Sering sahaja terjadi di negara kita kecemasan-kecemasan seperti seorang pakcik yang tiba-tiba diserang sakit jantung, atau seorang kanak-kanak dalam lingkungan 10 tahun terkena sawan, atau kes yang paling biasa di negara kita, kemalangan jalan raya. Kalau kes kecemasan, pihak pusat perubatan akan menghantar ambulan. Dapat mengurangkan mortality rate katanya.
Dalam sebuah ambulan, ada 3 atau 4 watak.
1. Seorang MD (Medical Doctor)
2. Seorang PM (Paramedic)
3. Seorang EN (Emergency nurse)
4. Seorang Driver
Ini Siapakah yang paling penting dalam ambulan?
Adakah doktor yang paling penting? Kerana doktorlah yang paling tinggi pelajarannya, dan dialah yang sepatutnya tahu apa nak dibuat dengan pesakit?
Adakah Emergency nurse yang paling penting? Kerana kalau nurse tiada, siapa yang boleh bantu doktor? Takkanlah doktor nak buat kerja seorang kan?
Adakah Paramedic yang paling penting? Kerana Paramedic sudah betul-betul terlatih untuk menangani situasi kecemasan dan paling pakar dalam hal ini?
Takkanlah pemandu ambulan yang paling penting.....Sijil pun tak setinggi doktor...Tak pula dilatih seperti Nurse dan Paramedic....
SALAH
PEMANDU AMBULAN LAH YANG PALING PENTING.
Kerana tanpa pemandu yang cekap, tidak ada sesiapa yang boleh memandu jururawat, paramedik, mahupun doktor kepada pesakit.
Tanpa pemandu, kepakaran jururawat, paramedik, dan doktor yang belajar 6 tahun tu tidak berguna.
Doktor termenung dalam ambulan, pesakit pun mati di tempat kejadian. Naudzubillah....
Cekap pemandu tu, insyaAllah cepatlah sampai ke lokasi kecemasan.
Malas pemandu tu, pudarlah harapan pesakit itu....
Nampak kecil kan peranan pemandu? Hakikatnya, itulah yang paling penting.
Sama juga macam satu syakikat surat khabar. Kejayaan pekerja-pekerja yang bekerja keras dan dibayar gaji tinggi dalam syarikat berkenaan bergantung kepada penghantar surat khabar yang berumur 10 tahun.
Rajin budak tu, banyaklah surat khabar boleh diedarkan.
Malas budak tu, sikit sajalah yang dapat diedar dan disebarkan.
Nampak kecil dan tak penting, tapi sebenarnya itulah nadi kepada perkara yang lebih besar!
Semuanya telah tertulis dalam Quran mahupun Sunnah. Islam telah pun disebarkan kepada kita. Terpulang sekarang kepada kita untuk terus menyebarkan. Kalau tidak, semuanya akan terhenti pada kita kerana kita memilih untuk tidak menyebarkan. Kalau dakwah ini mati, kalau Islam terus menerus dipandang lemah, salahkanlah diri sendiri, kerana diri sendiri yang membuat keputusan untuk baik sendiri-sendiri dan tak mahu sebarkannya.
Walaupun peranan kita dalam membangunkan kembali Islam nampak sangat kecil, hakikatnya kitalah nadinya, kitalah penggeraknya.
Kejayaan di hujung jalan ini sebenarnya bergantung kepada kesungguhan kita.
Kalau setiap insan yang menggelar diri mereka individu Muslim dan mencintai agama ini memilih untuk duduk dan lihat sahaja, susahlah.
Cita-cita dah tinggi, baguslah. Tapi usaha? Anyone? Who's with me?
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah padanya? Dan (ingatlah), Allah tidak akan sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan." (2: 140)
No comments:
Post a Comment