hari ni ada talkshow di Kompleks PKNS. Penyampainya memang tak asing lagi: Ust Uda Kasim dan Ust Hasrizal Abd Jamil. ana pun jalankan hidup macam biasa....
ana pasang komputer. Yahoo hari ni macam pelik. ade cupid.
oh! baru ana tahu. hari ni lah hari valentine yang disebut-sebut kawan ana sebelum cuti dulu. ana tahu sambutannya dalam bulan februari, tapi ana tak tahu tarikhnya. hari ni baru ana tahu. hahaha......
zaman sekolah rendah dulu, kalau ditanya murid-murid sekolah rendah, semua tahu hukum menyambut hari ini. tapi bila naik sekolah menengah, buat-buat tak tahu. akal manusia, memang panjang!
rasa-rasanya semua dah tahu. tapi apa salahnya kalau ana beritahu sekali lagi. ana tak rugi apa-apa. hahaha. ok, terdapat empat pendapat berkenaan sambutan hari valentine
- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
kalau dilihat, semua ini tidak langsung ada kaitan dengan kebesaran Islam. ana paling sensitif dengan pendapat ketiga. tergamak umat Islam sendiri merayakan hari dimana umat Islam sendiri disembelih beramai-ramai. memalukan!
cuba tanya diri kita sendiri, adakah hari valentine itu sunnah? kalau Rasulallah masih hidup hari ini, adakah baginda akan bangga melihat kita keluar dengan teman lelaki atau teman wanita sambil berpegang tangan?
kalau cakap tentang yahudi zionis atau amerika, kita semua berkobar-kobar katakan kita benci mereka. tapi budaya mereka, kita ikut pula. ironi sungguh.
bukan sekadar hari valentine, hari halloween, good friday, dan bermacam-macam perayaan yang tidak dianjurkan pun umat Islam turut sambut. kalau boleh, semua budaya mereka kita nak ikut. ingat, Rasulallah pernah berpesan,
”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
dan hari valentine tak pernah disambut oleh para sahabat untuk menunjukkan kasih sayang pada pasangan masing-masing.
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
dan jangan lupa,
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
begitu murah perkataan "i love you" atau "sayang" atau "honey" mahupun "darling" kita lafazkan kepada teman wanita atau teman lelaki. bagi ana, perkataan itu sangat mahal, dan layak untuk isteri atau suami kita yang sah nanti.
jangan nafikan, pada hari ini jugalah orang-orang muda berpesta maksiat. sibuk 'membuat' anak luar nikah. makin tahun, makin hilang segan. dan kita jangan jadi salah seorang yang menyokong sambutan hari maksiat seperti ini.
jadi sahabat-sahabat semua, mari kita kembali ke pangkal jalan. tinggalkan perkara yang bercanggah dengan syariah. bemacam-macam fatwa telah dikeluarkan. kita semua sempurna pendengaran, penglihatan dan akal fikiran untuk mencerna semuanya.

cukup sedih apabila ramaja hari ini lebih mengetahui hal ehwal seorang paderi yang bernama valentine daripada mengetahui sejarah Nuruddin Zanky atau kehebatan Imam Ayatullah Khomeini. Ummah ini perlukan kekuatan orang muda yang penuh ilmu di dada. Ummah ini tidak boleh mengharapkan seorang remaja yang mabuk dibius cinta yang entah ada entah tidak keberaniannya untuk berjuang demi agama. wake up!
"Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun."
ReplyDeleteana baca sampai sini ja. Masya-Allah!
kalau ada masa, baca smpai habis ye
ReplyDelete