Saturday, February 26, 2011

The 23 Chapters of Physiology



Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-’Asr (103:1-3)

Time management is not about managing your time, because technically, you cannot manage something you have no control over! (Can you stop or start time?!) Put simply, time management is about managing yourself in a way that makes use of the time sphere we're in. So how exactly do we that?
-The Very Best of ProductiveMuslim

I always have a busrt of idea during exam season. Perfect timing.

Demi masa. I have to read physio NOW!

Friday, February 25, 2011

Cmentarz

Hari Jumaat, penghulu segala hari, hari yang penuh barakah.

Juga hari dimana pesta Jom Heboh diberitakan akan dilangsungkan di kampung halaman seorang rakan saya, barangkali buat julung-julung kalinya (sebab dia terkejut semacam...)

Juga rutin pelajar WUM untuk ber-'friday-night-party'. Mencari ketenangan setelah seminggu bertungkus-lumus dalam pelajaran.

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." (ar-Ra'd 13:28)

Hari Jumaat, arwah jiran saya selalu menziarahi pusara suaminya sewaktu hidupnya dulu. Begitu juga nenek saya di Miri sana, akan menziarahi kubur arwah datuk saya setiap hari Jumaat.

Menziarahi kubur mengingatkan kita kepada pengakhiran kita, di dalam tanah, dimakan cacing, mungkin dibakar api. Kematian. Hilanglah nikmat berbuat maksiat jika kita sentiasa mengingati mati.

Dari Sulaiman bin Buraidah, dari bapanya ra dari Naba saw, beliau besabda, "Pernah aku melarangmu dari menziarahi kubur, maka sungguh telah diizinkan bagi Muhammad menziarahi kubur ibunya, maka oleh sebab itu ziarahlah kubur itu, kerana sesunggunya menziarah kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat."
- (Riwayat Tirmizi)

Barang siapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qanaah (menerima pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang lupa mengingati mati akan diberi ganjaran dengan tiga perkara; menunda-nunda taubat, selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadat.

Dan sebenarnya juga manfaatnya kepada yang masih hidup berbanding dengan yang telah tiada. Bukanlah ia amalan pagi hari raya sahaja, malah sunat dilakukan bila-bila sahaja, tidak kira pusara orang yang dikenali atau tidak.

Suhu masih -14c pagi tadi sewaktu pergi kelas. Cahaya matahari menyimbah salji, menjadikan ia berkilauan. Subhanallah! Sangat cantik!

Hampir setiap kali nak ke kelas, saya akan melewati 2 cmentarz (cmentarz=cemetary=tanah perkuburan). Sebuah tanah perkuburan Kristian Katolik, Cmentarz Powakowski dan sebuah tanah perkuburan Yahudi, Cmentarz Zydowski.


Cmentarz Powakowski. Sumber


Cmentarz Zydowski. Sumber

Ya. Di situlah akhirnya kita nanti. Sendirian hanya bertemankan amal soleh, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh. Adakah kubur kita akan menjadi salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka?

Tapi hairan, saya masih tenang melakukan perkara yang mengundang murka Allah. Walaupun hampir setiap hari saya 'menziarahi' tanah perkuburan. Tak cukup agaknya mati sebagai peringatan.....

'....Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.' (al-Hajj 22:46)

Saya bimbang. Apa khabar sebenarnya hati??

Thursday, February 24, 2011

Uwaga: Hypersensitivity

Sejuta kemaafan saya pohon dari pengguna search engine google yang mencari artikel berkaitan 'hypersensitivity'. Saya bukan nak cerita tentang penyakit itu dalam post kali ini. Saya nak bercerita benda lain.

Hmm....Kenapa kebanyakan blog warga Poland berbaur medical/scientific terms ya kebelakangan ni? (Termasuk blog saya!)
Nak buat macam mana kan, kami budak medic. Ahak!!

