Sunday, February 28, 2010

Missing you...

If the Prophet(saw) among us, how will we be?
What will he says if he comes and see our bad condition?
If he comes and sit alone with you, what will you say to him?

Ya Rasul.... we miss you a lot... :(


Saturday, February 27, 2010

Hi everyone! I'm just having my monthly breakdown @_@



Maakkk saya tengah study. Apaaakkkk!!! Saya study..! huaa~~
Ya Allah, bantulah aku. Hindarkanlah kemalasan yang makin subur dalam diri ini ya Allah!

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: "orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya, sehingga adalah kesudahannya itu di dalam syurga"
[H.R Tirmidzi]


Friday, February 26, 2010

Do you know him?

Bismillah.....

Huaa~~~ Blog memanggil-manggil untuk di-update. Janji pada diri untuk update paling kurang sekali seminggu hampir dimungkiri. Exam sana exam sini. Tapi saya takkan salahkan rakan-rakan karib saya, Si Anatomi, Si Embriologi mahupun kawan baru saya, Si Sosiologi. Mereka bukanlah pencuri masa saya. Sayalah sebenarnya yang mencuri masa sendiri. Setiap orang di muka bumi Allah yang luas ini diberi 24 jam sehari. Tak lebih tak kurang. Jadi kenapa orang lain sempat saja nak update, tapi saya tidak? Dan ingatlah, setiap detik masa kita, setiap perkara yang kita lakukan untuk mengisi masa lapang, semuanya akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Dua kaki hamba tetap (tidak bergerak) di mahsyar, sehinggalah disoal tentang empat perkara; usianya yang dihabiskan, usia mudanya yang digunakan, harta bendanya; dari mana dan ke arah mana dibelanjakan, dan ilmunya, dengan apa dilakukan [HR Thabarani]

Apa lagi, mari 'sedekahkan' sedikit masa. Banyak pahala tau.


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [al-Baqarah 2:261]


Secara bandingannya, masa pun boleh disedekahkan tau. Kalau kita luangkan masa untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat, katakan seorang pembaca dapat manfaat dari hasil penulisan kita, lepas itu dia berkongsi dengan orang lain, dan orang lain itu berkongsi dengan raaaamai lagi orang lain. Yang menariknya, semua pahala itu kembali kepada kita. Waaaahhh!! Untung! Tak rugi sedikit pun! Ahaha....

Semenjak mula semester 2 ni, sibuk menjadi-jadi. Terganggu jadual makan saya. Biasanya kalau orang tempatan on-the-go, mereka akan 'sambar' makanan yang jual di kedai-kedai kecil tepi-tepi laluan tu. Bagi mereka, makan sambil berjalan tu perkara biasa. Tapi bagi saya, itu masalah BESAR. Mana boleh makan sambil berdiri! Apatah lagi sambil berjalan. Nabi tak ajar. Malah nabi larang!


Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda:Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” beliau menjawab: “Itu kebih buruk lagi”. (HR.Muslim dan Turmidzi)

Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kalian minum sambil berdiri ! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan !” (HR. Muslim)

Saya cinta Rasulallah. Saya kasihkan Nabi Muhammad. Saya berusaha sedaya mampu turuti sunnahnya. Biarpun sekecil-kecil perkara macam kes makan berdiri ni.


Dari Anas bin Malik rasulallah bersabda: "Kamu tidak beriman sehingga Allah dan RasulNya lebih dicintai dari yang lain" [HR Bukhari dan Muslim]


Baginda sangat kasihkan umatnya. Sehingga hujung nyawa baginda pun, teringatkan kita. Sangat risau dengan fitnah yang akan menimpa kita setelah baginda wafat.


"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin." (At-Taubah 9:128)


Sangat cinta baginda kepada kita. Tapi kita balas cinta baginda dengan mempersendakan sunnah baginda.Begitu payah baginda berdakwah, tak hirau sakit, tak hirau cacian atau makian, semuanya supaya Islam sampai kepada kita. Tapi kita balas pengorbanan itu dengan mengingkari perintah Allah yang baginda susah payah sampaikan.

Mengaku cinta Rasulallah? Kalau cinta, kenapa tak selalu terbayang-bayang? Kenapa tak selalu teringat? Pergi konsert Lady Gaga. Banggakah Rasulallah kalau dia tengok?

Mengaku kasihkan Nabi Muhammad? Kalau kasih, kenapa tak hargai pengorbanan baginda? Kenapa tak terasa langsung kesusahan baginda? Kenapa tak mahu teruskan dakwah dan perjuangan baginda menyebarkan Islam? Jangan mengeluh kerana tak tahan ujian. Ujian baginda lagi besar!

Mengaku rindu baginda? Kenapa tak cuba contohi akhlaq mulia baginda? Kenapa tak teladani sifat baginda yang tenang dan pemaaf? Kalau bertelagah, mulalah keluar 'carut-mencarut', mulalah tak bertegur sapa. Sampai berpecah umat. Itukan yang diajar baginda?

Betulkah cinta Rasul? Betulkah kasihkan baginda? Atau takut kalau mengaku tiada perasaan, nanti takut orang kata kita tak cukup beriman...?

Mak saya pernah tanya dulu, kalau kita hidup zaman baginda dulu, adakah kita tergolong dalam kalangan pengikut Rasulallah, atau kita termasuk pengikut Abu Jahal? Naudzubillah....

Betulkah cinta? Betulkan rindu? Betulkah kasih? BUKTIKAN!!



