Friday, November 27, 2009

cinta dan pengorbanan

Malam raya. Lepas kelas anatomi, terus pasang takbir raya. Bergema diseluruh pelusuk rumah. Kerja masak memasak pun bermula. Sy ni bukanlah seorang yang rajin nak masak. Lagi-lagi mengenangkan ade credit anatomi Selasa depan.

Tapi dah orang rumah nak sangat makan rendang, sy pun masuk dapur. Ikhlaskan niat! Itu yang penting. Kalau tak, apa pun yang kita buat tak ada ganjarannya.

Rasulullah SAW sendiri menasihatkan kepada kita, “Bahwa sesungguhnya amal itu tergantung kepada niatnya dan bagi seseorang adalah apa yang ia niatkan. ” HR Bukhari.

Mula-mula rendang. Sementara nak tunggu masak, buat nasi himpit. Himpit nasi panas dengan Netter's Atlas of Human Anatomy. Hua3~
Ada yang terlebih rajin, buat trifle.

Pagi-pagi lepas subuh, terus bertolak ke meczet (masjid). Jauh masjid tu. Setiap langkah ke rumah Allah, kita akan diganjarkan dengan pahala. Kira setiap pusingan roda bas dan trem tu, kami dapat pahala. Hehehehe....

Khutbah dalam Bahasa Arab dan Polski. Bahasa Arab sy masih boleh faham sedikit. Khutbah Polski, sepatang arang sy tak faham. Khatib mengingatkan kita agar prihatin dengan umat Islam di Palestin, agar berkongsi kepahitan bersama.

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, menyayangi dan bertolong-tolongan di kalangan mereka, umpama satu tubuh, apabila sakit satu anggota tubuhnya akan terasa pula anggota yang lain sehingga tidak dapat tidur malam dan demam” HR. Bukhari dan Muslim

Di negara yang tak ramai umat Islam ini, cukup manis apabila bertemu dengan saudara saudari seagama. Hari ini, terjumpa sahaja muslimah bertudung, semua menghulurkan tangan, bersalaman dan memberi ucapan 'Eid Mubarak'. Kemanisan Ukhwah!



Dalam seronok menyambut hari raya, sy terlupa. Cerita Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Dengar berulang kali cerita ini pun, sy tak bosan.

Baru sahaja mendapat anak, Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan isterinya dan anaknya yang masih bayi di tengah-tengah padang pasir tiada penghuni.

Tidak pula isterinya, Hajar, menganggap Ibrahim AS suami yang kejam dan tidak bertanggungjawab. Dia tahu, semuanya perintah Allah. Perlu dilaksanakan.

Setelah bertahun lamanya, baru Nabi Ibrahim dapat berjumpa dengan anaknya, Ismail, yang telah besar. Datang pula perintah Allah supaya anaknya itu disembelih.

Tidak pula Ismail AS menganggap ayahnya gila, kejam dan tidak berhati perut. Sudahlah ditinggalkan anak di tengah-tengah padang pasir, apabila bertemu, hendak disembelih pula. Tak masuk akal! Namun dia tahu, semuanya perintah Allah. Perlu dilaksanakan.

Perintah Allah wajib dipatuhi. Peristiwa itu menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Kita adalah hamba. Tak berhak untuk mempersoalkan perintah Allah. Walaupun hikmah di sebalik perintah itu tak difahami, tetap wajib dilaksanakan.

Tak keterlaluan jika sy katakan, majoriti umat Islam hari ini menyambut hari ini tanpa menghayati kisah di sebaliknya. Akhirnya sambutan tinggal sambutan. Tiada kesan di hati.

Kenapa nak pakai tudung? Kalau sy tak cantik, tiada apa sy nak sembunyikan disebalik tudung itu. Lagipun orang yang pakai tudung tak semestinya baik.

Tapi itu perintah Allah.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...."(An-Nur:31)

Logik atau tidak, wajib dilaksanakan. Kalau tak, berdosa

Sealam sahabat non-muslim sy tanya, kenapa nak puasa? Kan kalau puasa badan letih. Satu kerja pun tak jalan nanti.

Tapi Allah sunatkan umat Islam berpuasa hari itu. Kami nak cari keredhaan Allah.

Mampukah kita untuk tunduk pada setiap perintah Allah tanpa mempersoalkannya?
Kuatkah kita sekuat Ibrahim AS, Ismail AS dan Hajar?
Sanggupkah kita korbankan masa, harta, malah nyawa kerana Allah?
Perlukan kekuatan hati, kekuaan iman.

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."

Cintakan Allah? Bersedialah untuk berkorban kerana-Nya!

