Friday, June 22, 2012

Thoughts: Whatever.... Whatever??

Anda ada masalah?
Bagus.
Itu tandanya anda sedang bekerja.
Orang yang tak bekerja tak ada masalah. 
Sebab mereka statik.
Orang yang bekerja memang selalu dirudung masalah.
Sebab Allah nak beri mereka pahala lebih, insyaAllah.

Ada kalanya sy rasa sy bawa ideologi kurang baik kepada adik-adik bulatan gembira sy.
Mari sy bawa ideologi tersebut dalam post kali ini.

Kita sering dengar orang cakap atau baca dimukabuku atau baca di mana-mana lagi entah, frasa;

"Seorang sahabat sejati itu adalah seseorang yang dapat menerima segala kekurangan kita."



Sedar tak sedar, dengan berkata begitu, kita sendiri sudah jadi seorang sahabat yang tak sejati langsung, 
kerana kita tak dapat menerima kekurangan sahabat kita itu iaitu dia tak dapat menerima kekurangan kita.
Oohh sungguh berbelit ayat. Harap pembaca faham.

Sy baru hidup lebih kurang 22 tahun entah berapa bulan.
Sy suka cari pengalaman.
Sy buat silap banyak kali. Hidup sy berfasa-fasa.
Sy mampu tersenyum sahaja apabila melihat insan lain sedang buat kesilapan yg sama dan baru sedang nak memasuki fasa hidup yg sudah lama sy tinggalkan.

Pengalaman itu indah sebenarnya. Seribu pengajarannya.

Contohnya: Saya (sy terpaksa buat contoh diri sendiri, demi mengelakkan sesetengah pembaca dari merasakan bahawa sy sedang attack mereka. hehe) seorang perfectionist. 
'Rule number one' saya: rumah mesti bersih. 
Namun sangat tak patut sy asyik naik angin sebab orang lain bersihkan rumah tak seperti kriteria yg sy harapkan. Saya tak boleh harapkan semua ahli rumah sy macam sy. Semua manusia berbeza. Tahan saja lah.





Kita bengang campur sakit hati campur makan hati campur rasa dibiarkan oleh sahabat kita campur geram campur 'grrr diorang ni memang tak faham aku!!!'.
Lalu kita meninggalkan mereka. Kerana tak tahan dek kekurangan mereka itu.

Lalu kita cari sahabat lain yg kita rasa lebih sesuai dengan kita.
Tapi suatu hari kita dapati mereka pun ada kekurangan yang kita tak boleh tahan.
Lalu kita tinggalkan mereka pula.

Lalu kita cari sahabat lain yg kita rasa lebih sesuai dengan kita.

Tapi suatu hari kita dapati mereka pun ada kekurangan yang kita tak boleh tahan.
Lalu kita tinggalkan mereka pula.

Lalu kita cari sahabat lain yg kita rasa lebih sesuai dengan kita.


Dan kitaran itu pun berulang.
Sampai kita mati.
Nasihat sy, GET YOURSELF OUT OF THERE.

Pesanan sy kpd rakan sejawatan daie sekalian: kalau kita tak tahan dengan akhawat kita, macam mana kita nak tahan dengan masyarakat yang bermacam-macam di luar sana. Masyarakat yang kita nak dakwahkan tu lagi lah bermacam-macam ragam. Lagi lah perangai pelik kita tak pernah jumpa.
Macam main game lah. Ujian level one pun kita tak lepas, macam mana nak naik stage?
Jangan sampai tercicir dari gerabak dakwah.


Friday, May 18, 2012

Murabbi kencing berdiri, mutarabbi kencing berlari


Maaf tajuk kurang sopan. Tak ada kaitan pun dengan post ni. Sekadar tajuk. huhuhu


Minggu lepas......


Berkali-kali saya ulang perkara itu dalam kepala saya, supaya nanti apabila saya kehadapan memberi taujih, saya tak akan lupa untuk menyebut perkara itu.


