Wednesday, March 17, 2010

Tidurlah....

Bismillahirrahmannirrahim.....

Sibuk tak payah kata semester ini. Ya Allah....
Pening kepala.
Sesak nafas.
Penat.
Letih.
Tak larat.
Tido......zzzZZzzzZ.....


tidur......sedapnya...


Waktu kecil dahulu apak saya pernah ajarkan zikir Fatimah. Katanya, amalkan setiap hari sebelum tidur. Alhamdulillah saya dapat istiqamah sehingga hari ini. Zikir Fatimah adalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali.

Hadis riwayat Ali bin Abu Thalib ra.:
Bahwa Fatimah mengeluhkan tangannya (yang terluka) akibat alat penumbuk biji-bijian. Dan Nabi saw. mendapatkan seorang tawanan (untuk dijadikan pelayan), maka berangkatlah Fatimah menemui Nabi saw. namun ia tidak menjumpai beliau tetapi ia bertemu denganAisyah,lalu diceritakanlah maksud kedatangannya kepada Aisyah. Ketika Nabi saw. datang,Aisyahmenceritakan kepada beliau tentang kedatangan Fatimah. Nabi saw. segera menemui kami pada saat kami telah berbaring di tempat tidur, kemudian kami pun beranjak bangun ingin menghampiri beliau tetapi Nabi saw. berkata: Tetaplah di tempat kalian! Lalu beliau duduk di antara kami berdua sehingga aku dapat merasakan di dadaku dinginnya telapak kaki beliau. Kemudian beliau bersabda: Maukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta yaitu ketika kalian hendak berbaring ke tempat tidur, bacalah takbir sebanyak tiga puluh empat kali, tasbih sebanyak tiga puluh tiga kali serta tahmid sebanyak tiga puluh tiga kali karena hal itu lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pelayan (Rujuk Sahih Bukhari)

Kenapa Rasulallah s.a.w mengajarkan puji-pujian kepada Allah apabila Saidatina Fatimah mengadu keletihan? Itu kerana seorang hamba yang beriman, apabila mengingati Allah, maka hilanglah kepenatannya! Itu lebih baik dari mendapat seorang hamba. Kan?

Lain kali ini mak pula datang. Diajarkan doa tidur. Katanya, "Tima, sebelum tidur, baca 'bismikallahumma ahya wa amut'!" Ahha....Saya sebagai seorang budak kecil waktu itu, mengangguk sahaja.

Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (HR Bukhari)

Pada hari lainnya, apak ajar lagi kepada saya, bacakan ayat kursi sebelum tidur.
Pernah dengar tak kisah sewaktu Abu Hurairah ditugaskan menjaga gudang zakat?

Dalam satu hadith yang panjang, diringkaskan di sini, bahawa Abu Hurairah RA menceritakan beliau telah didatangi seorang pencuri yang mencuri hasil kutipan zakat yang dijaganya sebanyak tiga kali, sedangkan telah dua kali diberi amaran dan dia telah berjanji tidak akan datang mencuri hasil kutipan zakat itu lagi.

Untuk kali ke tiganya, dia berkata "
Lepaskanlah saya, saya akan mengajarkan beberapa kalimat semoga Allah memberikan manfaat untukmu dengan kalimat ini."

Beliau pun bertanya tentang doa itu. Dia berkata, "Jika kamu berbaring di perbaringan, bacalah ayat kursi, kerana dengan begitu, Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi harinya."

Maka beliau pun melepaskannya sekali lagi. Pagi esoknya, Rasulullah SAW bertanyakan akan hal tahanannya lagi, lalu Abu Hurairah RA menceritakannya.

Lalu baginda bersabda, "Mahkluk itu telah berkata benar kepadamu, sedangkan ia adalah si pendusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa yang kamu ajak bicara sejak tiga hari yang lalu itu?" Beliau menjawab, "Tidak".

