"DUIT KERAJAAN?? Ha...hahahahha!!!!"
"Eh, kenapa gelak?"
"Kau tahu berapa banyak apak kena bayar cukai yang kerajaan minta?"
Saya jungkit bahu.
"Setahun apak kena bayar pada kerajaan RM ##,###!!"
Huish! Terbeliak mata saya mendengar angka itu. Banyaknya!
"Kerajaan dapat duit dari mana?? Duit hasil bumi kita semua duit rakyat. Siapa yang bekerja untuk majukan negara?? Rakyat! Duit cukai?? RAKYAT!" panjang lebar pula.
"Jadi duit yang guna nak bayar duit kau belajar tu, DUIT RAKYAT," dia buat kesimpulan.
"Jadi memang patut kerajaan guna duit tu nak bayar pelajar macam kau belajar. Bukan untuk sesiapa yang berada di atas untuk guna untuk kepentingan diri dan benda-benda yang membazir!" makin panjang.
"Menjadi amanah kerajaan untuk menggunakan duit rakyat itu untuk kepentingan rakyat. Kalau amanah dikhianati, BERDOSA," kini bertukar menjadi ceramah.
Sungguh saya benar-benar terkejut pagi tadi. Saya sudah lama ingin melepaskan rindu pada nasi lemak rendang kerang di gerai depan sekolah rendah saya. Terkejut benar saya apabila kini sebungkus nasi lemak itu berharga RM3, sedangkan sebelum ke Poland dulu, harganya hanya RM2.50. 50 sen kenaikan harga adalah sesuatu yang serius!
Tidak habis disitu sahaja, harga secawan milo ais pula RM2.20!
Dan tambang pengangkutan untuk saya ke Hospital Pusrawi adalah RM12! Syukur alhamdulillah saya memilih untuk menyambung hospital attachment dalam bulan puasa. Sekurang-kurangnya tidaklah saya perlu untuk berfikir tentang belanja makan tengahari nanti.
Saya tertarik dengan frasa 'AKU TIDAK PEDULISME' yang ditonjolkan oleh USt Hasrizal dalam bukunya yang bertajuk Secangkir Teh Pengubat Letih. Gejala 'AKU TIDAK PEDULISME' yang semakin membarah dalam kalangan siswa amat membimbangkan.
Sila baca ya buku ni. Membantu kita untuk berfikir :)
Secara ringkasnya, gejala ini ditafsirkan sebagai perbuatan siswa/i yang 'Aku tak peduli apa nak jadi dengan sekeliling, janji aku dapat ijazah' atau
'Aku malas nak ambil tahu hal ekonomi, janji aku graduate with flying colours' atau 'Aku malas nak ambil tahu political situation negara, aku nak concentrate study.' atau 'Apa kau sibuk-sibuk pasal Islam, boleh tolong kau lulus anatomy?'
Kita tak peduli perkara-perkara ini, sedangkan semua perkara itu akan mempengaruhi hidup kita. (Seperti kenaikan harga barang kini)
Bimbang nanti akibat dari sikap 'Aku tak pedulisme' kita, kita yang terima padah.
Ya, sebagai pelajar, priority kita adalah untuk belajar. Tapi tak salahkan mengambil tahu? Kalau salah sila beritahu saya ya...
Tidaklah saya seru semua mahasiswa/i supaya libatkan diri dalam ekonomi atau politik, tapi ambil tahulah sekurang-kurangnya, agar bila kita dah menjadi generasi peneraju negara kelak, tidaklah kita menjadi golongan yang mudah dimanipulasi, bahkan kitalah golongan yang memimpin.
Tak selamanya kita akan menjadi kumpulan pelajar yang kamu-muda-lagi-kamu-tak-patut-tahu-hal-ini. Lambat laun, kita akan membesar menjadi kumpulan yang harus membuat keputusan untuk negara.
Mhasiswa/i adalah belia pelajar terpilih. Mereka adalah kelompok pemikir, pengkaji, pencetus dan penjana idea baru lantas sekali gus memikul tanggungjawab sosial yang besar. Jadi keluarlah dari belenggu AKU TIDAK PEDULISME.
p/s: Kalau ibubapa baca tulisan saya, mereka tidak akan benarkan anak mereka kawan dengan saya lagi. Kalau pihak MARA baca....
this post will be deleted if necessary (oh susahnya menjadi orang berfikir sekarang ni-_-')
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...
sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...
tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...
tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...
tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...
lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...
kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

No comments:
Post a Comment