Friday, April 2, 2010

Yang itu kan lebih indah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

Ya. Allah itu ar-Rahim; Maha Pemurah. Sangat pemurah untuk mengurniakan nikmat kepada makhluk-makhluk ciptaan-Nya, walaupun mereka berlaku kufur.

Betul. Allah itu ar-Rahim; Maha Penyayang. Menyayangi makhluk ciptaannya, walaupun mereka tidak sudi menerima kasih-Nya.

Kejam dan zalim adalah sifat berlawanan kepada sifat penyayang. Penyembah Tuhan itu haruslah membesarkan sifat penyayang itu. Amatlah tidak sesuai bagi penyembah Allah yang Maha Penyayang itu bersifat zalim, sedangkan Tuhan yang mereka sembah itu tidak zalim, malah menegah kezaliman.

Peristiwa Isnin lalu sedikit menimbulkan ketakutan di hati saya. Peristiwa pengeboman di Moscow, yang didakwa dilakukan oleh dua orang Muslimah atas nama jihad. Dari satu sudut, tindakan itu zalim, kerana membunuh orang awam yang tak bersenjata. Tapi dari sudut yang lain, tindakan itu semacam wajar, kerana memang Soviet telah berlaku kejam terhadap penduduk Chechnya. Jadi kejam dibalas kejam. Baru square.

Apa-apa pun, tindakan itu dengan jayanya telah menambahburukkan nama Islam. Telah menjadikan Islam terfitnah. Bukan Islam sebegitu yang kita hendak tunjukkan kepada dunia. Bukan!

Mungkin betul, kami tak mengerti apa yang kamu alami. Mungkin teruk kamu dizalimi soviet, sampai tak tertahan, mendorong kamu untuk melakukan suicide bombing itu. Tapi kan sabar itu lebih baik. Bukankah Allah dah berjanji akan menolong orang yang sabar? Bersabarlah! As-sabran jameel! Sabar itu indah! Bersabarlah menunggu ummah terislah. Saat itu akan datang pembelaan bagimu, insyaAllah.


"Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika di antaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Anfal 8:66)

Lagipun, dapatkah cara suicide bombing itu menyelesaikan masalah? Atau lebih memburukkan masalah? Atau mungkinkah itu sebagai teguran kepada ummah yang masih belum sedar wujudnya saudara mereka yang dizalimi tanpa pembelaan di Chechnya?

Saya menjadi takut untuk menghadapi mayarakat Warsaw esoknya. Macam-macam bermain di fikiran malam itu. Tanpa peristiwa pengeboman pun kami boleh dilempar dengan sampah sarap. Entah apa pula mereka lakukan selepas peristiwa ini.

Bertenang....bertenang....Segelintir sahaja warga Warsaw bersikap sedemikian. Most of them are very nice :)
Kenapa nak takut pada makhluk sampai begitu sekali? Bukankah takut kepada Allah itu lebih baik?

".....Apakah kamu takut kepada mereka, padahal Allah-lah yang lebih berhak untuk kamu takuti, jika kamu orang-orang yang beriman." (At-Taubah 9:13)

Walaupun Muslim sedunia dilabel sebagai pengganas hanya kerana tindakan segelintir Muslim yang lain, tak perlulah kita pula nak melabel semua penduduk Poland sebagai agresif hanya kerana tindakan segelintir dari mereka.
Itu namanya zalim. Berlawanan dengan sifat adil, yang dianjurkan Islam.

Teringat pula rentetan peristiwa penentangan pembinaan masjid di Warsaw. Demonstrasi sana sini. Saya bimbang dengan peristiwa ini, semakin kukuh alasan mereka untuk menentang pembinaan masjid itu. Saya berdoa agar pembinaan masjid tersebut berjalan dengan lancar.

“Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzab 33:59).
Tahu tak wanita Muslim lebih cenderung menerima 'cabaran' daripada lelaki Muslim?
Nampak tak ayat yang saya garis itu? Memandangkan kami mengenakan tudung, memang betullah, kami mudah dikenali sebagai wanita Islam. Apabila orang yang mempunyai 'penyakit dihatinya' terpandang kami, dia tahu kami Muslim tanpa ragu-ragu. Rasa macam target untuk dilempar pula......

Dengan menyebut nama Allah, dan berbekalkan ayat kursi, saya melangkah keluar pergi kelas.

Sampai Srodmescie, tiada apa-apa berlaku.

Sampai anatomicvm, tiada apa-apa berlaku.

Sampai zlota 7, pun tiada apa-apa berlaku.

Alhamdulillah....

Hmm.....sedikit pelik sebenarnya.....

A: Weh, aku pelik sebenarnye. Aku bajet kene baling hari ni. Tak pun Diorang menjerit-jerit panggil aku al-Qaeda lagi ke, mencarut lagi ke. Takde pun! Pelik!
B: Alah. Poland kan kene jajah dengan Russia dulu. Diorang Hepi lah Russia kene bom...

Ahha! Betul! Patutlah! Terlupa sejarah Poland. Hehe....
Mari dalami sedikit sejarah Poland.
Well, this film is a lil bit slow, but you can learn something from it. Mass massacre in Katyn forest!


No comments:

Post a Comment