Ulang dalam kepala sahaja. Malas nak tulis dalam senarai point penting untuk dicakap. Namun demikian, kuasa Allah, akibat kemalasan saya untuk mencatat perkara itu akhirnya saya lupa nak cakap kepada hadirin pada hari itu. 


Perkara itu:
Senario hari ini, semakin ramai orang ikut usrah. Kalau ikut cerita ibubapa saya, nak usrah susah. Pihak penaja sanggup datang dari Malaysia ke Amerika Syarikat untuk memberi amaran kepada pelajar supaya jangan ikuti usrah. Satu per satu pintu rumah mereka ketuk. Kalau ada 'budak usrah' dalam rumah tu, siap kamu. Tapi kalau dalam rumah tu ada lelaki perempuan bersekedudukan, jangan risau anda selamat.


Sekarang tak macam tu lagi di luar negara. Kalau ada pun sedikit sahaja mungkin. Walaubagaimanapun, sesetengah Universiti tempatan masih ada lagi kawalan ketat macam tu. Tapi overall, bilangan mereka yang nakkan usrah dah bertambah.


Seiring dengan penambahan tu, jahiliyyah juga semakin rancak menyebarkan agenda mereka. Sebut apa sahaja, semua ada. Murtad? Lesbian? Gay? Zina? Buang anak? Remaja kurang ajar? Derhaka kpd ibu bapa? Semua ada! Malah semua jenis gejala negatif itu lebih parah dari sebelumnya.


Memang Jahiliyyah takkan duduk berdiam diri melihat dakwah semakin berkembang. Perang antara Islam dan Jahilyyah semakin sengit. Tidak boleh tidak, kita kena bekerja lebih keras. Tiada masa utk mengada-ngada. Kalau kita tak serius bekerja, dan jadikan dakwah sekadar aktiviti masa lapang, selamat tinggal sajalah.


Berapa ramai orang Islam di luar sana yang masih belum kenal Islam? 
Kalau mereka tak didakwahkan, nanti jahiliyyah akan mempergunakan mereka untuk agenda mereka. Semua du'at dari semua lapisan harus cuba reach semua orang. Api semakin marak membakar rumah. Kita mesti selamatkan mereka. (oleh itu saya perlu terus menulis untuk reach mereka yang saya tak tercapai. ehe)


Dakwah all out. Guna segala tenaga dan kebolehan. Manipulasi segala kemudahan dan kebebasan. Allahu akbar!







Sunday, April 29, 2012

Tak. Saya tak gila *_*



"She must've been crazy," maybe that's what they were thinking.
"Oh god. I must've been crazy," I started to think.

It's summer. Hot. But not as hot as in Shah Alam.
Pretty easy to get publicity in Warsaw.
Wear your jubah and your tudung (of course), and go out in this 28 degree celcius summer day.
I'm sure a lot of people will stare at you in 'amazement' and some of them will snap your picture.
Kahaha can't help feeling crazy.


“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim)

Rise and rise again until lambs become lions

Dalam ramai-ramai ikhwahakhawat penggerak dakwah, sy rasa sayalah yg paling banyak kena bersyukur setinggi-tinggi kesyukuran dan menjadi hamba Allah yg paling kuat ibadah dan yang paling kena bekerja lebih, kerana nikmat yg Allah kurniakan kepada sy yg tidak dikurniakan kepada ramai penggerak dakwah lain.

Apa nikmat yg sy katakan itu?
Nikmat dilahirkan dalam Baitul Muslim.
Nikmat mempunyai ibubapa yg juga pernah mengikuti tarbiyah.
Nikmat mempunyai ibubapa yg mendidik anak-anak supaya celik isu semasa.
Nikmat menghantar bapa dan abang ke muka pintu untuk menyertai perhimpunan besar-besaran semenjak tahun 1998.
Dan nikmat yang bermacam-macam lagi.



Dengan nikmat itu, sy tahu dan tak teraba-raba mencari penjelasan atas perkara yang berlaku dalam pemerintahan negara kita. Dengan nikmat itu sy boleh thiqah pada qiadah.

