Thursday, April 23, 2009

an announcement

guess what. my beloved pink laptop was STOLEN last teusday by a couple of indian teenagers.
so i wont be able to update regularly. the details of the story can be read here http://sweetnsourhidup.wordpress.com/

dila, you should thank me for promoting your blog....ahahaha

setiap sesuatu atas muka bumi ini milik Allah (termasuklah laptop kesayangan ana). terpulang pada Allah nak bagi balik atau tidak. to the other 10 victims, be patient ok ;)

tinggallah adaptor laptop sebagai kenangan...

Friday, April 17, 2009

"Kalaulah semua lautan dijadikan tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, akan kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (al-Kahfi: 109).

Semalam Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 bermula. Taktik kami, pergi hari Jumaat. Tak ramai orang. Kalau pergi hari Sabtu, sesak nanti. Sy memang suka pergi pesta buku. Ada baaaaanyak buku. Setiap buku ada diskaun. Lepas tu boleh jumpa raaaaaaamai orang. Seronok!

buku-buku di gerai Hidayah Publication


CD pun ada



Ust Zamri Mantop!

gerai JIM

Ana habis RM130! Tapi rasa berbaloi. Walaupun buku-buku tu agak mahal bagi ana, tapi ilmu dalamnya tak ternilai harganya.

Seronok jumpa orang. Kawan-kawan Langkawi, senior MSU, akhawat JIM yang 'eh-macam-pernah-jumpa-kan?'

Melawat gerai JIM. Maaflah, ana pun ditawarkan untuk jaga gerai JIM, tapi terpaksa menolak sebab ana nak kena uruskan hal dengan Maxis hari ni. Banyak buku pembangkit jiwa di sini. Buku-buku Palestin pun banyak. JIM tak pernah anggap perjuangan Palestin ini isu yang sekejap panas sekejap sejuk. Bagi kami, isu ini sentiasa panas, selagi bumi Palestin masih belum bebas. Pihak PACE pun sentiasa berusaha menanam kesedaran dalam jiwa masyarakat.

Apa yang istimewa dengan JIM, walaupun kami tak mengenali satu sama lain, tapi apabila berjumpa ada semacam ukhwah diantara kami. Itulah manisnya ukhwah kerana Allah!

Hari ni Aton pergi PWTC lagi. Katanya, "Nasib baik kau pergi semalam tima. Sesak macam tin sardin hari ni!"

hehe....Alhamdulillah!

'Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad'-pepatah Arab.

Ini cerita satu perjalanan, pulang ke Wisma Mais naik teksi. Pak cik pemandu teksi ini ramah orangnya, menceritakan tentang anak perempuannya yang baru lepas mendapat keputusan SPM, 7A.

"Kamu ni pelajar kan?" tanya pak cik.
"Ha'ah." saya jawab pendek.
"Perubatan di MSU," sambung kawan saya.
"Oh! Doktor! Pakcik ingat nanti pakcik nak jadi pensyarah," balas pak cik.

Kami meng-'oohh' dan meng-'aahhh' terhadap kenyataan pak cik. Di wajah kami tertulis 'pak cik yang tengah memandu teksi ni baru kata dia hendak jadi pensyarah. huh??'

"Hahaha....kamu tak percaya kan?" duga pakcik sambil menarik sekeping gambar.

Gambar pakcik, berbaju graduan. Rupanya pakcik ni ada ijazah sarjana!

Kali ini 'ooooohhh' dan 'aaaaahhhh' kami bukan dibuat-buat lagi. Kami betul-betul terkejut. Masakan tidak, pak cik ini umurnya 56 tahun, tapi masih bersemangat untuk menuntut ilmu, sanggup merendahkan diri, menuntut ilmu dengan pelajar-pelajar yang jauh lebih muda daripadanya. Semangat mengalahkan orang muda!

Murah ilmu pak cik ini, lebih murah dari tambang teksinya, sanggup meluangkan masa untuk berkongsi petua untuk senang belajar dengan kami. Semoga Allah balas budi baik pakcik, dan memberi pak cik kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya orang yang berilmu mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah.

" Allah meninggalkan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat". (Al-
Majadalah : 11)

Ini pula kisah dahulu kala, di zaman sekolah menengah. Telah menjadi semacam satu kebiasaan bagi ahli pasukan debat sekolah ana untuk mewakili sekolah dalam lebih dari satu pertandingan selain pertandingan debat. Musim Majlis Tadarus Al-Quran(MTQ) tiba. Rakan-rakan pasukan debat mula mengintai peluang. Sahabat ana yang seorang ini, dengan kelebihan bersyarahnya, berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan agama bahasa Melayu. Yang seorang ni pula, Bahasa Inggeris, yang seorang yang lain pula Bahasa Arab, dan bermacam-macam acara lagi.

Ana rasa tercabar. Nak mewakili tilawah, suara ana tak merdu. Nak mewakili tulisan Khat, tulisan ana sendiri pun ana tak faham. Akhirnya ana mencuba nasib dalam hafazan. Pendek kata, permulaan ana dalam dunia hafazan adalah semata-mata mahu memenangi pertandingan. Lupa pula ana sekolah ana ada ramai Hafiz dan Hafizah yang hebat. Ana jadi cuak semasa audition lalu tercampurlah surah al-Insaan dengan surah al-Jumu'ah. Ustaz Ayub geleng kepala. haha...dikalahkan dengan cara yang memalukan.

Sambung di MRSM pun kejadian yang sama berulang. Walaupun pada kali itu ana berjaya ke peringkat akhir, tapi kerana niat yang salah itu, sekali lagi Allah nak 'tegur ana'. Kali ini ana kalah dengan lebih memalukan. Entah macam mana boleh tak ingat ayat surah Nuh, selsema pula, sedut-sedut hingus atas pentas itu. Seluruh dewan besar ingat ana menangis!

Selepas muhasabah berbulan-bulan lamanya, Alhamdulillah barulah ana ketemu puncanya. Ana berusaha betulkan niat dan terus menghafaz walaupun tiada lagi pertandingan. Naik tingkatan lima, pertandingan hafazan lagi. Sudah lama maktab ana dikenali kerana pencapaian akademik, kali ini biarlah ana buktikan kami turut menitikberatkan aspek keagamaan. Alhamdulillah akhirnya berjaya mengharumkan nama maktab di daerah Langkawi.


Betulkan niat, menghafaz al-Qur'an, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk mendekatkan diri dengan Allah. Pertandingan hanya sampingan, bukan tujuan utama. Betulkan niat, menuntut ilmu bukan untuk peperiksaan atau populariti, tetapi untuk mencari keredhaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan perhitungan ke atas amalan seseorang itu berdasarkan kepada niatnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Thursday, April 16, 2009

salam 'alayk!



sepatutnya ini bukan post pertama ana selepas exam. tapi tak mengapalah. ana buat pengecualian. tadi ana dan kawan-kawan, 7 orang semuanya, pergi Taman Pertanian Bukit Cahaya. dekat saja dengan Wisma Mais tempat kami tinggal. memang vacation ni kami dah rancang seminggu sebelum peperiksaan lagi. haha.....

sewa basikal RM3. kayuh laju-laju. macam dikejar malaikat maut. sampai satu selekoh......

GEDEBUM!!!!!


atikah jatuh! ya Allah.....! kalut sebentar. istighfar banyak-banyak. teruk lukanya. banyak darah. setelah mendapat 'rawatan kecemasan' dari doktor-doktor yang tak bertauliah ni, maka pesakit dihantar ke klinik menaiki jeep peronda keselamatan.








sempat ana berfikir, ana tak lupa baca al-mathurat pagi tadi, tapi mungkinkah kami terlupa untuk membaca ayat kursi semasa keluar rumah tadi. Astaghfirullah.....

ayat kursi, ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. kenapa baca ayat kursi sebelum keluar rumah?

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

kita harus sentiasa ingat, kita ni insan lemah, setiap masa bergantung 100 peratus kepada Allah. sabda Rasulallah s.a.w;

"Jagalah allah, Allah akan menjagamu, jika kamu meminta, mintalah dari Allah, jika kamu memohon pertolongan, pohonlah dari Allah." (HR Tirmidzi)

jadi sahabat-sahabat, ana ajak amalkan baca ayat kursi sebelum keluar rumah, supaya sentiasa dilindungi Allah. cukup berkesan. buktinya, sudah lebih sedekad ana tinggal Shah Alam, belum pernah lagi kena ragut, rompak etc. tapi kena yakin pada Allah 100 peratus.

teringat ana, semasa terkandas di Pudu keseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah dari Langkawi. keadaan di Pudu, ditambah pula waktu malam ketika itu. ana perempuan, berjalan keseorangan dengan bagasi yang berat, agak menakutkan. ana baca ayat kursi banyak-banyak dan bertawakkal kepada Allah, semoga Allah lindungi ana dari kejahatan mana- mana manusia yang berniat jahat. Alhamdulillah, ana selamat sampai.

minggu lepas pula mardhati disahkan denggi. padanlah demam panas mengejut. nasib baik housemate ana ada kereta, boleh pergi hospital malam-malam. sangat-sangat panas, sampai tak boleh nak berdiri! kami papah naik ke rumahnya di tingkat empat.






nyamuk denggi ini, semua orang pun tahu, membiak di tempat air bertakung. bahaya air betakung ini diungkapkan dalam pepatah arab;“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”

sebab itu lah Islam sangat menekankan aspek kebersihan.

Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).

Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).

