"Aku tak sangka betul dia macam tu tima," luah seorang rakan.
"Teruk sangat ke?"
"Yalah, bukan main cakap itu ini. Tapi kat belakang, dia sama sahaja macam lelaki lain," sambungnya.
"Maksud kau?"
"Tak jaga hubungan laki perempuan. Comment mengada-ngada kat Facebook," nadanya seakan-akan tak puas hati.
"Hmm....Mungkin dia cuba berubah lepas terima tarbiah disini. Tapi kadang-kadang ada sahaja benda yang susah untuk kita tinggalkan. Betul tak?"
Selalu sahaja saya berhadapan dengan 'lelaki-lelaki da'wah' yang hebat. Cukup hebat bila berkata-kata. Tetapi disebalik da'wahnya itu, ada sahaja yang masih belum berjaya lari dari perkara yang dinamakan zina hati. Ada sahaja yang masih mempunyai ikatan lelaki-perempuan yang tak menepati syara'. Sebab itu saya sangat pandang tinggi pada 'lelaki-lelaki da'wah' yang lakukan apa yang mereka seru; jauhi zina hati.
Nak husnu dzon, saya katakan mungkin dahulu apabila memulakan perbuatan itu, kita tak tahu ianya salah. Tiba-tiba ada orang beritahu sebenarnya ianya salah. Mahu tak mahu, kena tinggalkan. Tapi berat!
Mungkin juga saya ini agak konservatif. Nak approve kawan lelaki di Facebook pun saya tapis. Kawan sendiri pun saya tak approve. Kalau sesiapa yang di-approve itu, boleh kira untung lah tu. Bukan apa, saya nak kurangkan post yang berunsur 'ikhtilat' di wall saya. Saya kurang senang untuk biasakan diri berbicara perkata tak penting dengan kaum lelaki.
Gambar pun saya tapis. Pernah dulu kawan saya tanya kenapa tak letak gambar yang 'pose baik giler' tu kat Facebook? Kenapa tak letak gambar kucing lah, gambar waktu kanak-kanak lah. Kenapa tak letak sahaja gambar betul-betul? Kerana wajah wanita itu fitnah bagi kaum lelaki.
“Pandangan itu adalah panah beracun dari panah-panah iblis. Maka barangsiapa yang memalingkan pandangannya dari kecantikan seorang wanita, ikhlas karena Allah, maka Allah akan memberikan di hatinya kelezatan sampai pada hari Kiamat.” (HR Ahmad)
Saya tak mahu lagi jadi fitnah di hati mana-mana lelaki lagi. Saya tahu, saya agak konservatif. Tapi salahkah saya? Saya hanya cuba mencegah. Tak salah kan? Kalau salah, beritahulah. Itu cara saya berubah.
Saya tak kata saya baik tahap malaikat, orang lain semua jahat. Saya sama seperti orang lain. Saya banyak kelemahan. Saya cuma nak nasihat-menasihat ke arah kebaikan. Salahkah? Tak salah kan? Kalau salah, beritahulah.
Ada orang kata perubahan itu bukan boleh dipaksa-paksa. Tapi cubalah paksa diri untuk berubah. Sampai bila nak hidup dalam kemurkaan Allah? Cepat-cepatlah keluar dari kawasan gelap itu!
No comments:
Post a Comment