Wednesday, September 30, 2009

amar ma'ruf nahi munkar

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata :
"Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya,Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu."
( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib ).

Tuesday, September 29, 2009

siren bahaya!

apabila sy dah lama tak update, tandanya sy dah lama tak pergi majlis ilmu/usrah/tazkirah atau membaca sesuatu yang dapat memberi peringatan dan refresh iman. manusia memang perlukan zikir (mengingati Allah) sepertimana ikan perklukan air. iman manusia ni biasalah, ada turun naiknya. bukan macam malaikat, naik sentiasa. jadi kena cari jalan cepat-cepat sebelum kritikal!

tentu saja ada usrah di Poland ni. tapi masih belum buat. rasanya sy perlu berhanti mencari, tapi memulakan. ya Allah.....tak kuat rasanya.

hari pertama kelas histologi. sy seorang saja pelajar melayu. huh! gementar juga mula-mula. tapi buat muka tenang saja....hahahaha. ada dari Greek, Norway, Taiwan, Austria, Arab Saudi dan pensyarah sy orag Poland(mestilah....). memang menarik. pelbagai saiz, bahasa, warna kulit. semuanya kebesaran ciptaan Allah!

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat: 13)

dan dalam ayat inilah Allah mengajak kita berfikir apakah hikmah dijadikan pelbagai bangsa. jangan berasa rendah diri. walaupun orang Melayu ni sangat kecik berbanding orang Eropah, tak bermakna mereka lagi mulia. kemuliaan disisi Allah adalah ketaqwaan. kalau kita yan kecil ni tiada ketaqwaan, apakah agaknya nilai kita disisi Allah. hidung tak mancung, kulit tak putih, pendek pulak tu, tambah lagi sombong dengan Allah. tak ingin Allh nak pandang. naudzubillah...!

p/s: its not autumn yet, but its 9 degree celcius out there!

Tuesday, September 22, 2009

kuala lumpur-paris-warsaw

malam ni sy akan bertolak. entah macam mana kami 20 orang boleh terpisah penerbangan. 10 orang akan transit di Stockholm, Sweden, dan 10 orang lagi termasuk sy transit di Paris. penerbangan selama 13 jam untuk ke Paris. berlepas pada jam 11.35 malam. transit 6 jam di Paris (6 jam??? nak buat ape??). berangkat ke warsaw dengan Air France dan tiba kira-kira jam 2 petang waktu warsaw.

tiada siapa yang boleh bantu kami melainkan Allah.

dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaMu,aku tidak berupaya dan berkuasa kecualilah MU.

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.

Aku berlindung pada Allah dari kejahatan manusia.

Ya Allah, lindungilah keluargaku. tiada yang berkuasa melainkan Engkau.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian diperjalanan nanti, dan setelah tiba nanti.

Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, bersyukur kepadaMu, dan kebaikan dalam ibadahku.

Ameen~

Friday, September 18, 2009

ahlan baby Hafsah! ^_^

sempat sy ziarah naqibah sy, ukhti aishah. baru melahirkan puteri sulungnya isnin lepas. mabruk!
Hafsah namanya. sempena nama isteri junjungan mulia, Nabi Muhammad (saw). alhamdulillah baby hafsah sihat. sangat comel! ^_^


akhi zafry mandikan baby hafsah

semoga hafsah membesar menjadi anak yang solehah, mempunyai keteguhan sehebat Saidatina Hafsah, mempunyai peribadi seindah ummul mukminin itu. semoga Hafsah membesar menjadi muslimah serikandi Islam yang akan menyambung tugas mulia da'wah seperti abi dan umminya. ameen!!

Wednesday, September 16, 2009

kenapa nak puasa??

sy tak ingat bila pertama kali sy puasa. tapi masa darjah 1, sy masih belum puasa penuh. kecil-kecil dulu, kalau bulan puasa sy selalu curi-curi makan. ambil sekeping dua biskut, masuk dalam almari, makan puas-puas. tertinggal pula serdak biskut dalam almari. kantoi....huhu

naik darjah satu, mak suruh puasa juga. balik sekolah, minum air puas-puas bila mak tak nampak. hahaha..... malu juga sy nak mengaku, sy mula puasa penuh waktu darjah 4. waktu itu kami sekeluarga ikut ayah outstation di Korea. siang di sana pendek. 12 jam sahaja. maklumlah, waktu tu musim sejuk. jadi puasa pun tak penat. tak ada alasan untuk curi-curi makan!

