syaitan, sampai lalai dan hampir tergelincir dari jalan yang benar, sebab itu perlukan bekalan ilmu, iman, dan doa kepada Alah agar selalu tetapkan hati dalam keimanan untuk menyelamatkan kita dari terus terjatuh. Pelbagai ujian berupa kepahitan mahupun kesenangan datang menyerbu, sehinggakan rasa tak mampu lagi nak tanggung. Mengah dengan dakwah. Tapi du'at sekalian, jangan berputus asa, kerana dalam kesengsaraan itu ada kemanisan, yang tak mungkin dapat dirasai tanpa melalui semua kesusahan terlebih dahulu. Itukan janji Allah!
Bekalan jalan ini hanyalah TAQWA. Merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan janji Allah yang pasti benar.


jalan yang penuh cabaran.......



  • Agama hanya dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam dirinya
  • Bahagia hanya dapat dirasakan oleh orang yang membela keimanan, kebenaran dan keadilan
  • Kemenangan hakiki hanya diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban dan kuat menahan penderitaan
  • Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah
  • Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keduanya
  • Belajarlah memfanakan diri demi kepentingan cit-cita dan agama

(Usrah dan Dakwah- asy-Syahid Imam Hassanal-Banna)





Salji yang menginsafkan~

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: apakah penggilapnya wahai Rasulallah? Rasulallah menjawab: membaca al-Quran dan mengingati mati." (HR Baihaqi)

Sy berdoa agar Allah membersihkan hati seluruh umat Islam sebersih-bersihnya pada permulaan tahun ini dan seterusnya agar kita semua dapat menjadi hamba yang dikasihinya.

"Baharukanlah iman kalian. Rasulallah ditanya, bagaimanakah kami mahu memperbaharui iman kami? Baginda menjawab: banyakkanlah menyebut 'La ilaha illAllah'" (HR Ahmad)


Sy berdoa agar iman sy diperbaharui, agar tetap dalam jalan yang diredhai-Nya.

Sy berdoa agar orang-orang rumah sy dapat menjadi Muslimah-muslimah yang dapat meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Huhu....

Mari kita berhijrah kearah yang lebih baik!

Selamat Tahun Baru Hijrah =)

Wednesday, December 16, 2009

Ia mengejar!

Sepertimana 'anak-anak' Dr. Maciej kelam-kabut tak tentu arah setiap kali sebelum kelas anatomi, seperti itulah saya setiap kali sebelum kelas histologi. Pensyarah histologi dan anatomi sy mempunyai nama yang sama, tapi kedua-duanya mempunyai personaliti berbeza. Pensyarah histologi sy ni, kalau tak kena mood dia pada hari itu, habislah kami semua. Dia suka tanya soalan-soalan yang jawapannya tak terdapat dalam buku. Kadang-kala kalau soalannya tak dapat dijawab, dia akan berkata, "Oh, i'm surprised you dont know this. SHAME ON YOU. YOU SHOULD KNOW THIS BEFORE YOU ENTER THE MEDICAL SCHOOL."



Tembakan yang pedas lagi tajam mengena ke hati.......



Jadi beberap hari sebelum kelas histologi, sy akan mengurung diri alam bilik. Berusaha untuk bersedia untuk kelas. Supaya jika ada apa-apa soalan ditanya, sy akan dapat jawab insyaAllah.



Pensyarah anatomi sy pula seorang doktor muda yang sangat baik hati. Oleh kerana baiknya doktor itu, kami tak suka menghampakannya. Kalau kami tak dapat jawab soalannya, dia tak marah, tapi dari riak wajahnya, sy dapat lihat dia tak berpus hati pelajarnya tak bersedia ke kelas, seperti tak menghargainya. Jadi kami sentiasa berusaha untuk bersedia untuk kelas anatomi.



Alangkah baiknya kalau sy dapat mengaplikasikan semua ini untuk bersedia menemui Allah. Alangkah baiknya kalau kita berusaha sentiasa berada dalam keaadaan bersedia untuk menghadapi mati. Supaya nanti dalam kubur, dapat kita menjawab soalan Munkar dan Nakir. Menjadi hamba yang selalu bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah telah berikan.



"Tiap-tiap yang berjiwa, akan merasai mati..."(29:57)



Bezanya, kelas anatomi dan kelas histlogi sy tahu bila. Tapi mati bila??

Mahu tak mahu, kenalah bersedia 24 jam!



Ramai orang kata mencintai kehidupan yang sihat, tapi banyak makan makanan yang membahyakn kesihatan, malah berani menghisap rokok. Begitu juga ramai orang yang kata takut mati, tapi tak pernah bersedia untuk menghadapinya. Masih liat nak tinggalkan maksiat. Masih berat nak sujud kepada Allah. Masih banyak perkara lagha alam hidupnya daripada perkara yang mengingatkannya kepada Allah. Masih susah untuk berenggang dengan dunia hiburan yang semakin menjadi nafas seharian.



Persediaan menghadapi mati perlu dilakukan dengan cinta. Hanya apabila wujud rasa cinta kepada Allah, kita akan bersedia untuk mati. Orang yang mencintai Allah, tak sabar untuk bertemu-Nya. Orang yang mencinta dunia, benci kematian kerana kematian akan memisahkannya dari dunia yang dicintainya, dan takut dengan pertemuan dengan Allah kerana tahu bagaimana kesudahannya.



"Barangiapa yang menyukai pertemuan dengan Allah, nescaya Allah menyukai pertemuan dengannya. Dan baransiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, nescaya Allah membenci pertemuan dengannya" (HR BUKHARI)



Tetapi tak bermakna kita harus berkurung dalam bilik, solat dan baca quran 24jam untuk mempersiapkan diri menghadapi mati. Jangan sempitkan skop ibadah hanya trhadap solat dan baca al-Quran. Belajar juga ibadah. Sidai kain pun ibadah. Masak pun ibadah, kalau semuanya niat kerana Allah dan dilakukan dngan cara yang tak bertentangan dengan syara'.



