Friday, April 23, 2010

I drink coffee. Is that a crime?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w


Sebenarnya kali ini saya tak berniat pun bercakap mengenai coffee. Saya cuma rasa bersalah minum kopi terlalu banyak musim peperiksaan ini. Bukankah Imam Hassan al-Banna telah menasihatkan kita supaya jangan biasakan diri dengan kopi....

Hari Jumaat, penghulu segala hari, hari ada kelas sosiologi.....-_-'
Sebelum menghadiri kelas ini lagi saya dah dengar pelbagai cerita. Kelas ini bosan. Bosan Bosan BOSAN BOSAAAANNNNN. Seribu kali bosan...!!!!!

Hmm.....saya cuba positifkan diri. Tak semestinya bosan bagi orang lain, bosan bagi kita juga kan? Sila optimistik Fatimah. Optimistik!

Kelas pertama; rakan kelas saya bisik kepada saya, "Eh, cikgu ni macam tengah bagi ISK kan."
Kerana semasa kelas pertama, cikgu cerita tentang coffee. Katanya, mengikut kajian saintifik, coffee tidak baik untuk kesihatan. Berpotensi mempercepatkan penyakit, tinggi kandungan caffeine dan blablabla.....
Persoalan yang pensyarah kami kemukakan; walaupun orang ramai tahu kopi tidak elok untuk kesihatan, kenapa tidak hentikan penjualan kopi? Bukankah itu lebih sihat?

Lalu pertanyaannya, dia dijawab sendiri. Katanya, perniagaan kopi sudah menjadi terlalu menguntungkan sebelum saintis temui keburukannya. Perniagaan kopi melibatkan banyak orang. Kalau semua kedai kopi ditutup, semua pekerjanya hilang pekerjaan, kemudian pengusaha tanaman kopi akan rugi. Pekerja ladang kopi yang jumlahnya entah berapa ribu semuanya akan hilang pekerjaan. Yang kaya jadi miskin, yang miskin bertambah melarat.

Dalam kepala kami terbayang zaman Nabi Muhammad s.a.w mula berdakwah kepada penduduk Makkah. Salah satu sebab mereka tidak mahu terima dakwah nabi adalah kerana takut perniagaan berhala terpaksa dihentikan. Walaupun mereka tahu risalah yang dibawa nabi itu baik dan sangat wajar diikuti, namun mereka memilih untuk tidak beriman demi perniagaan berhala itu.

Berbalik kepada persoalan kopi tadi, pekerja industri kopi jangan risau. Rezeki Allah itu luas sangat. Bukan di ladang kopi sahaja. Seperti satu kes di Malaysia suatu ketika dulu. Pelacur memberi alasan melacurkan diri kerana tidak ada jalan lain lagi untuk dia mencari rezeki. Itu memang tidak logik. KERANA BANYAK PERKARA YANG HALAL DAN DIREDHAI YANG BOLEH DILAKUKAN. (saya tak kata bekerja di ladang kopi tu haram tau)

Sejak kelas itu, saya menjadi agak tertarik untuk dengar lagi pendapat pensyarah saya itu (walaupun ada ketikanya saya rasa mengantuk macam nak pengsan). Kebanyakan pendapatnya adalah berdasarkan logik pemikiran dan nilai masyarakat semasa. Sedangkan bagi kami orang Islam, sesuatu pendapat itu mestilah berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Contoh mudah, baginya seorang wanita itu mempunyai kebebasan penuh untuk pakai pakaian menjolok mata. Tapi bagi kami, seorang wanita tidak boleh berpakaian sedemikian kerana itu tidak menutup aurat. Perbezaan pendapat itu menjadikan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut cara mereka berfikir.

Hari ini kemuncaknya barangkali. Dibangkitkan isu keluarga. Tiba-tiba dikeluarkan statistik anak yang dilahirkan di luar perkahwinan (anak luar nikah dalam kata mudah). Bagi kami pelajar Malaysia yang banyak bergaul dengan orang putih, kami sedia maklum perkara ini. Kami tidaklah terkejut sangat melihat statistik itu.

Tapi bagi pelajar Arab Saudi, perkara itu adalah sesuatu kegilaan yang tak patut diterima masyarakat.

