"tima tengok budak ponteng sekolah tu. naik motor tak pakai helmet, tapi pakai mask. takut mati kena H1N1 tapi tak takut mati pecah kepala kalau accident, "mak ana bagi komen hariannya.
hari lain pula...
"macam mana sy nak beri awak bahagian awak fatimah, awak dah mati. awak tak ingat ke?"
"haaahhh????"
ZZZZUUUUPPPPPP!!!!! sy terjaga dari tidur. nasib baik mimpi sahaja!
hari lain lagi.....
"nak turun KL waktu pre-departure briefing nanti, jangan lupa beli mask tau," ana pesan kepada rakan-rakan.
"kenapa tima? serius sangat ke H1N1 kat KL tu?"
"memang lah serius. korang semua tak nak mati sebelum fly kan?"
ish tiba-tiba cakap pasal mati pula. buang tebiat ke ana ni....
hari yang sama, waktu perpisahan pula...
"tima sorry kalau ada buat salah. jumpa lagi 6 tahun."
"aku pun minta maaf banyak-banyak sekarang. manalah tahu aku mati kat sana."
cakap pasal mati lagi! sah. buang tebiat.
kenapa kebelakangan ni ana kerap dibayangi perkataan 'mati'?? tanda-tanda awal kematian mungkin?? jangan! ana memang tak bersedia lagi untuk mati!!
banyak lagi dosa yang belum ana minta ampun lagi. banyak lagi perkara yang Allah tidak redha ana belum mampu tinggalkan. banyak lagi kesalahan ana terhadap manusia yang belum ana minta tuannya maafkan. ana memang tak bersedia untuk mati!
macam mana kalau tiba-tiba ana mati? tiba-tiba bangun keadaan gelap. datang pula malaikat nak sebat ana sebab banyak lagi dosa. jadi pula bahan bakar neraka selama beribu-ribu tahun. Ya Allah.....tak mampu ana nak tanggung semua tu...... panas matahari Shah Alam ni pun ana tak tahan!
kebelakangan ini ana tak dapat lagi bangun di sepertiga malam. walaupun lebih dari satu alarm clock ana set. mungkin sebab hati kotor sangat sampai Allah tak mahu gerakkan ana. mungkin sebab banyak lagi maksiat yang ana tak nak tinggalkan, Allah tak mahu date lagi dengan ana. set lah berapa banyak alarm. kalau Allah tak sudi nak gerakkan, apa pun tak jadi.
kebelakangan ni Allah tak mahu lagi ana jadi tetamu di rumah-Nya (walaupun masjid betul-betul di depan pintu rumah ana). mungkin sebab ana bertambah-tambah sombong, riak, takbur, bangga diri, poyo dengan rezeki yang Allah beri pada ana.
ana tak mahu mati dalam keadaan ini. tak mahu. Ya Allah, matikanlah aku dengan mati syahid....
al-Fatihah untuk Ust Asri Ibrahim yang baru meninggal dunia pagi tadi. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh...
No comments:
Post a Comment