Sabda Nabi Muhammad saw lagi yang bermaksud:
“…bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).

tapi sekarang rumah orang Yahudi pula yang bersih, sebaliknya rumah orang Islam yang kotor bersampah sarap. saya tak katakan rumah kami di Mais kotor, kerana tak ada ruang untuk kami takungkan air disini. kecil rumahnya!

mungkin kami kurang kesedaran sivik. tak pernah nak tolong orang sekitar perumahan seksyen 3 ni buat gotong-royong. hehe....

boleh jadi juga, nyamuk ni satu teguran dari Allah, terhadap kecuaian umat Islam untuk menjaga kebersihan. hanya seorang dua sahaja anggota masyarakat yang tak prihatin terhadap kebersihan, tetapi orang yang prihatin tersebut, yang ramai jumlahnya, memilih unutk tidak menegur. hanya melihat kemungkaran. berapa orang sangat yang mendapat kemudharatan dek binatang besar seperti harimau atau singa. tapi dek kerana makhluk Allah yang kecil ini, ramai orang yang ditimpa kesakitan.

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya). Iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” Perbandingan itu akan menjadikan ramai orang sesat (akibat pemikiran mereka), dan akan menjadikan ramai jugaorang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang sememangnya fasiq” [al-Baqarah 2: 26]

nyamuk, makhluk yang tak bertulang ini, kecil dan halus, tapi memberi kesan yang sangat besar kepada manusia. Subhanallah!

apa-apa pun, ana mengajak kawan-kawan supaya sama-sama berfikir.

kepada atikah, mardhati, dan kawan-kawan lain yang sakit, diharap bersabar dan banyak-banyak berdoa.

"Adalah Rasullallah s.a.w apabila meniarahi orang sakit, baginda duduk di kepalanya, lalu berdoa sebanyak tujuh kali (yang bermaksud): 'aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan 'Arasy Ynag Agung, semoga Dia menyembuhkan penyakitmu'"(HR Ibn 'Abbas)


"dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku."(asy-syu'ara: 80)

Sunday, April 12, 2009

oh, by the way, keputusan PRK 7 April 2009 berpihak kepada Pakatan Rakyat :)

ahhaaaa....kalau MARA baca post ni, habislah scholar sy kena tarik. hehe.....
i havent being able to log in for a while. well, EXAM WEEK.

betulkan niat masing-masing. belajar bukan untuk peperiksaan, tapi belajar untuk mencari keredhaan Allah. usaha dan doa. study teruk-teruk + stay up + tension, menyumbangkan 0% terhadap kejayaan kita dalam peperiksaan.

keredhaan Allah-lah yang menyumbang 100% terhadap kejayaan kita. kalau dah berusaha dan bergantung 100% pada Allah, tak kira gagal atau berjaya, tak akan membuat kita sedih atau frust.

ditakdirkan kita berjaya, Alhamdulillah, dan sentiasa beringat semuanya datang dari Allah. ditakdirkan kita gagal, mungkin kegagalan itu terbaik untuk kita. Allah itu Maha Mengetahui.
“..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah al-Baqarah [2]:216)




ma'an najah fi imtihan. ijtihad yanjah ilayya wa ilaykum.....!

Sunday, April 5, 2009


i know i have to make my decision......

Andai kita mengetahui betapa besarnya pahala memikir,merancang,menyusun dan membantu Islam..nescaya kita takkan tinggalkan tugas ini walau sesaat..

andaikata kita mengetahui betapa azabnya meninggalkan amar ma'aruf nahi mungkar,merancang utk membantu Islam,melaksanakan amanah,nescaya kita menghargai sesaat pemberian Allah..

andaikata kita mengetahui betapa tingginya nilai persahabatan di ats dasar aqidah Islamiah..nescaya kita akn menutup lubang2 yg akan merosakkan mahabbah dan mengundang darah..

andaikata jasad kita menongkah arus,menggerak tarbiah,memelihara agama maka biarlah hati kita bersama menempuhnya..tinggi harapan agar Allah mempertemukan kita yg berada di ats jalan Allah di sana nanti..

Wednesday, April 1, 2009

when mara placed us here, when we were divided into three classes, the first day in class.....

we registered the same program, take the same subjects, with the same level of difficulty, tought by the same lecturer, given the same amount of assingments, and Allah gives us all 24 hours a day. nobody granted more, nobody granted less. BUT

why you're being dragged behind now? why you feel like you bear heavier burden then anbody else?

that is what i call procastination

dont waste your time. dalam kelas, sy memang dah terkenal dengan ayat ini;

"masa sangat berharga"

hahahaha.......
jangan suka buang masa. Allah swt bersumpah dengan masa;

'demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.' (surah al-'asr)

kalau masa tak penting, takkan Allah bersumpah dengan masa. jadi jangan suka buang masa.

p/s: hari ni sy makin tak faham apa yang dikatakan oleh Mr Vijaya. slang bahasa Inggerisnya semakin sukar difahami! semoga sy cepat adapt dgn slang Inggeris-India. sy dah makin seram. takut-takut nanti di India tak faham lecture......