Baginda bersabda, "Ia adalah syaitan. " (Hadith Riwayat Bukhari dengan ta'liq)

Hmm...syaitan sendiri ajarkan ayat yang dapat mengalahkannya....Apa lagi. Amalkan!

Kemudian hari lain pula apak datang lagi. Kali ini diajarkan pula supaya membaca surah '3 Qul' (al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas) sebelum tidur.

Dari ‘Aisyah bahwa Nabi apabila menuju tempat pembaringan pada tiap malam beliau menghimpun kedua telapak tangan beliau kemudian meniup dan membaca Qul Huwallahu Ahad dan Qul A’udzubirabbil Falaq dan Qul A’udzubi Rabbi An-Nas kemudian dia mengusap seluruh tubuh beliau dan beliau memulai dari kepala kemudian wajah dan bagian depan jasad dan beliau lakukan hal itu tiga kali (HR Abu Daud)

Kesimpulan disini, sebelum tidur, selepas berwudhu',
  1. baca doa tidur
  2. baca surah al-ikhlas, al-falaq, dan an-naas
  3. baca ayat kursi
  4. bertasbih, bertahmid, dan bertakbir
  5. selawat dan istighfar sampai terlelap :)

Itulah sebahagian zikir sebelum tidur apak dan mak ajarkan.


Ini apak saya!


Comelkan apak?? Hahaha....Apak ada sedikit chinese-look. Apak bukan orang Melayu pun. Sebab tu saya tak panggil apak sebagai 'abah' atau 'ayah' sepertimana orang Melayu selalu panggil. Apak orang Melanau. Jadi saya pun orang Melanau (tak, saya tak pandai cakap bahasa Melanau....). Saya Melanau 50%. Hahaha..... Kalau nak cerita pasal keluarga Melanau apak, memang panjang.

Itulah indahnya ciptaan Allah yang menjadikan manusia itu bersuku-suku. Tak kiralah suku mana asal kita, bukan menjadi ukuran di sisi Allah. Tak bermakna kalau kita berbangsa Arab kita mempunyai kedudukan lebih mulia di sisi Allah. Allah itu Maha Adil. Dia menilai manusia dari ketaqwaan mereka.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya akan keadaan dan amalan kamu (al-Hujarat 49:13)

Apaklah yang telah memperkenalkan kepada saya Hassan al-Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Fathi Yakan, mahupun menceritakan pengkhianatan Kamal Attarturk terhadap dunia Islam.

Apaklah yang telah memberikan kepada saya Buku Risalah Ta'lim, Maza Ya'ni, Sirah Nabawiyyah. Terlalu banyak saya nak senaraikan.

Saya bersyukur kerana mempunyai apak sebagai walid saya. Selalu sahaja apak mengajar nilai-nilai Islam kepada saya. Apak juga tak pernah mengabaikan tanggungjawab menuntut ilmu. Sehingga apak jadi salah seorang pengurus yang bekerja untuk Petronas. Kata apak, apabila kita menjadi orang dihormati dalam masyarakat, lebih senang nak sebarkan da'wah. Apabila apak dapat sahaja jawatan pengurus baru-baru ini, apak terapkan unsur-unsur Islam di station-nya. Makin besar skop da'wahnya. Kalau pekerja apak balik, dan ajarkan amalan yang apak ajarkan kepada keluarga mereka, makin berkesan da'wah apak.

Kata apak juga, sebaik-baik manusia, ialah manusia yang bermafaat kepada manusia lain. Apak bangga menjadi jurutera. Katanya jurutera mencipta pelbagai alatan yang memudahkan hidup manusia. Itu salah satu cara apak cuba menjadi bermanfaat kepada manusia.

Banyak ilmu apak ajarkan kepada saya. Apabila saya amalkan, apak dapat pahala. Jadi saya nak sebarkan, supaya semua orang amalkan, supaya bertambah-tambah pahala yang apak dapat.

Bukan sengaja saya lebihkan apak berbanding dalam post ini. Haha...Sebenarnya Isnin lepas harijadi apak. Sanah Helwah apak v^____^v


3 comments: