Saturday, May 14, 2011

Perempuan: Lemah lembik?

Apabila kita katakan tentang kuat dan gagah, maka pasti ramai terbayangkan seorang lelaki. Biasalah. Lelakilah yang punyai sifat kuat dan gagah.

Tapi tak salah kalau perempuan jadi kuat.
Macam mana perempuan kuat?
Entah. Tapi pada saya, perempuan yang kuat itulah perempuan yang tabah, sabar, dan redha menghadapi ujian dari Allah, juga bertenaga menyebarkan kalimat Allah, mampu lawan rasa tak larat, menyumbang buah fikiran, tak mudah rasa lemah, tak cepat sedih, tak berputus asa etc.

Siapa insan pertama yang terima Islam dari Rasulallah? Khadeejah!
Siapa insan pertama syahid dalam Islam? Sumayyah!
Semuanya PEREMPUAN!

Oho saya tak berniat nak jadi feminis disini.
Cuma ketahuilah, wanita telah memainkan banyak peranan yang penting dalam sejarah. Berapa banyak kali wanita telah menggoncang dunia?

Kalau kita lihat belakang tabir sejarah penaklukan Sepanyol oleh tentera Islam, salah satu penyumbang kemenangan Islam adalah kerana seorang pembesar Raja Roderick bersetuju untuk bekerjasama dengan tentera Islam. Kenapa dia bersetuju untuk menumbangkan Roderick? Kerana Raja Roderick menyakiti anak PEREMPUANnya!

Kalau kita lihat pula pada kisah Troy, peperangan yang menemukan Greek dan Trojan, bermula apabila putera Trojan dan Melanus Raja Sparta berebut seorang PEREMPUAN!

Tragedi Natrah pula sebuah tragedi sedih yang mencetuskan kebangkitan beribu-ribu orang Muslim di Singapura dan Tanah Melayu, apabila seorang remaja PEREMPUAN Belanda yang telah dibesarkan sebagai seorang Muslim tergugat keIslamannya setelah dibawa pulang ke Belanda.

Hari ini pula kita lihat kekacauan yang melibatkan beberapa kematian di Mesir antara kumpulan Islam dan Kristian Koptik terjadi apabila seorang WANITA dikurung apabila mahu menyatakan keislamannya.

Siapa kata wanita tak kuat? Berapa kali dah wanita menggegarkan dunia.

Wanita penentu kejatuhan dan kemenangan sekelompok manusia. Betul?

Jadi sebagai wanita, sebagai perempuan, JANGANLAH KITA JADI PENYEBAB KEJATUHAN ISLAM.
Tak perlu rasanya kita jadi wanita yang lemah lembik, kelembutan ataupun kecantikannya yang mencairkan hati lelaki.

Perempuan dan syaitan

Tajuk di atas tidak bertujuan untuk membandingkan antara perempuan dengan syaitan, apa lagi menyamakan kedua-duanya. Sedia makluk bahawa syaitan adalah makhluk terkutuk, musuh bani Adam zaman berzaman. Manakala perempuan pula makhluk istimewa yang diciptakan untuk menjadi pasangan kepada kaum Adam, pasangan yang serasi, yang mampu memberikan ketenangan jiwa dan mendamaikan perasaan.

Khadijah binti Khuwailid, Hawwa, Sarah, Hajar, Aisyah رضى الله عنهن جميعا dan ramai lagi merupakan sebaik-baik contoh pasangan paling serasi yang bukan sahaja berperanan mendamaikan hati suami, malah menjadi tulang belakang yang sangat utuh dalam menampung perjuangan yang dipelopori suami masing-masing.

Namun di samping barisan wanita-wanita hebat itu, sejarah juga turut mencatatkan wajah-wajah hodoh sebahagian wanita yang hati mereka tidak dibaluti dengan iman dan taqwa. Maka jadilah mereka umpama syaitan atau lebih teruk lagi.

Seorang ulamak daripada kalangan as-Salaf as-Soleh pernah berkata, “sesungguhnya aku takut kepada perempuan lebih daripada aku takut kepada syaitan!” Apabila ditanya alasannya, beliau menjawab, “Allah berfirman mengenai perempuan “إِنَّ كَيۡدَكُنَّ عَظِيمٌ” (maksudnya: “… sesungguhnya tipu daya kamu (orang perempuan) amatlah besar pengaruhnya.”) (Yusuf:28) Dan Allah berfirman tentang syaitan “…إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِيفًا “ (maksudnya: “…sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.”) (An-Nisaa’:76)

sumber: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2011/02/perempuan-dan-syaitan.html

Menyedari besarnya peranan yang dimainkan oleh wanita, mari kita arahkan kelebihan itu untuk kebangkitan Islam.
Semoga kita tak menjadi peremuan yang menimbulkan fitnah.
Semoga Allah sentiasa menguatkan kita atas jalan ini.
Semoga kita sentiasa menjadi penggerak dakwah.

1 comment:

  1. org kata perempuan penuh dgn tangisan n sedu sedan.. actually itulah kekuatan yg Allah kirim kn kpd wanita sebagai senjata mengalahkan 'ego' nya seorang lelaki..
    ps: kpd kaum hawa semua, kn bersyukur sbg hawa krn byk pengorbanan yg kaum hawa boleh lakukan yg tidak boleh dilakukan oleh kaum adam.. =)

    ReplyDelete