Thursday, March 12, 2009

Kes pembuangan bayi mengikut perspektif Islam

"Fatimah, i kena buat satu assingment lah. I nak mintak tolong U boleh?"
"Ha, apenye?"
"Pasal kes pembuangan bayi. I nak mintak tolong U nak dapatkan pandangan Islam pasal kes ni. Manelah tahu U boleh bagi ayat-ayat Qur'an yang berkaitan ke."
"owh! InsyaAllah I boleh tolong."

Permintaan sahabat non-muslim ana ini lah yang telah trigger ana untuk update blog ana seterusnya menerangkan sedikit sebanyak tentang keindahan Islam. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Ibn Umar berkata bahawasa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini, maka Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan membongkar cacat celanya pada hari kiamat di hadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal."

Al-Khasykhasyas al-Anbari berkata: "Aku datang menghadap Rasulallah s.a.w dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya (yang bermaksud): "Apakah ini anakmmu?". Saya menjawab: "Ya". Baginda kemudian bersabda: "Jangan sampai engkau menyakitinya dan jangan pula dia menyakitimu."

Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."

Cukup peringatan-peringatan diatas menggambarkan bagaimana pandangan Islam terhadap mereka yang membiarkan anak-anak mereka, apatahlagi membuang bayi.

Ana yakin, semua agama mengharamkan pembuangan bayi dan memandang keji perbuatan tersebut. Agama Islam lebih-lebih lagi.

Abu Hurairah meriwayatkan:

“Bahawasanya Rasulallah s.a.w mencium Husin Bin Ali r.a (cucu baginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas: ‘Sesungguhnya bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari mereka.’ Maka bersabdalah baginda: ‘Barangsiapa tidak merahmati, dia tidak dirahmati.’

Hadis ini menceritakan bagaimana baginda Rasulallah menegur sikap seorang sahabat yang tidak pernah menzahirkan kasih saying terhadap anaknya. Baginda mengingatkan, barangsiapa tidak merahmati atau mengasihi, maka Allah tidak merahmatinya. Baginda menyarankan kepada umatnya supaya mengasihi zuriat masing-masing dan bergaul mesra dengan mereka agar ikatan kekeluargaan yang kukuh terbina.

Anak adalah anugerah Allah. Pendidikan dalam bentuk bermesra dan bergurau-gurau dalam melayani anak sangatlah digalakkan melalui tedalan yang ditunjukkan oleh Rasulallah s.a.w “Barangsiapa mempunyai anak kecil, hendaklah menjadi anak kecil terhadapnya” (Riwayat Ibn Asakir)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

“Tidak sempurna iman salah seorang antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sepertimana dia menyintai dirinya sendiri.”

Dalam hadis ini pula, umat Islam diperintahkan agar mengasihi seorang umat Islam yang lain sepertimana dia mengasihi diri sendiri. Apatah lagi mengasihi anak yang merupakan darah daging kita sendiri. Jikalau seseorang itu mengasihi diri sendiri, mana mungkin dia akan sanggup membiarkan dirinya mati kelaparan atau mati dibiarkan di tepi jalan atau dalam longkang. Jikalau seseorang itu mengasihi darah dagingnya sepertimana dia mengasihi diri sendiri, mana mungkin dia akan sanggup membiarkan bayinya mati kelaparan atau mati dibiarkan di tepi jalan atau dalam longkang.

Nyawa itu anugerah Allah yang diamanahkan kepada manusia. Manusia tidak berhak keatas nyawa manusia yang lain, justeru manusia tidak berhak untuk mengambil nyawa manusia lain, lebih-lebih lagi nyawa bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa. Nyawa itu harus dilindungi, bukannya dipersiakan begitu sahaja. Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk melindungi nyawa anak-anak mereka.

Sebahagian dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

‘Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.’

Membuang bayi dianggap membunuh dan dikira sebagai salah satu dosa besar.
Dari sudut agama Islam, jenayah bunuh termasuk dalam jenayah hudud dan qisas dan hukumannya ialah hukuman mati.

kebanyakan kes buang bayi ini berpunca dari pergaulan bebas, seterusnya melahirkan anak luar nikah tanpa bapa yang sah.

insyaAllah dalam entri yang lain ana akan bincangkan tentang pergaulan bebas. insyaAllah kalau diberi ilham oleh Allah.

sekarang ana kena pergi kolej. ada ceremony.

wassalam! :)

5 comments:

  1. stuju ape yg dtulis.. stiap mkhluk berhak untk hidup.. cme ape yg blku skrg dluar kwalan.. ble krjaan mula mltakkan akta 302 yg bwa hkman mati mandatori pd yg bnuh bayi, mayb 1 tndakan yg btul.. n now, dlm bln puase.. dr hari ptma puasa smpai la smlm, ari2 ade je yg buang bayi,..
    btul la ungkapan..
    "dalam khidupan haiwan tkde manusia, tp dlm khidupan manusia, ade haiwan"

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, boleh tak sy nak share hadith2 ni. terima kasih sbb sudi berkongsi ya! ^^

    ReplyDelete
  3. wa'alaykum salam, sila2. ilmu utk dikongsi
    "Sampaikan dariku walau satu ayat!"(Hadith Riwayat Bukhari)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...saya mengambil himpunan hadith untuk artikel di dalamblog saya..=)

    akan di kreditkan ke blog awak..

    ReplyDelete
  5. setuju dengan perkongsian ini. Sedih sangatsangat dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete