Thursday, December 17, 2009

Mari berhijrah =)

Pagi-pagi sy bangun, jenguk luar tingkap, segala-galanya putih. Subhanallah! Sungguh tenang dan damai melihat suasana begitu. Kerana rasanya salji ni serap bunyi agaknya, jadi keadaan macam sunyi dari biasa. Kesimpulannya, hari ni putih dan tenang =). Salji sangat2 tebal. 9 tahun lalu sy pernah merasai salji setebal 3 inci di Korea. Tapi kali ini bukan sekadar 3 inci. Jaaaaaaauhhhh lagi tebal dari itu!
12 tengahari, sy bergerak ke kelas. Meredah salji. Terkedek2. Berjalan atas salji macam berjalan atas tepung. Satu langkah, kaki tenggelam. Tapi kena teruskan melangkah. Sekali sekala terpijak 'salji-ais', rasa nak tergelincir. Alhamdulillah, nasib baik bersiap sedia dengan snow boot yg mempunyai tapak yang mantOp, menyelamatkan sy dari terjatuh. Snow flakes dan angin yang sangat2 sejuk menyerbu muka. Sampai kabur mata, tak boleh nak buka. Jalan 100 meter, dah mengah. Nanti bila dikenang-kenang kembali, ia akan jadi satu pengalaman yang manis untuk diceritakan!
Jalan dakwah bukan jalan yang mudah. Satu langkah kita dalam dakwah, sudah ada cabarannya. Tapi kena terus menyeru. Sekali-sekala terkena hasutan syaitan, sampai lalai dan hampir tergelincir dari jalan yang benar, sebab itu perlukan bekalan ilmu, iman, dan doa kepada Alah agar selalu tetapkan hati dalam keimanan untuk menyelamatkan kita dari terus terjatuh. Pelbagai ujian berupa kepahitan mahupun kesenangan datang menyerbu, sehinggakan rasa tak mampu lagi nak tanggung. Mengah dengan dakwah. Tapi du'at sekalian, jangan berputus asa, kerana dalam kesengsaraan itu ada kemanisan, yang tak mungkin dapat dirasai tanpa melalui semua kesusahan terlebih dahulu. Itukan janji Allah!
Bekalan jalan ini hanyalah TAQWA. Merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan janji Allah yang pasti benar.


jalan yang penuh cabaran.......



  • Agama hanya dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam dirinya
  • Bahagia hanya dapat dirasakan oleh orang yang membela keimanan, kebenaran dan keadilan
  • Kemenangan hakiki hanya diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban dan kuat menahan penderitaan
  • Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah
  • Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keduanya
  • Belajarlah memfanakan diri demi kepentingan cit-cita dan agama

(Usrah dan Dakwah- asy-Syahid Imam Hassanal-Banna)





Salji yang menginsafkan~

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: apakah penggilapnya wahai Rasulallah? Rasulallah menjawab: membaca al-Quran dan mengingati mati." (HR Baihaqi)

Sy berdoa agar Allah membersihkan hati seluruh umat Islam sebersih-bersihnya pada permulaan tahun ini dan seterusnya agar kita semua dapat menjadi hamba yang dikasihinya.

"Baharukanlah iman kalian. Rasulallah ditanya, bagaimanakah kami mahu memperbaharui iman kami? Baginda menjawab: banyakkanlah menyebut 'La ilaha illAllah'" (HR Ahmad)


Sy berdoa agar iman sy diperbaharui, agar tetap dalam jalan yang diredhai-Nya.

Sy berdoa agar orang-orang rumah sy dapat menjadi Muslimah-muslimah yang dapat meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Huhu....

Mari kita berhijrah kearah yang lebih baik!

Selamat Tahun Baru Hijrah =)

No comments:

Post a Comment