Tuesday, January 26, 2010

Salahuddin

Aaahhh!! Cuti! Seronok.

Baru sebentar tadi sy berpeluang untuk menonton Kingdom of Heaven. BEST!!!!!
Sy suka bagaimana Salahuddin al-Ayyubi dan tenteranya digambarkan sangat smart dalam movie ini. Kelakar jugak lah dengar Orlando Bloom cuba berbahasa Arab. Ahak!

Juga cerita ini tak tertinggal untuk mengisahkan bagaimana tak setianya isteri tentera salib kepada suami mereka sehingga berzina dengan lelaki lain, dan sikap sebenar panglima tentera salib yang menyebabkan Perang Salib ke-2 ini boleh bermula.

Dan sy rasa sgt bersemangat apabila melihat semangat tentera Islam melaungkan, "There can be no victory except through Allah!! Allahu ma'ana!!"


tentera salib



tentera Islam

Dan apabila tembok kota Baitulmaqdis berjaya berjaya ditembusi, pemegang panji-panji terus ke puncak menara dan mengibarkan panji-panji tentera Islam. Balian (Orlando Bloom. ehe..) cepat-cepat mendapatkan pemegang panji-panji itu, lalu dibunuh. Kemudian disambut oleh orang lain, dan syahid juga di tangan Balian.

Semasa sekolah dulu sy pernah buat kertas kerja tentang Perang Salib. Malangnya kertas kerja tu tak dapat di-publishkan. :P

Sultan Salahuddin adalah seorang sultan berbangsa Kurdish yang berjaya menyatukan Mesir dan Syria. Keadaan Muslim, Kristian , dan Yahudi di Jerusalem pada mulanya aman kerana wujudnya perjanjian antara Salahuddin dan Baldwin IV. Kemudian masuk pula Reynald the Chatillon dalam cerita. Reynald juga seorang panglima tentera salib berbangsa Frank.

Reynald sangat benci dengan Islam. Beliau telah bersumpah untuk menghancurkan Mekah dan Madinah. Dalam tempoh perjanjian, Reynald telah menyerang kafilah-kafilah Islam. Silap besar Reynald apabila beliau menyerang kafilah adik perempuan Salahuddin (kalau x silap sy, Fatimah namanya).

"Salahuddin akhi!" tegas adik perempuan salahuddin.
"I know," jawab Reynald, lalu dibunuh seluruh kafilah.

Maka Salahuddin telah menghantar utusan kepada Guy de Lusigna, penguasa baru Baitulmaqdis selepas kematian Baldwin IV. Utusan Salahuddin telah menuntut supaya jenazah adiknya dipulangkan, dan agar dalang yang bertanggungjawab dihukum, serta kota Baitulmaqdis diserahkan. Tuntutan Salahuddin bukan saja tidak dilayan, malah utusan tersebut juga dibunuh.


gambaran Salahuddin al-Ayyubi dalam filem Kingdom of Heaven


Selepas serangan Salahuddin di Kerak, berlaku pula Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah Islam. Tindakan tentera salib yang terburu-buru dan kurang perancangan menyebabkan kekalahan mereka. Ramai antara mereka mati kehausan dan kepenatan dalam perjalanan ke medan peperangan. Yang hidup pula telah menjadi sangat lemah, baik fizikal mahupun moral.
First I thought we're fighting for God. Now I realized we're fighting for wealth and land. That's a shame. There is no more Jerusalem. -Tiberias, tentera salib

Dengan mudah, tentera Islam mengalahkan mereka. Guy dan Reynald berjaya ditawan. Salahuddin bunuh Reynald, dan membiarkan Guy hidup untuk diseret ke Baitulmaqdis.

Oleh kerana hampir semua tentera salib telah terkorban di medan Hittin, tinggal sedikit sahaja di kota Jerusalem untuk mempertahankannya. Tentera salib berasa sangat takut. Kota itu dipenuhi anak-anak dan isteri mereka. Kekejaman mereka apabila mengambil kota itu dari Islam kembali memakan diri.

Sewaktu tentera salib menawan kota itu dari Islam, semua penduduk Muslim, bersenjata atau tidak, dibunuh dengan kejam. Muslim dipaksa terjun dari menara-menara tinggi, dipanah dari jarak dekat, kanak-kanak ditombak, dan pelbagai lagi tindakan di luar batas kemanusiaan. Malahan mana-mana penganut Kristian yang melawan juga telah dibunuh. Sejarawan menggambarkan darah mencapai paras lutut kuda ketika pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.

Tentera salib yang berlindung dalam kota semuanya sangat pasti Salahuddin akan membalas dendam.
The muslim shall never forget. Nor should them. Salahuddin will show no mercy -Almaric, tentera salib
Before I lose it(Jerusalem), I will burn it to the ground. Your holy places, ours, every last things in Jerusalem that drives men mad. - Balian

Peperangan berlangsung beberapa hari. Akhirnya Salahuddin mengajak Balian berunding. Tak seperti yang Balian gambarkan, Salahuddin menawarkan kedamaian dan keselamatan. Tak sedikit pun Salahuddin berniat untuk membalas dendam . Itu bukan cara Islam!

I will give every soul safe conduct to Christian lands. Every soul. The women, children, the old, all your knights and soldier, and your queen. Your king, I will leave to you, and what God will make of him. No one will be harmed. I swear to God

The christian butched every muslim within the wall when they took this city.

I am not those men. I am Salahuddin.

Sangat mengharukan apabila Salahuddin memasuki kota Baitulmaqdis. Diturunkan Salib-salib dari puncak menara, lalu digantikan dengan anak bulan, lambang Islam. Dilaungkan azan di setiap menara. Diturunkan kain-kain rentang salib dari istana. Lalu Salahuddin sujud syukur.

Sejak 1948, Baitulmaqdis tidak kenal lagi erti keamanan. Salahuddin ke-2 takkan muncul. Tapi panglima Islam lain akan muncul. Yang pasti bukan Salahuddin, tapi kita sendiri!

No comments:

Post a Comment