Al-Maududi berkata:
"Seseorang telah mendakwa dia adalah kawan anda. Pada waktu itu, anda berada dalam kesenangan dan kemewahan. Apabila anda ditimpa sakit dan mengalami kesusahan, dia menjauhi anda dan kadang-kala memihak kepada musuh anda untuk memerangi anda. Apakah ketika itu anda mengiranya sebagai teman setia? Sudah tentu jawapan yang diberikan tidak dan anda menghukumnya munafiq. Qiyaslah contoh ini kepada diri anda untuk mendapat jawapan mengenai kewajipan anda apabila anda mendakwa sebagai Muslim yang cinta kepada Islam. Sekiranya anda mendakwa demikian bererti anda wajib memelihara Islam sebagai tanda kecintaan kepadanya. Hendaklah anda merasa seronok dengan Islam, berusaha untuk taat kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, menasihati saudara seIslam atau siapa sahaja untuk memelihara Islam. Tidak menyeleweng dari hukum-hakamnya, sentiasa mengarah tujuan hidup anda untuk kepentingan Islam mengatasi kepentingan sendiri."
Do we really love Islam?
Then why are we keeping silent as Islam is insulted?
No comments:
Post a Comment