Friday, April 17, 2009

"Kalaulah semua lautan dijadikan tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, akan kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (al-Kahfi: 109).

Semalam Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 bermula. Taktik kami, pergi hari Jumaat. Tak ramai orang. Kalau pergi hari Sabtu, sesak nanti. Sy memang suka pergi pesta buku. Ada baaaaanyak buku. Setiap buku ada diskaun. Lepas tu boleh jumpa raaaaaaamai orang. Seronok!

buku-buku di gerai Hidayah Publication


CD pun ada



Ust Zamri Mantop!

gerai JIM

Ana habis RM130! Tapi rasa berbaloi. Walaupun buku-buku tu agak mahal bagi ana, tapi ilmu dalamnya tak ternilai harganya.

Seronok jumpa orang. Kawan-kawan Langkawi, senior MSU, akhawat JIM yang 'eh-macam-pernah-jumpa-kan?'

Melawat gerai JIM. Maaflah, ana pun ditawarkan untuk jaga gerai JIM, tapi terpaksa menolak sebab ana nak kena uruskan hal dengan Maxis hari ni. Banyak buku pembangkit jiwa di sini. Buku-buku Palestin pun banyak. JIM tak pernah anggap perjuangan Palestin ini isu yang sekejap panas sekejap sejuk. Bagi kami, isu ini sentiasa panas, selagi bumi Palestin masih belum bebas. Pihak PACE pun sentiasa berusaha menanam kesedaran dalam jiwa masyarakat.

Apa yang istimewa dengan JIM, walaupun kami tak mengenali satu sama lain, tapi apabila berjumpa ada semacam ukhwah diantara kami. Itulah manisnya ukhwah kerana Allah!

Hari ni Aton pergi PWTC lagi. Katanya, "Nasib baik kau pergi semalam tima. Sesak macam tin sardin hari ni!"

hehe....Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment