as posted in muharikah.com(ehem. promote sikit)
Sudah lama saya tak menulis. Nampaknya apa yang mereka katakan sebagai writer's block itu adalah benar! 0_o
Allahu musta'an....
Beberapa hari yang lepas saya ternampak buku yang bertajuk ‘How to Win Freinds and Influence People’ di American Bookstore. Tertarik namun ragu-ragu, lalu saya akhirnya beli buku tersebut.
Baru 2 topik perbincangan sahaja saya sempat baca dari buku ini, saya mendapati Pakcik Dale Carnegie sedang mengajar kita untuk berdakwah dan berukhwah! Saya berpendapat buku ini sangat bermanfaat untuk dakwah. Dalam bukunya ini, Pakcik Carnegie memberikan beberapa prinsip untuk memenangi hati seseorang. Prinsip kedua Pakcik Carnegie berbunyi, ‘Give honest and sincere appreciation’.
Menurut Pakcik Carnegie, hanya ada satu cara untuk membuat seseorang lakukan sesuatu. Iaitu dengan membuatnya rasa ingin lakukan perkara itu!
Jadi bagaimana untuk kita mengubah seseorang? Dengan membuatkannya rasa ingin berubah!
Sudah tentulah, mana ada manusia normal suka dipaksa kan? Semuanya mesti datang dari hati yang mahu.
Katakan seorang bos mempunyai seorang pekerja yang malas, buat kerja sambil lewa, dan tidak bersemangat. Biasanya, untuk menjadikan pekerjanya bertukar menjadi rajin, buat kerja bersungguh-sungguh, dan bersemangat, seorang bos mengambil pendekatan untuk memberi tekanan seperti mengkritik, memarahi pekerja tersebut atau mengugut untuk menurunkan gajinya.
Ya, perubahan akan berlaku, namun perubahan itu tidak lama. Pekerja tersebut akan kembali ke perangai asalnya.
Apa kata jika bos tersebut tolak ke belakang perangai-perangai buruk pekerjanya itu, dan lihat pada kelebihan yang dia ada. Mungkin dalam membuat tugasan, sekali dua dia ada buat sesuatu yang memberansangkan. Lihat bahagian itu, dan berikan appreciation atau penghargaan yang selayaknya padanya.
Mungkin benar, manusia pada umumnya cenderung untuk melihat keburukan dan mengkritik seseorang. Sedangkan kebaikannya kita tak nampak langsung. Sebab itulah boleh muncul pantun Inggeris yang berbunyi;
‘Once I did bad and that I heard ever. Twice I did good, but that I heard never.’
Mari kita lihat kembali hati kita. Kerana selalunya kebaikan orang lain terhijab dari pandangan kita kerana gelapnya hati sendiri.
Fitrah manusia, tidak suka apabila direndah-rendahkan atau ditekan orang lain. Fitrah manusia,rasa terdorong apabila dihargai. Tak hairanlah kalau dalam sirah, Rasulallah s.a.w memberi penghargaan kepada para sahabat apabila mereka melakukan suatu kebaikan. Semua itu sebagai dorongan dan galakan bukan sahaja untuk orang tersebut, malah orang lain juga. InsyaAllah dengan keikhlasan, kelembutan dan hikmah dalam memberikan penghargaan, seseorang itu rasa gembira untuk jadi baik.
Kata Pakcik Carnegie lagi, beliau menganjurkan penghargaan(appreciation) bukannya pujian(flattery). Katanya lagi, penghargaan itu datangnya dari hati yang ikhlas. Sebaliknya pujian itu lebih kepada membodek atau kita mengatakan sesuatu yang mahu didengar oleh orang yang dipuji itu.
Beliau begitu menekankan keikhlasan dalam memberi penghargaan. Kerana hanya dengan disertai keikhlasan, hati seseorang itu terasa ingin berubah.Saya ulangi, hargai, bukan memuji. Segala pujian itu hanya layak untuk Allah, tidak untuk manusia!
Saya tidak bercadang pula untuk membincangkan perihal memuji disini. Cuma tertarik saya apabila bertanya seorang ukhti mengenai perkembangan dakwah di tempatnya, tiba-tiba dia berkata;
“Hah! Baling pasir!!”
“Hah?? Korang berdakwah kat sana sampai kena baling pasir???”
Apakah yang berlaku sebenarnya??
Betulkah mereka berdakwah sampai kena baling pasir?
Haa..Tidaklah begitu drama sebenarnya. Saya kagum dengan akhawat di tempatnya yang sedang cuba mencontohi sikap Saidina Umar yang takutkan pujian. Katanya di tempatnya, apabila seorang ukhti mula mengeluarkan kata-kata pujian, mereka akan kata,
“BALING PASIRR!!!”
“Apabila kalian bersua dengan orang-orang yang banyak memuji, maka taburkanlah pasir pada muka mereka.” (HR. Daud, Muslim, dan Tirmidzi)
Ehe. Allahu a’lam
No comments:
Post a Comment