Wednesday, February 16, 2011

Gasping for air

Pentingnya kita berkawan dengan mereka yang berpersonaliti, berkepimpinan, berpandangan luas di facebook. Mereka banyak tolong saya update dengan isu semasa. Baik isu ekonomi, krisis dunia Islam dan lain-lain. Banyak lagi manfaat lain facebook (oh ini pendapat saya. Saya tak pernah paksa orang lain ikut pendapat saya;)) selain kita boleh tahu apa yang bermain di fikiran seseorang melalui status facebook-nya.(Apa saya tengah mengarut ni??)

Saya menjadi semakin risau dengan perkembangan di Mesir sekarang. Ya, walaupun Mubarak sudah turun, tetapi rakyat Mesir masih tidak mahu meninggalkan medan Tahrir kerana mendakwa pemerintahan tentera tidak memenuhi objektif intifada yang mereka mahukan.

Intifada merebak semakin jauh dari Tunisia, Mesir, sehingga ke Algeria, Yaman, Iran. Ini bukan isu baru sebenarnya. Cuma ia terbongkar kerana demonstrasi besar-besaran di Mesir. Ia adalah gerakan yang sudah bertahun-tahun lamanya bermula, cuma tak disiarkan oleh pihak media demi kepentingan dunia barat yang sedang memegang dunia Islam dalam genggaman mereka.

Sebahagian dari saya risau sebab kira-kira dua bulan lepas saya sudah membeli tiket EgyptAir untuk balik Malaysia musim panas nanti. Saya terbayang semua krew termasuk juruterbang yang sepatutnya terbangkan saya ke Malaysia, sibuk di medan Tahrir. Tak dapatlah saya pulang T_T (ini adalah satu perenggan yang pentingkan diri).

Dengan pengecualian Malaysia, Indonesia, Turkey, Gaza dan beberapa daerah Islam lain, kita diperintah oleh kerajaan samada feudalistic, diktator atau autokratik dimana 'imam'nya ada yang Muslim dan ada yang bukan. Namun semuanya bukan dari acuan pemerintahan yang ditunjukkan oleh junjungan mulia Rasulallah s.a.w.

Mari kita berbalik kepada titik asal. Cabaran sekarang adalah berapa peratus kehidupan kita, yang mengaku orang beriman, hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah Rasulallah s.a.w.?

Memang susah untuk jadi baik. Kalau senang, taklah keadaan dunia jadi macam hari ni. Kadang-kadang saya terfikir, kenapa walaupun saya berusaha lari dari terlibat dalam dalam apa-apa masalah, saya tetap akan terjerumus juga? Mungkinkah kerana Allah benar-benar nak 'cuci' kita sebersih-bersihnya? Atau mungkin Allah terlalu murka dengan dosa-dosa kita sehingga Dia sukarkan jalan kebaikan untuk kita?? Naudzubillah!

Semua pun tahu kita ketinggalan dalam hampir semua bidang kehidupan. Takkan kita nak terus biar ia begitu kan?

Masih jauh jalan kita, para Muslimin, sebagai satu ummah untuk mendapat gelaran Khaira Ummatan ukhrijat li an-Nas (umat terbaik yang diutuskan Allah untuk sekalian manusia)

Pendek kata, kita masih belum hidup mengikut aturan Quran dan Sunnah kecuali mengambil serpihannya sahaja.

Ighfir dzunubi ya Allah...
Ishfa' syafa'ah ya rasulallah...


Andai Rasulullah Bersama Kita ( zaharuddin.net) from dakwahislami on Vimeo.

No comments:

Post a Comment