Mr Francis Sim ganti Mr Vijaya Prasaad mengajar Introduction to Computer Science. Mr Vijay pulang ke India. Ziarah keluarga mungkin. Mr Sim suka berinteraksi dengan para pelajarnya semasa mengajar.
"Siapa di sini guna software pirate?" soalnya.
Beberapa pelajar mengangkat tangan.
"Awak tahu, cetak rompak tu jenayah. Berdosa! Nanti sebelum awak solat asar, format balik komputer awak. Kalau tak.......awak tahu-tahu lah."
Eh, hebat juga Mr Sim ni, boleh tahu perihal dosa dan solat kami.
Entah macam mana, dari mengajar software, masuk pula bab tulisan jawi.
"Kamu, macam mana eja 'solat' dalam tulisan jawi?" Mr Sim memandang seorang pelajar.
"Emm....'sod', 'lam alif', 'ta'" jawabnya. Nampak sedikit tak yakin.
"Mana boleh 'ta'! Kena guna 'ta marbuthah'!" balasnya.
Kami semua terdiam. Siapa sangka lelaki bukan Islam ini, bahkan bukan Melayu, pandai jawi!
"Ha, macam mana eja 'daun'?" seorang pelajar lagi menjadi mangsa.
"Em....em.....'dal', 'alif', 'wau', 'nun'," jawabnya. Macam tahu-tahu Mr Sim nak kenakannya.
"'alif' tu kene 'alif tiga suku'!"pantas sahaja dikenakan.
"wwooooooooooooooooooAaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!" satu kelas riuh. Kagum.
Lepas tu, kuiz pula. Edar kertas soalan.
"Hari ni hari Jumaat tau. Tak baik menipu......" awal-awal lagi kena warning.
Kami tersengih-sengih. Apa taknya, soalan dah bocor. hahaha.....
"Saya tak nampak sekarang, nanti kat akhirat saya tuntut!"
Seram sejuk juga dengar ayatnya tu. Rasa bersalah pun ada juga. Alahai....
Kalau orang bukan Islam boleh tahu perihal agama kita, kita lebih-lebih lagi harus pakar selok belok agama sendiri. Supaya iman kita bertambah mantap, supaya keyakinan bertambah kukuh, supaya kita dapat sampaikan kepada kawan-kawan bukan Islam, supaya kita tak keliru dengan agama sendiri. Sepertimana kebanyakan kes murtad di kalangan remaja-remaja Islam, berpunca daripada kekeliruan dan kejahilan.
Memahami agama lain juga penting. Agar kita faham pegangan orang lain, dan dapat gunakan ilmu yang kita ada untuk berdakwah. Tapi jangan hina agama lain. Itu dilarang.
Nak keluar esok. Mudah-mudahan dilapangkan masa :)
No comments:
Post a Comment