Alhamdulillah sy sudah belajar puasa penuh sebelum sampai usia baligh. puasa, puasa juga. tapi boleh tak kita jamin puasa kita selama ini diterima Allah?

kalau tengah berpuasa, kenalah jaga hati, fikiran, anggotabadan seperti lidah, mata, telinga, kaki, tangan, dsbg. Kalau tak, puasa kita takkan beri apa-apa manfaat kecuali lapar dan haus.

"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.?" (HR Ibn Majah)

kadang-kadang tengah puasa lidah ter-mengumpat, ter-mengutuk orang, ter-mencarut dan macam-macam 'ter' lagi. telinga pula rasa macam nak dengar lagu linkin park (patutnya lebih baik dengar benda-benda lain yang tak lagha). mata rasa nak tengok movie, tangan pula malas nak kawal remote control walaupun diri tahu cerita orang putih ni ade saja scene tak elok dia. kaki rasa macam nak pergi main game di arcade (sepatutnya lebih baik melangkah ke masjid. tak pun pergi kubur. ingat sikit pada kematian...).

kalau semua kehendak nafsu ni kita tunaikan, apa kesan puasa kepada kita? jauh-jauhkan lah...

sebenarnya puasa ni nak lemahkan nafsu. nafsu itu terhasil dari darah. darah pula terhasil dari makanan. kalau tak bagi makan, dia pun lemah. penat nak buat benda maksiat. sebab tu waktu puasa gunakan sebaik mungkin untuk melemahkan nafsu. permintaan-permintaan dia yang bukan-bukan tu jangan layan!

waktu buka tu paling kritikal. waktu tu lah nafsu kita nak balas dendam. jangan biarkan!jangan biar nafsu tu kuat balik lepas kita dah lemahkan dia. makan sekadarnya saja. ikut sunnah orang kata...

kalau bulan-bulan lain pun boleh puasa sunat. tapi ingat, niat puasa kerana Allah. bukan kerana nak jimat duit atau diet atau nak sihatkan badan atau supaya nampak macam orang beriman. memang kalau puasa kita dapat semua fadhilat tu, tapi jangan niat puasa kerana nak dapat fadhilat tu. niat puasa HANYA KERANA ALLAH. Allah cemburu kalau hamba-Nya puasa bukan kerana Dia!

p/s: cabaran betul nak hidupkan 10 malam terakhir ni dalam keadaan 'cuti-cuti malaysia'....

Wednesday, September 9, 2009

jaga lisan!

melatah cara pertama: "Allahuakbar!"
ini cara melatah orang yang lidahnya selalu menyebut nama Allah, sampai kalau terkejut pun dia akan sebut nama Allah.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka ucapkanlah (perkataan) yang baik atau diam!” (HR. Al-Bukhariy )

melatah cara kedua: "OPOCOT MAK KAU!!"
ini pula cara melatah orang yang lazim menyebut nama Allah, tapi belum cukup untuk menjadikan nama Allah itu sebati dalam darahnya.


melatah cara kedua: "OW SHIT!!"

ini cara melatah orang yang lidahnya telah terlalu biasa menyebut perkataan-perkataan kesat sehingga menyebabkan hati menjadi kotor dan jauh dari Allah. hati-hati! nauzubillah....!

“Sesungguhnya seorang hamba, benar-benar mengucapkan suatu perkataan yang diridhai oleh Allah, yang dia tidak menganggapnya penting, (maka) Allah mengangkatnya dengan perkataan tersebut beberapa derajat dan sesungguhnya seorang hamba, benar-benar mengucapkan suatu perkataan yang dibenci Allah, yang dia tidak memikirkannya terlebih dahulu, yang dengan perkataan tersebut dia terjerumus ke dalam jahannam.” (HR. Al-Bukhariy)

jadi macam mana anda melatah??

p/s: 10 malam terakhir. pasang gear 5! :)

Tuesday, September 8, 2009

satu janji

pagi ini terpaksa sy ponteng tadarus. pelajar-pelajar poland dijemput untuk menghadiri taklimat di HQ MARA. seawal 7.30 sy pergi menaiki KTM dengan beg besar gila-gila berisi pakaian winter untuk diserahkan kpd diela. sy dah janji nak beri padanya. tak kira susah atau tak, sy kena beri juga. mujur hari ini cuti nuzul Quran di Selangor. jadi KTM tak lah sesak seperti biasa.