Sesak dada sy tatkala melihat penggerak dakwah yg terlalu sibuk hidup dalam dunia dakwah mereka, tapi ketika ditanya mengenai isu negara, mereka teragak-agak dan tak punyai pendirian.

Macam itu jugalah agaknya perasaan ibu dan bapa sy tatkala bertanya kepada sy, "Apa pendirian jemaah kamu dalam hal ini??"
Lalu bermulalah semula episod susun-menyusun ayat dalam kepala sy, cuba menerangkan bagaimana sebenarnya pendirian jemaah, dan juga bagaimana berbezanya waqi' pelajar di luar negara sekarang dan dulu sewaktu mereka mengikuti tarbiah di luar negara.

Dengan kecewa, ibubapa sy akan menggeleng kepala. Adik sy turut ikut menggeleng kepala. Kakak sy turut menggeleng kepala. Abang sy turut menggeleng kepala. Mungkin pahit untuk mereka, terutamanya ibubapa sy untuk menerima bahawa pewaris dakwah di bumi Malaysia semakin lama semakin layu. Hanyut dalam dunia ideal yg dicipta dalam fikiran mereka. Dunia ideal dimana perjuangan Islam itu penuh dengan rahmat dan kasih sayang yang tiada sedikit pun penentangan atau diselangi keganasan.

Mungkin agaknya mereka yang bertanggungjawab untuk memandulkan mahasiswa mahasiswi Malaysia sedang bersorak gembira atas hasil kerja mereka. Tahniah. Anda berjaya melahirkan mahasiswa/i yang bagai lembu dicucuk hidung. Bukan sahaja mereka akan redha dengan kezaliman anda semata-mata kerana 'nikmat' biasiswa yg telah 'anda' berikan, malahan mereka akan membenci golongan yg cuba memperjuangkan keadilan, Tahniah sekali lagi. Anda berjaya menghapuskan golongan mahasiswa/i seperti mereka zaman ibubapa saya dan makcik pakcik pengasas jemaah sy. Beribu-ribu tahniah.

Memang benar, apa yg berlaku di negara kita sangat memeningkan. Tapi kita tak boleh lari dari hakikat itu negara kita. Itulah bumi yang kita nak Islamkan. Jadi tak kira memeningkan atau tidak, kita mesti ambil tahu. Kita mesti ada pendirian. If you don't stand for something, you can fall for anything.

Sejarah dakwah dan tarbiah di negara kita dah panjang. Sebelum zaman kemerdekaan lagi. Perlu tahu semua itu untuk kita faham apa yang sedang berlaku sekarang.

Memang ada cara penyelesaian yg lebih aman makmur boleh kita pilih. Tapi kenapa makcik pakcik pilih cara yang ini? Perlu tahu sejarah untuk kita fahami perkara itu.

Sy sendiri bukan orang yg boleh menjelaskan dengan baik. Semua itu sy lalui dan hadam dalam masa 22 tahun. Bagaimana sy nak memahamkan mereka yang baru ikut tarbiah tak sampai 10 tahun apa yg saya lalui selama 22 tahun?

Sy mohon Allah beri sy kekuatan dan melepaskan kekakuan di lidah sy.
Islam akan bangkit insyaAllah. Itu Allah dah janji kan?

Friday, March 23, 2012

Thoughts: jedenasta

Bismillahirrahmanirrahim.....

Belajar di Eropah telah membuka mata dan minda saya. Sejak kecil saya sudah dibawa menjelajah dunia. Tapi saya tak pernah pergi ke dunia sebelah barat. Maka ketika menjejakkan kaki di Poland pada tahun 2009, itulah kali pertama saya ke negara orang putih berhidung mancung dan bermata biru.

Percaya tak kalau saya katakan, populasi orang Islam di Eropah lebih ramai berbanding dengan populasi orang Islam di Arab Saudi?




