Thursday, February 19, 2009

choc muffin

salam ;)


mak: timaaaaaaaa...................pergi la buat kuih ke, kek ke, ape ke.....dah lame kau tak buat kek.
jangan jadi perempuan pemalas
aku: ehehe......(adoiii......kan dah dapat title 'perempuan pemalas'....)
mak: nah. ikut recipe ni. tutup mate pun boleh buat


normally i dont bake during the night. i do it during the day. but here i am, 9.15pm in the kitchen, with earphones in my ears and my mp3 player clinging, trying to work out on some choc muffins. to be frank, i dont fancy baking that much, but its something i have to be good at since i'm the daughter of PN SITI HAMIZAN. i'm posting this recipe because it is a foolproof recipe (tutup mate pun boleh buat) and maybe i can encourage those first-timers to bake again;)
ingredients:


100g castor sugar

100g brown sugar

150ml fresh milk

150ml melted butter + cooking oil
250g self raising flour

2 medium sized eggs

chocolate powder

chocolate chips

method:
  1. ok, its very easy. you dont need to sift the flour or whatsoever. beat the sugar and the butter.
  2. add in everything else and mix em. yeah! go on! mix em! mix!! hehehe....
  3. but wait. make sure that the batter is smooth, i mean, not thick. continue adding milk and cooking oil until its smooth.
  4. put one spoonfull of the batter in the mufiin cups. sprinkle some chocolate chips and bake them at 130 degree for 30 minutes.


this is how they should look like, a little bit cracked

bear in mind, baking muffin is not as cerewet as baking cakes. its simple. so good luck!

Sunday, February 15, 2009

the tale of phensedyl

so i've losted my ING insurance card. perfect. my memory of the past 6 month has been a little hazey, but i remember tossing that card into the dustbin. and of course i didnt spit it up to my dad.

my dad doesnt lecture his daughters. but by the time i told him the card is gone, i knew i would get a long ear deaffening priceless one from him. how he told me the insurance card is very very very important and it is more important than my IC, and how he lectured me for taking things for granted. ohohoho..... i still dont get it then. here's a tip. if your parents scold you, do keep silent and try your hardest to give them that guilty look. maybe things they are saying seem absurd, but you'll find out sooner or later, they are so right. most improtant of all, dont be anak melawan kata or anak derhaka. hell for you then

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” (Riwayat Muslim)

then we went to the clinic. it has been 3 weeks since i cought this cold. so i asked the doctor to check what's wrong with me. she prescribed a drug to me. something called phensedyl. the drug came with a warning: 'this drug can cause drowsiness'. coulndn't be more apt. a cure to my insomnia. eheh...

and God, 30ml of that phensedyl costed RM34.20!! gosh. that is a small bottle of drug. i wonder how much it costs if i'm to admit to ward, or meet an accident when i'm not carrying that card. wow, it IS more important than my IC i guess...

Saturday, February 14, 2009

couldnt be happier

up till now i'm still single and i'm proud of it :P

p/s: guys out there, even if you reallythink you love me or like me, please dont say it. save it for your zaujah

ada apa dengan valentines day?

hari ni ada talkshow di Kompleks PKNS. Penyampainya memang tak asing lagi: Ust Uda Kasim dan Ust Hasrizal Abd Jamil. ana pun jalankan hidup macam biasa....

ana pasang komputer. Yahoo hari ni macam pelik. ade cupid.

oh! baru ana tahu. hari ni lah hari valentine yang disebut-sebut kawan ana sebelum cuti dulu. ana tahu sambutannya dalam bulan februari, tapi ana tak tahu tarikhnya. hari ni baru ana tahu. hahaha......

zaman sekolah rendah dulu, kalau ditanya murid-murid sekolah rendah, semua tahu hukum menyambut hari ini. tapi bila naik sekolah menengah, buat-buat tak tahu. akal manusia, memang panjang!

rasa-rasanya semua dah tahu. tapi apa salahnya kalau ana beritahu sekali lagi. ana tak rugi apa-apa. hahaha. ok, terdapat empat pendapat berkenaan sambutan hari valentine

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.


Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

kalau dilihat, semua ini tidak langsung ada kaitan dengan kebesaran Islam. ana paling sensitif dengan pendapat ketiga. tergamak umat Islam sendiri merayakan hari dimana umat Islam sendiri disembelih beramai-ramai. memalukan!

cuba tanya diri kita sendiri, adakah hari valentine itu sunnah? kalau Rasulallah masih hidup hari ini, adakah baginda akan bangga melihat kita keluar dengan teman lelaki atau teman wanita sambil berpegang tangan?

kalau cakap tentang yahudi zionis atau amerika, kita semua berkobar-kobar katakan kita benci mereka. tapi budaya mereka, kita ikut pula. ironi sungguh.

bukan sekadar hari valentine, hari halloween, good friday, dan bermacam-macam perayaan yang tidak dianjurkan pun umat Islam turut sambut. kalau boleh, semua budaya mereka kita nak ikut. ingat, Rasulallah pernah berpesan,

”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

dan hari valentine tak pernah disambut oleh para sahabat untuk menunjukkan kasih sayang pada pasangan masing-masing.

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim


dan jangan lupa,

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

begitu murah perkataan "i love you" atau "sayang" atau "honey" mahupun "darling" kita lafazkan kepada teman wanita atau teman lelaki. bagi ana, perkataan itu sangat mahal, dan layak untuk isteri atau suami kita yang sah nanti.

jangan nafikan, pada hari ini jugalah orang-orang muda berpesta maksiat. sibuk 'membuat' anak luar nikah. makin tahun, makin hilang segan. dan kita jangan jadi salah seorang yang menyokong sambutan hari maksiat seperti ini.

jadi sahabat-sahabat semua, mari kita kembali ke pangkal jalan. tinggalkan perkara yang bercanggah dengan syariah. bemacam-macam fatwa telah dikeluarkan. kita semua sempurna pendengaran, penglihatan dan akal fikiran untuk mencerna semuanya.


cukup sedih apabila ramaja hari ini lebih mengetahui hal ehwal seorang paderi yang bernama valentine daripada mengetahui sejarah Nuruddin Zanky atau kehebatan Imam Ayatullah Khomeini. Ummah ini perlukan kekuatan orang muda yang penuh ilmu di dada. Ummah ini tidak boleh mengharapkan seorang remaja yang mabuk dibius cinta yang entah ada entah tidak keberaniannya untuk berjuang demi agama. wake up!

Friday, February 13, 2009

cat-ing


guess what, i thought today is thursday. i really thought it was. i was picturing myself watching csi at 2 pm, then make myself a creamy banana milkshake. i snapped out of it when people started to gather at the masjid opposite my house. hooo....~ how sad. i missed csi yasterday!
hehe. nothing big.

lately my cat is acting weird. very weird. he's already weird. but he's becoming weirder. he likes to catch flies, or may i say, tries to catch one. he never manage to get one... he chase after cloth pegs which has been immobilize until he paws it. kittens do those things, not a grown up cat. i think its weird...

he sleeps a lot these days. i wonder, doesnt he get tired of eating and sleeping and chasing cloth pegs everyday? thats one of the question in my long list of questions i really love to ask him if and only if he could speak human language one day.

nothing to say actually :D

lazy cat....

Wednesday, February 11, 2009

al-maut

"Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian."(HR. Ad-Dailami)

Bercakap mengenai kematian, mungkin ramai antara kita tidak merasa apa-apa apabila melihat seseorang telah datang ajalnya. Kita tidak akan gerun, jauh sekali mengambil pengajaran, sehinggalah kita sendiri berhadapan dengan maut itu. Sayang, saat itu semuanya terlambat.

Mati itu pasti. Itulah satu-satunya penyakit yang tidak boleh dirawat. Nyawa hanya satu. Kearah mana sedang kita manfaatkan hayat kita? Adakah dengan mempersiapkan diri untuk kehidupan yang kekal di sana?? Atau dengan hanya bersuka ria??

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang-orang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?" (Al-An'aam:32)

Ramai manusia tertipu dengan dunia. Mereka sangka dunia ini kekal selamanya. Lalu sesuka hati melanggar perintah Allah. Moga kita semua tidak tergolong dari golongan yang rugi ini.

Sepertimana kebiasaannya kita hidup, begitulah kita akan mati.

"Mati mendadak suatu kesenangan bagi seorang mukmin dan penyesalan bagi orang durhaka"(HR. Ahmad)

Orang beriman selalu bersiap sedia untuk menghadapi maut.

As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi ketika ditanya;
“Are you afraid to die?”

Beliau menjawab;
“”I’m not afraid to die”
“It’s different either by killing or by cancer. The same thing, we are all waiting for the last day of our life. Nothing will be changed. If it is by Apache (Israeli attack helicopter) or by cardiac arrest, I prefer to be by Apache”


Tapi bagi ahli maksiat....?

Ibnu Qayyim bercerita tentang seorang yang selalu berbuat maksiat dan dosa besar, yang tak pernah ditinggalkannya sampai akhir hayat. Saat maut menjemput, orang-orang di sekelilingnya menyuruhnya berzikir kepada Allah dan mentalkinkan kalimah tauhid. Tetapi dia menolak. Ketika perlahan-lahan mulai dicabut, dia menjerit. "Aku mengucapkan kalimah La ilaha illallah?? Apa faedahnya bagiku? Sedangkan aku tak pernah mengerjakan solat walaupun satu rakaat!"
Setelah itu, dia mati.