"How you can have children without getting married?" soal seorang pelajar Arab.
"Well, when you love a person, you live with him and have children with him. It's not necessary for a woman to marry the father of her child. She has freedom to make her decision."
"What...?" berkerut-kerut muka pelajar tadi.
"You see, many marriages end with divorce. So why bother getting married," mudah sekali cara dia berfikir.
"But...," pelajar tadi cuba membalas.
"Is this unacceptable in your country? Why?"
"It's about religion. And behavior!"
"You see, Polish are religous too. We too used to see this as a wrong action. But now it is acceptable. But we are religous too."

Ironi sungguh. Maca mana awak boleh mengaku diri awak religous sedangkan awak redha dengan perbuatan yang secara terang-terangannya melanggar hukum dalam kitab awak??

Pffftt..! So much to be called religous.

Maaf cikgu. Saya bukan tak suka cikgu. Saya manusia yang hina. Apa hak saya nak benci orang lain. Saya cuma benci perbuatan kemungkaran itu sahaja. Hahaha....terima kasih kerana buat saya berfikir...!

p/s: Satu persoalan dibangkitkan lagi. Saya akan menjadi seorang doktor. Saya akan menjadi sangat sibuk. Mampukah saya menjaga ibu bapa saya apabila mereka telah tua nanti? Mampukah saya mencontohi para sahabiah yang mempunyai anak ramai yang berjasa kepada Islam? Tengah-tengah sibuk nanti, mampukah saya menjaga ibubapa dan membesarkan anak dengan baik??

Saya percaya janji Allah; "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar...." (at-Talaaq 65:2)


Tuesday, April 20, 2010

Saya sepatutnya concentrate study




Salam alayk...

Macam hari Selasa biasa; kalut. Trem agak sesak. Tapi waktu tengahari tak sesak sangat. Bolehlah duduk. Ada pakcik duduk di kerusi sebelah.

Bercakap seorang diri pakcik ni. Tengok di tangannya, ada tin beer. Dia pun minum lagi. Bertambah mabuk. Lama-lama dia tertidur. Alhamdulillah. Orang mabuk tidur lagi selamat dari orang mabuk yang kacau orang lain. Tiba-tiba tanpa dia sedari, terlepaslah tin beer itu dari tangannya.

Jatuh terpercik kencing syaitan itu. Nasib baik tak banyak beer tinggal dalam tin tu. Percikannya pun tak jauh sangat. Terpercik 10cm dari kasut saya. Ya Allah, jijik rasanya pada minuman haram itu.

Nak tambah rantaian masalah lagi, tiba-tiba masuk pula seorang makcik dengan anjing 'hot dog' nya (anjing tu panjang macam hot dog....). Seperti kebiasaan anjing, dia pun pergi dekat kasut saya, menghidu arak itu. Nasib baik saya pun dia tak hidu. Susah saya nak solat nanti.

Arak=merosak akal fikiran=memabukkan orang
Orang mabuk=mendatangkan masalah kepada orang lain

Mungkin pakcik ni ada masalah dengan kehidupan. Mungkin dia cuba mencari secebis ketenangan dari minuman itu. Astaghfirullah al-azim....

***
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
-Nasihat seorang sahabat

Ketenangan hati itu satu nikmat yang besar. Bila ketenangan itu ditarik dari hati, saat itu barulah kita tahu bagaimana besarnya nikmat ketenangan itu. Ketenangan hati saya mengalami gangguan yang sukar ditafsirkan minggu ini.


bila hatimu cuba disentuh atau menyentuh hati yang lain, sibukkan dirimu dgn dakwah...
-status facebook 6 december. ahha....

Kalau hati tak dipenuhi cinta kepada Allah, mulalah kita akan mencari kasih manusia. InsyaAllah saya akan sibukkan diri dengan dakwah. (Selingan: Nantikan projek AmanPalestin =))


Syukur alhamdulillah saya dilahirkan dalam Islam. Saya diajar untuk mencari Allah tatkala senang mahupun susah. Lebih-lebih lagi di waktu susah. Barulah bertambah kuat pergantungan kita pada Allah. Mencari Allah kerana hanya dia boleh berikan ketenangan itu.


