Wednesday, September 16, 2009

kenapa nak puasa??

sy tak ingat bila pertama kali sy puasa. tapi masa darjah 1, sy masih belum puasa penuh. kecil-kecil dulu, kalau bulan puasa sy selalu curi-curi makan. ambil sekeping dua biskut, masuk dalam almari, makan puas-puas. tertinggal pula serdak biskut dalam almari. kantoi....huhu

naik darjah satu, mak suruh puasa juga. balik sekolah, minum air puas-puas bila mak tak nampak. hahaha..... malu juga sy nak mengaku, sy mula puasa penuh waktu darjah 4. waktu itu kami sekeluarga ikut ayah outstation di Korea. siang di sana pendek. 12 jam sahaja. maklumlah, waktu tu musim sejuk. jadi puasa pun tak penat. tak ada alasan untuk curi-curi makan!

Alhamdulillah sy sudah belajar puasa penuh sebelum sampai usia baligh. puasa, puasa juga. tapi boleh tak kita jamin puasa kita selama ini diterima Allah?

kalau tengah berpuasa, kenalah jaga hati, fikiran, anggotabadan seperti lidah, mata, telinga, kaki, tangan, dsbg. Kalau tak, puasa kita takkan beri apa-apa manfaat kecuali lapar dan haus.

"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.?" (HR Ibn Majah)

kadang-kadang tengah puasa lidah ter-mengumpat, ter-mengutuk orang, ter-mencarut dan macam-macam 'ter' lagi. telinga pula rasa macam nak dengar lagu linkin park (patutnya lebih baik dengar benda-benda lain yang tak lagha). mata rasa nak tengok movie, tangan pula malas nak kawal remote control walaupun diri tahu cerita orang putih ni ade saja scene tak elok dia. kaki rasa macam nak pergi main game di arcade (sepatutnya lebih baik melangkah ke masjid. tak pun pergi kubur. ingat sikit pada kematian...).

kalau semua kehendak nafsu ni kita tunaikan, apa kesan puasa kepada kita? jauh-jauhkan lah...

sebenarnya puasa ni nak lemahkan nafsu. nafsu itu terhasil dari darah. darah pula terhasil dari makanan. kalau tak bagi makan, dia pun lemah. penat nak buat benda maksiat. sebab tu waktu puasa gunakan sebaik mungkin untuk melemahkan nafsu. permintaan-permintaan dia yang bukan-bukan tu jangan layan!

waktu buka tu paling kritikal. waktu tu lah nafsu kita nak balas dendam. jangan biarkan!jangan biar nafsu tu kuat balik lepas kita dah lemahkan dia. makan sekadarnya saja. ikut sunnah orang kata...

kalau bulan-bulan lain pun boleh puasa sunat. tapi ingat, niat puasa kerana Allah. bukan kerana nak jimat duit atau diet atau nak sihatkan badan atau supaya nampak macam orang beriman. memang kalau puasa kita dapat semua fadhilat tu, tapi jangan niat puasa kerana nak dapat fadhilat tu. niat puasa HANYA KERANA ALLAH. Allah cemburu kalau hamba-Nya puasa bukan kerana Dia!

p/s: cabaran betul nak hidupkan 10 malam terakhir ni dalam keadaan 'cuti-cuti malaysia'....

No comments:

Post a Comment