Thursday, November 12, 2009

closer than veins

credits to Ukht Mima for this video

Sy sangat100x suka kelas anatomi. Kelas anatomi hari ini sy belajar salur darah dalam otak. Agak terkeliru dengan Cerebral artery dan Cerebellar artery. haha....

Balik kelas, Kak Mima bagi video ni.

Sebenarnya Allah tu dekat kan

Cuma kita shj yang tak sedar.

Cuma kita sahaja yang selalu lupa.

We just have to open our eyes.

Oh. Apa kaitan Cerebral artery dan Cerebellar artery dengan video ni?

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya" (50:16)

Tuesday, November 10, 2009

cerita hari selasa

Hari selasa. Hari yg sy rasa paling padat. Kelas dari pagi sampai malam. Semua kelas penting.
pagi-pagi kelas bahasa Polish. Sy kira kelas yang sangat penting. Kalau fasih, senang nak buat praktikal di hospital.

Agak mencabar bahasa ini. Macam bahasa Arab. Cuma bahasa Arab ada 14 wadzan. Polish ada 6 wadzan shj. Kurang sikit benda nak dihafal. Hehehe....
Tersembur-sembur air lir nak menyebut perkataan Polish. Antara perkataan paling mencabar;

trzydzieści trzy
chrząszcz
sześćdziesiąt sześć

Sebab itu setiap hujung minggu orang rumah sy akan keluar jalan-jalan. Nak praktikkan bahasa alasannya. Lokasi utama; wasyntona. Tawar-menawar dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik peniaga. Sangat membantu kami aplikasikan bahasa. tak tipu! Belajar sambil membeli-belah. hahaha....

Dan hari ini sy demam. Guru Polish sy pun kata, "If you're ill, stay in bed. Dont spread it."

hmmm...betul juga. Tapi macam malas nak ponteng.

Baru kelmarin sy dan orang rumah pergi Stare Miasto (OldTown). Banyak betul gereja. Besar mengalahkan masjid depan rumah sy di Shah Alam. Kami pun masuk gereja tu. Nak tinjau keadaan. Tak pula orang yang keluar masuk gereja itu hambat kami keluar. nice!

Tapi masuk bukan sekadar masuk. Masuk untuk ambil ikhtibar. Poland adalah negara yang kuat pegangan Katolik. Tak hairanlah mereka akui mereka lebih devoted berbanding penganut Katolik yang lain kerana walaupun bukan hari Ahad, mereka tetap rajin beribadah di gereja.
Kami tengok kesungguhan mereka mencari Tuhan. Melutut berdoa. Menangis-nangis. Tapi sayang, 'tuhan' yang mereka sembah bukan Allah yang Esa. Sy bersyukur sangat-sangat dilahirkan dalam Islam. Tak semua orang dimasukkan hidayah dalam hatinya. Tapi Allah pilih sy juga untuk berada di jalan yang benar. Alhamdulillah. Pujian bagi Allah. Sy akan cuba untuk menjadi Muslimah yang Mu'minah. Sy berdoa supaya Allah tetapkan hati sy dalam agama-Nya.
Oh ye, demam. Sy demam. uhuk~ srettt....!!!(sedut hingus....-_-')
Berbezanya Muslim dan non-Muslim, kita Muslim (sepatutnya) melihat demam sebagai kafarah(pengahpus) dosa-dosa.
“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kerumetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Dan kita tak boleh mencela penyakit.
“Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)
Biasanya manusia ni bila susah baru ingat Allah. (Kalaulah sy tak demam, rasanya takkan sy terfikir nak buat post kali ni...) Mungkin ada anggota badan yang Allah bagi pinjam ni sy tersalah guna. Tersakitkan hati orang, atau terngumpat anjing bulldog pakcik Polish tu..... Mungkin juga sebab sy banyak bersungut dari besyukur dengan nikmat yang ada. Mungkin.
Demam tak demam, hari ni sy dah janji nak pergi Masjid dgn 5 org rakan lain memandangkan hari ini kelas anatomi dibaalkan. Lepas kelas Latin kami terus cari bas. Pukul 3.30 petang. Bak kata Akh Adi, sekarang waktu solat macam dah tak logik. Pukul 3.52pm dah masuk waktu Maghrib. Hari pun dah gelap. Tambah pula dengan hujan halus-halus. Aaaaahhh~ demam kot~~
Tapi puas! Sampai masjid akhirnya. Setelah satu bulan setengah duduk Warsaw, akhirnya kami sampai Masjid. ALHAMDULILLAH. Memang touching habis dapat dengar azan setelah sekian lama. Jumpa pula dengan beberapa Muslimah Poland. Malangnye mereka tak tahu bahasa Inggeris. Nasib baik baru kelas Polish pagi tadi. Bolehlah cakap sikit-sikit....
Balik rumah, badan dah panas semacam. Ingat nak tidur awal. Dah hibernate dah pukul 9. Tapi terima satu panggilan telefon yang agak penting. Jawab dalam mamai. Maaf. Seringkali lidah lagi laju dari otak.
And now its 1.54am. I'm wide awake. Couldnt sleep back. Better study. Anatomi! :D