Keadaan sungguh tegang sekarang. Angka kematian meningkat setiap hari. Rupanya wang hasil minyak digunakan untuk membeli peluru yang paling besar untuk menumpahkan darah orang awam.

To Gaddafi and those Barbarian
you should read Hadith Ghulam

Namun itu juga bukan isu yang nak dibincangkan disini. Cuma hendak membangkitkan awareness semua pihak sahaja. Sebab sedang dunia Islam sedang kalut apabila Gadaffi terus membunuh rakyat sendiri, tanpa disedari, virus hypersensitivity sedang melanda di sebuah negara!

Pesanan penaja: Semua perkataan dalam kurungan adalah ayat sendiri;)



Kerana hakikatnya, kita, yakni manusia memang akan lebih kuat, lebih tulus lebih bersungguh-sungguh, mengingati Allah apabila kita susah. Semakin jauh kita melangkah atas jalan dakwah ini, semakin banyak tekanan sehingga kita dihinggapi penyakit hypersensitivity (akan dijelaskan kemudian).

Kalau sebelum ini, semuanya baik-baik sahaja. Keluarga, rakan-rakan, pelajaran, semua memuaskan hati kita. Tapi apabila kita dah ambil keputusan untuk mengikut haluan ini, bersedialah. Sekecil-kecil perkara pun boleh jadi besar. Siapa yang membesar-besarkannya?
Tak lain tak bukan, kita sendiri. Sebab kita dah dihinggapi hypersensitivity.

Contohnya

1. Kalau dulu, mak belikan baju kurung warna apa pun, kita peluk mak dan ucapkan
'Thanks mak! Aileviu!!' (jangan tiru penggunaan bahasa pasar ini)
Tapi kini, mak beli baju kurung warna ungu, kita bermonolog sendiri dalam hati,
'Mak ni tak tahu ke aku suka warna biru. Mak tak tahu warna kegemaran aku..... Mak tak sayang aku.....'

2. Kalau dulu kawan kita senduk nasi dalam pinggan kita, kita makan sahaja tanpa banyak soal.
Tapi kini kawan tu TER-senduk nasi untuk kita kurang sedikit dari rakan lain, kita pun bermonolog lagi,
'Dia rapat dengan orang lain. Tapi jauh dengan aku......T_____T'

3. Kalau dulu, semua kelas kita suka. Tak kira Phylosophy, History of Medicine, atau Medical Ethics.
Tapi kini datang kelas kita bermonolog lagi,
'Kenapa cikgu ni asyik pandang sebelah sana dan tak pandang aku? Cikgu lebih sayang mat saleh tu dari aku....'

Nampak? Suddenly we contract HYPERSENSITIVITY towards EVERYTHING!!

Semuanya serba tak kena. Keluarga, rakan-rakan, pelajara, semuanya serabut mengganggu tenang.Semakin jauh kita melangkah atas jalan dakwah ini, semakin banyak tekanan.

Jadi cuba jangan mengeluh dan merintih apabila dirudung tekanan. Kerana Allah sedang berbicara. Allah mahu kita lebih dekat padanya.Kerana hakikatnya, kita, yakni manusia memang lebih kuat lebih tulus lebih bersungguh-sungguh mengingati Allah apabila kita susah.

Orang mu'min itu apabila dihurung tekanan atau kegembiraan, mereka akan turn back to Allah.

Mungkin anda akan berkata; Ye... Kami tahu. Fatima ni asyik cakap pasal ni je. Takde isu lain ke??

Allah lebih TaHu apa yang kita tak tAHu sedangkan kita ingat kita TahU.

Well, give this a thought.

“We express our thoughts in the form of a 'status update'(facebook) (or maybe blog post) instead of turning to Allah with our fears and joys.

The day of a believer should be a constant conversation with God.”

-Sohaib Saeed, head of the ‘Dialogue and Education’ division of the Scottish Islamic Foundation.

