Monday, February 9, 2009

sama dan serupa

Perak oh Perak......
***
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
***
Diriwayatkan semasa zaman RasulAllah, seorang yahudi yang kuat agamanya, bernama Abdullah, memeluk Islam. Lalu beliau membawa diri bersembunyi meminta perlindungan dari RasulAllah.

Setelah beberapa hari hilang, kaum yahudi pun keluar mencari beliau. Sehingga mereka bertemu RasulAllah. RasulAllah betanya kepada orang-orang yahudi tersebut, bagaimanakah orangnya Abdullah ini?

Mereka menjawab, "Wahai Rasulallah, Abdullah ini seorang yang baik, kuat agamanya, pemimpin kami. Malahan bapanya, datuknya, dan gurunya juga orang yang baik-baik!"

Keluarlah Abdullah dari tempat persembunyiannya. Lantas beliau mengaku telah memeluk Islam.

Kaum Yahudi terus berkata, "Wahai Rasulallah, Abdullah adalah seorang yang buruk akhlaknya! Lemah agama! Bapanya, datuknya, dan gurunya semua orang yang keji!"

Begitulah sifat orang yahudi. Apabila kita menjadi sekutunya, kita dipuji, diangkat setingginya. Tapi apabila kita berpaling dari mereka, dihinakan kita sehina-hinanya.
***
Hari ini....
Apabila wakil rakyat BN memilih untuk berhijrah ke Pakatan Rakyat,
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "Perbuatan melompat parti adalah perbuatan pengkhianat.."
Apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat 'melompat' menyertai BN,
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Kami menerima wakil rakyat dari PR untuk menyertai BN dengan terbuka!"
***
Umm.....kedua-dua kisah ini mempunyai persamaan.....kan?
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment