sepatutnya ini bukan post pertama ana selepas exam. tapi tak mengapalah. ana buat pengecualian. tadi ana dan kawan-kawan, 7 orang semuanya, pergi Taman Pertanian Bukit Cahaya. dekat saja dengan Wisma Mais tempat kami tinggal. memang vacation ni kami dah rancang seminggu sebelum peperiksaan lagi. haha.....
sewa basikal RM3. kayuh laju-laju. macam dikejar malaikat maut. sampai satu selekoh......
GEDEBUM!!!!!
atikah jatuh! ya Allah.....! kalut sebentar. istighfar banyak-banyak. teruk lukanya. banyak darah. setelah mendapat 'rawatan kecemasan' dari doktor-doktor yang tak bertauliah ni, maka pesakit dihantar ke klinik menaiki jeep peronda keselamatan.
sempat ana berfikir, ana tak lupa baca al-mathurat pagi tadi, tapi mungkinkah kami terlupa untuk membaca ayat kursi semasa keluar rumah tadi. Astaghfirullah.....
ayat kursi, ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. kenapa baca ayat kursi sebelum keluar rumah?
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
kita harus sentiasa ingat, kita ni insan lemah, setiap masa bergantung 100 peratus kepada Allah. sabda Rasulallah s.a.w;
"Jagalah allah, Allah akan menjagamu, jika kamu meminta, mintalah dari Allah, jika kamu memohon pertolongan, pohonlah dari Allah." (HR Tirmidzi)
jadi sahabat-sahabat, ana ajak amalkan baca ayat kursi sebelum keluar rumah, supaya sentiasa dilindungi Allah. cukup berkesan. buktinya, sudah lebih sedekad ana tinggal Shah Alam, belum pernah lagi kena ragut, rompak etc. tapi kena yakin pada Allah 100 peratus.
teringat ana, semasa terkandas di Pudu keseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah dari Langkawi. keadaan di Pudu, ditambah pula waktu malam ketika itu. ana perempuan, berjalan keseorangan dengan bagasi yang berat, agak menakutkan. ana baca ayat kursi banyak-banyak dan bertawakkal kepada Allah, semoga Allah lindungi ana dari kejahatan mana- mana manusia yang berniat jahat. Alhamdulillah, ana selamat sampai.
minggu lepas pula mardhati disahkan denggi. padanlah demam panas mengejut. nasib baik housemate ana ada kereta, boleh pergi hospital malam-malam. sangat-sangat panas, sampai tak boleh nak berdiri! kami papah naik ke rumahnya di tingkat empat.
nyamuk denggi ini, semua orang pun tahu, membiak di tempat air bertakung. bahaya air betakung ini diungkapkan dalam pepatah arab;“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”
sebab itu lah Islam sangat menekankan aspek kebersihan.
Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).
Sabda Nabi Muhammad saw lagi yang bermaksud:
“…bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).
tapi sekarang rumah orang Yahudi pula yang bersih, sebaliknya rumah orang Islam yang kotor bersampah sarap. saya tak katakan rumah kami di Mais kotor, kerana tak ada ruang untuk kami takungkan air disini. kecil rumahnya!
mungkin kami kurang kesedaran sivik. tak pernah nak tolong orang sekitar perumahan seksyen 3 ni buat gotong-royong. hehe....
boleh jadi juga, nyamuk ni satu teguran dari Allah, terhadap kecuaian umat Islam untuk menjaga kebersihan. hanya seorang dua sahaja anggota masyarakat yang tak prihatin terhadap kebersihan, tetapi orang yang prihatin tersebut, yang ramai jumlahnya, memilih unutk tidak menegur. hanya melihat kemungkaran. berapa orang sangat yang mendapat kemudharatan dek binatang besar seperti harimau atau singa. tapi dek kerana makhluk Allah yang kecil ini, ramai orang yang ditimpa kesakitan.
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya). Iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” Perbandingan itu akan menjadikan ramai orang sesat (akibat pemikiran mereka), dan akan menjadikan ramai jugaorang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang sememangnya fasiq” [al-Baqarah 2: 26]
nyamuk, makhluk yang tak bertulang ini, kecil dan halus, tapi memberi kesan yang sangat besar kepada manusia. Subhanallah!
apa-apa pun, ana mengajak kawan-kawan supaya sama-sama berfikir.
kepada atikah, mardhati, dan kawan-kawan lain yang sakit, diharap bersabar dan banyak-banyak berdoa.
"Adalah Rasullallah s.a.w apabila meniarahi orang sakit, baginda duduk di kepalanya, lalu berdoa sebanyak tujuh kali (yang bermaksud): 'aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan 'Arasy Ynag Agung, semoga Dia menyembuhkan penyakitmu'"(HR Ibn 'Abbas)
"dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku."(asy-syu'ara: 80)
thumbs up!
ReplyDelete