taklimat bermula pukul 9. dikendalikan oleh senior-senior dari warsaw, pegawai mara, dan pensyarah MSU. terangkan mengenai penerbangan, penempatan, bank, sistem pembelajaran dan lain-lain. waktu itu juga surat rasmi dari warsaw sampai ke tangan sy. secara rasmi penempatan sy di warsaw dijamin. Alhamdulillah. tidak ada yang perlu dirisaukan lagi. memandangkan semuanya telah secure, kenalah sy tunaikan janji sy pada Allah. mahu tak mahu, malam ini juga sy akan laksanakan insyaAllah.

taklimat tamat kira-kira pukul 11. sy telah janji dengan diela untuk menemaninya pergi beli barang keperluan. keluar sahaja dari medan MARA, ramai orang di Jalan Tunku Abdul Rahman. ramai! memang ramai! kami menggunakan skil menyelit dengan maksima. hentian pertama, Kedai Buku Mukmin. malangnya buku yang dicari sudah habis stok. tiga kedai buku kami pergi. semuanya habis. penat kami menyelit celah-celah orang ramai, hampir dilanggar motor ketika melintas, tapi pergi dengan tangan kosong. aihhhh.... jangan mengeluh...setiap sesuatu ada hikmahnya.

hentian seterusnya Midvalley. dari Jalan Tunku Abdul Rahman, kami menuju ke stesen KTM. terasa perjalanan saaaaaangat jauh. maklumlah, sedang berpuasa. sampai di midvalley, pergi ke kedai Universal Traveller untuk beli thermal wear. mahal betul. sepasang RM 188. nak buat macam mana, kami orang Malaysia tak mungkin dapat hidup dalam suhu -20c tanpa benda ini.

pergi cari jeans pula. diela ni jenis pakai baju kurung selalu. jarang sy lihat dia pakai selain baju kurung. dan tak pernah sy nampaknya pakai jeans. jadi untuk memilih jeans bagi nya adalah satu MASALAH YANG BESAR. sy pun jadi perunding pemakaian sebentar. sy akui, memang susah nak cari. maklumlah, jeans perempuan ni sempit sana sempit sini....tak biasa lah....

habis duit di situ. terpaksa batalkan hasrat untuk membeli sneaker dan beg. kami patah balik ke KL central. solat zohor. sy rasa macam nak pengsan dah. kakai lenguh tak terkata. diela tekad untuk ke chow kit untuk beli buku pula. dalam keadaan separuh mati, kami berjalan ke stesen monorail. naik dari central, ke chow kit. berjalan 15 minit dari stesen chow kit ke kedai buku.

diela beli buku. kami dinasihatkan beli buku di sini kerana buku di poland 2 kali ganda lebih mahal. satu buku 2kg. 3 buku dibeli, maka semuanya 6kg. penat nak mati. kaki dah sengal. bahu nak patah. kembali ke kl central dalam pukul 6ptg.

selesai solat asar, kami berpisah. diela menuju ampang. sy nak pulang shah alam. waktu itu jugalah manusia-manusia yang sebentar tadi shopping di midvalley dan Jalan Tunku Abdul Rahman nak pulang. tren pertama sampai, tapi penuh. tiba-tiba sy dihimpit oleh lelaki-lelaki berbadan besar dari segenap penjuru. SY DIHIMPIT. tapi tren itu terlalu penuh, kami terpaksa tunggu tren ke-2. sementara menuggu, sy terus dihimpit, tak dapat bergerak langsung. aihhh....kalau pengsan di sini, jadi drama nanti...

tren ke-2 sampai. sy tak payah bergerak kerana manusia yang menghimpit sy tolong tolak sy masuk tren. fuhhh!!!! tak bernafas!!!! setelah melalui beberapa stesen, tren sudah kurang sesak.

tiba waktu berbuka. tak percaya betuk sy terpaksa berbuka dalam keadaan ini. Alhamdulillah seorang pemuda menghulur kismis kepada sy. dapatlah dia pahala puasa sy.

sampai rumah, sy sangat penat. apa-apa pun tarawikh tak boleh tinggal. solat ini pengukuh hubungan cinta kasih hamba dan pencipta. dijanjikan pahala yang banyak. sy takkan lepaskan tawaran dari Allah ini. bulan ini saja boleh tarawikh. kalau terasa rajin sangat-sangat sekalipun di bulan lain, tetap tak boleh solat tarawikh. cukup lah 8 rakaat. tak larat sy nak sambung sampai 20 rakaat hari ini.

pulang saja, sy terus 'pengsan'. mahu tak mahu, terpaksa bangun pukul 11. janji telah dibuat, tak boleh mungkiri. Alhamdulillah janji sy pada Allah ditunaikan. jangan tanya apakah janji tu. yang penting semuanya telah selesai. Alhamdulillah