Seperti kata Sidina Umar Al-Khttab: "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Bekerjalah kamu seola-olah kamu akan hidup selama-lamanya."



Beberapa hari lepas sy dikejutkan dengan kematian suami ukhti Teh dari seorang ukhti dari German. Kemalangan beberapa jam selepas pernikahannya. Sy tak pernah bersua muka dengan ukhti Teh. Sekadar tahu beliau bersama dalam perjuangan dan dakwah ini. Akhawat di Malaysia memberitakan ukhti tenang dan masih boleh berbicara walaupun dalam keadaan yang sangat sedih. Sy kagum dengan ketabahan dan kekuatan ukhti Teh dalam menerima musibah ini. Begitulah, hati yang sentiasa mengingati Allah akan sentiasa tenang dan redha menerima ujian-Nya.



Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah untuk akh Mohd Ariff, kedua-dua ibubapanya, dan sahabatnya yang terkorban dalam kemalangan itu....

Sy pun tak pasti sy bersedia atau tidak untuk mati. Cukuplah kematian menjadi pengajaran buat kita....

".....Ya Allah timbulkanlah rasa cinta kami kepada iman serta hiasilah ia dalam hati kami, dan timbulkanlah rasa benci kami terhadap kekufuran, kefasikan dan penderhakaan serta jadikanlah ami dari kalangan yang mendapat bimbingan. Ya Allah, matikanlah kami sebagai orang Islam an hidupkan kami sebagai orang Islam serta temukanlah kami dengan orang-orang yang soleh tanpa merasa hina dan terfitnah....."

Saturday, December 12, 2009

hati berulam jantung.....(?)

are they being to0 liberal?
or i'm being to0 close-minded??

whatever

"Janganlah kamu sibuk mencari keburukan orang lain, justeru kamu lalai (meneliti) keburukan pada dirimu, sesungguhnya itu dua keburukan" (al-Qahthani)

wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu...

Wednesday, December 2, 2009

nikmat~

Lima hari sy hidup tanpa nikmat pendengaran yang baik pada telinga kanan sy. Entah apa puncanya, sy pun tak tahu. Ada kawan berpendapat ia disebabkan tekanan yang agak rendah musim sejuk ini. Ada pula yang berkata telinga sy terkena radiation akibat mendengar mp3 dari handphone setap hari. Entahlah. Tapi Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat telinga. Syukur. Macam manalah agaknya rupa sy tanpa sebelah telinga. Kelakar.

Dengan menggunakan nikmat kaki yang boleh berjalan, sy keluar pergi ke hospital. Nikmat mata untuk melihat arah mana sy jalan. Nikmat sarapan pagi yang membekalkan tenaga kepada sy untuk berjalan. Nikmat jari yang boleh menaip sms meminta Kak Yana temankan. Dan macam-macam nikmat lagi yang sy tak larat nak senaraikan. Alhamdulillah!

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.s. an-Nahl: 18)

Kebelakangan ni peglihatan sy agak terganggu. Sy perhatikan bertambah banyak papan-papan iklan di sekitar pusat bandar Warsaw ini mempamerkan perempuan-perempuan yang tak cukup baju. Bukan tak cukup baju macam biasa. Tapi terlalu tak cukup baju. Bukan kecil papan iklan itu. Besar! BESAR SANGAT. Sebagai seorang perempuan, sy sangat malu. Sakit mata tau.

Sy rasa simpati terhadap kaum lelaki sebenarnya. Dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Nafsu yang satu itu, adalah terhadap golongan hawa. Dan disebabkan nafsu itu satu, jadi ia agak concentrated.

“Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari Muslim)

Jadi sy kasihan dan tak tahu bagaimana hebat cabaran bagi mereka untuk mengawal nafsu apabila papan-papan iklan yang besar gajah itu diletakkan depan mata mereka. Kalau tengok, dah kira salahguna nikmat mata tau.

"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." (Q.s. Ibrahim: 7)

Kalau tak tengok, kira mensyukuri nikmat Allah dengan tidak menggunakan nikmat mata itu untuk melihat benda-benda macam tu. Dapat pahala! Sy berdoa agar Muslimin di Poland dikuatkan iman..

Dan kalau wanita-wanita itu beriman, pasti mereka tidak akan mempamerkan bahagian-bahagian tubuh mereka yang tak patut di khayalak ramai. Wanita bukan barang pameran, yang boleh dipamerkan sebegitu setelah dibayar dengan harga yang rendah. Harga wanita itu tinggi, tak terbayar. Begitu juga martabat wanita. Jadi mengapa rendahkan martabat sendiri lalu menjadi barang dagangan? Marilah wahai Muslimah, kita syukuri nikmat Allah dengan menutup aurat, tanda kepatuhan kepada perintah Allah.

Alhamdulillah selepas berjumpa doktor, telinga kanan sy kembali boleh mendengar. Terkejut sy, doktor itu tak pandai berbahasa Inggeris. Nasib baik ada Kak Yana. Bolehlah faham sikit-sikit. Kalau tak, ayam dan itiklah kami :D

Oh, nikmat pass credit anatomy. Semuanya bukan kerana kerja keras kami siang malam, tapi kerana sifat Maha Pemurah Allah, untuk mengurniakan nikmat itu kepada hamba-hambaNya yang hina ini walaupun hamba-Nya ini selalu lupa untuk bersyukur. ALHAMDULILLAH~