Friday, January 22, 2010

Jangan tertipu!

Alhamdulillah. Feeling great. 3 weeks of exams (and retake) went smoothly.
By the way, I love this song. Been in my playlist for years. Listen carefully to the lyrics





Terik betul matahari hari ni. Semenjak sy tinggalkan tanah air terchenta, inilah kali pertama sy lihat matahari bersinar-sinar macam tu.

Halnya di sini, semakin terik matahari itu, semakin rendah suhu di luar sana. Kerana mengikut hukum fiziknya (sy pun lupa apa nama physics law itu), apabila matahari memancar-mancar, maka timbunan-timbunan salji di sekitar Warsaw ini pun dengan gembiranya terasa nak cair. Dan apabila mereka terasa nak cair, maka haba dari sekeliling pun mula diserap, demi menukar bentuk dari pepejal (ais/salji) kepada cecair (air). Apabila haba diserap, keadaan pun menjadi sangat sejuk.

Lihat sidebar, katanya suhu di luar -15c. Serta windchill -23c.
Allah. Sejuknyaaaaaa....!!!!!

Betullah kata mereka, jangan terpedaya dengan cahaya matahari yang bukan main terik tu. Lagi terik dia, bukan maksudnya lagi panas. Lagi sejuk adalah! Jangan tertipu!

Risau sy dengan perkembangan di tanah air. Mula-mula gereja dibakar. Pagi ni keluar berita surau pula dibakar. Keamanan hidup berbilang bangsa dan agama tergugat. Benarlah kata seorang atuk tua dulu, kalau apa-apa perkara tapaknya bukan mengikut acuan Allah, maka benda itu takkan bertahan lama. Seperti sebuah negara; kalau asas perlembagaannya tidak mengikut garis panduan yang Allah telah berikan, maka keamanan takkan bertahan lama. Mungkin boleh bertahan 60 atau 100 tahun. Tapi lambat laun akan lenyap jua. Lihat sahaja tamadun Rom atau Babylon. Berjaya mencapai tahap kegemilangan, namun akhirnya musnah juga. Itulah akibatnya kalau percaya undang-undang buatan manusia lebih dari undang-undang al-Quran. Kegemilangan yang dikecapi itu palsu. Jangan tertipu!

Kekacauan mula berlaku apabila pihak Gereja Katholik mahu menggunakan kalimah Allah dalam akhbar The Harold. Kemudian permohonan mereka diluluskan. Disusuli pula dengan bakar sana, bakar sini.

Sy sangat bersetuju, tindakan membakar gereja itu salah. Salah di sisi agama. Allah menolak keganasan dan melarang orang Islam memusnahkan tempat ibadah agama lain. Tindakan itu takkan dapat memulihkan keadaan, malah memburukkan lagi. Kalau orang yang membakar itu tahu, pasti tidak akan dibuatnya.

Pokok pangkalnya, kenapa gereja-gereja di Eropah, Vatican City terutamanya, dan negara-negara majoriti Kristian tak pernah sibuk-sibuk nak guna kalimah Allah sebagai tuhan? Tiba-tiba di Malaysia beriya-iya pula nak tukar God yang biasa mereka pakai kepada Allah? Hmm..... Taktik yang bijak.... Awas! Jangan tertipu!

Mungkinkah isu ini bukan satu kebetulan. Mungkin ia dirancang pihak tertentu untuk menghidupkan lagi Islamphobia. Kerana Islamphobia lah seorang remaja lelaki tiba-tiba jerit 'al-Qaeda!!!!' pada sy. Kerana itu jugalah rakan-rakan sy dilempar sampah-sarap. Dan kerana itu jugalah mereka dihadiahkan kata-kata kesat. Macam-macam boleh jadi di negara orang ni.

Sy tak salahkan mereka. Mereka ditipu media. Ingin sekali sy katakan pada mereka, Islam bukan seperti yang digambarkan oleh media barat. Islam itu indah sebenarnya. Jangan tertipu! Memang Islam yang digambarkan itu buruk oleh media barat. Tapi sebenarnya, itulah yang paling indah. Aslim taslam! Have faith in Islam and you will be saved!

Sy doakan mereka dikurniakan hidayah untuk melihat apa sebenarnya Islam itu.

"Kenape eh korang selalu kene? Aku tak pernah kene pun," tanya seorang sahabat lelaki.
"Cube ko pakai tudung. Gerenti diorang jeling punye."

No comments:

Post a Comment