Setelah mati baru menyesal.

“Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata) Wahai Tuhan kami! Kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingakari dahulu) maka kembalikan kami ke dunia untuk kami beramal soleh”.
(Surah As Sajdah:12)



"Maka rasakanlah olehnu (azab ini) disebabkan kamu melalaikan pertemuam dengan harimu ini (hari Qiamat), sesungguhnya Kami pun melalaikan kamu dan rasakanlah azab yang kekal, atas apa yang kamu telah kerjakan" (Surah As Sajdah:14)

Pesanan buat (diriku) yang sering lupa>>maka hendaklah kita sentiasa mengingati mati.
Mungkin esok giliran kita...

al-Fatihah

Tahun lepas beberapa kali ana menerima berita kematian ahli keluarga sahabat-sahabat ana. Bermula dengan seorang sohabiah yang kehilangan bapanya. Kemudian seorang sahabat di Subang pula kematian ibunya. Lewat tahun itu juga seorang lagi sahabiah kehilangan bapanya dalam satu kemalangan jalanraya. Malam akhir tahun menjelang tahun 2009, seorang sahabat ana dirawat di sebuah hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Abangnya, ibunya, serta bapanya kembali menemui Sang Pencipta dalam kejadian itu. Al-Fatihah buat meraka semua....


Semalam ana terima satu lagi berita. Kali ini adik angkat ana, Siti Zahariah Mat Nayan. Kemalangan jalanraya yang melibatkan motor yang ditunggangnya serta sebuah kereta. Allayarhamah mengalami kecederaan yang teruk di kepala dan disahkan meninggal petang itu.



Gambar ini diambil pada 11/10/2008. Ana tak pernah sangka itulah kali terakhir ana berjumpa dengan Allayarhamah.


Siti, akak minta maaf sebab tak sempat berkenalan lebih rapat lagi dengan Siti. Minta maaf banyak-banyak sebab akak tak jadi kakak yang cukup baik untuk Siti....


Kepada para pembaca, baik yang mengenali atau tidak mengenali Allayarhamah, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Semoga Allah tempatkan rohnya bersama orang-orang yang soleh....

Monday, February 9, 2009

sama dan serupa

Perak oh Perak......
***
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
***
Diriwayatkan semasa zaman RasulAllah, seorang yahudi yang kuat agamanya, bernama Abdullah, memeluk Islam. Lalu beliau membawa diri bersembunyi meminta perlindungan dari RasulAllah.

Setelah beberapa hari hilang, kaum yahudi pun keluar mencari beliau. Sehingga mereka bertemu RasulAllah. RasulAllah betanya kepada orang-orang yahudi tersebut, bagaimanakah orangnya Abdullah ini?

Mereka menjawab, "Wahai Rasulallah, Abdullah ini seorang yang baik, kuat agamanya, pemimpin kami. Malahan bapanya, datuknya, dan gurunya juga orang yang baik-baik!"

Keluarlah Abdullah dari tempat persembunyiannya. Lantas beliau mengaku telah memeluk Islam.

Kaum Yahudi terus berkata, "Wahai Rasulallah, Abdullah adalah seorang yang buruk akhlaknya! Lemah agama! Bapanya, datuknya, dan gurunya semua orang yang keji!"

Begitulah sifat orang yahudi. Apabila kita menjadi sekutunya, kita dipuji, diangkat setingginya. Tapi apabila kita berpaling dari mereka, dihinakan kita sehina-hinanya.
***
Hari ini....
Apabila wakil rakyat BN memilih untuk berhijrah ke Pakatan Rakyat,
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "Perbuatan melompat parti adalah perbuatan pengkhianat.."
Apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat 'melompat' menyertai BN,
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Kami menerima wakil rakyat dari PR untuk menyertai BN dengan terbuka!"
***
Umm.....kedua-dua kisah ini mempunyai persamaan.....kan?
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allahu a'lam

Bismillah :D

so i thought i should start blogging
so Bismillah....
i've just started!

hols like....

just bout a week ago 2nd sem at msu ended. WHAT A RELIEVE.....
trust me. that very sem had been the most terrifying, horrifying, scary, hectic sem ever. well, i've seen that coming. so its not surprising.

for the first time in my life, i hate holidays. it feels too long,
and boredoom comes creeping,
and i feel like there's nothing to do,
when i know i shouldnt feel that way,
because a da'ie should never feels that way,
because there's still too many things to be done,
because the ummah is still in critical status.

ya Allah, give us strength to face the world