Wednesday, December 16, 2009

Ia mengejar!

Sepertimana 'anak-anak' Dr. Maciej kelam-kabut tak tentu arah setiap kali sebelum kelas anatomi, seperti itulah saya setiap kali sebelum kelas histologi. Pensyarah histologi dan anatomi sy mempunyai nama yang sama, tapi kedua-duanya mempunyai personaliti berbeza. Pensyarah histologi sy ni, kalau tak kena mood dia pada hari itu, habislah kami semua. Dia suka tanya soalan-soalan yang jawapannya tak terdapat dalam buku. Kadang-kala kalau soalannya tak dapat dijawab, dia akan berkata, "Oh, i'm surprised you dont know this. SHAME ON YOU. YOU SHOULD KNOW THIS BEFORE YOU ENTER THE MEDICAL SCHOOL."



Tembakan yang pedas lagi tajam mengena ke hati.......



Jadi beberap hari sebelum kelas histologi, sy akan mengurung diri alam bilik. Berusaha untuk bersedia untuk kelas. Supaya jika ada apa-apa soalan ditanya, sy akan dapat jawab insyaAllah.



Pensyarah anatomi sy pula seorang doktor muda yang sangat baik hati. Oleh kerana baiknya doktor itu, kami tak suka menghampakannya. Kalau kami tak dapat jawab soalannya, dia tak marah, tapi dari riak wajahnya, sy dapat lihat dia tak berpus hati pelajarnya tak bersedia ke kelas, seperti tak menghargainya. Jadi kami sentiasa berusaha untuk bersedia untuk kelas anatomi.



Alangkah baiknya kalau sy dapat mengaplikasikan semua ini untuk bersedia menemui Allah. Alangkah baiknya kalau kita berusaha sentiasa berada dalam keaadaan bersedia untuk menghadapi mati. Supaya nanti dalam kubur, dapat kita menjawab soalan Munkar dan Nakir. Menjadi hamba yang selalu bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah telah berikan.



"Tiap-tiap yang berjiwa, akan merasai mati..."(29:57)



Bezanya, kelas anatomi dan kelas histlogi sy tahu bila. Tapi mati bila??

Mahu tak mahu, kenalah bersedia 24 jam!



Ramai orang kata mencintai kehidupan yang sihat, tapi banyak makan makanan yang membahyakn kesihatan, malah berani menghisap rokok. Begitu juga ramai orang yang kata takut mati, tapi tak pernah bersedia untuk menghadapinya. Masih liat nak tinggalkan maksiat. Masih berat nak sujud kepada Allah. Masih banyak perkara lagha alam hidupnya daripada perkara yang mengingatkannya kepada Allah. Masih susah untuk berenggang dengan dunia hiburan yang semakin menjadi nafas seharian.



Persediaan menghadapi mati perlu dilakukan dengan cinta. Hanya apabila wujud rasa cinta kepada Allah, kita akan bersedia untuk mati. Orang yang mencintai Allah, tak sabar untuk bertemu-Nya. Orang yang mencinta dunia, benci kematian kerana kematian akan memisahkannya dari dunia yang dicintainya, dan takut dengan pertemuan dengan Allah kerana tahu bagaimana kesudahannya.



"Barangiapa yang menyukai pertemuan dengan Allah, nescaya Allah menyukai pertemuan dengannya. Dan baransiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, nescaya Allah membenci pertemuan dengannya" (HR BUKHARI)



Tetapi tak bermakna kita harus berkurung dalam bilik, solat dan baca quran 24jam untuk mempersiapkan diri menghadapi mati. Jangan sempitkan skop ibadah hanya trhadap solat dan baca al-Quran. Belajar juga ibadah. Sidai kain pun ibadah. Masak pun ibadah, kalau semuanya niat kerana Allah dan dilakukan dngan cara yang tak bertentangan dengan syara'.



Seperti kata Sidina Umar Al-Khttab: "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Bekerjalah kamu seola-olah kamu akan hidup selama-lamanya."



Beberapa hari lepas sy dikejutkan dengan kematian suami ukhti Teh dari seorang ukhti dari German. Kemalangan beberapa jam selepas pernikahannya. Sy tak pernah bersua muka dengan ukhti Teh. Sekadar tahu beliau bersama dalam perjuangan dan dakwah ini. Akhawat di Malaysia memberitakan ukhti tenang dan masih boleh berbicara walaupun dalam keadaan yang sangat sedih. Sy kagum dengan ketabahan dan kekuatan ukhti Teh dalam menerima musibah ini. Begitulah, hati yang sentiasa mengingati Allah akan sentiasa tenang dan redha menerima ujian-Nya.



Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah untuk akh Mohd Ariff, kedua-dua ibubapanya, dan sahabatnya yang terkorban dalam kemalangan itu....

Sy pun tak pasti sy bersedia atau tidak untuk mati. Cukuplah kematian menjadi pengajaran buat kita....

".....Ya Allah timbulkanlah rasa cinta kami kepada iman serta hiasilah ia dalam hati kami, dan timbulkanlah rasa benci kami terhadap kekufuran, kefasikan dan penderhakaan serta jadikanlah ami dari kalangan yang mendapat bimbingan. Ya Allah, matikanlah kami sebagai orang Islam an hidupkan kami sebagai orang Islam serta temukanlah kami dengan orang-orang yang soleh tanpa merasa hina dan terfitnah....."

No comments:

Post a Comment