Tadabbur surah hafazan semalam,

Hai orang yang berselimut,bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),(yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
(al-Muzzammil 73:1-6)

Hah itu dia. Allah nak suruh saya bangun bertahajjud. Cari ketenangan dengan bertahajjud di sepertiga malam. Bacaan kitabullah pun lebih berkesan di hati waktu itu. Tapi itu agak susah lah sekarang ni. Subuh sekarang 3.10 pagi. Jadi kalau nak bangun, kene awal dari itu. Hehhe. Hendak seribu daya...!


***

Seorang rakan memberi satu soalan yang saya kira pelik. Dia bertanya, "Kenapa orang sibuk-sibuk nak berkahwin awal??"
Saya ingin membalas pertanyaan itu dengan soalan, "Kenapa couple kalau tak mahu kahwin?? Apa sebenarnya tujuan couple kalau tidak berhajat pun nak akhirinya dengan perkahwinan??"


Tapi saya diamkan sahaja. Semoga Allah tunjukkan kita yang mana salah, yang mana benar. Semoga Allah masukkan hidayah ke dalam hati kita semua untuk hidup dalam redha Allah.


Saya percaya janji Allah. Menuggu dengan sabar.... (24:26)

Friday, April 16, 2010

Agama itu nasihat

Subhanallah...Alhamdulillah....Allahuakbar..!
Finals makin hampir. Biasalah, nak exam ni semua jadi kelam kabut. Nak menulis blog pun susah.
Tidak ada apa peristiwa menarik nak dikongsi. Jadi nak kongsi satu hadith pendek. Pendek, ringkas, tapi padat.


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Terjemahan hadith


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Fahami hadith:Keterangan Hadith

Dalam kehidupan seorang da'ie, memang tak boleh lari dari memberi nasihat. Malah, dakwah itu adalah nasihat. Kita nampak kawan buka aurat, kita nasihat kawan tu. Kita nampak anak jiran buli kucing, kita nasihat anak jiran tu. Kita tahu adik tak solat, kita nasihat dia. Nasihat nasihat dan nasihat.

“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah.” (HR. Muslim )

Dan memberi nasihat itu bukan tugas para duat, tok imam dan pak lebai sahaja; ia adalah tanggungjawab setiap individu Muslim. Hadith dia atas menyuruh 'sesiapa di antara kamu' untuk menegur. Tidak pula dalam hadith diatas berkata 'para duat, tok imam dan pak lebai di antara kamu'. Bermakna kita semua memegang amanah untuk menegur.

Nasihat tu apa??
Nasihat datang dari perkataan “An Nush-hu” yang bererti memurnikan, membersihkan, juga berarti memperbaiki. Orang yang menasihati itu sebenarnya sedang cuba memperbaiki diri sendiri sambil mengajak juga orang lain kearah kebaikan. Tiada istilah 'aku takut nak tegur sebab aku pun bukan baik sangat' atau 'budak tu siapa nak tegur aku??'.

Agama itu berdiri atas nasihat. Kalau dibiarkan sahaja kemungkaran itu berlaku tanpa nasihat, runtuhlah agama. Saya menjadi kurang senang apabila 'menjaga tepi kain orang' itu dipandang sebagai perkara negatif. Kalau seorang individu Muslim itu tidak tahu rakannya sedang berada dijurang kemurkaan Allah, bagaimana dia hendak menegur? Nak tunggu jatuh dulu dalam kemungkaran baru hendak ditegur? Bukankah al-wiqayah khair min al-'ilaaj? Mencegah lebih baik dari mengubati? Kan?

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
[ali-Imran 3.104]

Para duat pun tak terlepas dari teguran. Jangan merasa diri lebih mulia dari mad'u, lalu mad'u itu jatuh kepada taraf 'tak layak menegur aku'. Sedangkan sahabat agung, Umar al-Khattab sendiri pun meminta dirinya ditegur.

