"Dan tidaklah Kami utuskan kamu kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam." (Surah Al-Anbiya: Ayat 107).
Nabi muhammad sallalahualaihiwassalam, satu rahmat yang sangat besar kepada umat manusia. tanpa pengorbanan baginda, tidak mungkin warga Malaysia hari ini dapat menikmati nikmat iman dan Islam. cinta kasih kepada baginda adalah satu kayu ukur kesempurnaan iman kita.
"tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia keseluruhannya" (HR Bukhari)
bagaimana kita hendak menzahirkan cinta kepada baginda?
-selawat keatas baginda
-tak membiarkan perilaku baginda diejek-ejek
-melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya seperti yang desampaikan oleh baginda
-menuruti sunnah baginda
jangan kita menyambut malidurrasul sepertimana Abu Lahab menyambutnya. Abu Lahab sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta. tapi apabila baginda menyatakan kenabiannya, dialah yang paling keras menentang sehingga dirakamkan dalam surah al-Masad.
tapi hari ni berapa ramai yang mengingati tarikh 12 Rabiulawwal? berapa ramai agaknya yang masih mencintai baginda? adakah kita tergolong dalam kalangan yang mengaku mencintai Rasulallah, tapi tidak mahu menuruti ajaran baginda?
"kamu cinta Rasulallah?" tanya Si A
"mestilah!" jawab Si B dengan yakin
"kamu tahu, setiap kali bangun pagi aku aku minum air masak sebelum gosok gigi," Si A menguji.
"eeeeeeeewwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!! pengotor betul!!"
bibir kata kasih Nabi. tapi sunnahnya bukan sahaja tidak diamalkan, malah diejek-ejek.....
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah berdua-duaan dengan seorang wanita tanpa bersamanya mahram kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan." (Riwayat Ahmad)
kalau diperhatikan, ramai pasangan kekasih enggan memetuhi larangan ini....
kalau betul kita mencintai baginda, pasti kita tidak akan sanggup melihat Islam dipijak-pijak seperti keadaannya hari ini. pasti kita tidak akan buang masa menonton rancangan agen perosak remaja seperti AF, mentor etc etc. pasti kita berusaha untuk mengenali para sahabat baginda lebih dari kita kenali artis-aris yang terang-terangan enggan mematuhi perintah menutup aurat. pasti kita akan lebih suka mendengar lagu-lagu yang memuji kemuliaan baginda daripada lagu-lagu cintan yang menggelikan lagi melalaikan. pasti pasti pasti
rasa-rasanya, kalau Rasulallah masih hidup, adakah baginda akan bangga melihat kita sebagai umatnya sekarang?
No comments:
Post a Comment