Monday, November 9, 2009

saat dan ketika itu....

bukan sekali sy diajak untuk ke majlis yang melibatkan arak. dan setiap kali itulah sy terangkan kepada rakan yang mengajak itu, sy Muslim. sy tak boleh minum arak. sy tak pergi club. sy tak pergi parti.. blablabla...... sampai sy di'cop' anti-sosial. dont be too hard on yourself, katanya.

ya. bukan sekali sy diajak. berkali-kali. tapi sy tak salahkan rakan yang mengajak itu. dia tak tahu. dalam hati sy doakan semoga Allah bukakan pintu hatinya utk menerima Islam yg indah ini. mereka pun hormati pendirian sy. Alhamdulillah tak pernah sy dipaksa :P

sebenarnya agak payah utk menolak ajakan rakan-rakan. tertamanya yang baik dengan kita. jadi pada satu hari sy terima jemputan lagi. kali ini bukan friday night party atau pub crawl macam biasa. kali ini sekadar house warming parti. yang mengajak pun bukan rakan se-Malaysia.

sy tak teragak-agak menerima jemputan itu kerana katanya dia menjemput senior sy juga. makanan pun dia beli dari kedai halal. jd kenapa sy nak menolak kan?

dengan hati yg gembira lagi riang, sy pun bertolak ke rumahnya petang itu. dalam kepala terbayang-bayang ayam, udang, daging etc yang akan dibaham sebentar. maklumlah, tak sempat nak makan tengahari. siang pendek sangat.

sampai saja di lokasi jamuan, sy terkejut besar. TERKEJUT BESAR. tin-tin beer tersusun atas meja. dalam hati........APEKAH??????

ya Allah, tak tentu arah sy dibuatnya!
nak terus keluar?
sy rasa macam biadap pula!

nak pulang seorang diri?
gila! malam Jumaat ramai orang mabuk!

waaaaaa~~!!!!

sy terus duduk di meja makan. satu-satunya lokasi tanpa arak. makan-makan. borak-borak. makan lagi. entah berapa kali gelas berisi arak diletak depan sy. dah la warnanya lebih kurang sama dengan air sy. kalau tak kerana buihnya, sy dah terminum dah.

sy tak salahkan tuan rumah. mungkin dia tak tahu. cukup baik dan perihatin tuan rumah cari alternatif masakkan makanan halal untuk tetamu Muslim-nya.

yang sy tak boleh terima, gelagat senior sy bila menghadap botol vodka. dah tahu benda tu haram, tak perlulah nak dipegang-pegang botol tu. tak perlu rasanya dia nak hidu vodka tu. dan sangat tak patut dia ambil gambar, posing seolah-olah sedang minum kencing syaitan itu. bukan sy tak tegur. tapi mungkin dia tak dengar. atau kerana gelak tawanya terhibur bermain dgn arak itu meneggelamkan suara sy. sy sangat berharap agar dia tak buat-buat tak dengar. itu saja.

hampir saja sy hilang hormat pada senior yang seorang itu. tapi ada suara halus dalam hati berkata, dia tak tahu.....
sy harap dia betul-betul tak tahu.

bukan apa, sebagai seorang Muslim, perlulah sesitif terhadap larangan-larangan Allah tu. sensitif terhadap benda-benda haram tu. cuba fikir, kalau rakan yang bukan Muslim itu lihat kita gembira sakan dengan arak, sampai keakhirnya dia takkan tahu Muslim tak boleh hadir majlis yang dihidangkan arak. salah siapa?? salah Muslim itu sendiri! JANGAN JADI FITNAH PADA ISLAM

lagi satu, kalau tak boleh nak cegah kemungkaran itu dengan tangan atau lisan, cegahlah dengan hati. sekurang-kurangnya bencilah kepada perbuatan meminum arak. bencilah arak yang merosak akal fikiran manusia itu. bukannya terhibur hati meliha botol champange depan mata lalu posing sakan. itulah selemah-lemah iman. kalau tidak ada perasaan benci itu, manalah agaknya iman kita ketika itu....

sy rasa sgt 'kotor'. sepatutnya apabila sy nampak tin-tin beer itu, sy terus keluar. ini pengajaran bagi sy. sy akan lebih berhati-hati lain kali, insyaAllah. perjalanan masih jauh. ya Allah, berikanlah aku kekuatan!

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)