Kalau aku memimpin kamu dengan mengikuti jalan Allah maka ikutlah aku... kalau aku memimpin kamu dengan tidak mengikut jalan Allah tegurlah aku
-Saidina Umar al-Khattab

Para duat,
kalaulah ada seorang mad'u kamu berkata, "Saya rasa akak tak dapat beri contoh tauladan kepada saya. Saya rasa Kak Murni(tidak dengan sesiapa ye...) dapat beri contoh tauladan lebih baik kepada saya berbanding akak."
Apakah reaksi kamu? Sedangkan kamu sering menasihati dia supaya berlapang dada menerima teguran, lapangkah dada kamu dalam menerima teguran dia?
Sedangkan kamu sering berkata mengenai
husnu dzon (bersangka baik), husnu dzon kah kamu bahawa dia berkata begitu hanya untuk menegur sesuatu kekurangan dalam dirimu?
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.
[61:2-3]

Jangan 'balas dendam' dengan menyindir dia. Jangan nafikan hak dia untuk menegur kamu dengan menggunakan segala dalil yang kamu hafal. Jangan bermasam muka. Kerana itu hanya akan menjauhkan dia dari kamu. Sebaliknya kembalilah berlapang dada dan ber-husnu dzon.
Wahai manusia, sesungguhnya saya berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah Yang Maha Agung dalam semua urusan dan keadaan. Sentiasalah bersama kebenaran dalam perkara yang kamu sukai atau benci. Sesungguhnya tiada kebaikan pada percakapan yang tiada kebenaran. Sesiapa yang berdusta, maka dia melakukan maksiat. Sesiapa bermaksiat, dia binasa. Berwaspadalah dengan kesombongan. Apa ertinya kesombongan pada hamba yang diciptakan daripada tanah, sedangkan kepada tanah dia kembali?
-Saidina Abu Bakar

p/s: Credits demi credits. Intermidiate demi intermidiate. Latin, Polska, dan Sociology. 46 hari lagi finals. Rabbuna yusahhil wa yunajjih lakum! La takhof. Innallaha ma'ana!(9:40)

Sunday, April 11, 2010

Usah berkabung terlalu lama

Kullu nafs zaaiqah al-maut.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(ali-Imran 3:185)



Turunlah bendera Poland separuh tiang. Tragedi kematian Presiden Poland serta beberapa orang penting dalan negara (baca berita disini) disifatkan sebagai musibah terbesar Poland selepas perang dunia ke-2.

Bayangkan, President negara, pemimpin angkatan tentera, gabenor bank, semuanya terbunuh dalam nahas tersebut. Saya bayangkan, kalau mana-mana negara nak jajah Poland sekarang ini, memang senang. Naudzubillah.....

"What will happen?" saya bertanya kepada tuan rumah saya. Kebetulan semalam dia datang hendak kutip sewa rumah.
"The people will point out a new president in 2 months," jawabnya.

2 bulan??? Lamanya! Satu tempoh yang terlalu panjang untuk membiarkan negara ini tiada pemimpin!

Tahu tak selepas kewafatan kekasih tercinta, junjungan besar Nabi Muhammad saw, perkara pertama yang dilakukan oleh para sahabat bukanlah menguruskan jenazah baginda. Para sahabat tidak sibuk-sibuk mengurus majlis pengkebumian atau berkabung. Tidak!

Walaupun Nabi Muhammad adalah insan yang paling mereka cintai, lebih dari diri mereka sendiri, tetapi mengurus jenazah baginda bukan perkara pertama mereka lakukan lepas kewafatan baginda. Sebaliknya mereka terus bermesyuarat untuk melantik pemimpin baru.

Nampak tak kepentingan adanya pemimpin atau khalifah itu? Kalau disingkapi kembali kisah Talut dan Jalut, benda pertama yang dipinta kaum Yahudi pun adalah supaya nabi Allah melantik satu pemimpin untuk mereka.

Penganut Kristian sedunia ada Pope sebagai pemimpin mereka. Bagaimana pula dengan khalifah untuk umat Islam? Sudah lebih 86 tahun khalifah umat Islam ditumbangkan dan dihalau dari tanah air sendiri bagai tiada maruah. Sudah terlalu lama tempat itu dibiar kosong. Masih berkabungkah kita? Ataupun kita tak sedar khilafah berjaya ditumbangkan?

Umat Islam hari ini lemah ketiadaan pemimpin. Hidup miskin tanpa pembelaan di Ethopia. Dihina dinegara sendiri apabila tentera kuffar datang menjajah di Iraq dan Afghanistan. Al-Quran dan Sunnah ditolak tepi. Masih sanggupkah kita untuk biarkan sahaja semua itu terus berlaku?

