Friday, November 27, 2009

cinta dan pengorbanan

Malam raya. Lepas kelas anatomi, terus pasang takbir raya. Bergema diseluruh pelusuk rumah. Kerja masak memasak pun bermula. Sy ni bukanlah seorang yang rajin nak masak. Lagi-lagi mengenangkan ade credit anatomi Selasa depan.

Tapi dah orang rumah nak sangat makan rendang, sy pun masuk dapur. Ikhlaskan niat! Itu yang penting. Kalau tak, apa pun yang kita buat tak ada ganjarannya.

Rasulullah SAW sendiri menasihatkan kepada kita, “Bahwa sesungguhnya amal itu tergantung kepada niatnya dan bagi seseorang adalah apa yang ia niatkan. ” HR Bukhari.

Mula-mula rendang. Sementara nak tunggu masak, buat nasi himpit. Himpit nasi panas dengan Netter's Atlas of Human Anatomy. Hua3~
Ada yang terlebih rajin, buat trifle.

Pagi-pagi lepas subuh, terus bertolak ke meczet (masjid). Jauh masjid tu. Setiap langkah ke rumah Allah, kita akan diganjarkan dengan pahala. Kira setiap pusingan roda bas dan trem tu, kami dapat pahala. Hehehehe....

Khutbah dalam Bahasa Arab dan Polski. Bahasa Arab sy masih boleh faham sedikit. Khutbah Polski, sepatang arang sy tak faham. Khatib mengingatkan kita agar prihatin dengan umat Islam di Palestin, agar berkongsi kepahitan bersama.

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, menyayangi dan bertolong-tolongan di kalangan mereka, umpama satu tubuh, apabila sakit satu anggota tubuhnya akan terasa pula anggota yang lain sehingga tidak dapat tidur malam dan demam” HR. Bukhari dan Muslim

Di negara yang tak ramai umat Islam ini, cukup manis apabila bertemu dengan saudara saudari seagama. Hari ini, terjumpa sahaja muslimah bertudung, semua menghulurkan tangan, bersalaman dan memberi ucapan 'Eid Mubarak'. Kemanisan Ukhwah!



Dalam seronok menyambut hari raya, sy terlupa. Cerita Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Dengar berulang kali cerita ini pun, sy tak bosan.

Baru sahaja mendapat anak, Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan isterinya dan anaknya yang masih bayi di tengah-tengah padang pasir tiada penghuni.

Tidak pula isterinya, Hajar, menganggap Ibrahim AS suami yang kejam dan tidak bertanggungjawab. Dia tahu, semuanya perintah Allah. Perlu dilaksanakan.

Setelah bertahun lamanya, baru Nabi Ibrahim dapat berjumpa dengan anaknya, Ismail, yang telah besar. Datang pula perintah Allah supaya anaknya itu disembelih.

Tidak pula Ismail AS menganggap ayahnya gila, kejam dan tidak berhati perut. Sudahlah ditinggalkan anak di tengah-tengah padang pasir, apabila bertemu, hendak disembelih pula. Tak masuk akal! Namun dia tahu, semuanya perintah Allah. Perlu dilaksanakan.

Perintah Allah wajib dipatuhi. Peristiwa itu menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Kita adalah hamba. Tak berhak untuk mempersoalkan perintah Allah. Walaupun hikmah di sebalik perintah itu tak difahami, tetap wajib dilaksanakan.

Tak keterlaluan jika sy katakan, majoriti umat Islam hari ini menyambut hari ini tanpa menghayati kisah di sebaliknya. Akhirnya sambutan tinggal sambutan. Tiada kesan di hati.

Kenapa nak pakai tudung? Kalau sy tak cantik, tiada apa sy nak sembunyikan disebalik tudung itu. Lagipun orang yang pakai tudung tak semestinya baik.

Tapi itu perintah Allah.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...."(An-Nur:31)

Logik atau tidak, wajib dilaksanakan. Kalau tak, berdosa

Sealam sahabat non-muslim sy tanya, kenapa nak puasa? Kan kalau puasa badan letih. Satu kerja pun tak jalan nanti.

Tapi Allah sunatkan umat Islam berpuasa hari itu. Kami nak cari keredhaan Allah.

Mampukah kita untuk tunduk pada setiap perintah Allah tanpa mempersoalkannya?
Kuatkah kita sekuat Ibrahim AS, Ismail AS dan Hajar?
Sanggupkah kita korbankan masa, harta, malah nyawa kerana Allah?
Perlukan kekuatan hati, kekuaan iman.

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."

Cintakan Allah? Bersedialah untuk berkorban kerana-Nya!

2 comments:

  1. salam...
    Pengorbanan yang dilakukan dalam melaksanakan perintah dan tuntutan Allah yang xlayak bagi seorang hamba utk mempersoalkannya... Hanya DIA yang layak menyoalnya kelak...Semoga kita menjadi hamba yang faham erti kehambaan kpd penciptanya ...
    salam eid mubarak! salam pengorbanan.

    ReplyDelete
  2. yup. jadilah hamba yang bersyukur
    Eid Mubarak!

    ReplyDelete