Tidak Allah jadikan hypersensitivity itu saja saja

'.....Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan.....'[ar-Rum 30:8]

Mungkin kerana kita lebih banyak luahkan masalah kita pada facebook, twitter, atau blogger berbanding ALLAH?

Mungkin kerana itu ujian datang bertimpa-timpa ditambah pula hypersensitivity yang makin menjadi-jadi?
Mungkin Allah sedang merindui rintihan hambanya....?

Wednesday, February 16, 2011

Gasping for air

Pentingnya kita berkawan dengan mereka yang berpersonaliti, berkepimpinan, berpandangan luas di facebook. Mereka banyak tolong saya update dengan isu semasa. Baik isu ekonomi, krisis dunia Islam dan lain-lain. Banyak lagi manfaat lain facebook (oh ini pendapat saya. Saya tak pernah paksa orang lain ikut pendapat saya;)) selain kita boleh tahu apa yang bermain di fikiran seseorang melalui status facebook-nya.(Apa saya tengah mengarut ni??)

Saya menjadi semakin risau dengan perkembangan di Mesir sekarang. Ya, walaupun Mubarak sudah turun, tetapi rakyat Mesir masih tidak mahu meninggalkan medan Tahrir kerana mendakwa pemerintahan tentera tidak memenuhi objektif intifada yang mereka mahukan.

Intifada merebak semakin jauh dari Tunisia, Mesir, sehingga ke Algeria, Yaman, Iran. Ini bukan isu baru sebenarnya. Cuma ia terbongkar kerana demonstrasi besar-besaran di Mesir. Ia adalah gerakan yang sudah bertahun-tahun lamanya bermula, cuma tak disiarkan oleh pihak media demi kepentingan dunia barat yang sedang memegang dunia Islam dalam genggaman mereka.

Sebahagian dari saya risau sebab kira-kira dua bulan lepas saya sudah membeli tiket EgyptAir untuk balik Malaysia musim panas nanti. Saya terbayang semua krew termasuk juruterbang yang sepatutnya terbangkan saya ke Malaysia, sibuk di medan Tahrir. Tak dapatlah saya pulang T_T (ini adalah satu perenggan yang pentingkan diri).

Dengan pengecualian Malaysia, Indonesia, Turkey, Gaza dan beberapa daerah Islam lain, kita diperintah oleh kerajaan samada feudalistic, diktator atau autokratik dimana 'imam'nya ada yang Muslim dan ada yang bukan. Namun semuanya bukan dari acuan pemerintahan yang ditunjukkan oleh junjungan mulia Rasulallah s.a.w.

Mari kita berbalik kepada titik asal. Cabaran sekarang adalah berapa peratus kehidupan kita, yang mengaku orang beriman, hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah Rasulallah s.a.w.?

Memang susah untuk jadi baik. Kalau senang, taklah keadaan dunia jadi macam hari ni. Kadang-kadang saya terfikir, kenapa walaupun saya berusaha lari dari terlibat dalam dalam apa-apa masalah, saya tetap akan terjerumus juga? Mungkinkah kerana Allah benar-benar nak 'cuci' kita sebersih-bersihnya? Atau mungkin Allah terlalu murka dengan dosa-dosa kita sehingga Dia sukarkan jalan kebaikan untuk kita?? Naudzubillah!

Semua pun tahu kita ketinggalan dalam hampir semua bidang kehidupan. Takkan kita nak terus biar ia begitu kan?

Masih jauh jalan kita, para Muslimin, sebagai satu ummah untuk mendapat gelaran Khaira Ummatan ukhrijat li an-Nas (umat terbaik yang diutuskan Allah untuk sekalian manusia)

Pendek kata, kita masih belum hidup mengikut aturan Quran dan Sunnah kecuali mengambil serpihannya sahaja.

Ighfir dzunubi ya Allah...
Ishfa' syafa'ah ya rasulallah...


Andai Rasulullah Bersama Kita ( zaharuddin.net) from dakwahislami on Vimeo.