Sunday, March 21, 2010

Jantung itu

Cardiac tamponade adalah satu penyakit jantung. Penyakit ini disebabkan oleh pengumpulan cecair dalam pericardial sac (satu kantung yang mengelilingi jantung). Apabila cecair berkumpul dalam kantung ini, jantung akan ditekan, seterusnya dinding ventricle jantung menjadi terhimpit, dan darah tidak dapat mengisi ruang ventricles jantung secara maksimum. Darah yang sampai ke jantung pun gagal di-pam keseluruh badan.




Kekurangan darah ber-oksigen akan memberi pengaruh negatif terhadap sel dalam badan kita. Sel badan akan kekurangan oksigen. Biasanya pesakit akan berasa sesak nafas, sesak dada, tekanan darah tinggi pada pembuluh darah utama, dan boleh juga menyebabkan pengumpulan cecair berlebihan dalam badan.

Itulah akan terjadi kalau jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan. Seluruh badan akan menerima akibat. Akhirnya jantung itu sendiri akan rosak.

Islam itu juga untuk disebarkan. Bukan untuk pengetahuan sendiri sahaja. Kalau seseorang itu menerima ilmu, dan menerima ilmu lagi, lalu terus menerima ilmu, tapi dia tidak menyebarkannya, maka masyarakat sekeliling akan menjadi jahil. Dia pula akan pandai, tapi pandai sendiri-sendiri sahaja.


Dan siapakh yg lebih zalim drpd org yg menyembunyikn keterangan (saksi & bukti) yg tlh dberikan Allah kepadanya?... (Al-Baqarah 1:140)



Akhirnya masyarakat akan rosak. Baik dari segi aqidah, mahupun akhlaq. Tak mustahil masyarakat yang rosak itu satu hari nanti akan datang ke rumah orang bijak itu, lalu merompak dan membunuhnya. Maklumlah, masyarakat dah rosak. Tak mustahil itu boleh terjadi.

Ataupun apabila orang berilmu itu tadi hidup dalam suasana masyarakat yang rosak, akhirnya dia sendiri akan terpengaruh dengan unsur-unsur jahiliyah dalam masyarakat itu. Lalu semuanya hidup dalam kemurkaan Allah.

Sebab itu apabila kita menerima ilmu, haruslah disebarkan. Jangan disimpan sendiri-sendiri. Tugas kita untuk mengislah masyarakat, sambil mengislah diri. Masyarakat Islam yang hidup berlandaskan al-Quran dan sunnah itulah yang layak digelar khalifah, dan dapat menyelamatkan dunia dari kehancuran akhlaq serta membawa keamanan.

Jadilah jantung yang sihat. Sebarkan ilmu yang diperoleh.
Jangan jadi jantung yang tak mengepam. Akhirnya sendiri binasa.


Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah.....(Fushshilat : 33)



p/s: sebenarnya saya tak belajar lagi cardiac tamponade. Kak Yana bagi idea. ahha...


No comments:

Post a Comment