Monday, August 2, 2010

Yesterday, today, and tomorrow.

Selalunya kalau saya menghadiri apa-apa majlis ilmu atau program, bilangan akhawat lebih ramai dari ikhwah. Tapi ini kali kedua saya hadiri majlis ilmu dalam minggu ini dimana peserta ikhwah berlipat kali ganda lebih ramai dari ikhwah. Jadi untuk penceramah 'serang' akhawat adalah lebih mudah!

"Hah akhawat kat belakang sana tu, pernah pergi Spain?"
"Emm...tak pernah. Rom pernahlah."

Baru sebentar tadi akhi tersebut menceritakan bagaimana empayar Rom timur (Byzantine) jatuh di tangan umat Islam di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar.

Ya, saya telah ke kota Rome kurang sebulan lalu. Rom dahulu bukan sekadar kota. Ianya sebuah empayar yang besar, kuat, dan sangat digeruni. Kini hanya tinggal kota.

Sewaktu kami mendengar sejarah Rome dari di sana, saya tertunggu-tunggu bahagian dimana mereka akan menceritakan Islam dahulu adalah salah satu ancaman terhadap empayar itu seperti yang ayah saya pernah ceritakan. Namun tidak diceritakan langsung.

Kisah pertembungan tentera Islam dengan empayar paling kuat dunia ini tercatat dalam perang Yarmuk. Tentera Islam terdiri daripada mereka yang tidak terlatih, tidak cukup kelengkapan perang, teknologi jauh ketinggalan, malah jumlah tentera Islam pun jauh lebih sedikit.

Tentera Islam pada waktu itu berjumlah 54 000 orang dipimpin oleh Panglima Amru bin al-as, menentang tentera Rom yang berjumlah 240 000 orang.

Memang benar kata pepatah orang putih, 'Rome was not built in one day', tamadun Rom mengambil masa yang lama untuk berkembang di kawasan itu.

Namun dengan bantuan Allah dan semangat jihad yang tinggi, tentera Islam mengambil masa 2 tahun sahaja untuk menundukkan mereka.

Mungkin mereka langsung tak menyebut mengenai Islam semasa menceritakan sejarah Rom kepada kami kerana malu untuk mereka mengakui sejarah ini, kerana tentera Rom dengan segala legion mereka yang gagah perkasa akhirnya dikalahkan oleh orang Arab dari padang pasir entah mana. Lebih memalukan lagi apabila tentera mereka yang mempunyai teknologi yang boleh membina Collosseum dikalahkan oleh umat Islam yang hanya membina masjid menggunakan pohon tamar.

Ataupun mungkin dengan kemunduran umat Islam sekarang, adalah tidak signifikan bagi mereka untuk membangkitkan sejarah perang Yarmuk.

Apapun, saya kagum dengan kepimpinan Saidina Abu Bakar pada waktu itu yang terpaksa menangani golongan murtad, golongan nabi palsu, golongan yang tidak mahu membayar zakat, pada masa yang sama mengarahkan pembukaan Parsi dalam perang al-Qadisiah dan menentang Rom dalam perang Yarmuk.

Tamadun Islam terus melonjak hingga ke era Abasiyah. Pada waktu itu umat Islam lah yang dikenali paling berilmu.

Cara Allah nak ingatkan umat Islam yang semakin leka dan lalai, menghantar tentera Monggol untuk menyerang Baghdad.

Monggol bukanlah bangsa yang menghargai ilmu. Ilmu bagi mereka tiada nilai. Sebahagian besar khazanah ilmu di Baitul Hikmah mereka campakkan ke dalam Sungai Tigris, bukan kerana benci melihat ilmu-ilmu tersebut, tapi semata-mata untuk membuat jambatan untuk menyeberangi sungai.

Bangsa Monggol bukanlah bangsa yang berilmu ketika itu, tapi mereka menghancurkan bangsa yang paling berilmu dengan mudah, menunjukkan kepada umat Islam, tak bermakna apabila kita sudah menguasai ilmu, kita takkan diancam lagi. Barulah umat Islam tersedar, wajiblah kita bergantung kepada Allah setiap masa.

Selepas itu tamadun Islam terus jatuh. Pemimpin-pemimpin Islam satu per satu ditipu golongan kuffar, lalu umat Islam berpecah-belah, dan tanah mereka dikuasai musuh. Hari ini mudah sahaja kita diperkotak-katikkan. Kegemilangan dulu terus terkubur dan dilupakan.

"Fatimah, to bring Islam back is not a simple buisness. Kita kena ada perancangan teliti," kata seorang ukhti.

"Enti tengok berapa ramai pelajar kita yang bersemangat cakap pasal perjuangan, akhirnya lenyap semangat itu setelah mereka sibuk bekerja," sambungnya.

Sememangnya saya pernah terbaca satu artikel mengenai pelajar luar negara yang bersemangat dengan dakwah dan tarbiyah, apabila pulang ke tanah air mereka sibuk dengan kerja, lantas melupakan langsung cita-cita untuk menjadikan Islam sebagai ustaziatul 'alam. Penulis artikel tersebut malah memerli kelompok ini dengan mengatakan dakwah yang mereka gembar-gemburkan itu hanyalah satu idea, bukan realiti.

Saya tak mahu percaya hakikat itu, walhal saya dah pernah melihat sendiri dengan mata kepala itulah yang terjadi.

"Perjuangan ini takkan habis walaupun enti dah habis belajar nanti," sambungnya.

"Kami takkan biarkan enti. Kami akan sibukkan enti," kata-kata itu semacam memberi saya satu jaminan.

Saya yakin dengan ukhti itu. Di hadapan saya seorang jurutera Petronas yang sering outstation, sedang berceramah. Di sebelah saya seorang doktor yang baru selesai on-call, pada masa yang sama dipertanggungjawabkan untuk memegang satu usrah adik-adik yang sedang membuat persediaan ke luar negara. Dan ukhti itu sendiri seorang guru.


Bersyukur saya hidup dalam jemaah, disaat saya hampir tergelincir lantaran kering dari peringatan, ada tangan yang menarik.

Cerita perjuangan ini memang payah dan berliku. Kalau ianya mudah, sudah tentu ramai yang menyertainya. Dan kita semua tahu, Allah dah janji cerita ini ada satu happy ending.

“Kenabian (an-Nubuwwah) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’aala mengangkatnya, kemudian datang mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’aala, setelah itu akan terulang kembali periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad saw diam,"(HR Ahmad).

Kita dalam era mulkan jabbriyyan (maksud lain: kerajaan ketenteraan) dimasa Amerika yang merupakan kuasa yang terbentuk hasil ketenteraan, sedang menguasai dunia. Menurut hadith diatas, mulkan jabriyyan akan digantikan dengan khalifah an-Nubuwwah. Bukankah itu happy ending?

Islam sebagai Ustaziatul 'alam bukan satu idea, ia adalah satu kenyataan yang akan berlaku. Itu janji Allah. Dan Allah tak pernah memungkiri janjinya.

Islam akan bangkit suatu masa nanti. Sesiapa yang bekerja untuknya, akan dikira sebagai pendukungnya. Terpulang kita untuk menjadi pendukung atau penonton.

Ingat sahabat-sahabat, apabila kita sudah mula sibuk berkerja, jangan tolak perjuangan ini ketepi.

Ya allah, semoga kami thabat di jalan ini!

5 comments:

  1. salam timah..
    nice post..!! hehe..
    wey..kalau ada program apa2..
    yg dekat2..bg taw aku wey..
    rs pelik bila lama tak ikut usrah..huhu~

    ReplyDelete
  2. wsalam wbt:P
    tengkiu~
    insyaAllah kalau ade ape2 lg aku ajak. that night i called you, i was thinking of inviting you to this program, tapi mase tu ko kat seremban pulak. huhu...ade jodoh jumpe ye <3

    ReplyDelete
  3. yep. akhi zafri. 1st time denga die ceramah

    ReplyDelete