Saya pun ragu pada fakta ini pada mulanya. Menjadi pelajar di Poland belum cukup untuk membuka mata anda. Sebab itu disunatkan untuk berjalan menjelajah bumi bukan? Kalaulah anda sekadar pelajar di Poland, tak berjaulah membawa hati ke negara jiran, mesti anda tak nampak kenyataannya.

Populasi Muslim di Poland agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan negara seperti German, Belgium, atau France.
Sewaktu berjaulah di ketiga-tiga negara itu, sangat mudah untuk dapat makanan halal, sangat senang nak solat, sangat ramai orang bertudung. Macam berada di negara Islam!

Jadi memang benar, Eropah sedang dijajah. Oleh Islam. Kita tak merancang pun penjajahan ini. Tapi perancangan Allah itulah yang paling indah. Di mana kita akan berada saat Islam berada di atas nanti? Melihat sahaja? Atau sedang bekerja bersama-sama mereka yang bekerja? (erkk...! kenape post sy asyik berakhir dengan soalan sejak kebelakangan ni??)

Tuesday, March 13, 2012

Think


Saya agak terkilan hari ini. Akhirnya ia terjadi juga. Berkali-kali halangan muncul dihadapan saya, halangan yang cuba menghalang saya dari berjumpa dengan adik-adik bulatan gembira saya. Setiap kali jugalah saya dengan izin Allah berjaya outsmarted the obstacles, dan duduk bertemu lutut dan beriman sejenak bersama adik-adik bulatan gembira yang amat saya kasihi kerana Allah.

Namun hari ini ia terjadi juga. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya.

Jadi saya pergi menuntut ilmu di bangunan keramat Anatomicvm. Berguru pula dengan seorang pensyarah yang amat dikenali seantero warga Warszawski Uniwersytet Medyczny(ewah. hiperbola) kerana hobinya yang suka menggagalkan pelajarnya dalam subjek Microbiology.

However (now allow me to use english, since the following conversation occured in english), despite his hobby which is not so popular among the students, he is one good lecturer. He’s very attentive, and teaches with enthusiasm. Have I ever mention in this blog, that I’m suffering from something that I call ‘lack-of-attention’ disorder? I can never pay attention in class, except in social science subjects such as sociology, psychology, or history of medicine. That one, I can focus up to 3 hours or more.

Ok. So, let’s call him Dr. RK.

Dr. RK: Which antibiotic group that we cannot give to pregnant woman?

Me: …………..

Dr. RK: AMINOGLYCOSIDE!!


By the way, once attacked, I may become very reactive and offensive.


Dr. RK: Why?

Me: Because it has something to do with protein synthesis…?

Dr. RK: No! Antibiotics never interfere with synthesis of human protein.

Me: …………………

Dr. RK: Because it can cause deafness to the foetus!!

Me: BUT YOU SAID IT CANNOT INTERFERE WITH SYNTHESIS OF HUMAN PROTEIN!!!

Dr. RK: IT CANNOT. IT JUST CAUSES HEARING LOSS TO THE BABY!!!

Me: WELL, HOW DOES THAT HAPPEN???!!! (I ‘sincerely’ am not clear, how come it can cause deafness, without interfering the synthesis of human protein)

Dr. RK: ……….…..!!!!!


It wasn’t him. It was me. At this point, I should realize, being a university student, I have to be proactive. I should do my own reading. This is not school anymore. No spoon feeding. If I want more knowledge, I should seek for it myself. I should not just leave it to my lecturers to feed me.

Minggu lepas (izinkan saya bertukar ke Bahasa Melayu tercinta pula) saya meninggalkan adik-adik bulatan gembira saya dengan satu persoalan.

“Kenapa ikut usrah?”

“Nak tambah ilmu!”

“Kalau nak tambah ilmu, tengok Youtube. Atau baca blog ustaz-ustaz yang popular.”

“……………”

“Akak ni pelajar Medic je. Tak belajar agama tinggi pun. Buat apa nak belajar agama dengan akak. Ustaz-ustaz tu lagi bagus. Mereka memang pakar dalam bidang agama pun. Lebih baik dengar dari mereka.”

