Pernah tak terfikir kenapa orang tak mahu dengar apa kita cakap? Sedangkan apa yang kita katakan itu satu perkara yang benar, bukannya anda sengaja reka cerita.
Saya bagi contoh, anda punyai seorang rakan. Dia tak suka bersihkan dapur selepas memasak. Anda jadi tak selesa dengan keadaan rumah yang kurang bersih. Anda pun berkata padanya,
"Aku tak suka lah rumah kita kotor. Kau kemaslah lepas masak."
Ada kemungkinan dia takkan ikut cakap anda. Apa tidaknya, cara dia bekerja dipersoalkan. Tambah pula egonya mungkin tercabar.
Cuba anda kata padanya,
"Kalau nak jadi isteri yang baik nanti, rumah mesti mesti bersih ;)"
Haha....Saya rasa macam tu lebih baik. What say you?
Biasanya, untuk membuat seseorang lakukan sesuatu, kita tersilap langkah dengan mengatakan apa yang kita mahu, bukannya apa yang dia mahu. Tak hairanlah kalau dia tak mahu buat. Sebab itu apa yang kita mahu, bukan apa yang dia mahu.
Lain pula cara Allah nak suruh manusia (termasuk saya) untuk lakukan sesuatu.
Tengok dalam Qur'an cara Allah turunkan perintah dan larangannya;
"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya." (29:58)
Allah nak 'memancing' kita supaya jadi orang beriman, dengan menawarkan syurga 'umpan'. Sebab Allah tahu manusia tak mahu disiksa dalam neraka.
Maka benarlah apabila Dale Carnegie mengatakan;
'So the only way on earth to influence other people is to talk about what they want and show them how to get it'
Saya setuju dengan prinsip ini. Kerana itulah yang ditunjuk dalam ayat-ayat Allah. Cuba kita kaji sedikit ayat diatas;
What do we want?: Syurga
How to get it?: Beriman
Tengok surah ni pula;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (103:1-3)
Allah nak suruh kita berdakwah (nasihat-menasihati supaya menaati kebenaran). Dengan mengingatkan kita bahawa, siapa yang tak berdakwah itu benar-benar berada dalam kerugian!
So What do we want?: Terlepas dari azab
How to get it?: beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Simple kan?
Allahlah yang paling tahu psikologi manusia. Jadi semua ayat Qur'an menyatakan APA YANG MANUSIA MAHU, supaya manusia jalankan perintah itu.
Saya suka makan buah oren. Tapi kalau nak memancing, saya tak letak buah oren sebagai umpan. Takkan lah saya nak umpan ikan-ikan comel tu dengan buah oren semata-mata kerana saya suka buah oren kan? Kalau nak memancing, mestilah letak belalang ke, ulat seekor ke, barulah lojik. Kalau nak memancing ikan, kenalah saya fikir apa yang ikan tu suka. Buat apa fikir apa yang saya suka. Ada ikan tu kisah saya suka apa? Dia kisah pada apa yang dia suka sahaja!
Begitu juga untuk 'memancing' manusia. Kena lah kita fikir apa yang dia suka. Kerana sebagai orang yang 'dipancing', ada dia peduli apa yang kita suka? Tak. Dia akan tertarik pada apa yang dia suka!
Berbalik kepada Surah al-'Asr diatas, kita semua setuju, untuk terlepas dari gelaran 'orang yang rugi', kita MESTI BERDAKWAH.
Siapa yang nak jadi orang yang rugi?
Orang yang rugi, tempatnya bukan di syurga. Kalau Allah tempatkan kita dalam syurga, itu untung yang besar!
Jelas. Sebenarnya kita yang perlukan dakwah. Dakwah tak perlukan kita sedikit pun. Kalau kita tak mahu buat, ramai lagi yang nak.
Masalah sekarang, ramai yang menyangka
'Dakwah perlukan aku. Kalau aku tak ada, habislah'
atau
'Usrah perlukan aku. Aku tak perlukan usrah. Aku malas nak pergi. Bukan rugi pun.'
Itu masalah sekarang.
Usrah dan dakwah itu dipandang sebagai sesuatu yang getting in my way.
Maklumlah, pelajar perubatan. Sibuk. Peperiksaan tak berkesudahan. Nak kena fikir sewa rumah lagi. Aahh this usrah thing is getting in my way!
Sedangkan kita lupa apa tujuan hidup kita.
Kalau tak mahu usrah, pergi jumpa kakak naqibah, katakan kepadanya, "AKAK SAYA TAK MAHU USRAH. SAYA RASA DAKWAH INI SEMUA TAK PENTING."
Cakap sahaja. Usah malu-malu.
Tapi saya yakin, sebagai duat yang sejati, mereka tidak sekali-kali akan meninggalkan anda. Kerana berimannya mereka kepada ayat;
"Nasihat menasihati supaya menaati kebenaran..." (103:3)
yang menuntut para duat supaya terus-menerus berdakwah tanpa henti
"dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." (103:3)
dan bersabar dalam menghadapi manusia yang masih belum terbuka untuk menerima seruan.
Masakan tidak. Kalau tak beriman pada ayat ini, nanti tergolong sebagai orang yang rugi!
Dan saya yakin, sebagai duat yang sebenar, pasti mereka mencontohi Rasulallah s.a.w yang sangat sayang kepada orang yang diseru. Tak sanggup baginda nak biarkan mereka menjadi orang yang rugi.
Begitulah dakwah. Kasih sayang menghidupkannya....
Allahu a'lam...
Wahai para duat! Don't let the mountains ahead get in your way!
'So the only way on earth to influence other people is to talk about what they want and show them how to get it'
ReplyDeleteVery interesting. Thank you.