Friday, February 19, 2010

Farsh at-Turaab

Salah satu komponen dalam diri manusia ialah emosi. Sedih, gembira, puas hati, geram, benci, semuanya, secara umumnya bawah skop perasaan dan emosi. Penting tau emosi. Bayangkan kalau tiada perasaan kasih, maka terjadilah pertumpahan darah. Kalau tiada naluri protective, umat Islam tak kisah pun kalau agama suci ini dihina.

Kalau orang yang kenal saya, mereka tahu saya ni tak berapa berperasaan. Itu kelemahan besar saya. Saya tak pernah menangis kalau tengok drama, atau baca novel. Kerana pada saya, air mata itu mahal. Bukan senang-senang boleh ditumpahkan atas perkara tidak perlu. Tapi saya ingat lagi, saya menangis waktu masuk sekolah baru dulu selepas pertama kali tengok pelajar senior buat persembahan tarian. Waktu itu saya menangis kerana betapa nilai wanita Islam tak dipedulikan, sehingga boleh buat persembahan yang mempamerkan aurat dan melenggok-lenggokkan badan dihadapan lelaki yang tidak halal bagi mereka. Saya menangis kerana amaran azab Allah dilupakan.


“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti punuk onta. Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya. Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.”[HR. Imam Muslim].

Saya menangis kerana benda-benda begini. Tapi sebab kurangnya perasaan, saya tak tahu nak buat macam mana kalau kawan merajuk atau sedih. Saya tak tahu nak cakap apa kalau ada kematian berlaku dalam keluarga rakan.

Sewaktu mengkhabarkan berita yang saya akan melanjutkan pelajaran ke bumi Poland, wan saya menangis. Saya tak rasa sedih pun, tapi wan sedih nak berpisah dengan cucunya yang seorang ni. Dia cuba katakan sesuatu pada saya, tapi saya tak faham. Wan lumpuh separuh badan. Nak bercakap pun tak mampu. Dia menangis, saya tak tahu nak buat apa.

Waktu kami sepupu-sepapat masih kecil, wan lah yang menjaga. Tapi adik-beradik saya jarang dihantar ke rumah wan kerana mak tak mahu menyusahkan wan. Mak kata, cukuplah wan dah jaga mak adik-beradik dulu. Sekarang bagi wan berehat pula. Berkat didikan wan, mak berusaha menjadi anak yang solehah.

Sebelum diserang stroke, wan cukup dikenali satu kampung. Apa tidaknya, dia ringan mulut. Mudah mesra. Semua yang ditemuinya pasti ditegur. Tak disangka nikmat itu ditarik pantas; wan langsung tak boleh bercakap. Itu 11 tahun lalu.


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185)


Saya jarang menerima berita kematian ahli keluarga. Jadi apabila saya menerima berita macam tu, saya tak tahu nak buat reaksi macam mana. Saya teruskan kelas anatomi sampai malam. Saya berborak dengan rakan macam biasa. Saya solat macam biasa. Saya nak buat solat jenazah ghaib tapi saya tak tahu. Saya mampu sedekahkan al-Fatihah sahaja.

When tears don't bleed the heart has failed


Saya tak menangis semalam. Hari ni rasa macam nak menangis pula. Menangis kerana sedih dengan keadaan diri sendiri yang tak berperasaan barangkali.

Saya doakan semoga roh wan ditempatkan bersama roh orang soleh.


Monday, February 8, 2010

saya sayang warsaw :)

Saya sangka Istanbul tak sesejuk Warsaw. Suhu cuma 9 degree nak dibandingkan dengan warsaw yang -9 degree. Tak sangka hujan dan angin sepanjang masa berjaya membuatkan saya menggigil setiap kali keluar hotel....

Saya sangka saya takkan kena jetlag. Sebab penerbangan lebih kurang 2 jam sahaja nak dibandingkan dengan penerbangan 13 jam ke Paris dulu. Tak sangka dahsyat juga jetlag kali ni....

Seperti dulu, sewaktu penerbangan ke Paris, saya sangka malam terpanjang saya adalah 13 jam. Sebab apabila perjalanan kita mengarah ke barat, kita ibarat lari dari matahari. Tak sangka saya musim sejuk di Warsaw malamnya hampir 17 jam...

Banyak sebenarnya benda yang kita tak sangka. Kita sangka perkara yang datang kepada kita adalah yang terbesar; kita sangka tiada lagi perkara yang lebih besar dari apa yang menimpa kita. Seperti nikmat syurga, kita tak bersungguh-sungguh mengejarnya kerana kita tak nampak. Begitu juga azab Allah. Kita tak berwaspada mengelak dosa kerana kita tak nampak betapa pedihnya azab Allah tu kan. Tapi apabila dah kena baru nak menyesal, sedangkan penyesalan ketika itu dah tak berguna.


"Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab: 'Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik'." (Az-Zumar 39:58)

Saya tak sangka saya akan beli CD Native Deen dan Sami Yusuf: Without You di Istanbul, sedangkan berkali-kali saya jenguk kedai CD di PKNS Shah Alam dulu tapi tak beli. I'm enjoying 'em! :)


Waking up in the morning, gotta make my prayer
Am I really gonna' make it, when there is no one there?
Taking trips to the masjid, even when it's tough
Am I going for the sake of Allah? Am I showing off?
Gonna' get me the knowledge, gonna study Islam
Am I going just to build my ego? so they call me “the Man”?

Giving talks on Islam to people
I'd be quoting Hadith and Qur'an
Am I speaking so they like how I'm speaking? and they say I'm “the Bomb”

Are my Intentions alright?
Am I doing for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?

-Intentions, Native Deen