Kalian bukan kanak-kanak biasa. Kalian lahir dari sebuah baitul Muslim. Dididik mengenal Islam yang sebenar sejak kecil. Sedangkan ramai remaja Islam tak tahu pun maksud sebenar syahadah itu.
Kalian adalah kanak-kanak yang mahu melihat masyarakat terislah.
Kalian adalah kanak-kanak yang mahu biasakan diri dengan dakwah sejak kecil, sedang kanak-kanak lain masih main masak-masak.
'Anak-anak ' saya. Saya tahu, saya kecil lagi dari mereka -_-'
Kalian adalah kanak-kanak celik isu umat Islam dikala ramai orang dewasa Muslim tak peduli nasib saudara se-Islam mereka.
Kalian impikan keamanan untuk Palestin dikala remaja-remaja lain tak tahu pun apa sedang berlaku di negara Palestin itu.
"Mati di jalan Allah cita kami tertinggi", itu yang kalian nyanyikan dikala kanak-kanak lain sibuk menyanyi lagu dalam bahasa yang mereka pun tak faham.
Kalian bersemangat bercerita tentang para sahabat, tokoh-tokoh moden Islam dan pejuang-pejuang Islam disaat kanak-kanak lain masih main sikat rambut barbie doll.
Bila dah besar remaja, kalian jadi golongan al-Qaleel, golongan yang sedikit, yang cuba mendekati dan mengislah. Walaupun ada sahaja pihak cakap belakang tentang gerak kerja kalian.
Siapa yang lebih baik? Golongan yang cuba sebarkan Islam atau golongan yang simpan Islam itu sendiri-sendiri?
Siapa yang lebih baik? Golongan yang cuba sebarkan Islam atau golongan yang hanya tahu mengutuk kalian, tapi tidak berbuat apa-apa??
Kalian pujuk hati, sekurang-kurangnya kalian dah jalankan tanggungjawab kalian. Sekurang-kurangnya nanti di hadapan Allah, kalian ada alasan. Allah tak lihat pada hasil, Allah lihat pada usaha. Adilkan Allah tu?
Ada juga yang kata kalian tiada childhood. Jangan sedih. Jangan rasa terguris. Tapi banggalah, kerana zaman kanak-kanak kalian bukan macam kanak-kanak biasa. Kalian ada tamayyuz. Kalian telah guna zaman kanak-kanak kalian dengan sebaiknya. Kalian mahu jadi seperti Hassan al-Banna, apa salahnya contohi zaman kanak-kanaknya yang diisi dengan dakwah? Kalian mahu jadi seperti al-Fateh, apa salahnya contohi zaman kanak-kanaknya yang dipenuhi dengan menyusun strategi untuk membuka Constantinopel?
Untuk membina kembali kegemilangan Islam itu bukan kerja mudah. Tahniah kerana kalian dah mulakan usaha sejak kecil lagi. Kalau semua kanak-kanak sibuk bermain police and thives, dan tiada seorang pun yang dididik seperti kalian, susah jugalah nak lihat Islam kembali gemilang.
Membina kembali Islam, bukan sembarangan orang boleh buat. Orang yang Allah pilih sahaja boleh pikul tanggungjawab itu. Nak tak jadi orang terpilih tu?
P/s: Rindu nak berukhwah dan berprogram dengan kanak-kanak 'luarbiasa' ni.....
No comments:
Post a Comment