Terharu saya melihat semangat remaja-remaja seperti ini yang mahu membantu mengubah keadaan kepada lebih baik. Sanggup bersusah payah untuk memberi sesuap makanan kepada orang lain. Inilah semangat penuda yang kita mahukan!
Penah dulu kami ditanya satu Rhetorical Question. Kenapa MARA pilih budak-budak macam kami untuk diberi biasiswa? Kenapa bukan orang yang lebih berpengalaman? Walaupun kamu cenderung untuk bermain-main dan bukannya belajar? Kan orang yang lebih tua lebih matang dan berhemah dalam menggunakan biasiswa yang diberi?
Kemudian kami diberi ayat dari surah Kahfi. Menceritakan tentang sekumpulan pemuda yang bermatian mempertahankan Iman. Dan surah Buruj, yang di dalamnya dinukilkan hadith Ghulam. Semuanya pemuda. Bukan orang tua.
"Takkanlah MARA nak beri biasiswa kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Habis belajar perubatan, mereka dah berusia 40 tahun. Sekejap sahaja kerja, lepas tu pencen. Sekejap sahaja boleh berbakti. Itu pun kalau tak kena penyakit pelik-pelik," jawab ustaz tersebut.
Terutamanya dalam dakwah. Pemudalah aset terpenting. Kerana merekalah tenaga untuk bergerak. Baik pemuda, berjalanlah dakwah. Rosak pemuda, terkuburlah dakwah.
Memetik dari perbincangan Muqaddimah fi Zilal, kerja untuk mendaulatkan Islam ini besar kemungkinan kita takkan nampak hasilnya ketika hayat kita. Kerana kerja ini mengambil masa yang amat panjang. Justeru pelapis para amilin hendaklah dibentuk.
Membina manusia adalah lebih sukar dari membina KLCC.
Alhamdulillah kesedaran untuk bekerja untuk Islam diterangkan dengan jelas dalam komuniti pelajar Malaysia seluruh dunia.
Malang sungguh. Pemuda pemudi yang berpotensi, tak digilap kebolehan mereka bahkan dimanja-manjakan. Rijal yang bersemangat, namun tak disambut semangat itu. Bagaimana kita mengharapkan adanya pelapis para amilin apabila kita tak ada usaha langsung untuk membentuk mereka?
No comments:
Post a Comment