Friday, February 26, 2010

Do you know him?

Bismillah.....

Huaa~~~ Blog memanggil-manggil untuk di-update. Janji pada diri untuk update paling kurang sekali seminggu hampir dimungkiri. Exam sana exam sini. Tapi saya takkan salahkan rakan-rakan karib saya, Si Anatomi, Si Embriologi mahupun kawan baru saya, Si Sosiologi. Mereka bukanlah pencuri masa saya. Sayalah sebenarnya yang mencuri masa sendiri. Setiap orang di muka bumi Allah yang luas ini diberi 24 jam sehari. Tak lebih tak kurang. Jadi kenapa orang lain sempat saja nak update, tapi saya tidak? Dan ingatlah, setiap detik masa kita, setiap perkara yang kita lakukan untuk mengisi masa lapang, semuanya akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Dua kaki hamba tetap (tidak bergerak) di mahsyar, sehinggalah disoal tentang empat perkara; usianya yang dihabiskan, usia mudanya yang digunakan, harta bendanya; dari mana dan ke arah mana dibelanjakan, dan ilmunya, dengan apa dilakukan [HR Thabarani]

Apa lagi, mari 'sedekahkan' sedikit masa. Banyak pahala tau.


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [al-Baqarah 2:261]


Secara bandingannya, masa pun boleh disedekahkan tau. Kalau kita luangkan masa untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat, katakan seorang pembaca dapat manfaat dari hasil penulisan kita, lepas itu dia berkongsi dengan orang lain, dan orang lain itu berkongsi dengan raaaamai lagi orang lain. Yang menariknya, semua pahala itu kembali kepada kita. Waaaahhh!! Untung! Tak rugi sedikit pun! Ahaha....

Semenjak mula semester 2 ni, sibuk menjadi-jadi. Terganggu jadual makan saya. Biasanya kalau orang tempatan on-the-go, mereka akan 'sambar' makanan yang jual di kedai-kedai kecil tepi-tepi laluan tu. Bagi mereka, makan sambil berjalan tu perkara biasa. Tapi bagi saya, itu masalah BESAR. Mana boleh makan sambil berdiri! Apatah lagi sambil berjalan. Nabi tak ajar. Malah nabi larang!


Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda:Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” beliau menjawab: “Itu kebih buruk lagi”. (HR.Muslim dan Turmidzi)

Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kalian minum sambil berdiri ! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan !” (HR. Muslim)

Saya cinta Rasulallah. Saya kasihkan Nabi Muhammad. Saya berusaha sedaya mampu turuti sunnahnya. Biarpun sekecil-kecil perkara macam kes makan berdiri ni.


Dari Anas bin Malik rasulallah bersabda: "Kamu tidak beriman sehingga Allah dan RasulNya lebih dicintai dari yang lain" [HR Bukhari dan Muslim]


Baginda sangat kasihkan umatnya. Sehingga hujung nyawa baginda pun, teringatkan kita. Sangat risau dengan fitnah yang akan menimpa kita setelah baginda wafat.


"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin." (At-Taubah 9:128)


Sangat cinta baginda kepada kita. Tapi kita balas cinta baginda dengan mempersendakan sunnah baginda.Begitu payah baginda berdakwah, tak hirau sakit, tak hirau cacian atau makian, semuanya supaya Islam sampai kepada kita. Tapi kita balas pengorbanan itu dengan mengingkari perintah Allah yang baginda susah payah sampaikan.

Mengaku cinta Rasulallah? Kalau cinta, kenapa tak selalu terbayang-bayang? Kenapa tak selalu teringat? Pergi konsert Lady Gaga. Banggakah Rasulallah kalau dia tengok?

Mengaku kasihkan Nabi Muhammad? Kalau kasih, kenapa tak hargai pengorbanan baginda? Kenapa tak terasa langsung kesusahan baginda? Kenapa tak mahu teruskan dakwah dan perjuangan baginda menyebarkan Islam? Jangan mengeluh kerana tak tahan ujian. Ujian baginda lagi besar!

Mengaku rindu baginda? Kenapa tak cuba contohi akhlaq mulia baginda? Kenapa tak teladani sifat baginda yang tenang dan pemaaf? Kalau bertelagah, mulalah keluar 'carut-mencarut', mulalah tak bertegur sapa. Sampai berpecah umat. Itukan yang diajar baginda?

Betulkah cinta Rasul? Betulkah kasihkan baginda? Atau takut kalau mengaku tiada perasaan, nanti takut orang kata kita tak cukup beriman...?

Mak saya pernah tanya dulu, kalau kita hidup zaman baginda dulu, adakah kita tergolong dalam kalangan pengikut Rasulallah, atau kita termasuk pengikut Abu Jahal? Naudzubillah....

Betulkah cinta? Betulkan rindu? Betulkah kasih? BUKTIKAN!!



No comments:

Post a Comment