Friday, April 16, 2010

Agama itu nasihat

Subhanallah...Alhamdulillah....Allahuakbar..!
Finals makin hampir. Biasalah, nak exam ni semua jadi kelam kabut. Nak menulis blog pun susah.
Tidak ada apa peristiwa menarik nak dikongsi. Jadi nak kongsi satu hadith pendek. Pendek, ringkas, tapi padat.


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Terjemahan hadith


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Fahami hadith:Keterangan Hadith

Dalam kehidupan seorang da'ie, memang tak boleh lari dari memberi nasihat. Malah, dakwah itu adalah nasihat. Kita nampak kawan buka aurat, kita nasihat kawan tu. Kita nampak anak jiran buli kucing, kita nasihat anak jiran tu. Kita tahu adik tak solat, kita nasihat dia. Nasihat nasihat dan nasihat.

“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah.” (HR. Muslim )

Dan memberi nasihat itu bukan tugas para duat, tok imam dan pak lebai sahaja; ia adalah tanggungjawab setiap individu Muslim. Hadith dia atas menyuruh 'sesiapa di antara kamu' untuk menegur. Tidak pula dalam hadith diatas berkata 'para duat, tok imam dan pak lebai di antara kamu'. Bermakna kita semua memegang amanah untuk menegur.

Nasihat tu apa??
Nasihat datang dari perkataan “An Nush-hu” yang bererti memurnikan, membersihkan, juga berarti memperbaiki. Orang yang menasihati itu sebenarnya sedang cuba memperbaiki diri sendiri sambil mengajak juga orang lain kearah kebaikan. Tiada istilah 'aku takut nak tegur sebab aku pun bukan baik sangat' atau 'budak tu siapa nak tegur aku??'.

Agama itu berdiri atas nasihat. Kalau dibiarkan sahaja kemungkaran itu berlaku tanpa nasihat, runtuhlah agama. Saya menjadi kurang senang apabila 'menjaga tepi kain orang' itu dipandang sebagai perkara negatif. Kalau seorang individu Muslim itu tidak tahu rakannya sedang berada dijurang kemurkaan Allah, bagaimana dia hendak menegur? Nak tunggu jatuh dulu dalam kemungkaran baru hendak ditegur? Bukankah al-wiqayah khair min al-'ilaaj? Mencegah lebih baik dari mengubati? Kan?

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
[ali-Imran 3.104]

Para duat pun tak terlepas dari teguran. Jangan merasa diri lebih mulia dari mad'u, lalu mad'u itu jatuh kepada taraf 'tak layak menegur aku'. Sedangkan sahabat agung, Umar al-Khattab sendiri pun meminta dirinya ditegur.

Kalau aku memimpin kamu dengan mengikuti jalan Allah maka ikutlah aku... kalau aku memimpin kamu dengan tidak mengikut jalan Allah tegurlah aku
-Saidina Umar al-Khattab

Para duat,
kalaulah ada seorang mad'u kamu berkata, "Saya rasa akak tak dapat beri contoh tauladan kepada saya. Saya rasa Kak Murni(tidak dengan sesiapa ye...) dapat beri contoh tauladan lebih baik kepada saya berbanding akak."
Apakah reaksi kamu? Sedangkan kamu sering menasihati dia supaya berlapang dada menerima teguran, lapangkah dada kamu dalam menerima teguran dia?
Sedangkan kamu sering berkata mengenai
husnu dzon (bersangka baik), husnu dzon kah kamu bahawa dia berkata begitu hanya untuk menegur sesuatu kekurangan dalam dirimu?
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.
[61:2-3]

Jangan 'balas dendam' dengan menyindir dia. Jangan nafikan hak dia untuk menegur kamu dengan menggunakan segala dalil yang kamu hafal. Jangan bermasam muka. Kerana itu hanya akan menjauhkan dia dari kamu. Sebaliknya kembalilah berlapang dada dan ber-husnu dzon.
Wahai manusia, sesungguhnya saya berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah Yang Maha Agung dalam semua urusan dan keadaan. Sentiasalah bersama kebenaran dalam perkara yang kamu sukai atau benci. Sesungguhnya tiada kebaikan pada percakapan yang tiada kebenaran. Sesiapa yang berdusta, maka dia melakukan maksiat. Sesiapa bermaksiat, dia binasa. Berwaspadalah dengan kesombongan. Apa ertinya kesombongan pada hamba yang diciptakan daripada tanah, sedangkan kepada tanah dia kembali?
-Saidina Abu Bakar

p/s: Credits demi credits. Intermidiate demi intermidiate. Latin, Polska, dan Sociology. 46 hari lagi finals. Rabbuna yusahhil wa yunajjih lakum! La takhof. Innallaha ma'ana!(9:40)

3 comments:

  1. subhanallah,
    maksud hadis bukanlah tegur menegur. akan tetapi keikhlasan. "agama itu keikhlasan" terjemahan yg lebih tepat dalam bahasa melayu. tidak ada satupun dalam syarah hadis berkaitan tegur menegur. ramai yang tak tahu benda ni

    ReplyDelete
  2. @ munsyi:

    jazakallah atas teguran.
    Memang agak tidak beradap bagi saya kalau saya sekadar mengambil zahir hadith. Jadi sebab itulah saya meletakkan link untuk sesiapa yang ingin memahami hadith ini boleh merujuk kepada yang faqih.

    Bercakap mengenai teguran, saya merujuk kepada hadith yg satu lagi tu.

    Jazakallah sekali lagi atas perkongsian saudara Munsyi untuk hadith itu.

    ReplyDelete
  3. wahh tak sangka ya...ada jugak org yang walaupun tinggal di negara bukan islam tapi mampu untuk bercakap ttg agama(apatah lagi enti seorang doktorah)....tahniah(1st jumpa blog ni..:).
    *kalau nak bercakap psl hadis, alquran(betul sprti kata munsyi) perlu banyk bertny kepada org yang faqih.mentelaah buku/penulisan agama berkisar akidah,alquran, hadis tanpa merujuk org yang arif ditakuti timbulnya salah faham dan sebagainya.ditambah lagi bahasa arab mempunyai uslub(gaya bahasa) yang tersendiri.Pemahaman peribadi hanya untuk diri sendiri dan tidak boleh disebarkan kepada orng lain melainkan disahihkan oleh org2 yang ahli pada babnya.
    "Fasalu ahli zikri in kuntum la ta'lamun"
    "bertanyalah kepada alim ulama jika kamu tidak tahu"

    ReplyDelete