Para imam empat mazhab bersepakat mengatakan, wajib bagi umat Islam untuk mempunyai seorang khalifah. Selagimana umat Islam tiada khalifah, selagi itulah kita semua menanggung dosa, kecuali orang yang berusaha untuk menegakkan semula khilafah Islamiah.

Mari kita semua bersatu berdakwah, mengislah ummah. Jalan dakwah itu bukan mudah. Jangan takut, Jangan sedih. We have each other. Most importantly, we have Allah on our side!



nasyid oleh Mu'adz memang bagus untuk mereka yang mahu hafaz hadith!



This is Mahmud, a Palestinian boy I met at Wroclaw. I can communicate better with him in Arabic than Polish despite my tunggang-langgang-lame-dah-tak-guna Arabic. It hits me, how good it would be, the day that all muslims can communicate with each other in Arabic instead of English. I'm waiting for that day to come. Kena tunggu Islam jadi ustaziatul 'alam la yer....

Friday, April 9, 2010

Back to business

Lailahaillallah, Muhammadur Rasulallah...!

Alhamdulillah, balik sudah dari Spring Camp. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi. Betul kata ustaz, ada bezanya kita dengar ceramah mp3 ataupun usrah secara online dengan menuntut ilmu secara live. Mp3 seronok. Online memang pengubat hati. Seronok lagi kalau dapat secara live!

Sampai rumah, buku-buku menanti di atas meja. Masih belum punya kekuatan untuk mula membaca. Apalah punya alasan....Peperiksaan final makin hampir! Tolong jangan malas!

Ya, amalan jadi turumbang-ambing, tunggang-langgang. Sedangkan seorang mu'min itu sepatutnya tersusun urusannya (muwassafat tarbiyah ke-9 ye kawan-kawan).

Jalan keluar?? Buatlah jadual mutabaah amal!
It's a table, the one which you tick a box if you do the amalan that day. A good way to see if you missed (terlupa) an amalan.

Selamat beramal!

Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

p/s: Teringat pesanan Pakcik Roslan: Jangan sehari pun dilalui tanpa al-Quran. Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah sehari pun lupa tadarus al-Quran walaupun sibuk dengan urusan pentadbiran, kerana beliau tidak mahu menjadi generasi yang meniggalkan al-Quran.

Saturday, April 3, 2010

hurt

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (HR Ibn Majah)

Saya tertarik dengan Hadith ini. Dipetik dari artikel ini. Setiap kesabaran itu dinilai oleh Allah.

****

Trust is something which is so hard to gain, yet so easy to lose. I guess I'm being stupid here because I trusted people so easily. Now I'm taking it back, as easily as I gave it.
I'm not going to show the public how I feel. I can fake a smile, no problem. I can pretend everything is all right. Unfortunately I can't hide it from myself. I pray to Allah, to make it easy for me to face it, especially for the coming 5 days.

Ukhwah is more important to me than my feelings. I'm not going to let the devil be happy for he has not yet succeed in breaking the ukhwah. I'm just taking back my trust, that's it. But I will not leave the group. I believe everything is going to be ok. People can waste my effort, but Allah will never waste my patience in facing this. Allah will reward it.

Thanks for those who are being concern. I appreciated it a lot.
After all, sabar is the best medicine.

Ya Allah, kuatkan aku!

p/s: The original post is really controversial. So I edited it. Huhuhuhuahahaha:)

Friday, April 2, 2010

Yang itu kan lebih indah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

Ya. Allah itu ar-Rahim; Maha Pemurah. Sangat pemurah untuk mengurniakan nikmat kepada makhluk-makhluk ciptaan-Nya, walaupun mereka berlaku kufur.

Betul. Allah itu ar-Rahim; Maha Penyayang. Menyayangi makhluk ciptaannya, walaupun mereka tidak sudi menerima kasih-Nya.

Kejam dan zalim adalah sifat berlawanan kepada sifat penyayang. Penyembah Tuhan itu haruslah membesarkan sifat penyayang itu. Amatlah tidak sesuai bagi penyembah Allah yang Maha Penyayang itu bersifat zalim, sedangkan Tuhan yang mereka sembah itu tidak zalim, malah menegah kezaliman.

