Friday, March 12, 2010

Usaha tangga kejayaan? Betulkah?

Minggu lepas.......

"Bittaufiq wan najah! Rabbuna yusahhil wa yunajjih lak!" Kak Mima beri ucapan 'good luck' nya.
"Syukran jiddan~" saya balas. Dalam hati resah gelisah. Apa tidaknya, peperiksaan embryology bertindih pula dengan thorax. Kalut seminggu itu!


Kenapa bila baca buku untuk exam, tak pernah rasa cukup? Rasa macam ada saja lagi topik yang tak cover lagi. Risau tak boleh nak jawab nanti masa peperiksaan. Tapi bila cakap mengenai persediaan untuk kehidupan selepas mati, rasa macam bersedia sentiasa. Tak risau tak dapat jawab soalan mungkar nakir nanti dalam kubur. Kan? Something wrong somewhere....


Lepas itu, lepas habis peperiksaan rasa stress melampau-lampau bila dapat tahu jawapan yang kita beri tu salah. Tak lalu makan. Tak mahu cakap dengan orang. Berdebar tunggu keputusan peperiksaan keluar. Tapi tak rasa stress pula bila buat salah pada Allah. Sedangkan seorang mu'min apabila melakukan kesalahan, seakan-akan satu beban besar menghimpit dada. Kan?Something wrong somewhere....

"Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Kemudian apabila gagal dalam peperiksaan, 'frust menonggeng'. Menangis-nangis sampai bengkak mata. Macam dah gelap dah dunia ni. Tapi bila gagal bangun solat subuh, boleh saja hidup macam biasa seakan-akan tiada apa berlaku. Kan? Something wrong somewhere....


Orang kata, usaha dahulu baru tawakkal. Itu resipi kejayaan katanya. Jadi, berapa peratus usaha kita menyumbang kepada kejayaan dalam peperiksaan? 50%? 40%? Mungkin 80%? Atau sekadar 10%?


Pada pendapat saya, usaha kita, baca buku siang malam pagi petang, berjaga malam, semuanya menyumbang 0% kepada kejayaan kita dalam peperiksaan. Ya, 0%. Tidak menyumbang sedikit pun.




Pernah tak jumpa orang yang sangat rajin, tak membuang masa, rajin solat hajat, tapi apabila tiba peperiksaan, dia gagal? Pernah tak jumpa orang yang malas, suka main-main, tidur dalam kelas, menyakitkan hati guru, tapi bila peperiksaan, dia berjaya?


Kejayaan dalam peperiksaan itu bergantung kepada rezeki yang diberikan oleh Allah. Kalau Allah nak kita gagal, Dia berkuasa gagalkan, dan kalau Dia mahu kita berjaya, mudah sahaja baginya. Jadi kenapa belajar teruk-teruk kalau semua itu 0%? Kenapa susah-susah bangun malam solat tahajjud memohon kepada Allah supaya lulus?


Ingat, Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan, dia bersungguh-sungguh.

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).

Pasti kita semua nak jadi favourite Allah kan? Jadi teruskan kerja kuat itu! Semua itu tak sia-sia walaupun 0%. Mana ada amalan kebaikan (seperti menuntut ilmu) itu sia-sia.


"Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya Dia akan menggandakannya dan akan memberi dari sisiNya pahala yang amat besar.” (an-Nisa:40)


Dan Allah mengangkat martabat orang yang berilmu.

“Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al-Mujadalah: 11)

Jangan lupa, segala kerja keras kita itu, niatkan untuk akhirat. Bukan sekadar dunia.

“Katakanlah, Mahukah kami kabarkan tentang orang yang paling merugi amalan mereka? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya.” (Al Kahfi 103-104)

Kenikmatan dunia ini apalah sangat. Mari kita sekalikan usaha untuk dunia ini sekali dengan usaha untuk akhirat.

Kalau berjaya, kembalikan kejayaan itu kepada Allah. Semuanya datang dari-Nya. Tidak ada hak sedikit pun untuk kita bermegah-megah dengan kejayaan itu. Kalau gagal, percayalah janji Allah, bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya, takkan ada sesuatu pun Allah jadikan sia-sia. Hikmah Allah itu tersembunyi. Maka bersabarlah. Sesunggunhya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Allah nak tambah pahala sabar kepada kita barangkali.

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (az-Zumar:10).

Oh, saya tulis post kali ini bukan sebab saya gagal peperiksaan tau. Adik saya berjaya mendapat 10A 1B dalam SPM semalam. Alhamdulillah 99x :D

Bila tanya nak buat apa lepas ini, katanya nak sambung STAM. Sayang sangat nak tinggal KISAS tu. Hahaha. Aish, penat mak suruh apply oversea. Bila tanya saya, saya kata 'Pergi istikharah!'
For He knows best! Ehehehe

Siapakah sebenarnya orang berjaya??
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (al-mu'minun:1)

5 comments:

  1. salam ziarah dr msia~

    lapang jap hati baca ni :)
    a right booster at a right time.
    may Allah bless~

    ReplyDelete
  2. jazakillah for visiting ukhti.
    jom kita teruskan saling memberi peringatan! :D

    ReplyDelete
  3. salam,sy zakirah...alangkah indahnya jika sy dpt menghayati islam sepenuhnya..insyaallah..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah same2 kita doa agar hati kita terbuka utk lihat Islam yg sebenar. jazakillah for visiting =)

    ReplyDelete
  5. Salam. Sekarang musim exam di Universiti di Malaysia. Thanks for the relieving advice.

    ReplyDelete