“…………..”

“Kenapa ikut usrah??”

Wednesday, March 7, 2012

Thoughts: Money is not evil


"As we all know, every worthwhile goal has a process and takes work.For example, to become a medical doctor there is a rigorous process of education and training. Many people dream of becoming a doctor, but the process gets in their way.

One of the reasons people lack financial IQ, is because they want the money but not the process. What many people do not realize is that it's the process that them makes them rich, not the money. One of the reasons many lottery winners or kids who inherits family wealth are soon broke is because they received the money but didnt have to go through the process. Many other people fail to become rich because they value a steady paycheck more than the learning process of becoming financially smarter and richer. They are held back by the fear of being poor.

It is this very fear that keeps them from taking the chances and solving the problems required to become rich."
- Increase Your Financial IQ, Robert T. Kiyosaki

By the way, I dont understand why the surgery room in Marszalkowska is HOT and STUFFY. Plus we have to wear a VERY HEAVY plumbum coat. Oh god T_T

Thursday, March 1, 2012

I cannot always show it but don't doubt my love

Mungkin ramai yang bersetuju dengan pernyataan, "Apa yang ada dalam hati itu akan terzahir melalui perbuatan."

Katakan hati kita hitam penuh dosa, kita cuba sembunyi dengan gelak tawa dan kebaikan yang dibuat-buat, namun suatu ketika nanti kita pasti akan letih berpura-pura. Pada masa itulah terzahir siapa sebenarnya diri kita.

Sama juga ceritanya, if you hate a person, you don't have to say anything. It shows.

Well, I, too, agree with that statement. However I do not entirely agree with it.

Macam mana pula kalau kita kasih dan sayangkan seseorang? Secara idealnya, kita akan melayaninya dengan baik, cuba memenuhi keperluannya dan tak membiarkannya keseorangan. Itu secara ideal.

Tapi tak semua orang mempunyai cara yang sama dalam memenifestasikan kasih sayangnya bukan?

Pada sesetengah suami, cara dia menunjukkan kasih kepada isterinya adalah dengan bekerja keras siang malam, supaya nanti dapat duit banyak, dan nanti dapat memberi kemewahan kepada sang isteri.
Namun pada si isteri pula, suaminya tak sayangkannya. Suaminya lebih sayangkan kerjanya sehingga sanggup meninggalkan isteri di rumah keseorangan siang dan malam.
(Disclaimer: ini sesungguhnya bukan pengalaman saya. Ini yang saya tahu hasil pembacaan dan pemerhatian :P)

Kita sering mengeluh, kerana sahabat-sahabat di sekeliling kita 'tak memahami' atau 'pentingkan diri sendiri sahaja.'


"Alangkah sulitnya mencari sahabat sejati," kataseorang teman.
"Tak kutemukan walau telah kujelajahi bumi, negeri demi negeri."
Aku tersenyum menepuk pundaknya
"Mungkin itu sebab yang kau cari adalah sahabat untuk memberi, adapun sahabat untuk diberi bertebaran di seluruh penjuru bumi."

Bagi kita yang masih mengeluhkan betapa sulitnya mencari sahabat sejati, mungkin kita memang salah pandangan. Mungkin yang kita cari adalah sahabat yang akan memberi kemanfaatan bagi diri nini. Adapun andai kita mencari sahabat untuk diberi, pastilah mereka segera hadir di hadapan. Sebab mereka memang ada di tiap sudut dan seluruh penjuru bumi.

-Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah

Thursday, February 23, 2012

Thoughts: Have to get over it

Last post 7 months ago??
What's going on??

Not sure.
Maybe I've just lost it.

Mungkin juga salah niat pada di langkah.
Amalan yang diterima itu adalah amalan yang kita mampu istiqamah dengannya.
Kalau tak boleh nak istiqamah, maknanya......(errr...)

Apa pun, harus terus bergerak.
Dakwah tetap dakwah.
Jangan banyak fikir!