Peristiwa Isnin lalu sedikit menimbulkan ketakutan di hati saya. Peristiwa pengeboman di Moscow, yang didakwa dilakukan oleh dua orang Muslimah atas nama jihad. Dari satu sudut, tindakan itu zalim, kerana membunuh orang awam yang tak bersenjata. Tapi dari sudut yang lain, tindakan itu semacam wajar, kerana memang Soviet telah berlaku kejam terhadap penduduk Chechnya. Jadi kejam dibalas kejam. Baru square.

Apa-apa pun, tindakan itu dengan jayanya telah menambahburukkan nama Islam. Telah menjadikan Islam terfitnah. Bukan Islam sebegitu yang kita hendak tunjukkan kepada dunia. Bukan!

Mungkin betul, kami tak mengerti apa yang kamu alami. Mungkin teruk kamu dizalimi soviet, sampai tak tertahan, mendorong kamu untuk melakukan suicide bombing itu. Tapi kan sabar itu lebih baik. Bukankah Allah dah berjanji akan menolong orang yang sabar? Bersabarlah! As-sabran jameel! Sabar itu indah! Bersabarlah menunggu ummah terislah. Saat itu akan datang pembelaan bagimu, insyaAllah.


"Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika di antaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Anfal 8:66)

Lagipun, dapatkah cara suicide bombing itu menyelesaikan masalah? Atau lebih memburukkan masalah? Atau mungkinkah itu sebagai teguran kepada ummah yang masih belum sedar wujudnya saudara mereka yang dizalimi tanpa pembelaan di Chechnya?

Saya menjadi takut untuk menghadapi mayarakat Warsaw esoknya. Macam-macam bermain di fikiran malam itu. Tanpa peristiwa pengeboman pun kami boleh dilempar dengan sampah sarap. Entah apa pula mereka lakukan selepas peristiwa ini.

Bertenang....bertenang....Segelintir sahaja warga Warsaw bersikap sedemikian. Most of them are very nice :)
Kenapa nak takut pada makhluk sampai begitu sekali? Bukankah takut kepada Allah itu lebih baik?

".....Apakah kamu takut kepada mereka, padahal Allah-lah yang lebih berhak untuk kamu takuti, jika kamu orang-orang yang beriman." (At-Taubah 9:13)

Walaupun Muslim sedunia dilabel sebagai pengganas hanya kerana tindakan segelintir Muslim yang lain, tak perlulah kita pula nak melabel semua penduduk Poland sebagai agresif hanya kerana tindakan segelintir dari mereka.
Itu namanya zalim. Berlawanan dengan sifat adil, yang dianjurkan Islam.

Teringat pula rentetan peristiwa penentangan pembinaan masjid di Warsaw. Demonstrasi sana sini. Saya bimbang dengan peristiwa ini, semakin kukuh alasan mereka untuk menentang pembinaan masjid itu. Saya berdoa agar pembinaan masjid tersebut berjalan dengan lancar.

“Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzab 33:59).
Tahu tak wanita Muslim lebih cenderung menerima 'cabaran' daripada lelaki Muslim?
Nampak tak ayat yang saya garis itu? Memandangkan kami mengenakan tudung, memang betullah, kami mudah dikenali sebagai wanita Islam. Apabila orang yang mempunyai 'penyakit dihatinya' terpandang kami, dia tahu kami Muslim tanpa ragu-ragu. Rasa macam target untuk dilempar pula......

Dengan menyebut nama Allah, dan berbekalkan ayat kursi, saya melangkah keluar pergi kelas.

Sampai Srodmescie, tiada apa-apa berlaku.

Sampai anatomicvm, tiada apa-apa berlaku.

Sampai zlota 7, pun tiada apa-apa berlaku.

Alhamdulillah....

Hmm.....sedikit pelik sebenarnya.....

A: Weh, aku pelik sebenarnye. Aku bajet kene baling hari ni. Tak pun Diorang menjerit-jerit panggil aku al-Qaeda lagi ke, mencarut lagi ke. Takde pun! Pelik!
B: Alah. Poland kan kene jajah dengan Russia dulu. Diorang Hepi lah Russia kene bom...

Ahha! Betul! Patutlah! Terlupa sejarah Poland. Hehe....
Mari dalami sedikit sejarah Poland.
Well, this film is a lil bit slow, but you can learn something from it. Mass massacre in Katyn forest!